Ubat untuk menguatkan rahim
Ubat untuk menguatkan rahim kadang-kala diberikan untuk wanita tertentu semasa waktu awal kehamilan seperti wanita yang sudah menjalani rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF, sering mengalami keguguran awal kehamilan, pendarahan ketika peringkat awal kehamilan disebabkan ‘threatened miscarriage’. Di samping ia kadangkala diberikan untuk wanita yang tidak hamil dan mengalami masalah pendarahan tidak teratur atau berpanjangan. Duphaston juga diberikan untuk menurunkan haid bagi wanita yang menghadapi masalah haid tidak datang.
Ramuan ubat Duphaston
Dydrogesterone. Ianya mengandungi hormon progesteron sintetik. Ianya diberikan dalam bentuk tablet untuk ditelan.
Fungsi Hormon Progesteron
- Menebalkan lapisan dalam dinding rahim semasa fasa luteal kitaran haid sebagai persediaan untuk menerima embrio yang terhasil selepas persenyawaan ovum dan sperma
- Sekiranya kehamilan berlaku, hormon progesteron akan bertindak untuk mengekalkan dan menyuburkan dinding rahim yang tebal pada peringkat awal kehamilan
- Progesteron juga meransangkan kelenjar susu di dalam buah dada untuk membesar semasa hamil
- Menolong mengawal kitaran haid wanita
Dos Duphaston yang diperlukan
Ini bergantung kepada keadaan wanita tersebut. Lazimnya selepas rawatan IUI ianya adalah 1 biji (10mg) dua kali sehari ataupun 1 biji tiga kali sehari. Selepas rawatan IVF ianya adalah 1 biji 3 kali sehari. Bagi wanita yang mengalami masalah ‘threatened miscarriage’ pula dos yang akan diberikan adalah 2 biji 2 kali sehari semasa pendarahan dan turunkan kembali kepada 1 biji 3 kali sehari sekiranya pendarahan sudah berhenti.
Kesan sampingan Duphaston
Kadang-kala ianya mempunyai kesan sampingan seperti sakit kepala, angin dalam perut, sakit buah dada atau loya.
Selamat untuk bayi
Bukti saintifik telah menunjukkan tiada kesan sampingan buruk terhadap bayi yang dikandungi oleh wanita yang diberikan Duphaston. Seandainya anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan tidak perasan yang anda sebenarnya mengandung serta doktor anda telah memberikan anda ubat Duphaston untuk menurunkan haid anda, ianya tidak akan menyebabkan anda keguguran.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Posted on July 23, 2014, in Uncategorized and tagged infertility, ingin hamil, IVF Malaysia, kuatkan rahim, tingkatkan kesuburan. Bookmark the permalink. 267 Comments.
Assalamualaikum dokter.
Saya spotting masa saya 6 minggu mengandung. Kebiasaannya saya perasan ade lendir darah bila saya buang air kecil. Tapi ade sekali, ade tompok darah di panty liner saya. Saya terus buat scan, dokter inform yang saya threatened abortion. Kandungan saya agak lonjong tapi ade janin. Masa saya scan minggu 5, kantong saya cantik. Adakah itu tanda saya akan gugur ? Adakah kandungan saya masih boleh diselamatkan ? Dalam masa yang sama, bolehkah saya amalkan pengambilan Duphaston ?
Terima Kasih.
Wsalam Diana,
Hendaklah minta nasihat dari doktor yang merawati mengenai findings ultrasound tersebut. Sekiranya jantung janin sudah kelihatan dan kadar degupan jantung adalah elok prognosis adalah lebih baik. Yes, sekiranya tiada alahan Duphaston boleh diambil di bawah pengawasan doktor yang merawati.
Salam doc,
Pd 10/10/2016 tempoh hari sy tlh jalani IUI. Selang 2 hr dr tarikh jangkaan sy dtg period (20/10/2016) iaitu 22/10(sabtu) jam 6am ada sedikit drh coklat di vagina sy. Pd siangnya disertai dgn sakit di perut&kencing tdk lawas tp drh dh tiada. Ahad pula, darah sikit&coklat tu kluar pd jam 4pm. Simptom yg sama sy alami kencing xlawas yg xmyelesakan. Isnin&selasa darah coklat keluar byk cikit b’bnding 2 hr sblm. Smlm Rabu, keluar tp ckit. Hr ni khamis, dh tiada drh.
