Perlukah membuat persediaan sebelum membuat rawatan IVF?

mini_ivf_babyTeknologi perubatan terutamanya dalam bidang rawatan reproduktif telah meningkat dengan drastik semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Rawatan seperti IVF dan ICSI telah dapat meningkatkan peluang kepada pasangan yang mengalami masalah kesuburan agar dapat menimang cahaya mata mereka sendiri akhirnya. Akan tetapi kadar kejayaan IVF bukanlah 100%, bahkan puratanya sekitar 30-40% dan mungkin setinggi 50-60%. Ini bergantung kepada umur pasangan wanita dan masalah infertiliti pasangan tersebut.

Persediaan sebelum membuat rawatan IVF adalah perlu. Ini adalah untuk meningkatkan kadar kejayaan IVF itu. Seperti semasa mengambil peperiksaan sewaktu zaman sekolah atau universiti dahulu, pelbagai persediaan akan dibuat untuk memastikan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Begitu juga dengan rawatan IVF, persediaan perlu dilakukan. Sekurang-kurang 2-3 bulan sebelum menjalani IVF, hendaklah berjumpa dengan doktor yang merawat untuk memastikan apakah persediaan yang perlu dilakukan.

Persediaan kesihatan:

Semasa konsultasi dengan doktor, faktor-faktor yang menyebabkan ketidakkesuburan perlu dikenalpasti. Adakah ianya faktor telur, sperma, implantasi, endometriosis, polycystic ovary syndrome (PCOS) dan lain-lain. Adakah rawatan lain perlu dibuat sebelum menjalani IVF. Supplemen juga boleh dimakan untuk menambah baik mutu telur dan sperma yang penting untuk menghasilkan embryo yang elok. Ini pula seterusnya akan meningkatkan lagi kejayaan rawatan IVF tersebut. Vitamin folic acid sekurang-kurangnya dos 400 mcg setiap hari perlulah diambil oleh semua wanita yang ingin hamil.

Berat badan yang berlebihan terutamanya pasangan wanita perlu juga dikurangkan. Berat badan perlulah mengikuti ketinggian masing-masing. BMI hendaklah dikekalkan dalam linkungan 19-24. Ini ialah kerana faktor berat berlebihan boleh mengurangkan kadar seseorang wanita mengandung kadangkala sehingga 50 peratus. Di samping itu, sekiranya mengandung, kehamilan itu mungkin akan dirumitkan pula dengan masalah seperti kencing manis dan darah tinggi. Oleh itu, perlulah dipantau pemakanan dan tingkatkan aktiviti senaman untuk mengurangkan berat berlebihan. Berat badan yang berkurangan juga tidak elok kerana ianya juga boleh mengganggu kitaran haid.

Persediaan kewangan

making plans

Kos rawatan IVF juga adalah agak mahal. Oleh itu, persediaan kewangan perlu juga dibuat. Kajian juga boleh dibuat untuk memastikan jika anda dan pasangan anda boleh mendapat bantuan kewangan bagi membayar rawatan IVF tersebut ataupun sekurang-kurang penampung pembayaran ubat-ubatan IVF. Kakitangan kerajaan, tentera darat ataupun hospital bolehlah merujuk tempat kerja masing-masing sekiranya ada peruntukan untuk membantu membayar rawatan kesuburan mereka. Di samping itu, pasangan yang sedang mencuba untuk hamil, perlu juga merujuk semula bajet keluarga sendiri, merancang dengan elok dan menambung duit awal-awal agar dapat menampung kos anak-anak di masa hadapan.

Persediaan cuti

Kadang-kala juga pesakit-pesakit yang menjalani rawatan IVF akan menghadapi komplikasi-komplikasi tertentu seperti stimulasi berlebihan dari ubatan ransangan IVF (Ovarian Hyperstimulation Syndrome ie OHSS), keguguran, kelahiran pramatang disebabkan mungkin masalah pangkal rahim lemah ataupun kandungan kembar. Pesakit terpaksa masuk ke hospital untuk pemantauan teliti ataupun mendapat rawatan selanjutnya. Oleh itu, hendaklah kita meneliti semula apakah insuran kesihatan, ‘guarantee letter’ yang boleh bantu membayar kos-kos pembiayaan hospital. Kita juga patut tahu berapa cuti atau mc yang dibenarkan oleh syarikat / tempat kerja masing-masing.

Persediaan Mental

Rawatan IVF boleh memberikan tekanan emosi yang kuat kepada semua pasangan yang melaluinya. Oleh itu, persediaan hendaklah dibuat terutamanya sekiranya rawatan IVF itu gagal. Setiap pasangan perlulah berbincang dan membuat perancangan. Pasangan itu mestilah bersepakat, bersetuju dan selesa dengan keputusan itu. Sebagai contohnya, sekiranya rawatan IVF kali pertama gagal, beberapa kali rawatan IVF yang kita akan lakukan. Adakah persoalan anak angkat akan diterima atau tidak? Semua persoalan ini seelok-eloknya perlu dibincang. Semua pasangan perlu mengenalpasti ‘support system’ mereka seperti kaum keluarga atau kawan-kawan yang boleh mereka luahkan dan berkongsi perasaan mereka semasa melalui rawatan kesuburan. Bagi yang menganut agama Islam pula, hendaklah sentiasa berdoa dan berzikir kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan dan dapat dikurniakan anak. Bagi yang menganut agama lain juga bolehlah berdoa kepada Tuhan masing-masing.

IVF

Posted on February 25, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: