Polycystic ovarian syndrome (PCOS)

1. Apakah penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS)?

PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Dianggarkan bahawa 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.

2. Apakah gejala-gejala penyakit PCOS?

• Kitaran haid yang tidak teratur. Apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak

• Kegemukan atau obesiti

• Kencing manis

• Kolesterol Tinggi

• Kemandulan

• Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki i.e misai, janggut dan di bahagian dada

3. Bagaimanakah diagnosis PCOS dibuat?

Doktor anda akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:

• Kitaran haid yang tidak teratur

• Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang

• Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

4. Apakah itu ‘polycystic ovary’?

Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih. Setiap satu cyst itu bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘string of pearls’.  Cyst kecil ini TIDAK akan membesar hingga boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita yang normal apabila diimbas pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita yang ada ‘polycystic ovary’ menghidapi penyakit PCOS.

Gambar ultrasound ovari menunjukkan 'polycystic ovary'

Gambar ultrasound ovari menunjukkan ‘polycystic ovary’

5. Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?

Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, i.e hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.

6. Apakah risiko-risiko kesan masa panjang pesakit PCOS?

• 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.

• Masalah kolesterol tinggi

• Masalah darah tinggi

• Masalah sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi

• Kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.

• Masalah tidur

• Penyakit murung

7. Apakah rawatan untuk pesakit PCOS?

• Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.

• Pill perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur

• Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.

• Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.

Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.

Ikuti post blog berkenaan PCOS:

  • Diet untuk PCOS

https://drnatashanorfertility.com/2014/04/09/pembedahan-ovarian-drilling-untuk-pesakit-pcos/

  • Penggunaan Metformin untuk PCOS

https://drnatashanorfertility.com/2014/05/19/penggunaan-metformin-untuk-pesakit-pcos/

  • Pembedahan ovarian drilling untuk PCOS

https://drnatashanorfertility.com/2014/04/09/pembedahan-ovarian-drilling-untuk-pesakit-pcos/

1a

Posted on June 24, 2013, in Polycystic ovarian syndrome and tagged , , , . Bookmark the permalink. 38 Comments.

  1. Assalamualaikum wrt Dr…

    Saya berusia 31 tahun dan telah didiagnosis mengalami PCOS pada tahun 2013oleh endokrinologist. Pada ketika saya disahkan mengalami PCOS, berat badan saya ialah 86kg dengan ketinggian 150cm. setelah lebih setahun mengamalkan cara hidup sihat, berat badan saya berkurang dari 86kg kepada 70kg (current weight) dan saya masih berusaha untuk mengurangkan sebanyak 15kg lagi. Untuk pengetahuan Dr, saya telah mempunyai seorang anak berusia 4 tahun (usia perkahwinan 5 tahun) dan sekarang berusaha untuk mendapatkan anak kedua. Namun dari pembacaan saya, pesakit PCOS sukar untuk mendapatkan zuriat jika obesiti. jadi perancangan saya adalah untuk mengurangkan berat badan dahulu kepada berat badan ideal (walaupun ambil masa yang lama) sebelum memulakan apa-apa rawatan kesuburan. adakah betul tindakan saya ini? ataupun saya patut berjumpa pakar sakit puan sekarang untuk proses rawatan kesuburan? ini kerana ada rakan2 saya yang mengambil pil subur menjadi bertambah gemuk.Jadi saya tidak mahu masalah PCOS saya ini makin teruk bila saya makin gemuk.Mohon pandangan daripada Dr..Terima kasih..

    • Wsalam Ana,

      Kalau boleh Ana boleh berjumpa dengan doktor untuk meneliti apakah lagi langkah-langkah yang boleh diambil untuk bantu meningkatkan kesuburan anda. Di samping menurunkan berat badan Ana boleh mengambil darah untuk memeriksa paras hormon Insulin. Sekiranya paras hormon Insulin Ana tinggi, doktor boleh memberikan rawatan berpatutan yang juga boleh menolong Ana menurunkan berat badan juga. Jika Ana tidak ingin mengambil clomid tidak ada masalah, bincangkan lah dengan doktor mengenai rawatan sesuai yang Ana selesa.

      Salam Perkenalan
      Dr Tasha

    • fitriana nasiran

      assalammualaikum kak ana

      saya fitri saya berusia 26 tahun pada 21/6/2016 saya membuat pemeriksaan di hospital swasta dan disahkan mengalami PCOS step pertama saya doctor mahu saya diet boleh kak ana beri tips bagai mana saya hentak menurunkan berat badan secara sihat???

  2. Assalamualaikum wrt Dr…

    rezeki yang tidak disangka-sangka di bulan ramadhan..saya buat ujian UPT pada 1 syawal dan positif. Pada 31/7/14, saya ke klinik untuk buat ultrasound dan doktor mengesahkan saya hamil 5 minggu. namun saya kena ke klinik sekali lagi untuk buat ultrasound pada 14/8/14 kerana doktor mengatakan baru nampak kantung. jantung belum nampak lg. adakah keadaan ini normal doktor? sebab seingat saya sewaktu kandungan pertama dulu, ketika ulrasound , jantung baby dah nampak walaupun ketika itu kandungan baru berusia 4 minggu?

    • Wsalam Ana,

      Alhamdulillah, Tahniah Ana. In sha Allah semuanya akan berjalan lancar. Dr Tasha wouldnt worry too much jika tidak nampak jantung baby lagi pada minggu ke 5 kehamilan. Most of the time jantung hanya dapat dilihat pada minggu ke 6- 7 sahaja. Paling awal selalunya jantung dapat dilihat hanya minggu ke 5 🙂

  3. Assalamualaikum wrt Dr..

    Terima kasih kerana sentiasa sudi untuk menjawab setiap persoalan saya.. Sepanjang kehamilan saya ini ( dah 11 weeks), Saya kerap mengalami kembung perut dan kesukaran membuang air besar. selalunya selepas 4-5 hari baru saya buang air besar. Sebelum pregnant saya mengamalkan diet low carbs dan lebihkan senaman.Namun sepanjang kehamilan, saya seakan tidak boleh meninggalkan nasi dan sentiasa tidak bermaya. .saya mudah terasa pedih perut jika tidak makan nasi.Saya risau dengan keadaan ini kerana berat badan saya naik mendadak.Pada bulan Julai 2014, berat saya 70kg, tp sekarang berat bertambah kepada 74kg. Soalan saya :

    1) Apakah langkah-langkah penjagaan pemakanan yang terbaik untuk pesakit PCOS yang hamil?
    2) Bagaimanakah saya patut mengawal berat badan saya daripada naik mendadak? 3)Bagaimanakah penjagaan kehamilan yang betul untuk pesakit PCOS?

    Semoga Allah SWT merahmati Dr sentiasa..

  4. Wsalam Ana,

    Sembelit adalah salah satu masalah kerap di kalangan wanita hamil. Hendaklah minum banyak air dan makan makanan berserat. Sekiranya masih susah juga, tanyalah Dr Ana agar memberikan ubatan untuk menolong masalah ini ya. Bagi pesakit PCOS, kita akan melakukan ujian MGTT untuk mengesan kencing manis semasa hamil. Sekiranya ada, referral kepada pakar dietician untuk konsultasi akan dilakukan. Oleh itu, tanyalah doktor yang merawati Ana ya.

  5. Salam dr Natasha..

    sy azie berusia 24tahun.. usia pkahwinan 1tahun lebih.. pd bln 4 haritu 1 minggu sy sakit perut.. tp bkn sakit perut hendak membuang ke apa.. skit mcm cramp2, kadang2 keras,kembung,rsa penuh.. period cycle sy xpernah lebih 40+ dan xpernah sy alami skit mcm ni.. senggugut juga sy jarang alami sejak remaja lg… biasa nya 33-36 days sahaja.. jadi sy buat kptsn pergi ke klinik kesihatan.. dr check urine +ve tetapi sy check di rumah -ve ( pd hari yg sme sblom pergi kk ).. lalu dr scan perut tapi tiada apa2 tanda sy mengandung.. kebetulan period sy sudah lewat 1 minggu lebih. dr tekan di kawasan rahim, ada sedikit skit.. dr buat surat refer ke hosp kerana takut sy mengandung luar rahim.. sy pergi ke hosp ampang hari itu juga, dr di sana buat upt 3x dapat -ve. dr buat tvs dan dr ckp sy ada PCOS. sy lihat bintik hitam ada tetapi tidak bersambung seperti rantai (seperti gambar di blog dr ) adakah itu juga di panggil PCOS???? setelah selesai sy di minta buat bayaran upt tetapi dr tidak memberikan saya apa2 ubat.. sebab kawan2 sy yg mempunyai PCOS di bekalkan ubat kesuburan dll.. dan dr memberitahu sy result darah juga normal.. tp dr, bukan ke jika ada PCOS result darah ada sedikit lain berbanding dgn xada PCOS?? next treatment juga tidak diberi..