Sy jd keliru, adakah ni period? Nurse O&G sruh sy teruskan mkn DUPHASTON yg dibekalkan. Soalan ke-2,Adakah ubat DUPHASTON mggalakkn pgeluaran air liur blebihan, sb sy rs mggu ni air liur sy byk sgt.
Mohon pcerahan doc… Terima kasih.
Wsalam Edlina,
Edlina boleh periksa upt lebih kurang 2 minggu selepas IUI dijalankan untuk mengesahkan status kehamilan. Tunggulah beberapa hari sekiranya darah tersebut menjadi lebih banyak seperti haid berkemungkinan IUI tersebut telah gagal dan itulah darah haid. Sekiranya masih sedkit dan berwarna coklat, rujuk kembali kepada doktor yang merawati Edlina. Dari pengetahuan Dr Tasha Duphaston akan hanya memberikan kesan pengeluaran air liur berlebihan di dalam hanya segelintir pesakit yang mengambilnya. It is not a common side effect.
Salam Doktor,
Pada tahun 2014 saya pernah hamil anggur..kandungan sudah masuk 8 minggu semasa doktor detect no heart beat dlm kantung dan saya terpaksa melakukan proses penguguran.Selepas itu kitaran haid mula tidak teratur dan tahun ini masuk tahun ke 4 perkahwinan, saya belum lagi dikurniakan zuriat.Bolehkan saya mengambil Duphaston untuk mengaturkan kitaran haid saya kembali ?
Wsalam Miss Maw,
Lebih baik berjumpa dengan doktor untuk memeriksa kenapakan kitaran haid tidak teratur dan kemudian meneruskan rawatan kesuburan memandangkan sudahpun kahwin 4 tahun.
Jika mahu dapatkan rawatan di bawah jagaan Dr Tasha sila call KL Fertility Centre ya.
Assalamualaikum Doktor.
kandungan saya baru mencecah 8 minggu dan didalam beberapa hari ini, saya kerap berlaku spotting berwarna coklat. adakah ianya normal?
Wsalam Puteri,
Pergilah berjumpa doktor berhampiran untuk mengetahui kenapakah terdapat spotting. Ianya tidak normal dan mungkin adalah threatened miscarriage. Diharapkan kandungan selamat dan growing well. Perlu buat scan untuk mengetahui status kandungan Puteri ya.
Assalamualaikum Dr, saya baru hamil 6 minggu. Nie pertama kali hamil selepas setahun 8 bln kawen. Perlu ke saya ke klinik dan minta Dr untuk ambil ubat nie? Kerana perasaan takut gugur tuh selalu ada, sebab dah dekat 2 tahun saya menunggu untuk hamil.
Wsalam Sarah
Tahniah atas kehamilan Sarah. Sekiranya tidak permasalahan seperti bleeding, tidak perlu mengambil ubat tersebut ya. Dr Tasha berdoa agar kehamilan tersebut selamat dan sihat
Assalammualaikum doktor…
saya last period 23-11…bulan 12 sy xdtg lagi..bila sy jumpa pakar…pakar bagi ubat dydrogesterone…makan slama 5 hari…doktr pakar ckp hbs ubt mst dtg period….tpi smpi skrg 9-1-2017 xdtg juga…tapi sy dah 2minggu sakit di payu dara mcm first besalin dulu…susu yg xboleh keluar…sakit sangat time nak bangun tido pagi..rasa sakit kpla…nk muntah tapi xklua muntah tu..pastu doktr pakar ada bagi ubat utk kesuburan (clomiphene citrate) …kena makan selepas period kedua hingga ke enam..tpi smpi sekarang saya xdtg lagi… kenapa ye doktor?boleh bagi tahu apa sebab nya… terima kasih doktor.
Wsalam Farah,
Jikalau begitu, hendaklah periksa dengan doktor yang merawati. Possible reasons : Side effects ubat, hamil ataupun permasalahan yang kesihatan lain.
assalammualaikum doktor..
sy nak bertanya, tarikh hari pertama last period sy adalah pd 14/11/2016.. kalau ikut pada kiraan, kandungan sy dah 9 minggu.. tapi semalam pada 16/1/2017 sy pergi ke klinik untuk scan, nampak kantung dan yolk sac.. manakala janin masih lagi kecil dan doktor assume sy wrong date, maksudnya kandungan sy kurang dari 9 minggu.. mungkin dalam 5 minggu lebih atau baru nak masuk 6 minggu.. perkara sebegini normal atau tidak yer doktor? sama ada kandugan sy menjadi atau sebaliknyer doktor? susah hati sy dan suami. mohon pencerahan dari doktor. terima kasih doktor.
Wsalam Farah,
Ada possibility yang salah tarikh. Jika mahu, sila follow up in 1-2 weeks untuk scan bagi melihat pembesaran bayi. Dr Tasha doakan agar kandungan sihat dan selamat dilahirkan.
assalamualaikum Dr,
sy telah pun keguguran pd 29/1/2017, secara normal..tidak melakukan DNC. dan darah pun telah habis.. sy nak tau, selalunya selepas keguguran, bila haid pertama akan keluar? kerana sehingga hari ini, 24/2/2017 sy tidak mengalami tanda2 haid akan keluar. jadi sy nak kepastian, adakah sy bole hamil semula jika sy bersama suami kerana belum keluar haid lagi. mohon pencerahan dari pihak doctor. terima kasih doctor.
Saya baru buat IUI..ada sedikit darah dah lendir keluar selepas treatmrnt dan sehari selepas..adakah itu normal?
Wsalam Farah,
Ini bergantung berbeza dari satu wanita kepada wanita lain. Secara umumnya haid pertama akan datang about 4-6 minggu selepas keguguran. Sekiranya masih tidak haid selepas 6 minggu mungkin boleh berjumpa dengan doktor untuk diperiksa. Selalunya haid akan lebih lambat datang jika kehamilan mencecah 2nd / 3rd trimester. Kadar penurunan BHCG juga bergantung kepada tahap dan minggu keberapa keguguran berlaku. Pada umumnya juga level BHCG akan menurun selepas 4-6 minggu selepas keguguran.
As salam Zai,
Kadang-kala ini boleh terjadi ya. Sila periksa dengan Dr yang merawati Zai
Maaf…Salam Doktor
Saya baru buat IUI..ada sedikit darah dah lendir keluar selepas treatment dan sehari selepas itu pun ada keluar……..adakah itu normal?
Wsalam Zai,
Occasionally sometimes that can happen. Dr Tasha doakan agar IUI Zai berjaya. Jika tidak berbincanglah dengan doktor yang merawati what is the next step. Teruskanlah usaha
As salam Farah,
Jika boleh cuba berehat lebih kurang 1-2 bulan sebelum hamil lagi sekali. Oleh itu, kalau ingin bersama dengan suami sebelum haid datang, gunakanlah cara2 pencegahan kehamilan yang bersesuaian ya.
Assalam Dr,
Selamat Pagi.
Nama sy farah.. sy ada beberapa soalan nak tanya pada doktor.
1) sy nak tau, berapa lama haid pertama datang selepas keguguran?
2) selepas keguguran pada trimester pertama, brp lama kandugan HCG akan ada?
terima kasih atas penjelasan doktor
Salam Doktor
saya telah period pada 25/12/2016 dan telah berhenti period pada 7/1/2017. tetapi pada 11/1/2017, period saya kembali sehingga sekarang tidak berhenti.
doktor yang merawat telah memberi duphaston untuk dimakan selam 15 hari tetapi semakin byk darah yang keluar..
adakah ini normal?
terima Kasih
As salam Mimi,
Please recheck dengan Doktor yang merawati untuk pastikan tiada apa2 ya.
salam doc
sy mghadapi period yg tidak teratur sebelum dan selepas kahwin. sy telah pun berkahwin pada sep 2016.
