Tanya Dr Natasha Nor

Sebarang pertanyaan boleh diemailkan kepada:

drnatashanor@gmail.com

Untuk membuat temujanji: 

1. KL Fertility Centre

Suite 604, Wisma Perintis 47 Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: (03) 20933500

http://www.klfertility.com/

2. PUSRAWI Hospital 

Hari Isnin dan Rabu 2-5pm

Lot 149, Jln Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: (03) 0326875000

http://www.pusrawi.com.my/

Posted on June 25, 2013, in Tanya Dr Natasha. Bookmark the permalink. 165 Comments.

  1. salam drnatashanor,sekira or telah dimasukkan pesakit ingin duduk dihospital hingga pengesahan kehamilan dibuat boleh kah?dan berapa kos keseluruhan ivf hingga selesai?berapa peratus kejayaan ivf yg menjadi dan berapa peratus tak menjadi seandai ivf petama gagal sekira ingin nak buat kali ke dua adakah kos ivf tetap sama?

    • NUR AMIRA SONIA Abdullah

      asalamuailaikum dr.
      saya seorg ibu b’usia 37 thn baru shj mgalami plasenta abruptio+IUD+Utrus rupture pd 15 mei 2015 pd usia kdgn 33w6d.baby girl 2.31kg…utk pgthn dr.ini adalah anak k5.anak ptama prempuan 13 thn,kdua lelaki 12 thn,ketiga miscariage ktk kdgn 11 mggu krana tiada hbeat,keempat 3+ thn lelaki lahir mll emr ceasar krn plasenta previa type 4,dan kelima yg baru blaku.ktk pbedahan dlakukan plasenta sudah tkeluar sbhgnnya drpd uterus rupture.sy dtranfius darah 7 pain dan msuk icu bbp hari.sy tlh BTL wlp sy nyatakan x mahu ktk dsoal sblm operasi djlnkan.dr.mminta izin suami ktk sy sdah x sdarkan diri.dr.myatskan yg sy brisiko tgi utk mgalami mas yg sama jika mgandung lagi.skrg sy tfikir utk mjlni ivf.soalan sy…adakah pluang sy utk mgandung lagi dgn mlahirkan selamat? adakah dr.pnah bdepan dgn mas spt sy ini? sy diberitahu blh cuba conceive slps 6-9 bulan ceasar,tidakkah bhya utk kes saya? dan sy mohon pdgn dr. sec prof. dlm hal ini.

      • Wsalam Amira,

        Memandangkan kes Amira adalah rumit, adalah lebih baik membincangkan hal ini dengan doktor yang merawati Amira kerana dia lebih arif mengenai latar belakang Amira. Sekiranya hamil dengan IVF, terdapat kemungkinan besar kandungan tersebut juga boleh mengalami komplikasi. Sembahyanglah Solat Isthikharah untuk meminta PetunjukNya. Take care.

  2. terima kasih drnatashanor

  3. Doktor saya nak tanya kos rawatan ivf sekiranya yang pertama tidak berjaya..adakah kos rawatan yg kedua sama harganya atau sebaliknya.

    • Akum fazilah,
      Ini terpulang sama ada rawatan IVF kali kedua ini adalah fresh cycle atau frozen embryo transfer (FET). Apa yang dimaksudkan dengan fresh cycle ialah pesakit terpaksa melakukan rawatan semula ie rangsangan hormon, kutip telur (oocyte retrieval) dan embryo transfer. Manakala FET akan dilakukan sekiranya kali pertama melakukan IVF, terdapat lebih dari 3 embryo yang terhasil dari persenyawaan telur dan sperma. Lazimnya hanya maksima 3 embryo akan diletakkan kembali ke dalam rahim semasa prosedur embryo transfer (ET). Embryo yang selebihnya akan dibekukan (Frozen) dan diletakkan kembali ke dalam rahim dalam prosedure FET. Oleh itu, harga kos untuk melakukan fresh IVF akan lebih mahal berbanding dengan FET.

  4. Assalamualaikum doktor,
    Bolehkah doktor kongsikan penjagaan kandungan ivf terutamanya diperingkat awal sama dari segi pemakanan penjagaan harian.

  5. khairil anuar

    As salam doktor,saya merupakan suami salah seorang pesakit doktor,ingin bertanya beberapa soalan,bulan februari 2014 isteri sy menerima rawatan doktor iaitu iui,namun agaknya rezeki tiada lg,jd isteri sy mahu rehat sebentar drpd melakukan rawatan,nk try conceive secara natural,so Alhamdulillah sekarang isteri sy pregnant 5 weeks but not confirm sbb test guna upt brand clear blue digital dan strips brand clear blue,soalannya apa tindakan kami selepas ini?kedua bgmana kami boleh berhubung dgn doktor sebagai as a close friend,because we really need your advise for the first time pregnancy

    • Akum Khairil,

      Alhamdulillah. Tahniah Dr Tasha ucapkan. Kadang-kala memang macam tuh, sudah a few cases already, lepas tak jadi IUI, the next month je terus hamil. S’times, mungkin ubat stimulation yang diberikan masih berkesan sehingga bulan seterusnya. Untuk confirm hamil, kita perlu buat imbasan scan. Selalunya by 6-7 weeks dah nampak kantung dan jantung baby. Dr Tasha unfortunately dah pindah tempat kerja. So, if you need to see me, Then contact my new clinic at KL Fertility Centre:

      Wisma Perintis 47 Jalan Dungun, Wisma Perintis, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

      Telefon: (03) 20933500

      http://www.klfertility.com/

      Take care!

  6. Assalam Dr Natasha….
    sy nurul, umur 27 tahun..dh berkawin selama hampir 3 tahun namun msh blom ade rezki cahaya mata.Ape yg menjdai mslh adlh sy irregular menses since menarche n now sy dh hampir 9 bln xperiod…mm mcm serabut jgk biler pkir..n also sy adlh 1 of the patient of Von willebrand disease type 1.skrg neh sy under follow up goverment hospital n they suggest to do HSG tp kene tggu until periodkn?? so until now xdpt nk buat apa2 sebab sy msh lg period…so nk ty suggestion dr. natasha ttg mslh sy ini??? at last suami sy dh go through seminal analysis n the result was normal.. terima kasih daun keladi 🙂

    • Assalamualaikum Nurul,

      Terima kasih kerana sudi bertanyakan soalan kepada Dr Tasha. Untuk masalah nurul, kita perlu selidik kenapakah haid nurul tidak teratur kerana ini mungkin salah satu sebab utama nurul menghadapi masalah untuk hamil. Bagi masalah untuk membuat ujian HSG, nurul hanya perlu berjumpa dengan doktor dan pastikan yang nurul tidak mengandung dahulu dan kemudian ubat hormon makan boleh diberikan untuk membuat haid nurul turun. Kalau nurul nak, nurul boleh membuat temujanji untuk berjumpa Dr Tasha agar isu-isu ini dapat diselidik dan rawatan kesuburan boleh dibuat.

  7. Assalamualaikum Dr Tasha,

    Saya Pn Ann age 32 punya seorang anak age 4yo. Berkahwin year 2008. Baru-baru ni saya mendapatkan treatment di hospital kerajaan, Alhamdulillah kesemua ujian suami isteri adalah baik kecuali saya mempunyai PCOS. Semasa appointment terakhir dgn Gynea, Dr inform saya perlu buat pupil test sebab dinding rahim tebal.

    Mohon Dr Tasha bagi pencerahan tentang pupil test itu untuk apa? ( saya ada google tapi yang ada adalah polip bukan pupil) .

    Untuk maklumat Dr Tasha saya kini mengambil supplement GLA (terdapat EPO) untuk menstabilkan hormon (saya hanya akan period selepas ambil ubat turun darah since 2007). Saya ada bertanya pada Gynea di hospital tersebut tetapi beliau tidak tahu tentang keperluan supplement tersebut. Perlukah saya teruskan pengambilan supplement tersebut?

    Kini saya sedang menunggu next appointment untuk proceed dengan IUI. Buat masa sekarang pihak hospital membekalkan saya duphaston dan asid folic. Mohon advise.

    • Wsalam Puan Ann,

      Dr Tasha rasa apa yang dimaksudkan dengan ujian tersebut ialah Pipelle sampling. Ini adalah ujian di mana lapisan dinding rahim diambil menggunakan sejenis alat yang dinamakan Pipelle. Ianya dilakukan di dalam klinik dan mudah dilakukan. Mungkin akan merasakan sakit seperti senggugut semasa prosedur tersebut dilakukan.

      Bagi supplement EPO pula, dari pengetahuan Dr Tasha ianya adalah untuk membuat cecair pangkal rahim (cervical mucus) lebih elok. Ini adalah diharapkan dapat memudahkan sperma masuk ke dalam rahim dan meningkatkan peluang untuk hamil. Setengah-tengah pesakit mendapati yang haid mereka teratur dan kulit lebih cantik dengan memakan EPO ini. Bagaimana pula dengan Puan Ann, adakah mengalami kesan sampingan elok ini?

      Kebiasaan untuk rawatan kesuburan untuk wanita yang mengalami PCOS ialah untuk menggalakkan pengeluaran telur yang matang dari kilang telur. Diharapkan Puan Ann dapat membaca seterusnya di dalam artikel PCOS saya.
      https://drnatashanorfertility.com/category/info-asas/polycystic-ovarian-syndrome/

      Dr Tasha Doakan agar rawatan kesuburan Puan Ann berjaya hendaknya.

      • Salam Dr,

        Thanks a lot sebab sudi reply permasalahan saya. For your info saya telah pun buat Pipelle sampling tersebut dan kini sedang menunggu next appointment untul dapatkan result.

        About consume GLA (consist EPO), Alhamdulillah…memang saya & husband perasan kulit saya especially muka makin elok ( dulu teruk muka banyak pimple) tapi masalah period masih sama iaitu tidak datang period sehinggalah Dr beri ubat turun darah.

        Terima kasih Dr Tasha.
        Saya dan suami akan lebih berusaha & follow blog Dr ni. Terima kasih banyak sebab sudi share banyak info kesihatan especially bidang kesihatan & kesuburan (versi Melayu).

        Semoga Dr Tasha sihat dan success.

  8. zainon selamat

    Assalam dr. sy telah ” menjalani” BTL stlah klahiran ank ke 3 sy 3++ years ago… mse tu my hubby said.. “ikat je dulu”… but deep in my heart i still want another baby… sy ada survey2 jgk betweeen reversal n ivf nih…i think i prefer ivf …so dr mcammana ye pandangan dr.. tqvm.

    • Salam puan zainon,

      Boleh dr tasha bertanyakan umur puan skrg dan kenapa btl telah dijlnkan. Adakah kerana puan dah ada 3 anak. Atau pun puan telah menjalani 3 pembedahan caesarean? Ini ialah lazimnya dr tidak akan melakukan btl tanpa alasan kukuh. Pada pendpt dr sekiranya puan zainon sesuai utk mengandung sekali lagi, ivf adalah lebih elok dari btl reversal which has a lower success rate and masih mungkin mempunyai risiko kandungan ektopic serta melibatkan operation.

  9. zainon selamat

    Wassalam. Terima kasih dr di atas jwpn tersebut. Main reason mmg 3 x czer.. umur sy skrg 36+…. alhamdulillah tiada pnyakit yg berisiko tinggi..cuma.. bmi yg lebih dan dan kdg2 gula sedikit tinggi bergantung pd apa yg sy ambil dlm mggu itu…. sy mmg ada berbincang dgn suami berkenaan hal ini(ivf)….tp mungkin kaum adam ni berfikir… ” dah ada itu lebih baik dari tiada”, sudah takdir/rezeki setakat ini, prosedur yg rumit…. tp sy lihat kaedah ini sbg suatu peluang….sy faham n sedar risikonya baik btl n reversal… cuma sy risau tiada doktor yg” sudi” czer sy buat kali yg ke-4…tq doctor..

  10. Salam puan zainon,
    Oh begitu. Adakah dr ada memberitahu pada last caeserean section keadaan di dlm. Adakah terdapat adhesion teruk atau dinding rahim sudah nipis. Jikalau ada, mungkin risiko tinggi untuk mengandung lagi. Sekiranya tidak, bawalah bincang dgn doktor dan suami. Adakah semua anak puan satu jantina sahaja? Also bolehlah sbhyg istikharah untuk membuat pilihan yg terbaik ya.

  11. zainon selamat

    Wassalam… ohhhhh bgitu… terima kasih sekali lg dr. Berkenaan last condition tu yg itu sy agak kurang pasti pula… ya ank2 sy hnya 1 jantina sahaja…mmmm….btul juga kan dr…istiikharah… tak buat lg yg ini…astagfirullah… adakah sy manusia yg tidak bersyukur dr??.. kdg2 rsa sunyi bila x bleh nak gomol2 baby…

  12. Mungkinkah anak puan zainon lelaki semuanya. Betul kah tekaan dr tasha? Takpe anak2 bila dah besar pun boleh digomol jugak sekali sekala. 😉 harap, puan zainon dpt membuat keputusan yg terbaik. Kalau semua lelaki, In sha Allah dpt la anak perempuan menantu semuanya atau sebaliknya. Kalau tak kena tunggu gomol cucu la pulak. Take care.

  13. Salam Dr Tasha ( nama kita sama nampaknya hihi ) saya bercadang nak buat iui + gonal. Buleh doc jelaskan berapa anggaan kos rawatan ye? Saya pernah buat iui (dengan clomid sebelum ni) di hospital lain tapi tak berjaya.
    Masalah saya adelah kurang ketebalan endometrium, paling tebal pon hanyalah 8-9mm dgn bantuan aspirin. So far saya mampu ovulate sendiri walaupon tanpa sebarang ubat tambahan.

    • Wsalam Tasha,

      Harga kos IUI berbeza dari satu klinik ke klinik yang lain kerana berlainan tempat menyediakan pakej yang berlainan. Setengah tempat tidak memasuk harga kos ubat stimulasi di dalam pakej IUI.

      Ianya juga bergantung kepada dos stimulation yang akan digunakan which depends on patient. Setengah-tengah pesakit memerlukan dos yang lebih tinggi dan lama. Oleh itu, harga kos IUI mereka juga akan lebih mahal. Kos IUI ranges from RM1000 – RM3500

      If Tasha nak buat IUI, you could make an appointment to see me dekat Pusrawi. Sila call 0326814922. Klinik Dr Tasha hari Isnin dan Rabu petang di sana.

  14. salam dr natasha,

    saya ingin bertanya,adakah diarrhea semasa awal kehamilan IVF adalah biasa atau tidak.Kerana ini merupakan IVF cycle kedua saya, dimana sedang hamil 5minggu dan sangat risau mengenai risiko m/c berikutan,cycle pertama saya berjaya tetapi saya mengalami early m/c.saya sangat berharap kandungan kali ini selamat.Setiap hari saya membuka blog doktor dan membaca doa menguatkan rahim..

    • Wsalam Ana,
      Tahniah Dr Tasha ucapkan. Diarrhea semasa awal kehamilan adalah tidak normal. Sila rujuk semula kepada dr yang sedang merawati Ana sekarang. Di samping itu, hendaklah lebih berhati memilih makanan agar tidak terkena sebarang keracunan makanan dan telitilah pemakanan untuk memastikan tidak ada mknan yang mungkin tidak sesuai buat ana. Elakkan makanan yang terlalu pedas atau berminyak.
      Dr Tasha doakan agar kandungan Ana kuat dan sihat hendaknya.

  15. Salam doktor,,
    terima kasih doktor kerana sudi membalas,.nampaknya diarrhea saya sudah berhenti.sekiranya ia berlaku lagi saya akan rujuk kepada dr yang merawat saya.terima kasih atas info yang diberikan,ianya sangat berguna untuk saya.terima kasih sekali lagi.

  16. Assalam Dr.
    Saya baru menjalani ovarian drilling pada 24 Mei 2014 kerana PCoS dan period yg tak henti.
    Soalan saya….semalam 31/5 saya dapati ada drh pada pantiliner saya…(satu line pjg) kemudian sy tukar pantiliner..drh xturun lg kecuali spot2 coklat. Hari ni 1/6 saya dapati drh masih turun…kali ni drh merah dan saya dh pakai pad.
    Adakah normal doktor?
    Terima kasih.

    • Akum ikin,

      Dr Tasha rasa kalau pendarahan ikin tidak berhenti dan berpanjangan macam itu, baiklah rujuk semula dgn dr yang merawati ikin. Ubat hormon utk dimakan boleh diberikan untuk memberhentikan pendarahan tersebut. Ovarian drilling kadang-kala mengambil masa utk memperbetulkan kitaran. Adakalanya juga ianya tidak efektif untuk setgh pesakit PCOS.

  17. salam dr tasha..sya julia dari kota kinabalu sabah,berumur 22 tahun,bulan july 2014 sya telah mengandung luar rahim dan tube sebelah kanan sya kena potong..sya nak buat rawatan ivf di kl fertility.sya boleh buat ivf tak?n berapa kos buat ivf di kl fertility?

  18. Slm..Dr..
    Sy nk tanya klu sy ada mslh fibroid blh ke sy buat rwatan iui..
    Tq

    • Salam Nora,

      Ini terpulang di mana letaknya kedudukan fibroid tersebut dan saiznya. Oleh itu, dapatlah pandangan Dr yang merawati Nora sama ada IUI adalah rawatan sesuai untuk Nora ya.

  19. Assalam Dr Natasha
    Sy patient doc di HUKM tahun 2013.
    Merancang utk hamil lagi…Doc sekarang di Pusrawi Jln Tun Razak ke?
    Tgk website Pusrawi belum ada nama doc.
    Kalau boleh sy ingin doc jadi gynae sy lagi.
    TQ

    • WSalam Rozita,

      Baguslah kalau Rozita sudah bersedia untuk hamil lagi. Jikalau ingin berjumpa dengan Dr Tasha boleh buat temujanji dengan menelefon Pusrawi Hospital. Klinik Dr Tasha hanya boleh hari Isnin dan Rabu Ptg 2-5pm. Jikalau ingin berjumpa pada hari lain terutamanya hari Sabtu (Half day), Bolehlah menelefon KL Fertility Centre:

      Suite 604, Wisma Perintis 47 Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

      Telefon: (03) 20933500

      http://www.klfertility.com/

      In Sha Allah kita boleh berjumpa pada masa terdekat.

      Salam
      Dr Tasha

  20. salam dr ntasha saya ingin bertanya pda doktor ,skg saya di sah kn mengandung tapi dr yg sy pg tu xckp brape minggu so sy dah pening sekang boleh tak bantu saya ,saya start period 2,10,14 saye hbs period 9,10,14 ,so s skg bpe minggu ?

    • Wsalam Siti,

      Kalau period last hari pertama (kita selalu panggil LNMP=Last normal menstrual period) is on the 2/10/14. Period siti regular, sure of dates and not on contraception, patutnya siti dah 6 minggu. Minta tolong doktor scan confirm kan tarikh and nanti make sure boleh nampak jantung baby ya. Kalau tak nampak jantung masa scan pertama, bolehlah repeat scan dalam masa 1-2 minggu lagi ya. Tahniah!

  21. Salam sejahtera Dr Natasha saya baru menjalankan rawatan ivf pada bulan september 2014 tetapi semasa rawatan doctor saya memberitahu keadaan ovary saya selepas diberi ubat suntikan hanya ovary sebelah kiri yang respond dimana ia menghasilkan telur yang lebih banyak dan size yang besar manakala ovary disebelah kanan tidak berapa respond maksudnya telur agak sedikit dan kebanyakan size agak kecil, malangnya ovary sebelah kiri agak tinggi dan menyukarkan dalam proses egg collection oleh itu hanya 11 biji telur sahaja yang dapat dicollect tetapi hanya 2 embryo yang terhasil grade 1 dan grade 1-2, saya hanya dapat ET pada bulan november kerana menurut dr saya banyak fluid d dalam dan sungguh mengecewakan hari ini blood test come out -ve. Persoalan saya disini sekiranya saya repert ivf adakah kemungkinan ovary sebelah kanan tetap tidak dapat produce telur yang banyak dan apakah rawatan yang sesuai untuk ovary kiri saya yang tinggi supaya saya ada peluang yang tinggi untuk collect telur yang banyak, adakah technique semasa ET itu salah satu sebap mempengaruhi ivf saya dan adakah masa sesuai sekiranya saya repert ivf pada bulan febuary 2015. Sekian

  22. salam dr….sy baru shj buat prosidur IUI 13/1/2015….kesesokannya sy keluar coklat2 dan berlarutan sehingga hari ini…dan hari ini 16/1/2015 dh bertukat ke warna merah seperti pendarahan…soalan sy, normalkah sitausi mcmni selepas prosidur IUI? dan adakah peluang utk sy hamil selepas prosidur ini tiada?

    • Wsalam Syamimi,

      Selalunya tidak elok sekiranya berdarahan berlarutan selepas prosedur IUI. Situasi yang normal ialah pesakit selalunya tidak mengalami pendarahan seperti ini, hanya sekiranya IUI tersebut tidak berjaya , wanita tersebut akan mendapat haidnya about 2-3 weeks later. Jika ini berlaku, ada kemungkinan besar peluang adalah lebih rendah.

  23. Assalam Dr natasha..tlg reply email sy…tq

  24. Assalamualaikum Dr Natasha,sy patient Dr tempoh hari yg bt uijan kesuburan,yg Dr suh pegi enjection rubella tu.sy pegi merata klinik rata2 nurse kate rubella dah tak provides lg.so mcm mne yer?adekah sy blh teruskan rawatan bt iui tu.

  25. Assalammualaikum Dr. Tasha,

    sy hamil 11weeks & sy nk minta pandangan memandangkan sy telah berjumpa dgn 2 org pakar wanita d pusat pakar yg sama..seorg lg telah memberi sy dusphaton & seorg lg mngatakan tdk perlu kerana sy tiada rekod keguguran sebelum ini..ini adalah kehamilan pertama buat sy.. atas nasihat kawan elok sy teruskan dusphaton utk precaution kerana sy juga kategori overweight tp soalan sy jika doctor tdk beri adakah sy patut minta..?

    lg satu sy juga pelik kerana pd minggu ke 7 kehamilan sy tdk d beritahu pun tentang degupan jantung bayi etc. minggu hadapan 23.02 adalah tarikh utk temujanji yg berikutnya..

    • Salam Jaja,

      There is no right / wrong answer. Selalunya Duphaston diberikan kerana sebab2 tertentu, sejarah keguguran, masalah pendarahan masa awal kehamilan, following rawatan kesuburan untuk menguatkan rahim. Oleh kerana Jaja sudahpun 11 minggu dan sudah pun mengambil duphaston, sekiranya tiada kesan sampingan dan tidak ada masalah seperti yang disebutkan di atas mungkin boleh continue Duphaston sehingga 12 minggu. Lebih elok jika mendapatkan nasihat dari doktor yang merawati jaja yang lebih mengetahui latar belakang jaja. Kadang-kala degupan jantung bayi hanya dilihat dan tidak dikira. Tidak apa mungkin jaja boleh meminta Dr jaja berbuat demikian pada next appointment.

  26. Assalamualaikum Dr Natasha Nor, Period saya da lewat 5hari,selalunya memang normal. Masalahnya saya buat pregnant test sendiri da 3x..sumanye -ve..kenapa ye sbb period lewat?

    • Wsalam Mrs N,

      Terdapat beberapa kemungkinan kenapa haid lewat. Mungkin stress atau awal kehamilan. Sekiranya test negative dan haid masih tidak datang pergilah check dengan doktor ya.

  27. Tertinggal pula, Dr boleh tak suggest any medication yg boleh lancarkan period? Sy ada Google, namanye cytotec kalau xsilap..ubat tu elok ke utk lancarkan haid?

    • Salam Mrs N,
      Rasanya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan selanjut dan rawatan betul diberikan. Usahlah mengambil cytotec tanpa pengawasan doktor

  28. Salam Dr Natasha,

    Saya berumur 35 tahun dan telah mempunyai 2 org cahaya mata. Selepas kelahiran anak ke-2 sy 8 tahun lps sy telah memakai iucd. Selepas 3 tahun, kami bercadang untuk mencuba untuk mendapat anak lagi & telah mengeluarkan iucd itu. Namun terdapat sedikit komplikasi sewaktu pengeluaran kerana iucd sudah terlalu naik ke atas. Walaubagaimanapun, ia berjaya dikeluarkan.

    Setelah 4 tahun tidak memakai sebarang kontrasepsi, saya masih tidak hamil & pd tahun ke-5 ini kami benar2 inginkan seorang lg cahayamata. Saya monitor cycle calendar sy very closely. Namun, hingga kini masih tiada rezeki. Suami saya mencadangkan saya membuat check-up. Perlukah saya terus ke pakar infertility atau boleh ke pakar sakit puan biasa sahaja?

  29. Hi Dr Natasha
    Saya berkahwin almost 6 years tapi masih belum pregnant. We planned to proceed with IUI with doctor, boleh advise next actions?

    Thanks

  30. As-salam Dr….
    Saya nak tanya.. Boleh tak saya ambil ubat kuatkan rahim untuk persediaan mengandung? Saya pernah chemical pregnancy cycle lepas.. Pernah jugak dnc beberapa tahun yg lalu..
    Untuk pengetahuan Doktor, saya sekarang baru kali kedua cuba dgn kaedah bbt kerana period saya tidak teratur dan panjang. Melalui bbt chart saya baru melepasi beberapa hari waktu ovulasi.Jadi saya bercadang untuk ambil ubat kuatkan rahim difarmasi. Sekiranya boleh, boleh tak doktor cadangkan ubat apa yang patut saya ambil? Atau adakah terlalu awal untuk saya ambil ubat tersebut dan mengganggu kehamilan jika ia terjadi?? Boleh doktor berikan pandangan??Terima kasih..

  31. Maizatul Aishah Bt Ajid

    Hai dr..umur 31, married for 5 yrs..still TTC..nak tanya wajib buat HSG tak utk tengok mslh kesuburan..? atau bole mkn ubat kesuburan dulu?

    • As salam Maizatul,
      Memandangkan sudahpun 5 tahun mencuba. Pergilah periksa dengan doktor kesuburan. Pastikan sperma sudah diperiksa sebelum membuat HSG ya.

  32. As salam dr. Sy ada hantar email kat dr. beberapa soalan sy telah ajukan pd dr. Harap dr. dgn senang hati dapat menjawab persoalan sy ye.. terima kasih dr. 🙂

  33. Salam Doktor,

    Saya nak tanya.. Saya mengandung anak pertama. Usia kandungan saya 8W6D. Semalam saya check HB saya 10.5… Nurse bagi saya makan zincofer buat masa sekarang.
    1. Berapa HB yang normal untuk orang mengandung?
    2. Apa makanan yang perlu saya perbanyakkan/patut saya ambil untuk meningkatkan HB saya?
    3. Apa kesan kepada kandungan jika Hemogloblin rendah?

    AYU.

  34. salam Dr Natasha..sy ingin bertanya..sy sdg pregnant 25 weeks…sy mengalami masalah sembelit…boleh ke sy minum fybogel? sbb sy skrg fobia utk ke tnds..sy sdh minum byk air..mkn buah…tp tetap sembelit…sbb sy mmg takut utk meneran…hrp dr dpt mjawab soalan sy..terima kasih…

  35. Salam Dr Natasha..sya ingin bertnya..sya mgalami pcos. Adakah sya berpeluang mengandung? Apakah rawatan utk pcos? Kalau sya buat ivf dgn puan cmna prosedurnya?

    • Wsalam Rosiah,

      Yes, of course In Sha Allah Rosiah masih mempunyai peluang untuk hamil jika ada PCOS. Ini juga bergantung kepada latar belakang Rosiah, jika ingin melakukan rawatan IVF di bawah jagaan Dr Tasha hendaklah membuat appointment pada hari 2 haid untuk pemeriksaan pertama. Sila call KL Fertility Centre di 0320933500.

  36. salam dr,
    boleh saya tau berapa harga nak buat rawatan utk pertama kali di KLfertility?
    Adakah ambil masa yg lama untuk appontment,sebb slalunya sampai 6 bulan.
    x sanggup tunggu lama.
    Saya dah nak masuk 6 tahun kahwin,tp x de rezeki dapat anak lagi.
    Tq Doctor

  37. Salam Dr,
    Sya Ika dari Kota Kinabalu nak tanya pendapat dr. 25hb Mei lalu saya d minta untuk buat 3 procedures iaitu hysteroscopy,DnC dan Conization due to abnormal pap smear..period pun x teratur..huhu..result hanya akan keluar selepas bln hadapan..maklumlah..hospital kjaan..hopefully results ok..planning nak conceive secepat mungkin dr. Nak tnya dr, how soon can i conceive n apa2 medical methods yg perlu saya buat or ambil yg doktor suggest dengan keadaan saya sekarang?..harap doktor blh bantu saya..emel pn blh..;)

    • Wsalam Ika,

      Hendaklah tunggu keputusan tersebut sebelum melakukan rawatan fertiliti seterusnya. Jika ok, tidak salah memulakan langkah2 untuk hamil. Ika hendaklah membuat ujian kesuburan dahulu jika belum berbuat demikian, barulah doktor yang merawati boleh menyarankan rawatan kesuburan apakah yang bersesuaian ya.

  38. Salam Dr,

    Saya nak bertanya, saya sekarang mengandung anak pertama. usia kandungan sekarang 20 minggu. persoalannya adalah:
    1) berat janin saya 380gram. Adakah ianya berat normal?
    2) Kenapa perut saya masih tidak nampak seperti orang sedang mengandung. Seolah-olah macam buncit sahaja. Adakah ianya normal? Pelik sebab selalu orang bertanya, kenapa xnampak macam mengandung? baby kecik ke?
    Saya harap doktor dapat menjawab soalan saya ini.

    AYU

    • Wsalam Ayu,
      1. This sounds like within the normal range
      2. This depends on patients. Setengah orang akan obvious hamil while some much later on. Do not worry, selagi scan menunjukkan baby growing well dan air ketuban ok.

  39. assalamualaikum doktor,

    saya aine..saya sudah berkahwin 2 thun..saya gugur 2 kali sblum ni.. 1st gugur dlm lingkungan 4 minggu pada sept 2014. saya dpt tau saya pregnant kali kedua bulan mac 2015 tp gugur pada 3 april 2015. kedua dua keguguran berlaku pada awal mehamilan.. jadi ape yg perlu saya check sekiranya saya xmahu ia berulang lagi..

  40. Assalam dr..sy nak tnye..kalo org yg ade pcos n kekurangan berat badan mmg ssh nk conceive ke..sbb sy ade pcos & sy mmg underweight..period pon tak teratur..kena makan ubat baru period turun..

    • Wsalam Intan,

      Kebanyakan PCOS mempunyai berat badan berlebihan. Tetapi terdapat segelintir pesakit PCOS yang ‘slim’. Pesakit ini sebenarnya lebih sukar untuk dirangsangkan ovari but it is not impossible. Outcome untuk patient PCOS selalunya adalah good. Jika ingin mendapatkan rawatan kesuburan di bawah jagaan Dr Tasha sila call KL Fertility Centre ya.

  41. Umur saya 29thn sekarang dan pernah membuatkan pembedahan untuk buang ovari sebelah kiri pada usia 19thn. Sekarang saya sudah berumah tangga and inginkan zuriat. Adakah saya berpeluang untuk hamil dan apakah amalan yang perlu saya lakukan? Terima kasih.

  42. Umur saya 29thn dan pernah menjalani pembedahan pembuang ovari sebelah kiri pada usia 19tahun. Kini saya sudah berumah tangga dan masih belum dikurniakan zuriat. Adakah saya mempunyai peluang untuk hamil dan amalan yang perlu saya lakukan?

  43. tuan masliza tuan yacon

    as salam Dr.Tasha.sy berusia 37 tahun telah melahirkan anak ketiga pada 7 Mac 2015 melalui czer. Dua anak sy seblm ini juga tlh lahir melalui czer. Tetapi anak ke 3 sy tlh kembali ke rahmatullah pd 7 July 2015 kerana jangkitan paru2 pd usia 4 bln.Masalah sy ialah Dr telah buat BTL pd tiub sy. Sy ingin hamil lagi..apakah ivf sesuai utk sy jalani utk membolehkan sy hamil lagi..dn bgmana dgn peratus peluang utk hamil serta bagaiman dgn kos ivf.mohon advice Dr Tasha.t.kasih

    • Wsalam Masliza,

      Diharapakan Masliza sentiasa tabah dan cekal menghadapi dugaanNya. Pergilah berbincang dengan doktor yang merawati sebelum ini bagi berbincang adakah ini langkah terbaik. Ini bergantung kepada parut Caeser sebelum ini dan hanya doktor yang membedah Masliza boleh menjawabnya sama ada untuk hamil lagi adalah selamat bagi Masliza. JIka tiada masalah kesuburan, IVF akan memberikan peluang yang agak baik untuk hamil.

  44. Assalam Dr Tasha
    Saya dr Tawau sabah ingin bertnya pd drtasha…umur skrg 40 dan daa BTL pd thn 2007.. punya ank 4 org..saya nak bertnya..adaka bole yg daa BTL bole mengandung lg?.. sebab awal thn dlm bulan 3 ada lewat dtg haid..tp bulan 4 daa ada darah haid sedikit.. soalnya test urin negatif..iya laa lan sebab daa btl..X kan laa mengandung.. cuma dlm bulan 7 ada darah haid yg bnyk dan deras sngat sehinggakn sebulan X henti2..saya pegi ke klink utk buat pemeriksaan..doktor bg ubat pembekuan darah dan hentikan haid..setelah berhenti, saya buat pemeriksaan papsmear..dan d sahkan ada polip d pangkal rahim..doktor daa refer saya ke hospital kerajaan utk buang polip tersebut.. selepas polip daa d buang..ada sesuatu yg X normal dlm rahim saya..So doktor terlah mengambil tisu tetsebut utk pemeriksaan selanjutnya..
    Dlm 4 hari selepas pembuangan polip tu..saya ada kluar darah..agak2 due haid yg selanjutnya.. dlm 2 ari kemudian..ada daging seperti uri kluar bersama darah haid sebesar tapak tangan..
    Persoalannya skrg..adaka saya mengandung?
    Sebab air susu juga ada..
    Harap doktor tau apa masalah saya
    Terima kasih..

    • Wsalam Endang,

      Pergilah rujuk kepada doktor yang berdekatan untuk membuat pemeriksaan dan berbincang dengan lebih lanjut lagi. Selalunya selepas BTL tidak boleh hamil lagi kecuali rawatan IVF. Akan tetapi terdapat segelintir wanita yang hamil spontan selepas BTL. Ini boleh terjadi sekiranya tiub yang telah diikat, somehow bertaup kembali. Dlm kes ini, risiko kandungan luar rahim adalah tinggi. Pengeluaran susu juga boleh keluar jika terdapat hormon prolactin yang tinggi. Oleh kerana terdapat pelbagai kemungkinan hendaklah mendapatkan rawatan dari doktor yang berhampiran ya.

  45. asslamualaikum dr natasha..saya adalah pesakit endometriosis dan baru lepas open surgery last march, saya makan visanne untuk 3 month, and now endo saya dtg balik, doktor yang bagi rawatan kat saya advice utk buat iui cepat sebab peluang untuk saya pregnant naturally sangat tipis, saya nak tanya utk ujian HSG dan rawatan IUI dgn doktor cost in total berapa ya?

  46. As salam doktor tasha.

    Saya Siti, berumur 27 tahun dan sudah 3 tahun lebih berkahwin. Saya ada membaca di blog doktor bahawa untuk membuat IVF, berat badan mestilah dalam kategori normal.
    Saya merupakan obese dan memiliki berat sebanyak 128 kg tinggi 150cm sebelum ini. Tetapi setelah beberapa minggu berdiet berat saya turun sbyk 12kg.
    Soalan saya ialah adakah saya perlu mencapai tahap BMI normal iaitu 55kg untuk membolehkan saya buat sebarang rawatan IVF atau IUI?

    Terima kasih doktor

  47. Salam doc, saya dh 4 tahun kahwin, dh buat 6 cycle clomid, 1 kali iui, and full checkup kesuburan, tapi x hamil lagi, recently sye ada tgk org buat dnc walaupun x gugur utk fertility treatment, ketebalan uterus boleh effect implantation ke doc? Kalau nk check kat clinic, apa test kita kena buat untuk check capacity uterus?

    • Wsalam Putri,

      D&C buat wanita yang ingin hamil mungkin akan dibuat di dalam beberapa keadaan 1. Terdapat polyp di dalam rahim 2. Period tidak teratur dan ketebalan rahim sangat tebal. Jikalau begitu situasi Farah, doktor cadangkan agar berjumpa dengan pakar kesuburan untuk memeriksa kembali punca susah hamil dan mendapatkan rawatan kesuburan yang bersesuaian. Ketebalan rahim kadang-kala boleh effect implantation but DD&C mungkin bukan sesuai untuk semua orang.

      Sila cuba kuiz tersebut di bawah jika masih belum berbuat demikian, agar Dr Tasha boleh menasihati dengan lebih baik dengan mengetahui latar belakang Putri dengan lebih mendalam:
      https://drnatashanorfertility.com/info-asas/kuiz-rawatan-kesuburan-adakah-saya-calon-untuk-iui-ataupun-ivf/

  48. Salam Dr Tasha. Saya berumur 32 thn dah berkahwin 7 thn. Dalam tempoh 2 thn duduk berjauhan dgn suami. Pernah dptkan rawatan di hospital kerajaan selama setahun kemudian tak sambung rawatan lagi.. Pernah buat iui 1x. Tapi tak berjaya. Saya nak dpt rawatan kesuburan dgn dr Tasha. Hari ini baru datang period. Bila masa yang sesuai utk berjumpa dgn dr Tasha

    • As salam lin,

      Jika begitu lin boleh berjumpa dgn dr tasha di kl fertility besok pagi. Klinik tutup pada hari khamis dan jumaat. Kami buka only half day saturday. Sila call klinik di 0320933500 pukul 0830 pagi utk menetapkan masa dan beritahu nurse yg dr tasha accept case lin.

  49. Salam Dr. Tasha,

    Saya baru tengok Dr reply. Oleh kerana dah lambat dia bagi date 29/12/15 utk temujanjii. Dr boleh saya tau anggaran kos berapa utk rawatan kesuburan kali pertama berjumpa dr atau ada pakej

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s