Apakah Frozen Embryo Transfer?

EMBRYO

Pemindahan Embrio yang Beku juga dikenali sebagai ‘frozen embryo transfer’ (FET). Apabila satu pasangan melalui rawatan IVF, kadang-kala terdapat lebihan embrio yang tidak dipindahkan ke dalam rahim selepas prosedur ‘oocyte retrieval’. Di Klinik fertiliti kami di KL Fertility Centre, maksimum 2 embrio akan diletakkan ke dalam rahim. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya kembar tiga atau lebih yang mempunyai risiko mengandung yang tinggi.

siblingasian(cancopy)2Oleh itu, embrio lebihan tersebut akan dibekukan menggunakan teknologi pembekuan. Pada masa hadapan, sekiranya rawatan IVF itu tidak berjaya pasangan tersebut bolehlah meneruskan rawatan kesuburan dengan membuat Pemindahan Embrio yang beku tersebut (FET) selepas 2-3 bulan. Kadang-kala, pasangan tersebut hamil selepas IVF dan selamat melahirkan. Mereka akan kembali mungkin 1-2 tahun kemudian untuk meletakkan kembali baki embrio yang sudah dibekukan. Oleh itu, terdapat kes-kes di mana adik-beradik yang dilahirkan pada tahun berlainan melalui kaedah IVF sebenarnya adalah embrio yang telah dipersenyawakan pada waktu yang sama!

Teknologi FET telah diperkenalkan semenjak tahun 1980an. Ianya melibatkan proses pembekuan embrio lebihan selepas prosedur ‘oocyte retrieval’. Embrio yang tersebut boleh dibekukan selama beberapa tahun. Akan tetapi, selalunya dinasihatkan untuk menggunakan semula embrio tersebut sebelum 2-5 tahun. Ini adalah kerana dikhuatiri sekiranya terlalu lama dibekukan, kualiti embrio tersebut akan menurun semasa proses penyahbekukan dilakukan.

logo-ivfku

Terdapat beberapa cara untuk membuat persediaan untuk melakukan prosedur FET ini:

a) ‘Natural cycle’. Apabila satu pasangan ingin melakukan melakukan pemindahan embrio yang telah dibekukan, pasangan wanita tersebut akan dipantau dari segi kitaran haidnya dengan melakukan imbasan scan pelvic untuk melihat perkembangan folikelnya. Tiada ubatan akan diberikan. Apabila terdapat satu folikel yang telah terbentuk, mematang dan pecah secara semulajadi (ovulasi telah berlaku), embrio yang telah dibekukan tersebut akan dinyahbekukan dan dipindahkan semula ke dalam rahim selepas 5 – 7 hari berikutnya. Ini ialah kerana pada waktu tersebut, rangsangan hormon semulajadi badan semasa waktu ovulasi akan menyebabkan rahim ‘reseptif’ untuk menerima embrio yang telah dipindahkan.

b) ‘Medicated’. Kaedah ini kadang-kala terpaksa digunakan terutama untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur seperti PCOS. Pasangan wanita akan diberikan ubat-ubatan hormon dan kemudiannya pada waktu yang sesuai, prosedur FET akan dilakukan.

freezing embryo (can use)

Vitrifikasi adalah satu kaedah pembekuan embrio yang baru diperkenalkan dari negara Jepun dan telah merevolusikan rawatan IVF. Sebelum ini, prosedur pembekuan embrio menggunakan kaedah konventional ‘cryopreservation’ yang ‘slow-freezing’ boleh menyebabkan kerosakan embrio tersebut. Kadar kerosakan ini kadang-kala mencecah sehingga 20-30%! Akan tetapi melalui kaedah vitrifikasi di mana ianya adalah ‘rapid-freezing method’ di mana embryo akan dibekukan pada kadar 600 kali lebih cepat dan kadar ‘survival rate’ embrio telah dibekukan setelah dinyahbekukan akan mencapai sehingga 95%.

Apakah kadar kejayaan FET berbanding dengan ‘Fresh Cycle’ IVF

Kajian (1) sebenarnya telah membuktikan yang memindahkan embrio yang telah dibekukan (FET) mempunyai kadar kejayaan yang lebih tinggi berbanding dengan memindahkan embrio sejurus selepas prosedur ‘oocyte retrieval’ dilakukan (‘Fresh transfer’). Adalah tidak hairanlah sekiranya setengah-tengah pusat fertiliti yang akan melakukan prosedur ‘oocyte retrieval’ dan seterusnya membekukan kesemua telur yang elok dan hanya memindahkannya kemudian melalui prosedur FET.

Kenapakah ‘Frozen Embryo Transfer’ mempunyai kadar kejayaan yang lebih tinggi berbanding dengan ‘Fresh Embryo Transfer’?

Alasan yang diberikan ialah semasa proses IVF di mana rangsangan ovari dibuat dengan menggunakan hormon-hormon suntikan agar ovari menghasilkan telur yang lebih banyak (‘superovulation’), ini akan memberikan kesan yang tidak elok kepada lapisan rahim. Ini akan menyebabkan rahim kurang ‘receptive’ untuk menerima embrio yang telah diletakkan ke dalam rahim dan seterusnya menyebabkan kadar kejayaan IVF tersebut berkurangan.

Akan tetapi sekiranya kualiti embrio yang telah terhasil adalah amat rendah, kadang-kala doktor yang merawati akan menasihatkan untuk meletakkan terus semasa ‘fresh cycle’ kerana khuatiri embrio tersebut tidak akan ‘survive’ proses pembekuan dan penyahbekuan.

Rujukan: 

(1) Rogue M et al. Fresh embryo transfer versus frozen embryo transfer in in-vitro fertilization cycles: a systematic review and meta-analysis. Fertil Steril 2013 Jan; 99(1):156-62

Posted on June 5, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 9 Comments.

  1. Hi Dr Natasha,

    I’m going to do frozen embryo transfer in another 2 months before that how should I prepare for that? In July 2014 transferred fresh embryo, pregnant but miscarriage. My doctor is Dr Prasanth.

    Hopefully this time should be successful.

    Thanks

    Nithiya

    • Dear Nithiya,

      The preparation for FET will still more of less be similar to that of fresh IVF. Please continue taking your folic acid, multivitamin and fish oil. You may want to consider going to Xi Fertility Centre prior to your FET to see what they can help in order to prepare and perhaps strenghtened your womb further. I wish you all the best of luck Nithiya.

      • Hi doctor,

        Thanks for you info! By the way what is Xi fertility? Is it available in KL ONLY? I’m from Johor.

  2. Dear Nithiya,

    It is on level 3A in KL Sports Medicine Centre. At the moment they only have outlet in KL.
    http://www.xifertility.com/. Usually FET have a good success rate too. Take care!

  3. salam Dr natasya.
    saya ingin bertanya.saya pernah buat ivf thn 2011 kali pertama berjaya dan anak sudah berusia 3 thn.tahun 2014 saya sambung semula utk fet tapi fail sbb still breastfeeding anak dan mereka x bgatau syarat2nya.bulan seterusnya sambung fet kali ketiga result positif tapi hsg low sgt dan Dr tu ckp kandungan luar rahim.mengapa boleh kandungan rahim adakah salah satu sebab kenaikan berat badan yg mendadak boleh menyebabkan kegagalan sedangkan saya tiada apa2 masalah utk lakukan ivf ini.sekian terima kasih.

  4. salam dr.

    salam dr. saya ingin bertanya adkah memadai mengambil folid acid dan multivitamin saja untuk next fet…

    • Wsalam Nor,

      Minimum ubat ialah folic acid dan multivitamin. Pergilah bertanyakan kepada doktor yang merawati apakah ubat lain untuk Nor yang perlu diambil untuk meningkatkan peluang kejayaan untuk FET.

  1. Pingback: Anonymous

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: