Tahniah! Anda hamil 6 minggu. Apakah kadar degupan jantung bayi anda?

Tahniah Dr Tasha ucapkan bagi pasangan yang sudah disahkan hamil. Bagi pasangan yang sudah lama menanti kehadiran zuriat, sudah tentu gembira tidak terkata dan tidak sabar lagi untuk mengetahui informasi lanjut mengenai bayi dalam kandungan anda. Dr Tasha doakan agar semuanya selamat sehingga bayi dalam kandungan dilahirkan.

Mengesahkan kehamilan

Terdapat beberapa cara untuk mengesahkan kehamilan selain dari mengambil ‘urine pregnancy test’ (UPT) di rumah. Di samping itu, adalah lebih baik untuk mengesahkan kehamilan dengan membuat imbasan scan pelvis. Imbasan scan ini paling awal boleh dilakukan ialah pada minggu kelima kehamilan. Itupun kadang-kala memerlukan scan itu dilakukan melalui faraj. Oleh itu, scan selalunya dibuat pada minggu keenam kehamilan.

Selepas rawatan IVF

Bagi wanita yang hamil setelah menjalani rawatan IVF pula, selalunya darah untuk menguji hormon kehamilan yang bernama B-HCG akan diambil 2 minggu setelah pemindahan embrio dilakukan sekiranya haid anda masih tidak datang. Akan tetapi, bagi wanita yang disarankan untuk mengambil ubat-ubatan suntikan seperti Ovidrel dan Pregnyl oleh doktor mereka untuk menguatkan rahim pula, tidak disarankan untuk mengambil ujian B-HCG tersebut kerana ubatan tersebut juga mengandungi HCG yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan ‘false positive’. Mereka terpaksa menunggu sebulan selepas pemindahan embrio untuk membuat imbasan scan pelvis sekiranya haid mereka tidak berlaku. Penantian itu suatu penyeksaan bukan? Tapi Dr Tasha harap agar mereka menunggu dengan sabar semasa the ‘2 week wait’. Selalunya keputusan darah B-HCG akan diberikan melalui telefon.

Imbasan scan pelvis semasa minggu ke-6 kehamilan

Kalau boleh Dr Tasha menasihatkan agar mereka yang dijadualkan untuk membuat imbasan scan minggu ke-6 kehamilan untuk memastikah agar pundi kencing mereka penuh agar scan dapat dibuat dengan mudah. Pada minggu ini selalunya pasangan tersebut dapat melihat kantung kecil di dalam rahim mereka dan juga bayi mereka (‘Fetal echo’). Ukuran bayi akan diberikan dalam bentuk ‘Crown-Rump Length’ (CRL).  CRL juga dapat memberikan tarikh due of delivery (‘Estimated date of delivery’) anda. Jika baby kelihatan, besar kemungkinan juga jantungnya dapat dilihat dan didengari. Kalau boleh dapatkan satu salinan imbasan scan ini dari doktor anda untuk rujukan pada masa hadapan.

Kadar degupan jantung bayi anda pada minggu ke-6 kehamilan

Jantung bayi akan mula berdegup 3 minggu selepas persenyawaan. Akan tetapi degupan jantung bayi selalunya hanya dapat dilihat pada minggu ke-6 kehamilan.

Pada minggu ke 6 : 100 -120 denyutan seminit. Kadar denyutan ini seterusnya akan meningkat 2-3 minggu kemudian.

Pada minggu ke 9 – 10 : 170 denyutan seminit.  Kadar denyutan ini kemudiannya akan menurun perlahan-lahan pada minggu keseterusnya.

Pada minggu ke 14 : 150 denyutan seminit

Pada minggu ke 20: 140 denyutan seminit

Bila bayi cukup bulan: 130 denyutan seminit

Kadang-kala jantung bayi akan dipantau sepanjang waktu kehamilan, purata kadar denyutan bayi yang normal ialah 110 – 160 denyutan seminit.

Untuk membaca informasi selanjutnya mengenai kehamilan. KLIK DI SINI.

Bagi bakal-bakal ibu yang menganut agama Islam yang ingin mendapatkan doa-doa mustajab untuk diamalkan. Bolehlah download applikasi android untuk mobil phone anda:

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.aspire.doaibuhamil

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on July 1, 2014, in Uncategorized and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 322 Comments.

  1. Salam Doc

    My last period was on 8-13 Feb 2016. Bila period Mac delay, was thinking due to work stress. Then ada mild spotting 14 n 15 Mac. On 16th, saya test UPT, alhmdulillah 2 lines. Gynae ada bagi dhupaston n jab on 16th n follow-up today, TVS sort of x nampak apa2. I tested UPT 2nd time first urine smlm, the 2nd line was getting darker. My 1st born is already 7yo, easily conceive alhmdulillah. Had 1 mc in 2013 at 6 wks due to heavy bleeding n later 1 in 2014 a chemical prgnancy.

    We did IUI Oct 2015 pun masih xde rezeki..Saya sgt risau utk pregnancy kali ni, any possibility it is normal not to see so clear at 6wks doc?

    Tq for the reply!

    • Wsalam Nurul,

      Jikalau beigtu hendaklah periksa blood test, jikalau level more than 1500iu sepatutnya dah nampak kantung kehamilan. Hendaklah berbincang dengan doktor yang merawati ya. Another option scan in 1 weeks time.

  2. As salam Mira,

    Agak sukar untuk doktor menjelaskan simptom Mira tersebut. Tetapi teruskanlah usaha untuk hamil. Diharapkan Mira hamil tidak lama lagi.

  3. Assalamualaikum Doctor,

    Nama saya erin, saya mohon diberi penjelasan mengenai kandungan saya. saya masih ragu-ragu. Period saya sudah lewat 7 hari, bila check upt -tive, sudah 4x check tetap -tive. Tetapi simtom-simtom hamil pada saya. Saya buat keputusan untuk buat scan di klinik, alhamdulillah Doctor sah kan saya mengandung 5minggu. Tapi saya masih tidak percaya kerana upt saya masih -tive. adakah itu normal?

    • Wsalam Erin,

      Kadang-kala upt memang false negatif. Jika scan nampak kantung kehamilan itu adalah lebih accurate. Diharapkan semuanya berjln lancar untuk Erin ya.
      Tahniah!

    • Salam hai erin, so sekarang upt erin masih -ve ke?? Ke dah bertukar jadi +ve…sy masih keliru dgn masalah sy ni..upt di klinik -ve tp scan nampak kantung..dr maklumkan x pregnant pulak..confius sy dibuatnye..

  4. Hi dr tasha..nama saya shamila..haid saya terakhir pd 8hb march 2016..den skrg bln apr tak datang lg haid..dah 2minggu..i ade buat upt di rumah tp masih menunjukkan – shj..knpe ye mcm tu dr?actually my period is regular..know any prblm with my periid b4 this..can pls gv sm suggestion?tq dr..

    • Hi Sharmilla,

      Sometimes period becomes a bit irregular especially in times of stress. Do have a check up with your gynae especially if you are trying to conceive.

  5. Salam dr tasha, sy telah pegi ke klinik utk pengesahan kehamilan..apabila dr scan terdapat dot kecil bewarna hitam dalam rahim sy..dan dr mengatakan mgkin itu kantung bayi dlm lingkungan 5 mggu. Tetapi selepas buat upt menjadi -ve dr tu sahkan sy x pregnant pulak. Sekarang sy jadi confius adakah sy betul² pregnant atau masalah hormon sahaja? Dr tu ckp if upt -ve maknanya mmg x pregnant..sy buat upt di rumah dpat faint +ve..tetapi di klinik -ve..apa patut sy buat dr??

  6. Salam doc..sy dh lewat period 2 blan..dh 3x test upt negatif..tp sy slalu skit ari2 N krap kncing…kmarin sy ke klinik N membuat scan..doc ckp sy xmngndung sbb xnmpak kntung..tp ada wrna putih d dinding rahim..doc ckp mngkin drh period terhimpun..doc bg untuk dtg period N ubt subur..normal ke situasi mcm sy?

    • Wsalam Siti,

      Mungkin Siti mengalami masalah hormon yang tidak seimbang yang kadang-kala berlaku apabila seseorang wanita berada dalam keadaan stress atau berat badannya meningkat naik. Tetapi untuk mengetahui punca sebenarnya simptom-simptom ini pergilah rujuk kepada doktor ya Siti.

  7. Assalamualaikum dr.. sy ada prtnyaan,skg sy sedang mengandung 5w4d.. sejak awal kehamilan lg sy mngalami sakit pada payudara.. namun sejak bberapa harini rasa sakit pada payudara sy semakin berkurngn tetapi masih sakit dan sy masih kerap buang air kecil. dri apa yg sy bca,ini bkn petanda yang baik.apa pndangn doktor dan apa yg perlu sy lakukn? ini adalah pnglm kedua sy mengandung. pnglaman pertama sy kgugurn kerana bby tidak berkembang..

  8. salam doc.sy nak tya. saya ada buat embryo transfer pada 24/5/16. doc ada bg sya utrogestran n pregnyl 5000iu. utrogestan tu insert 3xsehari n saya still continue smpai skang. if arini dp7 boleh ke sy cek upt ye? utrogestan tu ada ifek hcg ke? pregnyl injection sy amek 27mei.

    • As salam Pija,

      Usahlah check UPT terlalu awal. Ini frozen embrio transfer or fresh embrio transfer? Jika pregnyl juga diberikan sebagai ubat luteal support, you can have false positive UPT. Oleh itu, pergilah rujuk Doktor yang merawati when to check. Selalunya mereka akan tunggu sampai 4 weeks post transfer jika tak period, then scan tengok hamil ataupun tidak.

  9. hai doc,.sy amy..sy ada sedikit kekeliruan..lmp sy 25/4/16…dh 2 minggu miss period..minggu lepas dh test upt weak positif..2 3 hr lepas repeat blk still weak positif line kabur,sy guna upt brand yg sama..tp bila sy try guna brand lain negatif.Tp simpton pregnant ada dgn sy,mual2..letih..pening..adakah sy pregnant atau masih terlalu awal utk sy test upt. ? period sy regular..

    • As Salam Aimi,

      Pergilah scan dengan doktor berhampiran untuk mengetahui status sebenar kehamilan Aimi ya. Diharapkan ada berita gembira menanti Aimi.

      • as salam doc…sy repeat upt still negatif..tp still rasa sy pregnant,sy pergi jumpa doctor o&g terus buat tvs..alhamdulillah nmpak sac tp kecil sangat…doktor ambil beta hcg juga.Rupa2 nya tvs lebih baik dr buat upt..kalau ikut tvs doc ckp mcm br dlm 4 minggu atau 5 minggu patutla upt xleh detect lg..

  10. Assalam dr tasha..

    Saya laily..saya nk tnye saya disahkn preggy nk 6week 6 day tp bila scan dkt KK doc just nmpk kantung shaja dan xnmpk jantung baby..but seminggu sebelom tu saya ada refer kecemasan sbb ada bleeding(bukan darah just coklat2 shja) wktu tu 5 week 6 day..doc scan xnnpk tp bila scan ikot bawah doc ckp nmpk ada 1 bntuk dlm kantung n doc ckp tu baby yg akan mmbesar…soalan dia.knpe bila saya scan the next week tu masa 7 week doc ckp xnmpk pulak..saya keliru lah doc…dan saya mnjadi risau sbb sblom ni saya pernah mngalami kandungan tak menjadi pada setahun 5 bulan yg lepas..

    • Wsalam laily,

      Agar sukar untuk Dr Tasha menjawab kenapa masa scan pada 7 minggu tak nampak apa2. Adakah Doktor yang sama yang scan kan. Salah satu kebarangkalian juga Laily mungkin mengalami keguguran jika tidak nampak apa2 lagi pada minggu 7 kehamilan especially kalau pendarahan telah berlaku. Jika sudah 2 kali keguguran berlaku, mungkin lebih baik jika Laily berjumpa dengan doktor dan membuat pemeriksaan selanjutnya ya. Diharapkan Laily cekal dan bersabar menghadapi dugaan ini.

  11. Hi doc,

    Nak tnya kalau janin da ada denyutan jantung (9minggu), ada ka bmksud janin telah melekat sepenuhnya dan risiko miscarriage rendah?

    Thanks doc,

    Ina

    • As salam Ina,

      Sekiranya jantung janin telah dilihat kebarangkalian untuk gugur adalah lebih rendah tetapi tidak semestinya 100% tidak akan mempunyai sebarang masalah kerana kadang-kala masalah akan berlaku dan keguguran berlaku kemudiannya. Hendaklah sentiasa berdoa agar kandungan selamat dan juga follow up regularly dengan doktor yang merawati untuk detect awal sekiranya terdapat sebarang permasalahan ya Ina.

  12. Kaaliswary d/o kumaresan

    Hi, saya lisha. Saya ada diabetes dan mengandung 6minggu. Saya on insulin. Doctor scan baby bole nampak tetapi heartbeat tak dapat dengar.
    Kenapa? Heartbeat baby tak dapt dengar.?
    Apa puncanya.

    • Hi Lisha,

      Ni kena tanya doctor yang scan Lisha hari tuh. Usually kalau nampak boleh dengar heart beat baby depending on the scan machine that is used in the clinic. If you want to hear your baby’s heart, I’m more than happy to scan for you. Just make an appointment at KL Fertility Centre / Pusrawi ya.

  13. Salam Doc Tasha,

    My last period is 2/7/2016 dan spttnya saya period pada 26/7/2016, skrg nie saya dah miss period 4 hari, dan sudah melakukan UPT test result ada double line, satu pekat satu cair. Boleh kan saya makan acid folid sekarang nie? saya belum berjumpe doktor lagi kerana yg nak tunggu sehingga 2 minggu.

    • Wsalam Nora,

      Tahniah Dr Tasha ucapkan kepada NOra. Sepatutnya folic acid tersebut hendaklah dimulakan 1-3 bulan sebelum hamil. Akan tetapi tidak apa, mulakanlah memakan folic acid tersebut dos nya adalah at least 400-600mcg /day ya.

      • tetapi saya tak pasti sbb saya belum dpt double line pekat. ok doc so tidakn kisahkan sekirannya saya makan skrg acid folic tu? terima kasih doc

  14. Hi doc, boleh tolong jelaskan tak apa itu fail pregnancy? Jika pemeriksaan darah beta hcg tidak turun atau kembali normal apa punca ? Saya telah admit wad disebabkan pendarahan semasa usia kandungan sy masuk 6 minggu,selepas buat pemeriksaan darah beta hcg saya still tinggi masih dlm bacaan positif mengandung? Bila doc buat transvaginal blum nampak sac baby lg,terima kasih doc.

    • As salam Mimie,

      Hendaklah lihat trend bacaan BHCG tersebut, jika semakin menurun dan tiada apa2 yang kelihatan pada imbasan scan, rawatan konservatif boleh dilakukan. Akan tetapi jika trend BHCG semakin menaik tetapi tiada kantung baby kelihatan ada possiblity kandungan luar rahim. Hendaklah bertanyakan kepada doktor yang merawati kerana dia lebih arif mengenai status Mimie sekarang ya.

  15. Dr.sy nak tanya. period saya dah delay 22 hari. dah 4 kali test upt.tapi negetive. last test saya buat pada 17 hari lewat. Saya ada rasa symptom hamil.mual , penat, pening, dan cramp kadang-kadang.klau saya mengandung..dah boleh nampak ke kalau saya scan di klinik.

    • As sakan Elise,

      Selalunya kantung kehamilan boleh sudah dilihat 2 minggu selepas haid lambat. Pergilah rujuk untuk membuat ujian darah BHCG untuk kehamilan jika negatif, memang Elise tidak hamil. Hendaklah kemudian periksa kenapa terdapat simptom2 tersebut ya.

  16. Nurfarhana rahmat

    Salam doc..sy nak tanya..sy kerap rasa denyutan di perut bawah sebelah kiri..adakah itu tanda2 awal kehamilan?? Selain itu sy pernah merasa mual hendak muntah secara tiba2..tapi cuma beberapa kali..tidak kerap..dan sekarang sy tengah alami sakit perut berak2 dan kembung perut..minta penjelasan dari doc..

    • Wsalam Nur,

      Berdenyut di perut bukanlah tanda2 biasa pada awal kehamilan. Hendaklah periksa dengan doktor berhampiran untuk mendapatkan kepastian sama ada hamil / mempunyai masalah kesihatan yang lain ya.

  17. Salam Doktor,

    Saya Amyza, saya di sahkan hamil 6-7 minggu..ni kandungan pertama saya…saya mmg ada buat followup dengan doktor pakar…pada bulan 2 tahun, doktor O&G mmg suh saya buat iui. Akan tetapi saya belum lagi buat apa2 saya di sahkan peknen. dia lekat secara semulajadi…saya mmg ada haid tidak teratur dan ada masalh PCOS. saya ada bleeding skit2 dan doktor suh saya makan ubat duphaston. saya nak tau bila denyutan jantung baby boleh di dengar. Sebab doktor scan melalui rahim masih x dengar lg. Doktor amik ujian darah saya, dan keputusan nya mmg baik…keputusan darah saya utk HCG 15008. Boleh saya tau nape masih x dengar doktor.

    • Wsalam Amyza,

      Hendaklah bertanyakan doktor yang merawati status kehamilan bayi ya. Selalunya by 6-7 weeks, bayi boleh dilihat dan jantungnya boleh dikira dan didengari. Diharapkan semua dipermudahkanNya untuk Amyza.

  18. salam doctor… saya lpas nikah priod jd xtntu.. bru ni ad turun drh mcm priod…tp cme stu hri lebih je heavy flow.. lpstu selang 2,3 hri kluar coklat secalit dkt pantyliner dan mse kencing lpastu kluar skli drh sikit stompok… warna pelik sikit merahdie.. sy pergi scan tadi doc kata rahim saya tebal… ad yg kate mngndung n drh bknpul utk priod.. mcm ap doc kate jugak.. tapi sy bru kluar drh.. xkn drh bkmpul awl utk next priod??? ke sy ad potensi hamil? sbb sy ad bsme dgn suami smggu sblm priod😓

    • Wsalam Isme,

      Lebih baik berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan imbasan scan dan pemeriksaan untuk memeriksa apakah puncanya terjadi pendarahan yang tidak menentu. Agak sukar untuk Dr Tasha membuat kesimpulan tanpa membuat pemeriksaan sendiri ke atas Isme. Jika ingin mendapatkan rawatan di bawah jagaan Dr Tasha sila call KL Fertility Centre. Selalunya waktu subur adalah pada hari 12-14 haid sekiranya haid teratur.

  19. Assalam doktor ,,,
    1 – sy preggy 6minggu ,,, tp skrg ni , terkadang perut sy terasa sakit2 , terkadang perut sy terasa mcm xade ape2 ,,, adakah itu normal ???
    2 – Stkt ni sy masih belum cek doktor n belum buat buku merah lg ,,, tp adik ipar sy ade bg lebihan pil folic asid isterinya , ( isterinye dh xmakan lagi pil tu sbb keguguran ) ,,,
    Wajarkan sy makan pil folic asid tu , @ sy perlu dapatkan sendiri folic asid dr doktor ,,,
    3 – sudah dua hari sy mengalami gatal2 dikawasan intim sy , sy kerap mencuci menggunakan pencuci khas produk sireh , adakah itu leh membahayakan kandungan sy ?

    • Wsalam Liana,

      1. Kalau sakit baik periksa apakah puncanya. Kena buat scan pastikan baby dalam rahim dan sihat. In addition make sure tak ada cyst di ovari ataupun kencing kotor yang boleh menyebabkan sakit perut.

      2. Yes, kalau tak expired ok je kalau nak makan folic acid tuh. Tak ada kena mengena folic acid dan keguguran. Kalau takut lebih baik get your own folic acid ya after seeing your doctor 😉

      3. Pergilah check ngan doctor untuk periksa kuman apa tuh. Most likely kalau gatal2 it is a fungal infection yang boleh doktor berikan rawtaan yang bersesuaian dengan kehamilan

  20. Mohd Firdaus Bin Jasni

    Isteri saya hamil tetapi bacaan HCG semakin menurun…Daripada 165 ke 102 dan yang terakhir sekali 57…Adakah isteri saya mengandung atau gugur.? Dalam masa yang sama ada keluar darah berwarna coklat…

    • Wsalam Firdaus,
      Besar kemungkinan isteri mengalami keguguran. Diharapkan Firdaus dan isteri tabah dan cekal menghadapinya serta meneruskan rawatan kesuburan jika perlu agar dapat hamil tidak lama lagi. Tetapi perbincangan seterusnya boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko keguguran pada masa hadapan.

  21. Salam.. sy nak tnye.. ini first prgnt sy… Sy mmpunyai period yg tak teratur.. last period sy dlm 13-14 hb/8.. tapi sy kahwin pada 20/8…saya ada 2 kali checkup untuk mngesahkan sy prgnt.. first klnik ckp awal lg kandungan saya .. sbb line pada utp tlalu slow wrnenye.. mungkin baru 2week.. dan seminggu bila sy check n scan lg sekali pada klnik lain.. dy istmate kandung saya sudah masuk.. 6 atau 7 minggu.. tapi tidak berapa jelas.. dan minta dtng untuk scan lagi skali..tapi bila sudah masuk 6 7minggu xlogik sbb sy kawin blm 6 7 mnggu.. jadi mcm mane saya nak tahu betul2 ye berape usia kandungan sy. Atau perlu ke sy tunggu lg sebulan baru check lagi skali

    • Wsalam Nabilah,

      Perhaps boleh scan as early as another 2 weeks untuk melihat saiz kandungan dan dapatkan umur kandungan. If tak jelas dari perut, mungkin lebih baik lakukan imbasan scan melalui faraj.

  22. Salam dr. Nama sy Aida. Sy confuse dgn keputusan upt result sy. Sy dpt tau sy pregnant melalui upt test seawal 4minggu dan setiap 3 hari sy akn ulang untuk buat upt test untuk check progression line sama ada makin pekat atau tidak. Dan sepanjang dari 4 minggu sehingga 5+1w, progression lines sy seem ok dan sehingga 3 hari yg lepas sy sudah dpt strong positive upt. But this morning ni using first morning urine (5+4w pregnant), result upt sy bertukar menjadi faint. Sy benar-benar keliru dengan apa yg terjadi sedangkan sy tidak mengalami bleeding atau skt perut yg teruk. Sy pernah scan semasa 5w dan dr mengesahkan sy pregnant (dinding rahim yg tebal). Can you please enlighten me dr? Adakah sy sedang atau akan mengalami keguguran? Thanks.

    • Wsalam Aida,

      Usahlah continue celup your urine pregnancy test kerana ini akan menyebabkan stress. If you want confirmation of your pregnancy, ambillah ujian darah BHCG. As early as 5 weeks + , scan melalui faraj can confirm kehamilan. if not, wait till 6 weeks untuk menjalani ujian scan tersebut.

  23. Salam.. Doc sy nak tanye. Hari nie hari keenam saya pantang selepas pembedahan laparoscopy di sebabkan pregnant luar rahim. Lps operate tu mmg kluar drh melalui vagina tu. Lps tu drh dah tak keluar, cuma skrg mcm lendir coklat yg kluar. Normal ke mcm tu? Kalo ikutkan due 28/29 nie due period sy. Sy operate 21hb. Mintak sgt explanation dr doctor.

    • Wsalam Hazwani,

      Yes, In Sha Allah normal pendarahan seperti itu. Usah risau. Your period might be a bit delayed. Sekiranya Hazwani hamil in future hendaklah periksa awal dan scan untuk pastikan kandungan berada di dalam rahim ya.

      • Thanx doktor. Skrg hari keempat saya period. Alhamdulillah senggugut tak teruk selepas operate. In shaa Allah doktor syorkan untuk jarak 4bulan lagi utk next pregnant. Boleh saya tahu berapa lama perlu berpantang sebab hari ni hari ke -10 berpantang dan saya berpantang secara traditional.

  24. assalamualaikum dr. Sy da lewat haid 16 hari. Spjg tempoh itu, sy da buat UPT sebanyak 3 kali selang seminggu. Masalahnya, ujian UPT sy samar. Ujian 1 sy buat beberapa hari sebelum tarikh sepatutnya haid. Ujian 2 sy buat seminggu kemudian, ujian ke 3 sy buat semalam. Tetapi keputusannya tetap samar, tdk seperti keputusan UPT semasa hamil anak pertama sebelum ini, di mana jalurnya sgt terang walaupun sy melakukan UPT sebelum tarikh sepatutnya haid. Kalau ikutkan betul sy hamil, skg da 6w+. Tp UPT masih kabur. Apa puncanya? Adakah kehamilan kali ini tak kuat / bermasalah?

  25. assalamualaikum dr. sy buat Ujian UPT 3kali selang seminggu. tetapi ke tiga2 ujian memberikan jalur yang samar.kalau diikutkan saya telah hamil 6w+. blh dr. terangkan mengapa line UPT samar walaupun kali ke 3 sy lakukannya pd minggu ke 6 +? Adakah kandungan sy tak kuat atu berisiko?

  26. Wsalam Hazwani,

    The usual recommendation ialah untuk elakkan kehamilan ialah 2-3 bulan. Sekiranya hamil hendaklah periksa awal dengan membuat imbasan scan untuk pastikan kehamilan tersebut di dalam rahim ya.

  27. Salam doctor. I am 7 weeks pregnant by date measurement. Tadi saya pg scan and nampak janin (berukuran tepat mcm 7 weeks) but doctor cakap belum nampak heartbeat lagi. She said normally 8 weeks bru nampak. Betul ke doctor? Im a bit paranoid sebab early this year I miscarriaged masa 10weeks5days. No heartbeat detected. and doc cakap janin dah stopped growing at 8weeks. i am really hoping that this pregnancy would go smoothly.

    • Wsalam Nadia,

      Usually when baby measurement is about 6mm (Crown Rump Length / CRL)fetal heart should be seen. This is at about 6 weeks pregnancy. However, usually if no heart seen we usually give the benefit of the doubt and rescan in 1 weeks time to see the baby’s heart beat. Depending on centres, they will take a cut-off point of if CRL 10mm or more and no fetal heart seen a diagnosis of missed miscarriage given. Doalah agar kali ini kandungan sihat dan jantung baby akan dapat dilihat tidak lama lagi. Selalunya Dr Tasha akan buat scan melalui faraj untuk kandungan 6-7 minggu bagi melihat jantung baby dengan lebih jelas.

  28. Assalam Dr. Natasha..
    Saya sentiasa follow blog doktor untuk mengetahui maklumat mengenai infertility. Saya telah menjalani FET pada bulan ogos yang lalu, hasilnya saya gagal hamil dan result BHCG hanya 6 shj. Doktor menyarankan prosedur SIS dijalankan untuk mengetahui sekiranya terdapat polip ataupun fibroid kecil pada rahim yang mungkin mengganggu implantation pada rahim saya. SIS dijalankan pada 22 september 2016. Saya sedang menunggu period seterusnya yang dijangka pada awal oktober 2016. Selepas delay hampir 15 hari, sy membuat ujian air kencing dan mendapati keputusannya positif. Agak sukar untuk percaya memandangkan saya dan suami telah menunggu saat ini hampir 7 tahun…
    saya belum berjumpa lg doktor untuk scan atau mengesahkan kehamilan memandangkan doktor yang biasa kami berurusan sedang bercuti…
    walaubagaimana pun saya ingin mengucapkan terima kasih kerana banyak maklumat yang perolehi daripada blog ini..dan ianya sangat membantu

    • Wsalam Dianne,

      Terima kasih kerana menjadi pembaca setia blog Dr Tasha ini. Alhamdulillah Dianne kini hamil selepas prosedur tersebut. Pergilah rujuk kepada doktor untuk scan agar kehamilan boleh disahkan about 6-7 weeks pregnancy. Diharapkan semuanya berjalan lancar untuk kehamilan tersebut. Take care!

  29. Salam Dr. Sy jaja.. Sy dah 2kali keguguran.. 1st MC : May2016 (13weeks), 2nd MC : Oct2016 (5weeks).. Baru2 ni sy check UPT positif, sekarang dah lambat 5hari.. Any advice doc? Or I need to wait lambat 2weeks period?

    • Wsalam Jaja,

      Tahniah atas berita gembira tersebut. Maybe you can see Dr BY 6 weeks untuk scan. Tidak salah sekiranya mengambil ubat Duphaston untuk menguatkan rahim. Dr Tasha doakan agar time time kandungan tersebut sihat dan selamat.

  30. Akm nak tye dktr..sye hmil 5mgu..tpi sye ad kuar drh..tpi test upt positive..ph tu g klnk dktr bg ubt kuatkn thim..sye mkn..n lpas sye hbs mkn ubt..sye g scan..n dktr ckp beby sye xsmp 0.9cm je bsr kntung 2..mgkn akn gugur..btl ke dktr..xlh slmtkn da ke lau cm 2..sye hro beby sye slmt

  31. Assalamualaikum doc,
    Sy diabetic n hypertension patient…hmpir sbln sy pening Dan hanyut…pd 4hb/12 /2016 sy buat Upt,then result dia double line tp Samar,sy pg klinik n scan…doktor nmpk ada kantung…tp bla buat Upt test skali lg diklinik(petang),result dia negatif…repeat scan lg 2 mggu…adalah ITU normal???

    • Wsalam Nadia,

      Untuk betul membuat pengesahan kehamilan buat ujian darah BHCG kerana ujian UPT tidak tepat. Sekiranya benar2 hamil bolehlah rpt scan dalam masa 1-2 minggu untuk melihat pembesaran kantung dan bayi. Hendaklah control diabetes dan hypertension agar kehamilan berjalan dengan lancar.

  32. assalam dr.. sy siti,

    hari pertama last period saya 29 okt 2016..( cycle sy 28/29 hari) sy sempat bersama suami sekali (13hb okt 2016)- kami pjj.. sebelum disahkan pregnent melalui upt (1 hari lewat period dah naik line samar)

    untuk pengetahuan dr., pada LMP sy 7 week tepat..sy scan melalui vigina(TVS) just nampak kantung clear tapi kosong .. kalau ikutkan scan TVS sy baru 5 week 2 day.. ada tak kemungkinan yang baby belom boleh nampak di sebabkan lewat persenyawaan.

    untuk pengetahuan dr juga pada bulan 7 tahun ni sy telah mengalami MC(natural) pada 10 week kandungan sebab blighted ovum..(scan dr 7week- 10 week just kantung kosong)

    sy cuma nk mintak pandangan dr.. dan sy mmg dah bersedia jika ditakdirkan sekali lagi sy di sahkan blihted ovum.

  33. Assalamualikum Doc,

    I had one mc early Jan this year and dari awal memang dah buat check up di Hospital Serdang sbb doktor letak under “threatened abortion”. Dia ada bagi satu ubat but I forgot the name untuk kuatkan pangkal rahim sbb masa check tu doc ckp pangkal rahim mcm ada sikit bukaan (I was 8 weeks pregnant that time). Tapi xde rezeki, I lost the baby on my 11 weeks sbb masa thorough scan doc ckp “no heart activity”. But, syukur alhamdulillah, 2 hari lepas check UPT and double line. I went to the clinic untuk buat scan (sbb kira2 dah 6 minggu) but the staff kat klinik tu cakap doc taknak buat sbb baru 6 minggu. Do you think I should go to Klinik Kesihatan untuk terus bukak buku merah because of my 1st mc? For tthis 2nd pregnancy, me and hubs really hope that everything goes well. We are expecting our first baby inshaAllah. Please advice ya doc. Thank you.

    P/S: If your clinic is around Klang Valley area, I would love to come to your clinic. I’m staying in Puchong area.

  34. Salam DR, saya AISYAH..
    Saya ingin bertanya bulan lepas saya period on 12dec2016, cycle saya tetap setiap bulan datang (28-32) dan selalunya akan awal 2 hari atau lewat sehari,bulan ni saya sepatutnya period 10hb1 or paling lewat 12hb1 then sekarang dah delay period selama 10hari termasuk harini,dah dua kali saya buat upt pada 16hb1 dan 21hb1 but negative.. Saya dengan suami memang xbersama pada dec (pjj) hinggalah 7hb1 baru bersama,pada 9hb saya ada berurut dengan bidan.. Kemusykilan saya ialah ada kemungkinan ke saya pregnant walaupun saya tak bersama time subur ataupun saya tak period sebab effect berurut tu? Perlu ke saya berjumpa dr atau tunggu seminggu dua lagi?

  35. Salam Dr,

    Sy jna ..sy ingin bertanya before ni period saya dalam.26 28 atau paling lewat pun dlm masa 33 hari cycle….tak pernah lewat sebegini .last period 25 december2016 dan sekarang dah 7 February2017 ikut kiraan apps sy dah 16 hari lewat period..sy ada buat test kesuburan menggunakan opk dan hari ke 28 menunjukkan sy positif tidak seperti kebiasaan hari ke 12 atau ke 14 hari subur sy dpt detect…kini sy buat ujian upt negative. tapi tanda2 cram perut mcm nak period tu ada cme belum lg..Pendapat dr jika sy ke klinik untuk pemeriksaan lebih lnjut sebab lewat haid adakan terlalu awal ?

    • Wsalam Sara,

      Yes, pergilah membuat pemeriksaan kenapakah haid sudah lama tidak datang dari risau sendiri di rumah. Mungkin Dr yang memeriksa dapat memberikan jawapan setelah pemeriksaan dijalankan.

  36. salam doc,

    sy nani, saya nak tanya. awal bulan 2, 2017 nie, saya ada check guna pregnancy test dan result memang positif, dan saya ada rujuk dgn klinik yg berdekatan. tapi doctor yang check saya tak inform kandungan saya tu, dia cuma kata yang sy pregnant. doctor boleh perjelaskan lagi tentang soalan2 sy ni tak? sebab ini 1st time saya. tq

    1. berapa minggu kandungan saya skrng? 1st day for last period sy adalah 31.12.2016
    2. adakah normal, sekiranya saya tak ada muntah, cuma rasa mual biasa?

    • Wsalam Nani,

      1. If LMP nani 31/1/16 bermakna you are 6 weeks + 6 days sekarang. Pergilah scan dan lihat status kandungan bayi. Patutnya boleh lihat saiz dan mendengar jantungnya
      2. Yes, very normal.

  37. Assalam doc..saya iza…first day untuk last period sy 1/1/2017..so sepatutnya sekarang dah 10 mggu..masa 5 weeks sy pergi scan,kantung dah ade but x nmpk janin..and last weekend sy pergi scan skali lg,janin dh nmpak tp kecik, crl 0.74cm..doc kata klu ikut anggaran size janin,sy pregnant 6 minggu 4 hari.tp xde heartbeat lg..soalan saya :

    1. Adakah baby sy normal dgn size mcm tu atau baby sy mmg terlalu kecil?
    2. Kenapa klu ikut anggaran janin sy mgndung 6 weeks tp klu ikut last period sy sepatutnya dah 10 weeks?
    3. So far sekarang,sy xde bleeding ape2 tp dakah sy bakal akn keguguran disebabkan janin sy kecil?
    4. Adakah kalau sy mkn multivitamin akan membuatkan janin sy cpt membesar?

    • Wsalam Iza,

      Selalunya diagnosis missed miscarriage akan diberikan sekiranya jantung masih tidak kelihatan apabila saiz at least 10mm. Terdapat beberapa kemungkinan kenapa saiz janin masih kecil ? salah tarikh LMP. The best thing to do is rescan in 1 weeks time untuk melihat status bayi. Diharapkan bayi akan membesar saiznya dan jantung kemudiaannya dapat dilihat. Multivitamin tidak akan membuat janin cpt membesar but do continue ambil your normal prenatal vitamin ya.

  38. Assalamualaikum doctor…sy ingin dptkan pndpt doctor..last month sy period 2feb-7feb..smpai hari ini msih belum period…sy ade buat 3 kali test upt pada mggu pertama dan kedua sy missed period..tp result -ve..kali ketiga sy gunakan upt clearblue digital..result not pregnant..tetapi sy ade tanda2 pregnant spt sakit2 pinggang,cepat lapar..fyi doctor..period sy tidak tetap sebelum sy kahwin lg..sy inginkan pndpt doctor adkah sy ade possibility mengandung atau ade sakit lain spt pcos/cyst..terima kasih..

    • Wsalam Aisyah,

      Pergilah rujuk kepada doktor yang berhampiran untuk mendapatkan kepastian, imbasan scan / ujian darah boleh diambil untuk mendapatkan kepastian ya.

      • Doctor,sy dh merujuk ke klinik dan telah scan..doctor kata sy x hamil dan tiada cyst..doctor bg ubat turun haid utk 5 hari..sy mkn ubat tersebut tetapi selepas 4 hari sy habiskan ubat period masih tidak ada..sy nk tnye..selepas mkn ubat tersebut ia mengambil masa brape hari utk turun period? Sekiranya period masih tidak datang, apa yg patut sy lakukan?terima kasih doctor.

  39. Assalamualaikum dr.. sy aiza.. sy da 2mggu lbih xdtg period.. badan asyk berangin, bahagian puting sakit & pinggang sakit. pnh bt test tp result negative.. knp ye?

    • Wsalam Aiza,

      Sekiranya begitu hendaklah merujuk kepada doktor berhampiran untuk melihat kenapa haid sudahpun lewat datang dan untuk memastikan sama ada hamil / tidak.

  40. Salam doc tasha.. sy nk bertanya, bolehkah kita mndengar degupan jantung baby pd peringkat awal kehamilan dengan hanya mnggunakan stetoskop di atas perut (bahagian rahim)?

  41. salam doktor…sy ibu kepada 2anak,sy masih binggung smpi skrg da dua period xbetul,cth darah hanya 3 hari shj,yg terbaru start period mcm kuar wrna coklat 2hari,lg 2 hari merah,skrg pinggng sakit,ada rasa denyutan janyung diperut,kram di bwh pusat,perlu kah sy rujuk dihsptl?

    • Wsalam Izza,

      Lebih elok rujuk kepada doktor berhampiran untuk memastikan tiada apa yang perlu dirisaukan. Imbasan scan pelvis perlu dilakukan utk membuat pemeriksaan yang menyeluruh.

  42. Assalamualaikum doktor. Sy ibu yg masih menyusu. Anak sy skrg dh 11 bulan. Sy akhir period 6 mac. 21 mac adalah hari subur, tp 23 mac kuar darah coklat hanya sedikit selama 3 hari. Lps tu hari sepatutnya sy period 5 apr. Tp x kuar darah period. Sy try test upt positif tp 1 line samar2. Lps tu sy tgu lg 1 minggu test upt positif naik double line makin terang. Slps tu sy tgu dlu drpd jmp doktor. Sepanjang 3 minggu delay period sy selalu rasa kram bwah perut belah kanan, lps tu kuar darah sikit dlm 1 hari. Lps tu sy rehatkn bdan darah x kuar dan x sakit dh bawah perut tu. Tp klu sy bt kerja rumah byk2 mst rasa sakit balik bwah perut tu. Lps tu 1 may (dlm 7mingu 5 hari klu ikut LMP) sy p klinik jmp doc. Doktor scan dia kta kosong. Dinding rahim pun tak tebal. Dia cakap sy x hamil. Sb test upt kt klinik negetif. Apa masalah sy ye doktor. Knp upt sy positif masa delay 1 minggu period, tp perut rasa kembung dan keras. Apa tindakan yg perlu sy lakukan. Perlukah sy scan melalui bawah atau bt ujian darah hcg?

    • Wsalam ztty,

      Upt kadang-kala mmg tidak accurate. The best way to confirm preggie atau tidak is to do a blood test bhcg. Ni mmg much more accurate. If bhcg high tetapi scan melalui faraj tidak nampak kantung dalam rahim, kita khuatir kandungan luar rahim. So if persistent perut keras, mayb puan perlu periksa semula dgn doktor ya

      • Terima kasih dr natasha. In Sha Allah esk sy akn bt blood test bhcg. Doakan sy ye.

  43. rohayu binti mohd halim

    salam doctor, last month saya late period 4 hari tp buat upt negatif. then after 4 day tu period dtg mcm biasa. tp saya rasa ada perubahan pada badan seperti sakit pada bahagian breast, kerap sakit kepala dan sakit kepala dan perut rasa mcm membesar serta rasa mcm berdenyut dkt perut.

  44. salam doctor, last month saya late period 4 hari tp buat upt negatif. then after 4 day tu period dtg mcm biasa. tp after that saya rasa ada perubahan pada badan seperti sakit pada bahagian breast, kerap sakit kepala dan sakit belakang and pinggang dan perut rasa mcm membesar serta rasa mcm berdenyut dkt perut. kadang2 perut rasa tak selesa lagi2 bila pakai jeans.

  45. slm doktor.. sy nurul..sudah berkahwin dan pjj..last period sy adalah pd 26/5-3/6..selepas itu tidak datang period sehingga sekarang..pada 25/6 & 27/6 terdapat tompokan berwarna coklat di seluar dalam sy. sy dah melakukan upt sebanyak 4x namun negatif..sy juga telah berjumpa dengan doktor pada hari ini..doktor telah melakukan scan namun tidak mengandung.. Doktor ada juga menyatakan bahawa kalau early pregnancy mmg tak nampak..Walau bagaimanapun, sy mengalami kemalasan dan keletihan yang melampau, hilang selera makan, keluar cecair putih yang banyak (bukan keputihan), payudara terasa lembut dan puting semakin coklat, mual2 di waktu pagi dan terpaksa mengunyah chewing gum, terasa hendak muntah apabila memberus gigi serta badan terasa berangin. Mood sy pun tidak menentu..rasa nak marah je.. Adakah terdapat kemungkinan sy mengandung tetapi masih di peringkat awal?

    • Wsalam Nurul,

      Ya masih ada kemungkinan UPT adalah false negative dan nurul hamil peringkat awal. The only way to be sure ialah untuk mengambil ujian darah BHCG untuk menentukan status sama ada hamil ataupun tidak ya.

  46. Salam doktor,

    Saya last preiod 8/6/2017. Sampai sekarang masih xdatang period. Tapi period saya memeang x menentu. Saya da banyak kali buat UPT test tp masih negatif. Saya ada rasa tanda2 mengandung seperti loya, kurang selera makan, sakit breast. Ape perlu saya buat?

  47. Hi doktor. Saya ibu kepada 3 org anak. Anak yg paling bongsu berumur 4 tahun. Skrg saya dh missed period sebulan lebih. Pada bulan September saya ada period 2 kali, dimana saya jarang begitu. Selalunya period saya teratur. Kalau lewat pun cuma 2-3 hari saja. Anak2 saya yg terdahulu, saya tak tau diri sendiri hamil. Setiap kehamilan saya cuma akan sedar slps 3 bulan pregnant. Kali ni saya check upt kat rumah sbb period delay. Tapi asyik negatif. Tapi tanda-tanda kehamilan ada. Adakah saya perlu pergi klinik check? Saya risau sbb semasa saya pregnant anak saya yg bongsu, doktor yg scan saya ckp saya tak hamil walaupun pada masa itu saya hamil hampir 3 bulan

    • Hello Lis,

      Jikalau begitu, utk dapat accurate diagnosis mengenai status kehamilan is to take a blood test BHCG shj ya. Scan pada awal kehamilan perlu dibuat melalui faraj esp jika hanya 6-7 minggu untuk dapat melihat dengan jelas kantung kehamilan.

  48. Salam Dr..say nor.last 2 weeks saya ada scan di klinik pakar.I’ve done vaginal scan also.Dr situ ckp bru 4weeks.then today(28.11) sya ada scan di hospital krjaan, hasil scan kndungan sya bru masuk 5w.kantung saja ada.janin msih xnampak..is that normal Dr?should I worried?my next appointment 20 Dec..thanks Dr.

    • Wsalam Nor,

      In sha Allah.. janin boleh dilihat pada masa 6 minggu kehamilan ya. Dr Tasha doakan agar semua berjalan lancar. 5 weeks hanya kantung sahaja yang boleh dilihat most of the time.

      • terima kasih doc balas soalan saya..tp saya baru keguguran selepas bleeding seminggu.incomplete miscarriage and dnc pd usia kandungan sya nk masuk 6w(3days before miscarriage sya scan kantung sja bru ada).soalan saya doctor, perlukah saya berpantang sperti bersalin Dan pantang bersama suami berapa lama ye?tq doctor..

  49. Nor atifah masani

    Hi dr tasya, sy atifah nk bertanya sekiranga minggu ke 6 sy dh buat scan.. tp doc kata no fetal echo scan.. apa mksdnya.? Adakah utk mgu seterusnya akn nmpk.??

  50. Assalam dok , usia kandungan 7mnggu kalau nampak jantung shj normal ka ? Sy scan cuma nampak jantung , tapi doktor cakap baby tidak sama dengan usia minggu . Mksdnya ada Salah tarikh period ka atau sbb kitaran haid tidak normal ?

Leave a reply to Jaja Cancel reply