period dtg
10 sept
15 oct
nov – xdtg
14 dec dan 27 dec
jan until skang belum period
sy telah pun check upt dan negative. scan pun sy telah buat tetapi doc tmemberitahu sy tidak hamil .. dan tiada masalah apa2. jadi doc telah berikan kepada sy ubat norculot selama 5 hari.. sy baru hbiaskan ahad lepas tetapi haid tidak dtg lagi
ada kemungkinan sy hamil ke doc?
soalan sy y seterusnay jika sy bersama suami dlm masa ambil norcolut adakah boleh lekat?
tq doc.. mohon penjelasan
Wsalam Ain,
Jikalau begitu hendaklah periksa dengan doktor yang merawati kenapakah haid masih tidak datang lagi dan double check tidak hamil. Options: 1. Wait for menses about 1-2 weeks or 2. Memakan ubat hormon yang lain untuk menurunkan haid agar rawatan kesuburan boleh dimulakan.
Kemudian perbincangan perlu dilakukan untuk memilih kaedah rwatan kesuburan yang bersesuaian bergantung kepada latar belakang Ain. Possibility untuk hamil is probably lower but still possible.
Doktor…kalau ada fibroidadenoma bahaya ke ambil duphaston? Sebab bila ambil ketulan mcm besar.
Assalamualaikum Dr Natasha…
Sy pn Liza, sy sudah berkahwin 3tahun dan belum dikurniakan zuriat. Pd sept 2016 sy buat rawatan hag dan kedua2 belah tiub normal tetapi semasa proses hsg perjalanan cecair pewarna lambat. Pd march 2017 saya buat rawatan iui tetapi gagal. Semasa rawatan iui sperma hanya berjaya dimasukkan pd pangkal servik sahaja. Soalan saya adakah laluan dr pangkal servik ke rahim dan tiub fallopian sempit yg menyebabkn perjalanan cecair pewarna lambat semasa rawatan hsg dan sperma hanya berjaya dimasukkn ke pangkal servik? Dan punca inikah yg mbuatkn rawatan iui gagal dan susah hamil. Sy berharap doc dpt membantu. Terima kasih. Assalamualaikum
Wsalam Liza,
Dr Tasha sudah emailkan jawapan ya
Assalamualaikum doktor.. Skrg sy pregnant 5 weeks… Bulan 1 yg lalu sy keguguran.. Sy ada mengalami keluar tompok coklat.. Hanya sedikit sj yg keluar sehari.. Tetapi berlarutan 5 hari.. Sy ke klinik & doktor bg sy ubat kuat rahim ni.. Makan sebijik 2x sehari.. Sy br mkn 2 hr ubay kuat rahim ni.. Namun tompok coklat tersebut masih jugak keluar.. Tapi tak banyak.. Adakah sy perlu menambah dos utk ubat kuat rahim ni? Terima kasih…
As salam Maisarah,
Adalah lebih baik Maisarah mengikut dos yang telah diberikan oleh doktor yang merawati Maisarah. Sekiranya ingin menambahkan dos atau mendapatkan rawatan lain adalah lebih baik berjumpa dengan Dr Tasha terlebih dahulu agar pemeriksaan dan nasihat dapat diberikan. Diharapkan kandungan Maisarah selamat dan sihat hendaknya
Askm…
Saya nak tanya, berapa lama hormon keguguran berada dalam badan selepas keguguran?
Saya sekarang sudah 2 bulan lepas keguguran.. Tetapi bila saya check menggunakan upt.. Upt saya masih positif..dan line T masih terang.. Untuk pengetahuan puan saya dah 2 kali datang period… Dan sekarang tgh period utk yg kedua… Adakah ia mmg begitu untuk ibu yg baru lepas keguguran? Confuse
Hormon yg saya maksudkan adalah hormon hcg… Tersalah taip
Wsalam Zubaidah,
Kadar penurunan BHCG juga bergantung kepada tahap dan minggu keberapa keguguran berlaku. Pada umumnya juga level BHCG akan menurun selepas 4-6 minggu selepas keguguran. Hendaklah berjumpa dengan doktor berhampiran untuk membuat pemeriksaan ya Zubaidah. Hanya check upt jika period delayed jika Zubaidah have regular kitaran haid untuk memastikan bacaan adalah betul.
akm dr,sy pcos suffer,tp alhmdulillah dah ada 2 0rg ank,ank no 2 skrg berumur 1thn7bln,last piriod hujung bln 2,tp sampai skrg tak dtg piriod,dh 5 bln,sy ad jmp pakar,dia bg Tab duphaston (bd) utk 5 hr,last sy ambil dpston, 9.7.2017, hr ni 18.7.2017,masih tak dtg piriod,adakah sy hamil atau ape yg perlu sy buat..perlukah sy ambil duphaston lagi???
Wasalam Nurul,
Rujuklah semula kepada doktor yang merawati Nurul ya. Mungkin perlu scan dan lihat apakah the next step yang perlu dibuat.
Hai Sy natasya,,Sy bru alami keguguran ni kedua kali ye,,Sy nak tanya, boleh ke Sy ambik ubat kuat rahim duphaston ni lepas keguguran untuk kuatkan rahim saya..
Hello Aliya,
Ya, duphaston boleh dicuba untuk menguatkan rahim the next pregnancy. Tetapi adalah lebih baik jika memakannya di bawah pengawasan doktor dan berbincang dengan doktor yang merawati mengenai apa yang perlu dibuat mengenai permasalahan Aliya
Assalammualaikum doctor..dimana saya boleh dapati duphaston yer?
Wsalam Ain,
Hendaklah berjumpa dengan doktor dan memastikan ada pengawasan doktor semasa pengambilannya.
Salam Dr Natasha, adakah Duphaston akan melambatkan haid? Contohnya saya sekarang 12DPIUI, semalam ada one time brown spotting (light brown) dan sy rasa cramp di bahagian bawah perut seperti menstrual cramp. Tapi selepas brown spotting tu, bila wipe tiada lagi sampai ke hari ini. Pada IUI lepas saya tidak dibekalkan sebarang ubat, dan period pada 11DPIUI. Jadi soalan saya adakah sebenarnya saya akan period tapi sebab ambil duphaston, ianya lambatkan period?
Wsalam Ily,
Selalunya ianya tidak akan melambatkan haid. U can do your UPT 2 weeks after the IUI. Jika negatif dapatkan nasihat dari doktor yang merawati Ily, mungkin then duphaston boleh dihentikan jika tidak hamil.
Assalam doctor natasha..saya nak tanya,selepas delay 5 hari sy ade buat upt..garisan yang kedua samar-samarr.bila saya chek delay hari ke28
-ve..adakah saya hamil atau sebaliknya,skrg sy masih belum period..
Wsalam Farah,
Jikalau begitu adalah lebih baik jika periksa dengan doktor berdekatan untuk mengetahui status kehamilan farah kerana kadang-kala ujian UPT tidak tepat
Terima kasih dokter sebabkan anda rajin buat blog banyak ilmu yg kami boleh dapati.
Semoga hari dokter ceria dan dinmurahkan rezeki selalu
Alhamdulillah. Terima kasih puan.
Boleh kah? Dia ambil bersama asid folic
As salam Tini,
Boleh tini…
Assalamualaikum DR.
Alhamdulillah..ini kandungan pertama saya saya hamil 5 minggu setelah 8 tahun berkahwin.
Pada 26 Feb 2019 saya akn menunaikan umrah. Saya risau risiko yang akan berlaku, bolehkah saya ambil ubat ini? Atau apa pendapat dan cadangan Dr?
Wsalam Puan Noraini,
Tahniah Dr Tasha ucapkan kepada Pn Noraini. Semoga kandungan ini akan membesar dengan sihat dan selamat dilahirkan kelak. Adalah lebih elok jika Noraini membuat imbasan scan pertama di doktor untuk pengesahan kandungan tersebut. 6 minggu lebih jantung bayi sepatutnya boleh dilihat dan didengar. Eloklah mengambil nasihat dari doktor yang memberikan rawatan mengenai pengambilan duphaston. Sekiranya mahu, Pn noraini boleh berjumpa dengan Dr Tasha di KL Fertility Centre.