Apakah punca keguguran berulang kali?

“Doktor saya sudah gugur dua kali. Apakah risiko saya untuk gugur pada masa hadapan?”

Keguguran walaupun pahit adalah pengalaman yang akan dialami oleh kebanyakan wanita. Risiko keguguran secara amnya untuk seseorang wanita adalah 15-20%. Adalah dianggarkan sebanyak hanya 2% wanita yang akan mengalami keguguran dua kali berturut-turut dan manakala 0.4-1% wanita pula akan menghadapi keguguran tiga kali berturut-turut. (1)  Bagi wanita yang telah mengalami keguguran tiga kali berturut-turut ianya dikenali sebagai ‘Recurrent Miscarriage’. Keguguran ini tidak termasuk kandungan ektopik ataupun molar (kandungan anggur).

Sekiranya seseorang wanita telah keguguran pada kehamilannya yang pertama, risiko keguguran untuk kandungan berikutnya adalah 14-21%. Selepas menghadapi keguguran dua kali berturut-turut, risikonya adalah 24-29% dan ini akan menaik kepada 31-33% selepas mengalami keguguran kali ketiga.

Punca keguguran berulang kali

Hanya dalam 50% kes sahaja, punca keguguran berulang kali ini boleh dikenalpasti. Antara punca keguguran berulang kali termasuklah:

a) Kromosom abnormal di dalam janin. Oleh itu, apabila bayi tidak normal, maka perkembangannya juga adalah tidak sihat dan risiko keguguran adalah tinggi. Dalam segelintir pasangan, terdapat masalah genetik pada pasangan tersebut. Ini berlaku dalam 3-5% pasangan yang mengalami ‘Recurrent Miscarriage’ di mana salah satu pasangan pembawa kromosome yang seimbang e.g ‘Balanced reciprocal translocation’, ‘Robertsonian translocation’ atau ‘sex chromosome mosaicism’. Pembawa itu mempunyai luaran yang normal tetapi apabila ujian darah ‘karyotyping’ dilakukan ianya adalah abnormal.

b) Abnormaliti pada rahim seperti rahim yang mempunyai septa, fibroid, polyps atau parut di dalam rahim (‘intrauterine adhesion’). Ini semuanya akan menyebabkan masalah ‘implantasi’ embryo ke dalam dinding rahim. Pangkal rahim yang lemah yang dikenali sebagai ‘cervical insufficiency’ atau ‘incompetence’ hanya menyebabkan keguguran pada masa trimester kedua dan bukannya pertama.

b) Masalah antibody and immunologi. Antiphospholipid syndrome (APS). Sebanyak 5-15% peratus wanita yang mengalami keguguran berulang kali mempunyai kondisi ini. Ujian darah boleh dilakukan untuk mengenal pasti sama ada pasangan wanita tersebut mengidapi masalah tersebut.

d) Masalah Thrombophilia.

e) Masalah endokronologi seperti kencing manis teruk, polycystic ovarian syndrom (PCOS), thyroid (Hypo atau Hyperthyroid)

Bilakah patut saya membuat ujian sekiranya saya mengalami ‘Recurrent Miscarriage.’

Selalunya diagnosis ‘Recurrent Miscarriage’ ini hanya akan dibuat setelah mengalami keguguran berturut-turut sebanyak 3 kali. Akan tetapi, kadang-kala, doktor akan mula menyiasat punca keguguran setelah mengalami 2 kali keguguran berturut-turut.

Antara ujian-ujian yang elok dilakukan adalah:

  • Karyotyping kedua-dua wanita dan pasangannya.  Ini ialah untuk memastikan mereka adalah bukan pembawa genetik yang abnormal. Ini adalah ujian darah. Sekiranya dapat karyotyping janin yang gugur juga mungkin boleh dilakukan.
  • Pemeriksaan rahim untuk sebarang abnormaliti. Ini boleh dilakukan sama ada dengan imbasan scan seperti transvaginal ultrasound, hysterosalpingogram (HSG), hysteroscopy atau MRI.
  • Pemeriksaan Antiphospholid Syndrome dengan membuat ujian darah untuk ‘Lupus anticoagulant’ dan ‘Anticardiolipin Antibody’. Sekiranya ujian darah itu abnormal, ianya perlu diulang sekali lagi dalam masa 6-8 minggu berikutnya untuk memastikan ujian darah tersebut betul-betul adalah abnormal untuk membuat diagnosis Antiphospholipid Syndrome.
  • Screening untuk masalah thyroid i.e ujian darah untuk TSH dan juga thyroid peroxidase antibody. Ada kajian yang telah menunjukkan yang wanita yang mengalami ‘subclinical hypothyroidism’ mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran. (2)

Peluang menjadi seorang ibu sekiranya telah mengalami keguguran berulang kali

Walaupun lebih separuh dari pasangan yang mengalami ‘Recurrent Miscarriage’ puncanya tidak dapat dikesan, akan tetapi majoriti pasangan tersebut mempunyai prognosis yang baik dan berjaya akhirnya untuk menimang cahaya mata mereka sendiri. Ini boleh dilihat dari graf di atas di mana wanita yang mempunyai latar belakang 3 atau 4 keguguran sekalipun masih ada peluang lebih dari 60% untuk hamil dengan sendirinya dan kemudian melahirkan kandungan tersebut.

Dr Tasha menasihati agar pasangan yang mengalami masalah ‘Recurrent Miscarriage’ ini agar berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan yang lebih lanjut. Diharapkan mereka bersabar dan tawakal dalam menghadapi dugaan ini. Sekiranya mahu bagi yang beragama Islam bolehlah mengamal ayat-ayat Quran di dalam post ini: 

https://drnatashanorfertility.com/2014/02/24/doa-untuk-kuatkan-rahim-dan-elakkan-keguguran/

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Rujukan

1. Salat-Baroux J. Recurrent spontaneous abortions. Reprod Nutr Dev. 1988;28(6B):1555.

2. Negro R, Schwartz A, Gismondi R, Tinelli A, Mangieri T, Stagnaro-Green A. Increased pregnancy loss rate in thyroid antibody negative women with TSH levels between 2.5 and 5.0 in the first trimester of pregnancy. J Clin Endocrinol Metab. 2010;95(9):E44.

Posted on June 20, 2014, in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink. 29 Comments.

  1. Assalamualaikum Doktor Tasha,

    Saya telah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada 9/5/2013 dan 29/1/2014. Kedua-dua keguguran tersebut tidak dibuat d&c atas nasihat doktor

    Dan sekarang saya sedang hamil 9 minggu. Pada 29/6/2014 saya mengalami spotting berwarna coklat agak gelap. Pada 30/6/2014 saya membuat pemeriksaan ke pakar o&g, hasil pemeriksaan tersebut, doktor memberitahu kandungan saya tidak membesar sesuai dengan usianya 9 minggu dan tiada degupan jantung. Saya dinasihatkan untuk melakukan d&c dimana-mana klinik atau hospital yang saya kehendaki.

    Memandangkan saya seorang kakitangan kerajaan (guru), saya telah memilih Hospital Putrajaya untuk melakukan proses d&c dan surat rujukan ke hospital berkenaan terus dibuat. Saya terus ke hospital tersebut pada hari yang sama dan saya diarahkan untuk merujuk kes ini di Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8 kerana Hospital tersebut lebih mengutamakan kes bersalin memndangkan katil adalah terhad.

    Hasil pemeriksaan menggunakan speculum, doktor mendapati ada lebihan darah berwarna coklat kehitaman dan doktor menyatakan kemungkinan kesan darah lama. Doktor tersebut tidak melakukan proses d&c kerana menurutnya mungkin itu adalah simptom awal kehamilan dan saya hanya diberi mc 3 hari beserta duphaston dan folic acid.

    Hari ini 1/7/2014 : saya mendapti spotting @ darah berwarna colat kehitaman masih keluar dan jumlahnya agak banyak sedikit berbanding semalam. Ada ketikanya perut terasa sedikit sengal tetapi masih boleh dikawal. Setiap kali saya buang air kecil, lebihan darah seakan benang halus berwarna coklat gelap turut keluar. Saya dan suami telah bersedia dan redha diatas segala kemungkinan andai kandungan kali ini juga belum memihak kepada kami. Ini sekaligus membuatkan saya tersenarai dalam kalangan mereka yang “recurrent misscariage”kerana telah 3 kali berturut-turut mengalami keguguran.

    Pakar telah menasihatkan saya sewaktu di awal kehamilan dulu, seandainya kandungan kali ini juga gagal (memandangkan saya telah diberi suntikan proluton setiap minggu dari awal kehamilan dan diberi aspirin) , maka saya dinasihatkan untuk dibuat kajian kesihatan dimana-mana hospital.

    -Doktor, adakah di hospital kerajaan ada menawarkan perkihdmatan kajian bagi kes keguguran seperti saya? Kerana jika kajian dibuat di hospital swasta, kosnya sangat tinggi.

    -Adakah kajian ini dibuat bagi pihak suami & isteri atau saya sahaja yang harus dibuat kajian?

    -Berapa lamakah tempoh hasil kajian boleh diketahui?

    Terima kasih doktor.

    • Assalamualaikum Nur,

      Dr Tasha berharap agar Nur bersabar dan cekal dalam menghadapi dugaan ini. Memandangkan Nur sudah gugur tiga kali berturut2 (recurrent miscarriage). Ujian perlu dijalankan untuk memastikan jika ada punca yang menyebabkan keguguran berulang kali. Tidak silap Dr, Hospital kerajaan ada menawarkan ujian yang diperlukan untuk mencari punca recurrent miscarriage. Seelok-eloknya berjumpalah dengan doktor pakar di hospital kerajaan. Salah satu ujian iaitu peripheral karyotyping perlu dibuat ke atas nur dan suami nur. Manakala ujian lain hanya melibatkan nur. Ini kadangkala mengambil masa 4-6 minggu bergantung kepada hospital tersebut. Nur juga boleh mendapat rawatan dari hospital universiti seperti PPUKM yang ada membuat ujian yang diperlukan sekiranya HPJ tiada.

      • Assalamualaikum Dr.Tasha

        Terima kasih atas informasi dari doktor. Saya telah disahkan complete abortion tanpa perlu d&c pada malam 1/7 tempoh lalu dan doktor di HPJ telah mengambil sampel darah sebanyak 8botol (kecil) untuk tujuan kajian dan hasil ujian ini boleh diketahui pada 3 Oktober kelak. Adakah ini yang dimaksudkan dengan ujian peripheral karyotyping melalui sampel darah? Terima kasih doktor.

      • Wsalam Nur,
        Minta maaf kerana lambat menjawab kerana mungkin terlepas pandang email ini.
        Susah untuk Dr Tasha untuk mendapatkan kepastian sama ada ujian Karyotyping tersebut telah pun dijalankan. Harap Nur menanyakan sendiri pada dr HPJ untuk mendapatkan kepastian.

    • Yuzana Ya’akub

      Assalam doc Tasha.. Sama ada blog ni masih active @ tidak jika doc Terima msg ni harap boleh reply saya…
      Saya mengalami keguguran 2x sebelum ini
      1) 21july2017 D&C
      2) 27march2019 D&C

      Dan paling menyedihkan saya… saya mengalami keguguran kali ketiga hari ni 5jan2020….😢 masih tidak dapat Terima hakikat Dan masih berbaring di atas katil memikirkannya Dan melayan sakit perut Dan pinggang😢… Esok sahaja akan ke hospital untuk mendapat rawatan…

      • Wsalam Yuzana,

        Jikalau begitu, hendaklah mendapatkan pemeriksaan selanjutnya. Jika ingin mendapatkan rwatan di bawah jagaan Dr Tasha, sila hubungi pihak KL Fertility Centre. Semoga Yuzana dapat bertabah menerima dugaan ini. In sha Allah kita cuba periksa dan semoga kandungan seterusnya tidak gugur lagi

  2. assalamualaikum Dr…

    saya ingin bertanya mengenai kaitan toxoplasmosis yang dibawa kucing kesayangan dengan risiko keguguran. saya memang membela kucing dari kecil dan sekarang ada 2 ekor fully indoor cats. suami selalu outstation jadi saya terpaksa uruskan najis mereka dengan memakai sarung tangan.

    untuk pengetahuan Dr. saya sudah 3 tahun berkahwin, pernah keguguran sekali semasa kandungan berusia 7 minggu, tetapi ketika itu saya langsung tidak menguruskan najis kucing dan telah mengurangkan masa bersentuhan dengan kucing saya.

    mohon Dr. jelaskan.

    • Salam Nor,

      Punca keguguran pada trimester pertama lebih 50% daripada kes adalah disebabkan oleh masalah genetik atau baka pada kandungan tersebut. Oleh kerana bayi itu tidak sihat, oleh itu keguguran akan berlaku. Lebih kurang 20% wanita akan mengalami masalah keguguran dan majoriti wanita-wanita tersebut pada kandungan berikutnya dia akan dapat mengandung dan melahirkan anaknya dengan selamat. Oleh itu, pada pendapat doktor kebarangkalian infeksi toxoplasmosis menyebabkan kandungan noor keguguran pada masa dulu adalah rendah. Akan tetapi, teruskanlah mengambil langkah2 berhati yang telah noor lakukan ya.

  3. assalamualaikum doc..sy telah gugur 2 kali..kali pertama gugur yg kuar darah..kali kedua..bayi tdk mbesar dan jantungnya tdk berdenyut..(3bulan)..sy ingin tau ape penyebab janin meninggal/xmbesar pada trimester pertama..

    • Wsalam Nor,

      Lebih dari 50% punca keguguran berlaku pada masa trimester pertama disebabkan oleh baka/ genetik abnormaliti pada bayi tersebut. Oleh itu, kadang2 doktor mungkin akan mula membuat pemeriksaan untuk ‘recurrent miscarriage’ selepas keguguran buat kali kedua, instead of tunggu sehingga keguguran kali ketiga berlaku. Sekiranya terdapat sebarang abnormaliti pada ujian tersebut, rawatan susulan boleh dibuat agar keguguran seterusnya dapat dielakkan. Oleh itu, mungkin nor boleh mendapatkan rawatan dari doktor terlebih dahulu sebelum mengandung buat kali ketiga. Dr Tasha berharap agar kandungan seterusnya dapat berkekalan sehingga kelahiran.

  4. Terima kasih doc di atas jwpn tersebut..sy mmg ade plan nk buat HSG..tp sy nk tya kalo nk buat ujian ni..terus bole buat (ari ke 9/10 haid) ke, atau sy perlu buat ujian A) Ujian Progesterone Hari ke 21 dan ujian B) Hari ke 2 @ 3 LH/FSH sblm buat HSG?

  5. Sy sudah 4 thn menikah blm mempunyai anak, Saya sudah 4 kali mengalami keguguran berulang yg pertama down syndrom dan keguguran,kedua tidak berkembang ketiga BO dan ke empat abortus spontan apa yg terjadi pada sy knp gagal utk yg ke empat kalinya apakah sy masih bisa hamil sehat berhubung sy divonis semua masalah dlm kehamilan 😦

    • Salam Noy,

      Perlulah berjumpa dengan doktor untuk memastikan sama ada terdapat punca. Seperti yang doktor tasha huraikan di dalam artikel itu, noy perlu pergi berjumpa dengan doktor untuk membuat ujian tersebut. Rawatan bergantung kepada keputusan ujian tersebut ya.

  6. assalamualaikum doc..sbLn sy x dtg period n sy dh pn cek prgcy test naik 2 line p pudar shje..adakah tu tnde sy hamil atau tidak?sLps 1 mnggu sy kua drh,sy pasti tu drh period atau drh k’kgguran..dan sLps tu jgk,sy cube tok b’sme suami tetapi sy period..di sini sy nk tny,adakah sy tidak sihat?

    • Salam Nadia,

      Dr Tasha rasa baiklah Nadia pergi mendapatkan rawatan susulan daripada doktor untuk memastikan adakah Nadia hamil ataupun tidak ya. Mungkin darah BHCG (kehamilan) dan juga imbasan scan akan dibuat bagi memastikan apakah status kehamilan Nadia. Urine pregnancy test kadang-kala tidak accurate

  7. As salam doktor. Sy sudah hamil sebanyak 9kali dengan 6 kali keguguran. Hanya kehamilan y ke2, ke5 dan ke8 sahaja y hidup. ALHAMDULILLAH, anak2 sy bertiga ni, normal dan sihat..sy juga tidak mempunyai sebarang mslh kesihatan seperti kencing manis dsb.. Pada kehamilan ke8, sy mendapat kehamilan kembar, tetatpi salah seorg dr kembar ‘demised’. Kesemua keguguran berlaku pada trimester pertama dan semuanya telah mengalami dnc. Sy pernah request pd doktor di hospital utk investigate puncz keguguran y kerap ini.tetapi, doktor pakar di hospital berkenaan menolak peemohonan saya itu atas alasan keguguran sy bukanlah recurrent miscarriage iaitu 3 kali berturut2.. jadi, apa y perlu sy lakukan doktor memandangkan sy masih mahu hamil dan umur saya sudah mencecah 35tahun. Adakah kehamilan seterusnya akan memudaratkan diri sy?

    • Salam Noor,

      Sekiranya Noor masih ingin hamil pada umur 35 tahun, Dr Tasha rasa tidak salah provided tiada masalah kesihatan lain seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah jantung yang boleh memudaratkan. Selain dari itu, adakah Noor telah beranak biasa dan bukannya caeser untuk ketiga2 anak Noor? JIka begini, Noor boleh mengambil ujian darah untuk APS (Antiphospholipid syndrome) buat masa ini untuk masalah keguguran yang berulang kali dan mungkin mengambil Duphaston pada peringkat awal kehamilan. Seelok-eloknya pergilah kepada hospital universiti memandangkan masalah latar belakang Noor ini sekiranya masih hamil agar doktor pakar dapat membuat pemeriksaan selanjutnya dan memberikan nasihat yang sesuai buat Noor.

  8. Salam dr tasha..sy seorang ibu ada ank seorang..selepas beberapa tahun sy brkahwin lain..selepas satu bulan brkahwin sy di sah kan mengandung 8 mggu..apabila buat ultrasound mggu ke mggu,doktor sah kan janin kecil x membesar..doktor sarankn sy abortion je..selepas sebulan lbh abortion sy turundarah bnyak seakan keguguran di serta kn dgn ketulan darah besar..sehingga sekarang darah msih turun bnyak hampir seminggu..adakah sy mengandung lg atau bekas abortion cuci x habis..mtk pencerahan dr..

  9. Salam Doc Tasya,

    Saya baru sahaja hamil 6 minggu. Sebelum ini saya telah mengalami Ectopic pregnancy pada Apr 2013, dan 2 kali keguguran pada 2015.
    Rawatan dan checkup telah dilakukan pada awal tahun 2016 untuk mengesan punca keguguran dan doctor mengesahkan darah saya mempunyai virus CMV.

    Apakah peratusan saya untuk hamil dengan selamat dan adakah peratusan saya untuk keguguran lagi adalah tinggi?

    • Wsalam Lea,

      Peratus Lea untuk hamil pada masa hadapan with history of 2 previous miscarriage is still about 65% . There is quite a big portion of people in the community yang expose to CMV in the past. Diharapkan doktor Lea telah membuat ujian lain seperti yang Dr Tasha telah ulaskan di dalam post blog ini. However, jika hamil perlu pastikan kandungan adalah dalam rahim kerana history ektopic sebelum ini ya. Diharapkan next pregnancy has a better outcome for you. In Sha Allah.

  10. Lailatul syuhada

    Assalammualaikum doc, sy penah mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Apabila disahkan mengandung kali ke3, doc swasta telah beri sy aspirin sepanjang kehamilan.. dan alhamdulillah.. zuriat pertama sy lahir dgn sihat. Sekarang sy disahkan mengandung lagi baru 4minggu. Adakah perlu saya mengambil aspirin lagi? Atau tidak?

    • Wsalam Lailatul,

      Mengikut kajian yang telah dijalankan, aspirin has not been proven to be a definitive treatment untuk keguguran berulang kali. But like it some cases like yourself, ianya menunjukkan berkesan untuk mendapatkan outcome yang baik. Di samping tidak memberikan kesan buruk. So, perhaps ianya boleh diambil sekali lagi untuk kandungan ini. Please berbincang dengan doktor yang merawati Laila kerana mereka lebih arif tentang latar belakang puan.

  11. Salam doktor
    Saya mengalami keguguran berulang sebanyak 2 kali. Yang pertama, pada tahun lepas blighted ovum. Yang kedua pula, baby tidak membesar hingga 9 minggu sahaja dan tiada lagi heartbeat. Apa masalah saya doktor? Biasanya akan rasa cramp pada perut dan Kembung perut sebelum berlakunya keguguran. Harap doktor dapat memberi nasihat apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan masalah keguguran berulang. Adakah sebab usia? Saya berumur 31 tahun dan suami saya 42 tahun. Kami belum dikurniakan anak dan ini adalah kandungan yang pertama .

    • Wsalam Siti,

      Jikalau begitu, jika mahu pergilah rujuk kepada doktor untuk berbincang sama ada ujian yang telah Dr Tasha bincang dalam post blog ini boleh dilakukan. Kadang-kala ianya hanya akan dilakukan apabila sudah mengalami keguguran buat kali ketiga shj. Sekiranya Siti mahu mendapatkan pemeriksaan seterusnya, boleh berjumpa dengan Dr Tasha di KL Fertility centre ya.

  12. Assalam doc. nama sy fasiha umur 32 thn. sy tidak ada sebarang penyakit serius dan hanya perlu monitor bp semasa hamil
    sy disahkan hamil 6 mggu ttp mengalami spotting dan scan hanya kantung. harini darah hitam kluar makin byk. sy tenang dan sedia terima apa shj kemungkinan. sblm ni nk sy pnh 2 x keguguran thn 2014 dan 2017. kehamilan 2017, doc mengesahkan janin tidak membesar seperti kiraan yg spttnya.persoalan sy adakah sy ptt mengelakkan untuk hamil lg selepas ini. sy tlh di kurniakan 2 org anak lelaki yg sht dan mempunyai anak syurga (meninggal semasa kandungn 37 weeks).

    • Wsalam Nor Fasiha,

      Memandangkan tidak terdapat permasalahan lain dan sekiranya nor masih ingin hamil, pada pendapat Dr Tasha tidak menjadi masalah untuk hamil. Akan tetapi oleh kerana keguguran beberapa kali, adalah lebih baik sekiranya berjumpa dengan doktor untuk memeriksa punca keguguran termasuklah pengambilan ujian darah seperti yang telah Dr Tasha ulaskan di dalam post blog kali ini agar kehamilan pada masa hadapan akan dapat berkekalan.

  13. Assalamualaikum doc. Terima kasih doc. Sy mohon kongsi doa ya.

Leave a reply to drnatashanor Cancel reply