Apakah itu OHSS?

ohss

Imbasan scan yang menunjukkan ovari yang bengkak disebabkan OHSS

Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS) adalah salah satu komplikasi rawatan kesuburan. Ini berpunca dari stimulasi berlebihan ubat rangsangan ovari terutamanya ubat gonadotrophin (Contohnya Gonal-F, Puregon etc) yang diberikan semasa rawatan kesuburan. Ianya akan menyebabkan kilang telur (ovari) membesar dan membengkak. Di samping itu berlakunya pengaliran keluar cecair dari dalam salur darah ke luar i.e extravascular space. Ini boleh mengakibatkan cecair berkumpul di dalam rongga badan seperti di dalam abdomen (ascites), paru-paru (pleural effusion) dan lapisan jantung (pericardial effusion) Selain daripada itu, komplikasi lain boleh berlaku seperti kepekatan darah (hemoconcentration), kekurangan cecair dalam salur darah (hypovolaemia), darah beku di dalam saluran darah terutamanya di bahagian kaki (deep venous thrombosis) dan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Dalam kes OHSS yang teruk, kematian juga boleh berlaku.

Simptom-simptom OHSS

  • Perut membuncit menyebabkan rasa tidak selesa atau sakit
  • Sesak nafas
  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Air kencing berkurangan
  • Keletihan dan kelesuan

Kategori OHSS

OHSS boleh dibahagikan kepada mild, moderate atau severe. Ini bergantung kepada saiz ovari yang membengkak, paras darah haematocrit dan darah sel putih dan juga sama ada terdapat komplikasi seperti pengumpulan cecair di dalam abdomen (ascites) atau paru-paru (pleural effusion). Pesakit yang mengalami OHSS peringkat moderate dan severe perlu dimasukkan ke dalam hospital untuk mendapat rawatan dan pemantauan yang lebih rapi.

Di samping itu OHSS juga boleh dibahagikan kepada bilakah berlakunya OHSS selepas mendapat ubat cucuk HCG (e.g ovidrel atau pubergen) yang diberikan untuk mematangkan telur sebelum prosedur Oocyte retrieval / Oocyte pick up the dilakukan.

OHSS berlaku sebelum 9 hari selepas mendapat ubat cucuk trigger HCG (‘early onset OHSS’):

Ini mungkin disebabkan oleh rangsangan berlebihan ovari oleh ubat rangsangan gonadotrophin.

OHSS berlaku selepas 9 hari mendapat ubat cucuk trigger HCG (‘late onset OHSS’)

Ini berkemungkinan besar disebabkan oleh kehamilan yang berlaku selepas rawatan kesuburan. Ini ialah kerana sekiranya kehamilan berlaku , embryo yang terbentuk akan mengeluarkan hormon HCG yang juga boleh memberikan rangsangan seterusnya kepada ovari yang telah pun bengkak. OHSS jenis ini selalunya akan lebih teruk dan berpanjangan.

Rawatan OHSS

Ini bergantung kepada tahap OHSS sama ada mild, moderate atau severe. Rawatan berikut selalunya akan diberikan semasa di hospital:

ivd

1.Terapi hydrasi. Untuk mengatasi masalah dehidrasi, pesakit akan diberikan rawatan hydrasi melalui IV drip. Cecair seperti Normal saline akan diberikan secara terus-menerus melalui IV (intravenous) drip

2.IV albumin mungkin juga akan diberikan untuk pesakit kategori moderate atau severe terutama sekiranya paras darah albumin (sejenis protein di dalam darah) mereka adalah rendah
3.Ubat tahan sakit seperti panadol atau ubat cucuk seperti pethidine akan diberikan
4.Ubat mencairkan darah seperti heparin atau clexane untuk mencegah darah beku (‘deep venous thrombosis) berlaku
5.Cabergoline atau bromocriptine adalah ubat-ubat lain yang mungkin diberikan untuk OHSS.
6.Rawatan oxygen sekiranya mereka sesak nafas dan mengalami paru-paru berair (pleural effusion)
7.Menyedut cecair yang berlebihan melalui faraj untuk pesakit yang mengalami berlebihan air di dalam abdomen (ascites). Ini boleh mengurangkan rasa ketidakselesaan atau sakit yang dialami disebabkan ketegangan perut.

Adakah OHSS boleh dicegah?

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko mendapat OHSS:

  • Mengenalpasti pesakit-pesakit yang berisiko tinggi untuk mendapat OHSS seperti mereka yang mengalami polycystic ovarian syndrome (PCOS), berumur muda, berat badan rendah, mempunyai sejarah OHSS sebelum ini
  • Pesakit-pesakit yang berisiko tinggi hendaklah diberikan dos ubat rangsangan yang lebih rendah, memantau perkembangan folikel ovari dengan lebih rapi dan mengurangkan dos sekiranya perlu.
  • Memberikan ubat seperti cabergoline dan bromocriptine untuk mengurangkan mendapat OHSS yang teruk
  • Tidak memindahkan embryo yang terbentuk i.e membatalkan prosedure embrio transfer. Embrio yang terbentuk itu akan dibekukan dan dipindahkan kemudian melalui prosedur ‘Frozen embryo transfer’ (FET)
  • Tidak memberikan rawatan HCG sebagai ‘luteal support’ treatment selepas embrio transfer dilakukan.
  • Memberikan ubat lain (menggantikan HCG) sebagai trigger untuk mematangkan telur sebelum prosedur Oocyte retrieval dilakukan. Sebagai contoh mengunakan suprefact atau decapeptidyl.

ivf5

Posted on March 1, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Salam Dr. natasha..

    ET sy terpaksa ditunda kerana sy mengalami OHSS… Sy ada beberapa soalan nak ditujukan pd Dr. Harap Dr. sudi luangkan masa…

    1) Adakah penyakit OHSS ini mempunyai kesan sampingan apabila ET akan dijalankan kemudian? Cthnya; kegagalan implantation.
    2) berapakah tempoh masa OHSS ini berlaku? Krn hingga kini, telah seminggu sy membuat OPU. Tapi kesan spt mual, sakit pinggang dan kembung perut masih ada lagi.

    • Wsalam Tie,

      1. OHSS ini tidak akan menjejaskan ET sekiranya ET tersebut dijalankan kemudian ie 2-3 bulan selepas OPU. Sekiranya ET dijalankan sebaik sahaja OPU dijalankan ie 3 hari selepas itu, kadang-kala kadar kehamilan adalah kurang berbanding dengan FET

      2. Ini bergantung kepada tahap OHSS tersebut. Sekiranya masih tidak sihat, pergilah rujuk semula dengan doktor yang merawati agar pemantauan teliti dapat dilakukan

      • Thanks Dr..

        Alhamdulillah… Skrg kesihatan sy makin baik. Cuma pening kepala masih ada yang mungkin telah menyebabkan kadar ujian darah saya tidak menunjukkan penurunan. (Mengikut kata doc).
        Dan doc telah memberi kata putus ET sy akan dijalankan selepas 2x kitaran haid (Mei). InshaAllah, semoga Allah memudahkan segalanya. DIA adalah sebaik perancang.

        Thanks again Dr krn sudi menjawab soalan sy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: