Bolehkah wanita 40an membuat rawatan IVF?

1. Kenapakah wanita 40an lebih susah untuk hamil? Adakah ianya masalah telur atau rahim yang tua?

Setiap wanita dilahirkan dengan 1-2 juta telur di dalam ovarinya. Oleh itu, secara semulajadinya wanita dilahirkan dengan kesemua telur yang akan dihasilkan sepanjang hayatnya.  Telur-telur ini juga melalui proses penuaan juga. Apabila wanita itu baligh, hanya tinggal dalam anggaran 400,000 telur sahaja. Akan tetapi, tidak kesemua telur tersebut akan menjadi matang, hanya  400 biji telur sahaja yang akan matang dan melalui proses ovulasi.

Semakin meningkat umur seseorang wanita tersebut, kualiti dan kuantiti telur yang ada adalah rendah.   Lazimnya wanita 40an susah untuk hamil berpunca dari masalah kualiti telur yang menurun dengan mendadak selepas umur 40an. Apabila kualiti telur menurun maka kebarangkalian untuk telur dan seterusnya embryo terbentuk yang abnormal adalah tinggi. Ini menyebabkan kadar kehamilan menurun dengan mendadak manakala kadar keguguran menaik selepas 40 tahun.

Oleh itu, kebanyakan wanita atau hampir kesemua wanita yang sudah berumur 50an yang hamil dan meluas dipaparkan di dalam media masa telah menggunakan telur dari ‘donor’ yang lebih muda yang dipersenyawakan menggunakan teknik IVF.  Ini tidak mustahil kerana masalah selepas meningkatnya umur seseorang wanita ialah telurnya dan bukan rahimnya.

2. Apakah peluang wanita 40an untuk mengandung tanpa bantuan rawatan kesuburan?

infertilitygraph
Source: Management of the Infertile Woman by Helen A. Carcio and The Fertility Sourcebook by M. Sara Rosenthal

Dari graf di atas, untuk wanita yang berumur 40-44 tahun, peluang untuk mengandung adalah 36% dan ini jatuh dengan mendadak untuk wanita 45-49 tahun kepada 5% sahaja.

3. Apakah risiko keguguran untuk wanita?

Risiko untuk keguguran untuk wanita 35 tahun ke bawah ialah 15%, manakala 35-40 tahun mempunyai risiko sebanyak 20-35% dan wanita berumur 45 tahun ke atas mempunyai 50% untuk mengalami keguguran.

4.  Apakah risiko mendapat anak yang mempunyai ‘Down Syndrome’ untuk wanita 40an?       

Umur IbuRisiko untuk mendapat anak Down Sindrom
201 in 1,600
251 in 1,300
301 in 1,000
351 in 365
401 in 90
451 in 30

5. Apakah kadar kejayaan wanita 40an yang menjalankan rawatan IVF?

age-ivf-success-cdc

Apabila dilihat dari graf di atas, kajian di USA telah menunjukkan yang kadar kejayaan IVF berkurangan dengan meningkatkan umur seseorang wanita. Wanita yang berumur 44 ke atas, 3% sahaja akan berjaya mengandung dan dari kumpulan ini hanya 1% sahaja berpeluang untuk membawa pulang bayi.

6. Apakah yang perlu dibuat sekiranya seseorang wanita yang berumur 40an dan ingin membuat rawatan IVF?

  • Berbincang dan membuat rawatan pemeriksaan susulan dengan doktor fertiliti anda.
  • Berbincang mengenai kadar kejayaan mengikut umur dan ujian tertentu yang dijalankan seperti imbasan scan untuk antral folikel count (AFC) dan mungkin juga paras hormon Anti Mullerian Hormon
  • Berbincang mengenai Isu respon yang mungkin tidak baik terhadap stimulasi ovari disebabkan umur yang lanjut dan risiko keguguran serta bayi Down syndrom.
  • Cara-cara untuk meningkatkan kadar kejayaan IVF anda seperti menukar stimulasi protokol yang lebih sesuai untuk pesakit 40an atau kombinasi dengan terapi alternatif

Dr Tasha menasihatkan kaum wanita agar tidak melengah-lengahkan waktu untuk mendirikan rumahtangga dan seterusnya membina keluarga masing-masing. In sha Allah, dipermudahkanNya kelak untuk mencapai kejayaan dan sukses dalam karier masing-masing. Bagi yang berumur 40an pula, mereka hendaklah mendapat nasihat dari doktor masing-masing secepat mungkin terutamanya mereka masih ingin hamil. Boleh dilihat di atas bahawa terdapat banyak perbezaan dari segi peratus kejayaan rawatan IVF antara kumpulan wanita berumur 40-41, 42-43 berbanding umur >44 tahun ke atas. Mereka perlu mempunyai ‘expectation’ yang realistik.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on May 22, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 14 Comments.

  1. Maslinda binti Mohammad

    Assalamualaikum Dr Tasha

    Apabila saya membaca website Dr, jelas kesungguhan dan keikhlasan Dr utk membantu golongan wanita utk memperoleh zuriat. Memandangkan saya berkahwin lewat dlm usia awal 40an, peluang saya mpy anak agak sukar. Melalui ujian HSG, didapati “left tube is not demonstrated” dan ujian Hormon Anti Mullerian mendapati “low ovarian reserve” (6.4) berbanding normal range (>6.5). Rawatan IUI yg pernah dilalui hanya sekali gagal.

    Dlm usia 42 tahun kini, saya ingin mencuba jalani rawatan IVF, tetapi terdapat beberapa halangan drpd suami yang terlalu bimbangkan risiko kesihatan saya jika menjalani rawatan tersebut. Bagi kami, soal kejayaan atau kegagalan mendapat anak sekiranya melalui rawatan IVF, insyaAllah kami serahkan takdir kpd Allah. Cuma kebimbangan kami terutamanya suami ialah implikasi kesihatan dlm usia sebegini serta risiko mendapat bayi abnormal. Saya buntu kerana semakin lewat saya menangguhkan menjalani IVF (hampir setahun kerana kebimbangan suami yg tinggi), semakin rendah kejayaan IVF. Terima kasih atas bantuan & penjelasan dr.

    • Salam Maslinda,

      Terima kasih kerana sudi melayari blog Dr Tasha. Kebimbangan mengenai isu kesihatan dan juga risiko baby abnormal adalah memang wajar. Adakah Maslinda mempunyai masalah kesihatan yang lain yang boleh menjejaskan kesihatan Maslinda? Mengenai baby abnormal pula, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan bayi tersebut tidak mempunyai Down Syndrome, akan tetapi ujian tersebut di samping mempunyai kos tambahan yang tinggi ianya juga mempunyai pros dan cons untuk membuatnya. Maslinda perlu duduk berbincang dengan pasangan baik-baik dan doktor merawat sekiranya rawatan IVF ini memang hendak diteruskan. Keputusan muktamad akhirnya adalah ditangan Maslinda dan juga suami.

      • Maslinda binti Mohammad

        Terima kasih banyak2 dr atas respon segera diberikan. Berkaitan soalan dr, saya hanya mengalami penyakit gastrik sahaja. Kitaran haid saya pula setiap bulan adalah normal iaitu antara 27 – 28 hari dan tidak pernah mengalami senggugut. Pemeriksaan ujian Pap Smear juga tidak ada masalah.

        Tentang risiko bayi abnormal, setelah menerima penjelasan dr, saya cuba mendapatkan serba sikit info tentang ujian tersebut seperti ujian imbasan ultrasound, ujian amniocentesis dll. Baru saya memahami maksud dr berkaitan pro dan cons kesan menjalani ujian tersebut. Thanks again dr.

        Saya sgt setuju dgn nasihat dr Tasha bhw prbincangan dgn pasangan dan dr yang bakal merawat sgt penting tetapi berdasarkan pengalaman kami sebelumnya, kami tidak diberikan penjelasan lanjut dan tepat tentang pro and cons sekiranya menjalani rawatan IVF dlm usia 40an. Dr hanya menyatakan “no risks”. Kebimbangan kami juga ialah sindrom OSH hasil komplikasi ubatan digunakan. Mohon penjelasan dr tentang sindrom OSH tersebut.

        Persoalannya, bagi pasangan yg ingin menjalani rawatan IVF, adakah faktor lokasi /jarak tempat tinggal dgn pusat rawatan memainkn peranan penting? Saya berminat menjalani IVF di pusat rawatan dr Tasha tetapi dgn jarak yg agak jauh (300 km), berapa kalikah pertemuan perlu dilakukan? Adakah ianya boleh menjejaskan keberkesanan rawatan IVF?

  2. Assalamualaikum Dr Tasha,

    Low ovarian reserve & perkara ini telah disahkan oleh doktor melalui ujian yang telah dijalankan. Doktor tersebut mengatakan sya tidak akan dapat mempunyai zuriat sndiri. Pendapat doktor, adakah terdapat rawatan lain yang membolehkan sya mempunyai zuriat sendiri ? sya agak benar2 tertekan dengan perkara ini.

    • Wsalam Mastura,

      Dr Tasha berharap agar Mastura dapat bersabar dan cekal menghadapi situasi ini. Bolehkah Dr Tasha bertanyakan apakah ujian yang telah dijlnkan untuk menunjukkan ovarian reserve rendah dan berapakah umur Mastura sekarang. Kadang-kala kita boleh memberikan sedikit rawatan dikombinasikan dengan alternatif untuk menggalakkan pengeluaran ovarian folikel.

      • Hi Dr Tasha, sya telah membuat AMH test pd bulan 05/2014..umur sekarang 30 thun. utk makluman doktor sya telah berkahwin almost 3 years. tahun pertama kahwin period sya telah terganggu dan masuk thun kedua sehingga sekarang sya langsung tidak period. Doktor yg sya temui juga tidak dpt menjelaskan punca kenapa sya jadi begini, sedangkan sebelum sya berkahwin, period sya normal.. selain itu, Doktor yg sya temui hanya memberi cadangan supaya saya mengambil anak angkt kerana tiada rawatan lain lagi utk sya. Minta pendapat doktor, adakah rawatan lain utk sya ?

    • Salam Mastura,
      Susah untuk Dr memberikan nasihat. Seelok-eloknya kalau boleh Mastura berjumpa dengan Dr Tasha sekira inginkan 2nd opinion. Kadang-kala kita boleh memberikan hormon sekiranya AMH rendah ataupun kombinasi dengan rawatan alternative seperti traditional chinese medicine. Apabila nampak folikel bertambah sedikit barulah kita akan meneruskan dengan rawatan IVF.

  3. Salam dr tasha
    sy berumur 32thn n br berkahwin thn lepas
    baru2 ini sy sudah menjalani ujian tiroid n amh..result tiroid normal tp amh sgt rendah dgn usia sy yg msh blm mencapai 35thn.
    sebelum ini memang sy mengalami mslh period yg tidak teratur di mana melebih 15hari. Tetapi setrlah berjumpa doktor dan diberikan norcolut period hanya 8hari. Bagaimana pun sy mengalami sakit d bhgn perut yg agak teruk (tidak pernah alami selama ni). Semasa rawatan, didapati ada polyp. Sesi kedua app dgn doktor, sy diberikan duphaston utk dimakan selama 12 hari (ketika ubat diambil ialah cd14). Saya berminat dgn rawatan alternatif yg doktor nyatakan di atas, tetapi apa yg doktor sblm nasihatkan adalah sy perlu berhenti mengambil apa2 supplement atau ubat lain. Boleh x doktor terangkan dgn lbh lanjut berkaitan chinese medicine yg dicadangkan.

  4. Salam dr tasha
    Saya kini berumur 42 tahun dan suami kedua saya berumur 40 thn. Zuriat saya dengan yg pertama adalah 3 org. Saya pernah mengandung tahun lepas tetapi harus digugurkan kerana baby mempunyai masalah tiada tempurung kepala..kini saya ingin mengandung sekali lagi untuk memberi zuriat pada suami baru saya.kami berkahwin pada 25/05/2013. Apakah yg harus saya lakukan. Blhkah saya mengandung lg..

    • Wsalam Chempaka,

      In Sha Allah Dr Tasha rasa Chempaka boleh hamil lagi. Pergilah berjumpa dengan doktor untuk membantu usaha Chempaka untuk hamil secepat mungkin memandangkan usia sudahpun 42 tahun. Akan tetapi, sebelum hamil pastikan mengambil folik asid supplement at least 5 mg / daily untuk membantu mengurangkan risiko mendapat baby ‘anencephaly’ sekali lagi.

  5. rahiza amir din

    As salam doc

    Saya Rahiza dan berumur 43 tahun. Saya telah berkahwin selama 6 tahun dan pernah keguguran sekali. Saya baru menjalani ivf treatment yg pertama. sehingga hari collecting eggs…doc memberitahu tiada telur..hanya empty folicille. semasa scan didapati hanya ada 3 follicilles dan dua mempunyai ukuran yang bagus 20-22mm. Adakah empty follicilles ini adalah permanent atau ada cara atau treatment?

    • Wsalam Rahiza,

      Lazimnya empty folicles bukanlah permanent. Memandangkan Rahiza sudahpun berumur 43 tahun hendaklah membuat persediaan utk your next IVF. This will depend on your background and pemeriksaan antral folikel count. Persediaan include pengambilan supplement sesuai dan mungkin juga termasuk rawatan alternatif. Sekiranya Rahiza ingin mendapatkan lebih penerangan, it is probably better if kita berjumpa di klinik agar doktor dapat tahu dengan lebih mengenai latar belakang Rahiza dan membuat pemeriksaan selanjutnya agar rawatan bersesuaian dapat disyorkan

  6. Assalam doktor..sy berumur 40thn..saya baru melalui proses ivf..oleh kerana saya menghadapi masalah polyp dan harus menjalankan operation..telur saya harus di frozen after operation..semasa prosedur opu, hanya 4 telur sahaja berjaya dikeluarkan dan hanya 1 sahaja berjaya disenyawakan.pakar embrio memberitahu bahawa embrio saya hanya pada tahap gred sederhana dan telah difrozenkan..adakah peratus risiko kegagalan untuk transfer that embrio tinggi disebabkan gred embrio saya sederhana?.

    • Wsalam Nurul,

      Usahlah terlalu memikirkan mengenai keperatusan kegagalan. Hendaklah berfikiran positif dan cuba untuk membuat persediaan bagi proses embrio transfer kelak. Diharapkan Nurul akan dipermudahkanNya dalam segala ikhtiar TTC yang akan datang. Sederhana for 40 year still sounds like good news to me 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: