In Vitro-fertilisation (IVF)

IVF juga dikenali sebagai rawatan bayi tabung uji. Ia adalah rawatan fertiliti di mana telur dipersenyawakan oleh sperma di dalam tabung uji. Rawatan IVF ini adalah sesuai untuk pasangan berikut:

  • Wanita yang mempunyai kedua-dua belah saluran peranakannya yang tersumbat
  • Wanita yang berumur lebih dari 35 tahun dan sudah mengalami masalah kemandulan lebih dari 5 tahun
  • Pasangan yang menghidapi masalah ‘unexplained infertility’
  • Lelaki yang menghidapi masalah sperma yang teruk sama ada dari segi bilangan, pergerakan atau kualitinya
  • Wanita yang menghidapi masalah endometriosis yang teruk
  • Pasangan yang telah menjalani rawatan IUI beberapa kali tetapi masih gagal untuk hamil

Peratusan kejayaan untuk hamil dengan menggunakan rawatan IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti umur pasangan wanita, qualiti telur atau sperma dan kaedah rawatan, secara keseluruhannya ialah 30-50%.

Prosedur IVF adalah lebih rumit dan melibatkan beberapa prosedur seperti di bawah:

  • Pasangan wanita akan mula menerima beberapa suntikan hormone selalunya hari kedua haid setiap hari (ini terpulang kepada regimen IVF yang digunakan). Tujuan suntikan hormon ini ialah untuk merangsang kilang telur untuk menghasilkan lebihan folikel.
  • Imbasan scan akan dilakukan beberapa kali untuk memantau folikel. Dos hormon akan dinaikkan atau dikurangkan bergantung kepada respon folikel.
  • Sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang teratur (‘28 – 30’ day cycle), folikel selalunya akan matang hari ke 12-14 haid dan prosedur ‘oocyte retrieval’ (OR) akan dilakukan.
  • Nama lain untuk OR ialah OPU (‘Oocyte Pick up’). Selalunya prosedur OR akan dibuat sebagai ‘out patient’ basis di mana selepas prosedur habis, pesakit akan diberi pulang ke rumah. Ubat lali akan diberikan sebelum OR, imbasan scan menggunakan ‘vaginal probe’ akan dilakukan melalui faraj dan dengan menggunakan jarum halus, folikel-folikel yang matang yang mengandungi telur (ovum) akan disedut melalui tebukan halus di lapisan atas faraj. Prosedur OR selalunya mengambil masa selama ½ jam ke 1 jam.
  • Pada hari yang sama dengan OR, pasangan lelaki diminta untuk memberikan sampel sperma. Pakar embryologist akan mempersenyawakan sperma dan ovum yang telah diperolehi dari OR.

  • Embryo akan dihasilkan dari percantuman sperma dan ovum. Pakar embryologist akan memantau perkembangan embryo-embryo ini dengan teliti. Selalunya 3 hari selepas prosedur OR, embryo yang paling elok akan dimasukkan kembali ke dalam rahim seperti gambar di bawah. Prosedur ini dinamakan embryo transfer (ET). Prosedur ini jugak akan dilakukan sebagai ‘outpatient’ basis. Pesakit akan dibenarkan pulang selepas 1 jam dan berehat di rumah
  • Ubatan untuk menguatkan rahim akan diberikan. Pesakit dinasihatkan berehat di rumah selama beberapa hari. Sekiranya haid anda tidak datang seperti yang sepatutnya, anda mungkin hamil. Ujian kehamilan boleh dibuat dengan air kencing atau darah selalunya 2 minggu selepas embryo transfer (ET). Akan tetapi imbasan scan untuk mengesan kehamilan hanya boleh dilakukan 3-4 minggu selepas ET. Sekiranya haid anda datang seperti biasa, prosedur IVF telah gagal.

Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku selepas rawatan IVF seperti ‘ovarian hyperstimulation syndrome’ (OHSS), ektopic pregnancy, kandungan kembar. Kos rawatan IVF berbeza dari satu klinik ke klinik yang lain. Rawatan IVF adalah intensif dan boleh menyebabkan stress di kalangan pasangan yang menjalaninya.

logo-ivfku

Sekiranya anda ingin membuat IVF, bacalah artikel seterusnya:

IVFKU – IVF pada kos yang berpatutan

Seminar IVFku

Perlukah membuat persediaan untuk rawatan IVF

Penjagaan selepas embrio transfer

Rawatan IVF gagal – di manakah silapnya

Kenapakah kos IVF mahal?

Mencapai IVF yang ‘patient-friendly’ dan praktikal

Apakah frozen embryo transfer?

Model Pembiayaan untuk IVF

Rawatan IVF. Apa yang berlaku di makmal IVF

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on June 29, 2013, in IVF and tagged , , , . Bookmark the permalink. 26 Comments.

  1. salam dr natashanor,berapa kah kos keseluruhan kos ivf hingga selesai,sekira ivf gagal klu kita nk buat kali kedua adakah kos bayaran tetap sama,boleh kah setelah or dimasukkan sekira pesakit ingin duduk dihospital buat sementara waktu hingga pengesahan kehamilan dibuat boleh ke

  2. salam dr natashanor,berapa kah keseluruhan kos ivf hingga selesai,sekira ivf gagal klu kita nk buat kali kedua adakah kos bayaran tetap sama,boleh kah setelah or dimasukkan sekira pesakit ingin duduk dihospital buat sementara waktu hingga pengesahan kehamilan dibuat,berapa peratus boleh bejaya ivf ni dan berapa peratus yg tak bejaya

  3. terima kasih

    • Akum Intan,

      1. Kos keseluruhan ivf hingga selesai bergantung kepada beberapa faktor a)klinik / hospital di mana rawatan ivf tersebut di buat. Anggaran ivf adalah RM$10,000 – 30,000. b) Pengunaan ubat rangsangan semasa rawatan ivf. Ini bergantung kepada individu / pesakit itu sendiri. Setengah2 pesakit yang mungkin lebih tua atau menghidapi masalah endometriosis yang teruk mungkin memerlukan ubat ransangan yang lebih byk. Ini akan meninggikan kos ivf mereka. c) sekiranya pesakit atau pasangannya bekerja dengan hospital / tentera darat, mereka mungkin boleh mendapatkan ubat rawatan untuk ivf mereka secara percuma atau kos yang lebih murah. Ini boleh juga mengurangkan kos ivf mereka.

      2. Sekiranya rawatan ivf mereka gagal, kos rawatan ivf kedua bergantung sama ada ivf itu adalah fresh cycle atau frozen embryo transfer (FET). FET adalah lebih murah berbanding fresh cycle.

      3. Pesakit tidak perlu duduk di hospital sementara waktu sehingga pengesahan kehamilan dibuat kerana ini adalah tidak perlu dan tidak akan meninggikan kadar kehamilan anda, malah melibatkan kos kemasukan wad yang ‘unnecessary’.

  4. Adoi mahal nyer kite mane mampu… ade alternatif lain x yg kos rendah ?? Smpai bila pn dlk dilemma hurmm…

    • Akum amy,

      Alternatif lain sebelum IVF ialah IUI. Kos rawatan ini jauh murah berbanding IVF. Kos keseluruhan IVF juga bergantung kepada berapa banyak ubat rangsangan ovari yang diperlukan. Jika pesakit itu agak muda selalunya tidak perlu menggunakan ubat yang banyak, jadi kos IVFnya juga berkurangan.

  5. Salam Doktor natashanor
    Jika menggunakan frozen embryo transfer (FET) anggaran kos berapa ye doktor.

    • Wsalam Ida,

      Harga IVF dan juga FET berbeza di antara hospital dan pusat fertiliti. Anggaran adalah antara $2000 – $3600. Ini juga terpulang sama ada FET tersebut adalah natural cycle atau memerlukan ubat peransang / hormone. Ida perlu menanyakan kepada doktor dan hospital yang merawati Ida untuk prosedur FET tersebut untuk mendapatkan anggaran kos yang lebih tepat.

  6. salam dr,
    saya ingin bertanya… saya umur 36, telah ada seorang puteri berumur 10 thn. saya menhadapi kesukaran untuk mengandung anak ke 2. sudah menjalani operation buang cyst dan endometrosis saya tahap 3. setelah 3 bulan diberi lucrin, result ca125 saya skrg 10 tetapi cyst dtg semula di kedua2 belah overi berukuran 2×1. boleh ke saya menjalani ivf dengan keadaan saya skrg ni…
    terima kasih doctor tasya.

    • Salam Asmida,

      This is the best time to do your IVF as Ca125 sudah menurun dan saiz cyst masih kecil. Tidak usah buat operation lagi dengan saiz cyst sekecil itu. Pergilah berjumpa dengan doktor pilihan untuk membuat perancangan rawatan IVF.

  7. salam Dr
    baru2 ini saya ada menjalani rawatan ivf kali yg kedua. kali pertama jan 2012 dan kali ke2 dis 2014. tapi kedua2 percubaan saya itu gagal. ivf yg ke2 bilangan telur ada 5 biji, hanya 2 yang matang dan dr bgtau gred 1. sepanjang proses rawatan itu saya tidak menghadapi apa2 masalah kesihatan cuma kadang2 batuk. saya ada masalah senggugut yg teruk dan ada endometriosis. saya dah 2 kali buat laporoskopi sblm rwtan ivf. .
    pada pandangan dr ……
    1. kenapakah ivf saya gagal, sedangkan dr mengatakan telur saya gred 1.
    2. adakah saya masih ada harapan utk hamil, mmandangkan umur saya 39 dan suami 40.

    • Salam Azie,

      Dr Tasha berharap agar Azie tetap bersabar dan cekal mengharungi kegagalan tersebut. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kegagalan: Termasuklah masalah implantasi dan kemungkinan embrio tersebut tidak normal walaupun ianya Gred 1.

      Sekiranya Azie ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, pihak KL Fertiliti Centre akan mengadakan Seminar IVF Journey pada 24th Jan 2015. Untuk maklumat selanjutnya sila call klinik KL Fertility Centre

      Untuk membaca dengan lebih lanjut apakah punca kegagalan IVF bacalah artikel tersebut:
      https://drnatashanorfertility.com/2014/02/08/rawatan-ivf-gagal-di-manakah-silapnya/

  8. Assalamualaikum Dr,

    saya Farah telah berkahwin hampir 3 tahun. sebelum ini saya pernah mengandung pada oct 2013 tetapi pada 18 dis 2013 saya telah mengalami keguguran. pada bulan oct 2013 saya berjaya mengandung kerana Dr. Tan (Britannia Kajang) telah memberi saya clomid. selepas dari keguguran tersebut saya mengalami masalah period yang tidak teratur dan tepaksa bergantung kepada ubat bagi mengeluarkan darah period. sepanjang tahun 2014 saya hanya period lebih kurang 6 kali sahaja. tetapi Dr menyatakan saya tidak mengalami sebarang masalah. apa yang perlu saya lakukan?

    terima kasih

  9. Salam Farah,

    Sila call KL Fertility Centre untuk mendapatkan consultation ya di 0320933500. In Sha Allah kita dapat berjumpa.

  10. emelia bt mohd rashid

    Dr nak tanya peratus kehamilan dgn memasukkan embrio transfer gred 3. Adakah ia boleh membawa kecacatan atau kehamilan tu tidak akan berjaya.

  11. Salam dr natasha..
    Saya telah jalani rawatan ivf. ari nie hari ke 17 embrio transfer. Sepatutnye due period sy 7 hri lepas. 2 hri lepas ada keluar lendir warna merah nipis ..sekejap sahaja..esoknye dah tak kluar lendir tu..gel clonine yg kluar balik dari faraj warna putih ..xde kesan darah… 2 hri kmudian ada kluar macam susu basi kolor koko muda ketul-ketul . Ada kuar darah cair hanya setitik. Sy nak tanye doktor.. adakah itu tanda-tanda nak period. Adakah sebab clonine & dupaston yg saya mkn buatkan period saya tersekat & kluar sikit2. Sy masih mkn dupaston dan ambil clonine. Tarikh utk ambil result darah hri 3 hari lagi..
    Terima kasih.

    • Wsalam Aida,

      Terdapat mungkin 2 sebab kenapa terdapat lendiran coklat 1. Mungkin period nak datang ie IVF gagal 2. Aida masih hamil tetapi mungkin mengalami threatened miscarriage. Oleh itu, sila rujuk balik kepada doktor yang merawati. Mungkin ujian darah BHCG boleh dilakukan. Dr Tasha tidak rasa duphaston dan crinone menyebabkan darah keluar tersekat2 ya.

  12. Slm sejahtera doktor,sekiranya seseorg wanita itu tidak pernah didatangi haid walaupun berumur 26 thn dh telah berkahwin,bolehkah melakukan rawatan ivf untuk mendapatkan zuriat? Mohon penjelasan..

  13. Salam doktor.. Boleh ke saya bersalin normal instead of ceasarian jika mengandung through ivf?

    • Dear Sarah,

      This is a question you should ask your obstetrician! As different patient have different background you need to discuss this issue with your obstetrician. Yes, there are some patients who bersalin normal walaupun hamil melalui IVF.

  14. salam dr,
    saya mengalami revoted uterus dan insyaAllah ingin melakukan rawatan ivf,adakah saya perlu membetulkan kedudukan rahim terlebih dahulu sebelum menjalani ivf?adakan kedudukan rahim terbalik ini akan mempengaruhi kejayaan/kegagalan ivf?
    minta jasa baik kepakaran doktor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: