Tanya Dr Natasha Nor

Sebarang pertanyaan boleh diemailkan kepada:

drnatashanor@gmail.com

Untuk membuat temujanji: 

1. KL Fertility Centre

Suite 604, Wisma Perintis 47 Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: (03) 20933500

http://www.klfertility.com/

2. PUSRAWI Hospital 

Hari Isnin dan Rabu 2-5pm

Lot 149, Jln Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: (03) 0326875000

http://www.pusrawi.com.my/

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on June 25, 2013, in Tanya Dr Natasha. Bookmark the permalink. 171 Comments.

  1. assalam…dr tasya..sy nk tanye berape kos utk pertama x rawatan kesuburan di klinik doktor

  2. Salam doktor tasha,
    Saya aine, 27 tahun pernah gugur 2x pada awal kehamilan..saya akan travel jauh ke kedah menaiki bas and Saya bru dpt tahu yg saya mengandung dan kandungan saya masih baru lagi.. Bolehkah saya mengambil duphaston sbgai ubat kuat rahim dan brape dos yg saya perlu ambil?

    Utk pengetahuan doktor saya pernah ambil duphaston ketika kehamilan saya yg kedua selama 2 mggu sibiji sehari namum rezeki saya xpanjang dan gugur pada minggu ke 7

    Terima kasih

    • Wsalam Aine,

      Tidak menjadi masalah jika aine ingin mengambil duphaston 1 biji 2 kali sehari. Akan tetapi rujuklah Doktor dahulu instead of membeli ubat tersebut di farmasi sendiri. Diharapkan kandungan ini selamat hendaknya.

  3. assalam doktor,bole sye tnye sesuatu perkre pada doktor?ade kwn sye ni dia pregnent,tp bukn pregnent secara normal,dia buat test uji kaji tabung ifv,persoalan sye,adakah sama simptom megandung secara normal dengan melalui ujikaji?contoh mcm mual2,bdn rse pent letih,megantuk,teringin untuk mkn sesuatu?mohon penjelasan dari doktor.terime ksih.

    • Wsalam Faten,

      Walaupun hamil dari kaedah IVF, kehamilan tersebut juga akan mengalami simptom sama seperti wanita yang hamil secara semulajadi. Tapi, take not, some women tidak mempunyai sebarang simptom tetapi kehamilan tersebut adalah normal dan tidak memberi apa2 implikasi kepada bayi yang dikandungnya yang adalah sihat.

  4. terima kasih dr ats peneranagn doktor pada sya.

  5. Assalamualaikum doctor. saya baru kahwin 27.11.2015… pastu sye period on 4.12.2015 – 11.12.2015… kmudian on 30.12.2015 ada darah keluar on first day, then start 2nd day until 7th day sya keluar warna coklat…kenapa ya? kalau ikot perkiraan period sepatot nya awal bulan januari sya period..tapi period xtadang pon.. sya check upt negativ.. tp simptom2 mengandung tu ada.. kenapa ya keluar coklat tu?
    tq doctor.

  6. Salam dr tasha
    Sya francie nak tanya sikit
    Sya ada masalah dgn haid x teratur..dah masuk 7 bln x ada.p jumpa dgn gyne,dia bg ubat turun darah dah ubat subur clomid.dr gyne tu buat scan juga,dan dia diagnoskan sya ada pcos
    Both ovary got cyst.the lt ovary look like a bunch of grape,dan dr ckp untuk hamil sya hanya bergantung pada rt.ovary
    Persoalan d cni:boleh tak pcos tu d sembuhkan?adakah pesakit pcos ni ada peluang tuk mengandung-berapa%?

  7. Salam doctor,
    Saya mahes, saya nak tanya sikit, saya ada masalah period yg x teratur.sebelum ni I pernah ambil ubat hormon dari klinik sakit puan, last week I jumpa doctor n dia advice I ambil ubat Metformin 2 biji sehari sebelum makan, adakah metformin ni ubat bagi maslah saya, bila I check kat farmasi mereka bagi tahu ubt metformin for kencing manis,??? Doctor advice I ambil ubat ni selama 6 bln, kalau I ambil ubt ni any side effect to my kidney becoz of alot of medicine i take before this.doctor plz advice me
    Tq

  8. Assalamualaikum Dr.Tasha, adakah IUI digalakkan untuk rahim jenis terbalik(retrovert)?Adakah rahim terbalik menjadi salah satu faktor iui untuk susah berjaya? Apakah pandangan doktor untuk rawatan kesuburan khususnya yang mempunya rahim jenis terbalik? Terima kasih

    • Wsalam Zara,

      About 20% of woman naturally have retroverted uterus / rahim terbalik. Tidak menjadi masalah jika membuat IUI jika rahim terbalik. Hendaklah rujuk doktor yang merawati apakah rwatan kesuburan yang bersesuaian dengan Zara kerana kita perlu melihat faktor2 lain seperti umur, duration of TTC, punca masalah kesuburan, bajet etc..

  9. Salam dr..
    Sy tlh mngalami keguguran seawal 6 minggu .tetapi selepas 5 minggu belum juga period..biasanya brapa lama kita perlu tunggu sebelum cycle period kita kembali seperti biasa

  10. Hi Dr Natasha,
    Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Sebelum kahwin haid walaupun tak teratur hari nya namun dalam sebulan memang datang haid. Selepas kahwin, haid semakin tidak teratur. Selalu lewat, seperti haid datang dua bulan atau 3 bulan sekali.

  11. Hi Dr Natasha,
    Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Sebelum kahwin haid walaupun tak teratur hari nya namun dalam sebulan memang datang haid. Selepas kahwin, haid semakin tidak teratur. Selalu lewat, seperti haid datang dua bulan atau 3 bulan sekali. Pernah juga berjumpa doktor pakar sakit puan berkaitan masalah haid, namun doktor hanya memberitahu yang punca nya adalah stress. Adakah ubat yang saya boleh beli di farmasi atau mana-mana klinik untuk mengatasi masalah haid saya ini ? Saya pernah makan Duphaston dan jika makan haid saya lancar setiap bulan. Namun sampai bila saya perlu bergantung dengan ubat tersebut.

    TQ Doc

    • Hi Priscilla!

      Hendaklah berjumpa dengan pakar kesuburan memandangkan mempunyai kitaran haid yang tidak teratur bagi memastikan tidak terdapat masalah hormon yang tidak seimbang. Di samping itu, rawatan kesuburan yang bersesuaian dapat diberikan. Usahlah melengahkan waktu, kerana semakin meningkat umur wanita, kadar kesuburan dan kejayaan dari rawatan kesuburan akan menurun.

  12. salam doktor… bagaimana pula dengan sy? thun lepas 9bulan sy tak period. lepastu sy ambil norcolut untuk 3 hari. telur sy tak matang. sy pernah membuat pemeriksaan di klinik swasta. apakah yg patut sy buat jika inginkan zuriat? boleh kah doktor bantu sy? sy buntu…

    • Wsalam Ayu,

      Datanglah jumpa dengan Dr Tasha di KL Fertility Centre. Ini ialah kerana Dr Tasha perlu membuat pemeriksaan sperti imbasan scan dan mungkin ujian darah serta sperma suami jika masih belum dilakukan. Kemudian rawatan kesuburan bersesuaian boleh dimulakan agar ayu cepat mendapat zuriat.

  13. Saalam Doc, saya nk tanya. saya ade ambik ubat metformin untuk sebulan ++ , pagi tadi saya buat utp test, result dia samar2. adakah ubat ini beli effect kepada utp test saya?

    • Wsalam Zaflia,

      Very unlikely metformin can cause your UPT to be falsely positive. Sila berjumpa dengan doktor yang berhampiran untuk pengesahan kehamilan. Hope you have some good news soon ya Zaflia!

  14. Nama :Yatie
    Umur:30thn
    Usia perkahwinan :september 2016 masuk tahun ke-2.
    Berat :67kg(b4 doc suruh diet), 64kg(latest)
    Tinggi:157cm

    Assalamualaikum doc,
    Sblm kahwin lg period sy x tratur.slps kwin bln 9 tu period dtg spt biasa..msk bln 11 awl bln sy dh period..ujung bln tu sy dtg bln lg.slps kejadian tu period sy x dtg lg smpi la bln3..stiap bln sy cek preggy ke x tp result ttp sama -ve..
    Bln 3 sy pg klinik…doc scan doc x kata pe…cma doc bg ubt turun drh ..abis msk je ubat tu slma bbrpa hr drh pn kuar…dlm masa yg sama doc bekalkn sy 1 ubt..iaitu proguluton.doc kata slps period hr ke 5 kna mkn dh proguluton tu setiap hr dlm masa 21days.(kna consume smpi 6bln)
    Sy blk sy google apa proguluton tu..bnyk sgt membaca ada +ve n -ve sy dpt…ble bab -ve tu sy dh jd tkt..smpi kt ht ni kata abis je proguluton 1box ni sy xnk g amek dh.
    Then sy ikut kata ht sy…sy x g ambil dh…slps tu period sy x tratur blk..kdg sbln x dtg..kdg 2 bln x dtg…smpikn jd stress ble org tnya2 ble nk ada ank.
    Awl thn 20jan2016 ni sy dtg jmpa doc tu blk…doc tu mrh gle kt sy…sbb x consume smpi 6bln proguluton tu…dia scan 0..then dia bg lek ubt trun drh….28jan sy period…msk hr ke 5 mkn la proguluton tu blk.smpi la skrg msk kotak ke 4 dh proguluton sy mkn.
    Tp smpi skrg ni xda rezeki lg tuk mngndung.so pe ptt sy bt skrg doc??sy x taw pe punca sy x ngndung lg.sy ikut smua pesanan doc tu….waktu bersama dgn suami yg d sarankn pn sy dh ikut.
    Adakah sy ada PCOS ?

    Tq Dr Tasha.. 🙂

    • Wsalam Yatie

      Adalah lebih baik jika Yati berjumpa dengan Dr Tasha di KL Fertility Centre jika Yati mahu berbuat demikian untuk membuat pemeriksaan dan seterusnya rawatan kesuburan yang bersesuaian. Terdapat ujian tertentu untuk memeriksa hormon di samping scan yang perlu dilakukan untuk pengesahkan diagnosis PCOS. Hope to see you soon! 🙂

  15. Slm doc, sy nk tnya hari ke berapa selepas period patut makan duphaston untuk lancarkan haid? Sy trbaca dlm kotak duphaston tu mkn pda hari ke 11-25…tapi sekotak duphaston tu.hnya 20biji je..or kena makan 2 kotak hingga hari ke 25?

    • Wsalam Esmeralda,

      Sudahkah Esmeralda bertanyakan kepada Doktor yang merawati Esmeralda dan mendapatkan kepastian? Jika tidak, berbuatlah demikian. Usahlah mengambil ubat duphaston tanpa pengawasan doktor ya.

      • sy blm pernah lgi berjumpa doktor..sy mengalami masalah haid tidak teratur..bolehkah doktor bgtau mcmana cara makan duphaston ni..

        tq doktor Tasha 🙂

      • As salam Esmeralda,

        Jikalau begitu, hendaklah periksa terlebih dahulu apa punca kitaran haid tidak teratur. Pergilah rujuk pakar sakit puan ya.

  16. Salam Dr. Tasha,

    Sy Bella, saya mempunyai haid/pendarahan berpanjangan dan doktor telah mengsahkan sy mempunyai pcos. Sy juga telah menjalan ovarian drilling pada 26/5/16. Adakah normal dalam tempoh sebulan ini selepas membuat ovarian drilling, sy hanya tidak mengalami pendarahan selama 5 hari.

    Bolehkah Dr.Tasha cadangkan suplimen yang sesuai utk pesakit pcos , ketika ini doktor hanya memberi asid folic shj.

    Terima kasih.

    • Wsalam Nabilah,

      Suplemen yang elok untuk diambil termasuklah folic acid, multivitamin dan fish oil. Sekiranya sudahpun lama cuba hamil, rujuklah pakar kesuburan untuk terus membantu usaha Nabilah untuk hamil.

  17. As Salam Dr Tasha..
    saya Haizan..saya nak tnya bolehkah darah yg diambil pada hari ke-2 period diambil pada hari ke-3 period..

  18. Assalam Dr Tasha, saya sedang berusaha utk hamil setelah 6 bln berkahwin. Saya ingin mendapatkan suntikan vaksin influenza kerana selalu terdedah kpd flu. Adakah dengan pengambilan vaksin influenza ini boleh menjejaskan peluang saya untuk hamil dalam masa terdekat?

  19. Assalam dr tasya… sy nk tny adakah semasa rawatan ivf dan selepas ET kita boleh mengamalkan minum pati delima..pati kurma dan jus lega (madu + lemon+cuka epal+bwg putih+ halia)..dalam masa yg sama perlu juga mkn ubat2 yg dibekalkan oleg doktor.
    tq dr tasya.

    • Wsalam Ida,

      Unfortunately tidak terdapat sebarang bukti saintifik yang boleh Dr Tasha berikan yang menunjukkan terdapat sebarang kesan positif / negatif mengenai pengambilan pati delima tersebut dgn ubat2 lain. Sekiranya Ida berasa selesa dan tiada kesan sampingan In Sha Allah boleh teruskan tetapi usahlah mengambil terlalu berlebihan.

  20. Assalamualaikum.

    Dear Dr Tasha,

    Saya ada membaca blog Dr Tasha semasa mencari maklumat mengenai IVF.

    For your info, saya sudah berkahwin for about 3 years and 6 months. Saya mula mendapatkan rawatan semasa usia perkahwinan 2 tahun. Buat pengetahuan Dr Tasha, saya berusia 30 tahun dan suami 31 tahun.

    Saya memang tersangat inginkan cahaya mata. Saya telah mendapatkan rawatan dengan Dr Hamid Arshat bermula bulan June 2015. Semasa ujian HSG, tiub kanan saya didapati tersumbat. Suami pula sperm counts agak rendah. Selain itu, sy juga retroverted uterus. Dr Hamid memberikan sy clomid , vitamins dan suami di berikan supplement sperman to increase sperm counts. For your info, suami adalah perokok.

    Dr Hamid mencadangkan saya utk laparoscopy. Saya telah menjalani laparoscopy pada November 2015. Setelah procedure tersebut, saya masih belum berjaya hamil. Dr Hamid mencadangkan sy utk procedure IUI.

    Saya telah melakukan IUI 2x pada bulan Mei 2016 dan akhir sekali bulan August 2016. Namun belum rezeki saya lagi utk menimang cahaya mata. Dr Hamid mencadangkan saya utk menjalani hsg sekali lagi sebelum proceed dengan 3rd iui. Pada masa kini saya sedang menurunkan berat badan.

    saya ingin bertanya adakah ini masa yang sesuai untuk saya membuat IVF?

    Mohon pendapat dari Dr Tasha.

    Thank You.

  21. As salam dr, sya mariati..umur 30thn dan belum berkahwin.baru2 saya ada buat ultrasound n result die’multiple anechoic follicle in both ovaries’.adakah itu pcos?dr yg merawat sya bgtau itu adalah normal tapi die jg bgtau yg saya mungkin sukar utk mengandung…terima kasih

  22. Assalam Dr Natasha,

    Saya kenali Dr semasa sesi live dr di IKIM tempohari :))..selamat berkenalan. Saya berumur 36 tahun 5 bulan pada ketika ini dan telah berkahwin selama 11 tahun serta mempunyai seorang anak lelaki.Sedikit background,

    Saya disahkan endometriosis stage IV (cyst size about 10 cm) selepas operation pada Disember 2015 dan diikuti dengan injection Zoladex selama 3 bulan untuk tahan period. Menyusul pada pertengahan tahun 2016 sehingga 2017 saya follow up dengan Dr Hamid Arshad kerana pada ketika itu masih ada cyst (recurrence dengan saiz below 5cm) dan telah melalui HSG dan tiada tiub tersumbat. Pada tempoh yang sama saya juga telah berjumpa dengan Prof Hashim HUKM untuk dapatkan second opinion dan dinasihati untuk melakukan operation sekali lagi sebelum melaksanakan any medical assisted treatment ie IUI etc. Tanpa sempat meneruskan apa2 treatment, dengan izin Allah (usaha secara islami) saya mengandung (spontaneous conceived) pada tahun 2008 dan melahirkan secara caesarean seorang anak lelaki yang kini telah meningkat darjah tiga (Alhamdulillah). Pada tahun 2013 saya telah melakukan operation sekali lagi membetulkan rahim (retroverted uterus) dan membuang cyst dengan Dr Hamid Arshad. Selepas daripada itu tiada susulan ubat / treatment diteruskan lagi sehingga pada 2015 saya membuat semula HSG dan didapati kedua2 tiub telah tersumbat dan adhesions. Pada tahun 2015 juga saya mendapat second opinion dengan Prof Zainur, HUKM dan beliau mencadangkan saya perlu dioperate semula bagi membuang cyst dan termasuk menurunkan sedikit paras ovary sebelum dapat melaksanakan bayi tabung uji. Atas disebabkan telah 3 kali operate, pada ketika itu saya masih belum bersedia untuk menempuhi pembedahan seterusnya lagi. 😦

    Walaubagaimanapun, saya masih berharap jika diizinNYA untuk menimang seorang lagi cahaya mata. Adakah saya masih berpeluang Dr?

  23. salam doc,
    bolehkah sy mengambil ubat metformin utk tingkatkn kesuburan..sy sudah mencuba clomid selama 6 kitaran namun masih tidak berjaya mngeluarkan telur.

  24. Assalamuallaikum,

    Dr , saya berumur 37 tahun dan telah menjalani lap btl under ring. kerana sudah 3x cser
    saya ingin hamil lagi bolehkan saya mengandung utk proces ivf / rtl?
    jikalau ivf berjaya adakah saluran tiub saya akan terbuka ketika mengandung?
    adakah cser akan dilakukan jikalau positif mengandung utk precedure ivf?

    • Wsalam Ika,

      Ini bergantung kepada status rahim sewaktu dioperate hari itu. Jika terdapat lapisan rahim yang nipis ataupun parut yang byk, mungkin Ika tidak sepatutnya menjalani rawtan kesuburan untuk hamil kerana dikhuatiri membahayakan Ika. Jika hamil, saluran tiub tidak akan terbuka. Yes, sbb dah 3x cser, jika hamil cser kali 4 akan dilakukan

  25. Assalamuallaikum Dr Natasha,
    Saya berusia 35+ tahun, sudah 2 tahun berkahwin dan cuba untuk mendapatkan zuriat. Saya telah berjumpa dr pakar dan menjalani ujian AMH. Keadaan telur saya setabil dengan peringkat umur tapi saya disahkan ada PCO walaupun kitaraan period dan berat badan setabil. Suami pula mempunyai sperm count yg rendah. Saya telah mengambil clomid dan HCG injection sebanyak 2 cycle tapi tidak berjaya. Saya juga telah membuat rawatan acupuncture sebagai sampingan. apakah step seterusnya yang patut saya lakukan?, Adakah IVFku sesuai untuk saya?

  26. Assalam dr.Natasha..disini sy ada pertanyaan berkenaan AMH.sy merupakan pesakit endometrosis stage 4.dah 2 kali operation.sekarang msh ada lg cyst saiz 8cm+.baru2 ini sy ada membuat ujian amh.hasil ujian tu menunjukkan bacaan amh sy hanya 0.8 dan sy baru berusia 28thn serta belum pernah hamil.adakah cara utk menaikkan kembali amh sy?adakah sy masih berpeluang untuk mengandung secara semulajadi atau saya perlu melalui ivf?
    Terima kasih.

  27. Assalamualaikum Dr. Tasha, saya sedang hamil 5 bulan dan mengalami masalah kencing tidak lawas. Bolehkah saya mengambil Ural untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

    • Wsalam Fazlina,

      Seelok-eloknya pergilah rujuk kepada pakar obstetrik yang menjaga Fazlina untuk memastikan apakah kuman yang menyebabkan kencing tidak lawas dan berkemungkinan besar antibiotik perlu diberikan.

  28. Terima kasih Dr. Tasha.

  29. Salam Doctor, sy dan suami telah berkahwin selam 2 tahun lebih..sy belum pernah mengandung selam usia perkahwinan ni..kami ada jalani rawatan seperti berurut dan yg terbaru buat rawatan diklinik pakar..sy dah buat HSG utk check samada saluran tiub tersumbat..tp Alhamdulillah semua normal..tp kami dapat tau suami sy bermasalah sperm count kurang dan tak bergerak laju..doktor yg rawat kami bgtau IVF je cara utk kami dptkan anak kalau sperm husband masih bg result yg macam tu lepas consume ubt..doktor supply speman dan kapikachu brand himalaya dan vitamin c utk husband consume..stakat ni dia da makan selama 2 bulan lebih tp kami still takut untuk buat S.A test lg sbb risaukan result..ada tak cara macam man kami nak usahakan supaya sperm suami dlam keadaan sihat dan banyak untuk sy conceive..contoh dr segi makanan dan supplement? terima kasih

  30. Assalamualaikum Dr Natasha.

    Saya berusia 26 tahun dan baru berkahwin 5 bulan. Baru2 ni saya ada buat ultrascan untuk melihat keadaan rahim. Sebelum berkahwin saya mempunyai kitaran yang teratur selama 28-20 hari dan haid akan berlaku selama 7 hari dan tak pernah ada period pain yang teruk. Tapi selepas berkahwin, kitaran saya berubah menjadi semakin pendek, 27, dan baru2 ni 26 hari. Pada bulan lepas haid saya hanya 5 hari (18/10 – 22/10) dan saya dapati period kali ini terdapat banyak ketulan keluar bersama darah selama 2-3 hari.

    Doktor yang memeriksa saya menyatakan kitaran saya normal. Tapi bila doktor scan, dia dapati rahim saya kembang. Beliau menyatakan saya mungkin pregnant tapi selepas membuat UPT, result adalah negative. Doktor juga mengesahkan saya tiada cyst. Saya juga merasakan perut saya agak buncit dan keras.

    Adakah normal kalau rahim kembang dan apakah punca yang menyebabkan rahim kembang? Adakah ini akan menyukarkan saya untuk hamil? Adakah saya berkemungkinan menhidapi penyakit seperti fibroid atau endometriosis walaupun saya tiada tanda2?

  31. Assalamualaikum Dr Tasha, saya sedang hamil 27 minggu dan mengalami masalah keputihan yang sederhana. Bolehkah saya mengambil proutix utk mengatasi masalah ini. Terima kasih.

    • Wsalam Salsabil,

      Seelok-eloknya rujuklah kepada doktor yang merawati untuk memastikan tidak terdapat jangkitan kuman. Sample high vagina swab boleh diambil oleh doktor dan rawatan bersesuaian diberikan jika perlu. Proutix boleh diambil setelah rwatan bersesuaian diberikan

  32. Salam doktor. Nak tanya, adakah wujud kes di mana scan menunjukkan kantung bayi tetapi upt masih negatif. Itu terjadi pada saya sebenarnya. Last period 14/10/17 tetapi saya memang jenis irregular menses. Di samping itu, dlm semggu yang lepas, saya ada keluar darah berwarna pink muda dalam setompok dua begitu. Lepas tu ada jugak warna coklat keluar. Tapi minggu ni semua tu dh berhenti. Saya ni hamil ke tidak…

    • Wsalam Fiesha,
      Kes ini boleh berlaku di mana ujian UPT tersebut adalah tidak tepat iaitu false negative. Jika ternampak kantung kehamilan dan ujian darah bhcg adalah positive, Fiesha hamil. Hendaklah rujuk kepada doktor yang merawati untuk memastikan apakah diagnosis yang tepat dan langkah yang perlu diambil jika benar Fiesha hamil.

  33. Wan nur hidayah binti wan mustapha

    Assalamualaikum dr natasaha, saya telah buat ivf beberapa kali.. semasa buat ivf saya buat suntikan progroveris utk 3001u setiap hari sampai hari ke 9.. masalah saya walaupun ddngan dos yg tinggi tapi saya hanya dapat telur yg sikit.. cth dua sahaja telur saya membesar yg lain tidak.. bagaimana nak atasi masalah quality telur dan size telur

  34. Assalamualaikum Doctor,

    Below is my chronology, harap doctor bole advise me :)we decided to take out the IUCD and had it done late of January.In Feb, my period was late 5 days and no UPT was done, cycle a bit longer (35 days vs normally 29/30 days)
    My First LMP was on 15th of March 2020. (Cycle of 30 days)I conducted UPT at home after a week then went to the GP for another UPT and GP confirmed 5wks.She requested me to return later for scan, i went back at 8wks.GP wrote FH+ shown to mother in the scan printout.At 9wks, i went to KKIA to register.At 11wks, GP at KKIA requested for MGTT since my second pregnancy was GDM on diet, to date KKIA have not called me to update on the results.At 12wks, (merely 1 week ago), I went to see my Gynae, she did an abdominal scan and could not detect the heart beat and the baby was measuring smaller, around 10wks.She requested that i come back tomorrow (after 1 week – 13 wks GA) for a TVS scan to be conducted.My question is, if the TVS scan could not locate the baby’s heart beat, should I be asking for a second opinion, request for a Beta HCG test or directly go for a D&C?
    This is the first time i am facing this and still learning through the process.Can you please help to advise?
    Wassalam.

    • As salam Dhilah. Susah untuk Dr Tasha advice without assessing you first. Please do come and see me in KL fertility centre so I can give u proper advice on what to do. Do call 1st to book n appointmt ya…

  35. MARNI BINTI KASIM

    Assalamualaikum Dr. Kalau nak buat appointment berjumpa dengan dr, boleh set appoinment di Fetility Clinic KL or Pusrawi?

Leave a reply to drnatashanor Cancel reply