    • Salam Azie,

      Ujian air kencing untuk kehamilan kadang-kala adalah kurang tepat berbanding dengan ujian darah. Dr Tasha rasa ujian pertama yang dijalankan yang menunjukkan positif mungkin adalah false positif. Oleh kerana Azie mempunyai kitaran haid yang tidak teratur dan sudahpun berkahwin lebih dari 1 tahun, eloklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya bagi memperbetulkan haid yang tidak teratur dan meningkatkan kehamilan ya.
      Sekiranya ingin berjumpa Dr Tasha, sila call klinik di KL Fertility Centre / Pusrawi untuk temujanji

  6. I love the motivational quotes at the end of your posts, Dr Tasha!
    Sentiasa memberi semangat kepada kami yang masih TTC 😉

  7. assalammualaikum dr natasha.. sya nur. sya nak bertanya berapakah kos rawatan pcos. dan adakah pcos ini perlu di bedah?

    • Wsalam Nur,

      Ini bergantung kepada kes individual dan rawatan apakah yang lebih sesuai untuk pasangan tersebut. Setengah2 mungkin memerlukan hanya rangsangan ubat subur, manakala yang lain perlukan rawatan IUI atau IVF. Tidak semua pesakit PCOS perlu dibedah. Berbincanglah dengan doktor yang merawati untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk Nur

  8. Norhafiza Hussin

    Assalamualaikum
    Dr Tasha,
    Saya hafiza, pada April 2013 saya telah disahkan PCOS,pada Mei 2013, saya datang period yang banyak (setelah makan ubat yang diberi oleh Dr pakar O & G,tapi swasta) sehingga saya perlu memakai lampin pakai buang yang dewasa. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.
    Dr,
    Sekarang 01 April 2015, saya alami sakit kat peranakan dan pinggang sehingga menyukarkan saya duduk terlalu lama dan berdiri terlalu lama.
    kadang – kadang saya rasa seperti ada sesuatu yang boleh ditolak ke belakang di alat sulit saya . Adakah ini berbahaya ?
    Untuk pengetahuan Dr, saya telah berkahwin pada tahun 2007 dan masih tiada cahayamata.

    Terima Kasih…

    • Wsalam Norhafiza,

      Jikalau begitu, hendaklah rujuk semula kepada doktor yang merawati untuk mendapatkan kepastian mengenai kesakitan tersebut. Di samping itu, hendaklah memulakan rawatan kesuburan kerana sudah pun berkahwin 8 tahun. Jika ingin, Nor boleh berjumpa dengan Dr Tasha di KL Fertility Centre.

  9. Salam dr..saya berumur 30 tahun dan sudah berkahwin hampir 3 tahun..saya baru buat fertility checkup dan doktor mengesahkan saya ada fibroid dan mungkin ada PCOS (melalui ultrasound dan vaginal scanning). simptom PCOS yang ada pada saya adalah saya overweight dan juga ada masalah acne. saya datang period setiap bulan cuma sejak beberapa bulan ni kitaran agak terganggu, i.e lambat sehingga seminggu. saya akan buat ujian darah minggu depan dan result cuma akan saya tahu bulan June nanti. seperti saya nyatakan td, saya overweight dengan berat 77.8kg untuk ketinggian 157cm.

    Soalan saya dr, kalau saya berjaya menurunkan berat badan saya dan menjalani rawatan kesuburan, apakah probability untuk saya hamil secara normal?

    terima kasih dr..

    • Wsalam Izzah,

      Eloklah sekiranya Izzah berjaya menurunkan berat badan walaupun hanya 5-10% berat badan sekarang. Sekiranya tiub dan sperma pasangan adalah normal, possibility untuk hamil normal adalah agak baik. Akan tetapi memandangkan sudahpun 3 tahun berkahwin pergilah rujuk kepada pakar kesuburan.

  10. Salam dr.

    Sy ada sedikit kemusykilan mengenai pcos. Br2 ni sy ada mendapatkan rwtn di hospital kerajaan dan dr suspek sy ada pcos bl bt ujian darah secra random. Sy blm lg bt ujian darah pada hari ke 2 dn 21 haid.
    Bt pengethuan dr brat bdan sy nrmal dan haid sy teratur. Ujian OPK sentiasa +ve pada hari ke 15. Dr ada membekalkan metmorfin slma 2 bln shngga next appoitment. Soalan sy
    1. Sy risau dgn memakan metmorfin haid sy akan jadi x teratur.
    2. Sy difahamkan metmorfin adalah untk pesakit kncing manis. Sekiranya sy brhnti mkan adakah sy akn mendapt penyakit kncing manis slps ini.
    3. Perlu ke sy mendapat 2nd opinion berkaitan mslh sy.

    Tq dr ats pndangan.

  11. Assalam doc..sya zidah berumur 25y.sya da berjmpa doc sakit puan smenjak bln11 2014 lg..dri tahun lpas sya da makan 3 ubt hormon berlainan.dan baru2 nie doc ada ckap yg ada 1hormon d blkng kpla(maaf sya tak pasti nama hormon yg btul) terlalu tinggi.adakah itu dikira hormon lelaki?perioad sya sngat la tak teratur.pernah 1thn tak dtg lansung.slpas makan ubt hormon baru kitaran haid okey skit tp sedikit2.untuk pengatahuan doc berat sya 77kg tinggi 150 bln12 nanti sya kna refer pakar diet.doc ada kata kemungkinan sya pcos.skrg sya makan ubt DIANE35(CYPROTERONE2MG+ETHINYLOESTRADIO 0.035MG.
    HARAP DOC DPT REPLY
    TERIMA KASIH

    • Wsalam Zidah,

      Mungkin yang dimaksudkan Zidah ialah hormon Prolactin. Adalah lebih baik jika zidah berjumpa dengan Dr Tasha di klinik dan sila bawa ujian yang telah dibuat agar diagnosis dan rawatan bersesuaian dapat dilakukan ya.

  12. nurfatin atikah binti hood

    assalamualaikum dr…
    saya berumur 23 tahun..saya tidak datang haid selama 5 tahun..pada bulan september saya berjumpa pakar kerajaan dan doktor mngesahkan saya ada pcos..
    dr memberikAn saya duphaston 10 mg 2bji 1 hari dan juga acid folic 1 bji sehari
    setakat ini saya sudah datang bulan pada akhir september dan kali ke2 pada awal november
    adakah saya berpeluang untuk hamil..?
    saya sudah kurangkan berat badan dari 82 ke 74 kg dan tinggi saya 155..trima kasih

  13. ASSALAMMUALAIKUM DOKTER, SAYA BARU BERKAHWIN 5 BULAN, SELEPAS KAHWIN PERIOD SAYA JADI TIDAK TERATUR. BADAN NAIK MENDADAK, SAYA ADA PERGI HOSPITAL, DAN DOKTER MEMBERITAHU YANG SY ADA PCOS, DR UJIAN SCAN YG DIA BUAT,DOKTER HANYA SURUH SAYA KURANGKAN BERAT BADAN,KERANA BERAT BADAN SAYA 95KG SEKARANG.SEKIRANYA SAYA DAPAT TURUN,ADA KEMUNGKINAN TAK SAYA BOLEH MENGANDUNG ? SAYA TIDAK BERBULU SEPERTI MANA SYNTOMP PCOS .

  14. salam dr natasha..mohon pencerahan dari Dr..
    isteri sy telah disahkan mengalami masalah PCOS.Dari segi pemahaman saya melalui artikel Dr, pesakit ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol..

    untuk pengetahuan Dr..kitaran haid isteri saya teratur…Mohon Dr. jelaskan situasi nya??
    terima kasih

    • Wsalam Hafeez,

      Pesakit PCOS akan didiagnos sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:

      • Kitaran haid yang tidak teratur

      • Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang

      • Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

      Majoriti pesakit PCOS akan mempunyai kitaran haid tidak teratur. Oleh itu, hendaklah lihat sama ada kriteria lain tersebut ada / tidak pada isteri. Jika tidak hendaklah bertanyakan kepada doktor yang merawatinya.

  15. Assalam..

    Dr. Natasha. Saya telah ddiagnos sebagai pesakit PCOS. Laparascopic telah dilakukan, sepatutnya buat ovarian drilling. Tetapi sewaktu pembedahan dijalankan, doctor jumpa kesan inflammation dalam pelvis most likely infection la ie Pelvic Inflammatory Disease (PID) sampai melekat lekat. Saya telah diberikan suntikan dan pil antibiotic untuk dimakan selama 2 minggu. Bagaimanakah cara untuk memastikan PID ini tidak berulang. Untuk makluman, saya tidak mengalami simptom PID seperti yang diterangkan pada topik Pelvic Inflammatory Disease.
    Saya telah berkahwin hampir 7 tahun dan masih belum mempunyai zuriat. Saya telah consume clomid & puregon hampir 8 cycle sepanjang 2012-2016 dan 3 kali mengalami mild OHSS dan menyebabkan IUI tidak dapat dilakukan.

  16. Wsalam Julia,

    Dr Tasha sudah emailkan jawapan ya.

  17. Salam, saya mpunyai masalah haid tidak teratur dan pcos..dalam 2 3 hari lepas(rabu 26apr), saya ada spotting utk period(skjp saja) kemudian selepas kencing dan nak cuci, saya dapati di faraj saya ada lendiran berwarna coklat dan tidak berbau.lendiran coklat tsbt masih lagi sampai skrg..dlm shari cuma 2 atau 3 kali lendiran tsbt keluar.
    lendiran darah juga cuma di faraj dan bila saya guna pad, pad kosong(tiada darah).

    adakah normal utk org pcos dan macam mana cara untuk turunkan/lancarkan darah tsbt)?

    dan blh ke sy amalkan asid folik sekiranya sy pcos sbg ikhtiar utk pregnant?

    • Wsalam Siti,

      Kadang-kala haid tidak lancar di kalangan pesakit PCOS. Ini seelok-eloknya perlu diperiksa dan mendapatkan rawtan yang bersesuaian sekaligus terus mendapatkan rawatan untuk kesuburan jika Siti ingin hamil. Ya, baguslah jika mengamalkan folic acid jika ingin hamil.

  18. ASSALAM DR.

    Sy telah didagnose mengalami penyakit PCOS pada March 2016, period sy memang tak stabil sejak dari awl period (tingkatan 2). satu tahun cuma period 1 atau dua kali sahaja. sekarang doctor dkt hospital columbia bagi sy makan ubat diane35. masa awal2 saya makan period ok, tapi sekarang cuma period 2-3 hari sahaja lepas makan ubat tersebut. KAdang2 tak period lepas makan ubat tu. Adakah normal? berat saya sekarang 64kg, tinggi 155cm. Sy dah turunkan berat badan sedikit drpd 75kg pada tahun lepas. Makanan apa yg perlu sy amalkn supaya period sy stabil?

  19. Doktor, saya berumur 22tahun dan sudah berkahwin 5 bulan. Period saya teratur setiap bulan. Tapi kadang² sikit, kadang² normal. Sebelum kahwin period sy selang seli, sikit then normal . Lepas kawen 3bulan period keluar sikit, Lepas tu saya dapatkan rawatan di klinik pakar O&G.

    Doktor scan rahim saya then cakap “telur” sy tak kluar. Berkumpul di dinding “kilang”. Doktor ada bagi sy ubat antibiotik. Lepas makan ubat tu, period sy jadi lewat 4-5 hari baru datang. Kuantitinya sedikit. Adakah saya ada PCOS? Doktor suruh pergi semua jumpa dy bulan 12 ni kalau sy masih belum hamil. Harap doktor dapat reply soalan saya

    • As salam Shanim,

      Berkemungkinan besar Shanim mengalami masalah PCOS. Jika mahu mendapatkan kepastian dan rawtan bersesuaian di bawah jagaan Dr Tasha, sila buat temujanji di KL Fertility Centre ya.

  20. Salam dr. Sya nak tanya la?adakah masa yg spesifik untuk menjalankan ultrasound diagnos PCOS?

    • Wsalam Zati,

      Boleh berjumpa dengan pakar kesuburan / sakit puan pada bila-bila masa kitaran haid memandangkan kitaran haid kebiasaannya untuk pesakit PCOS adalah tidak teratur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s