Ubat untuk menguatkan rahim

 

Ubat untuk menguatkan rahim kadang-kala diberikan untuk wanita tertentu semasa waktu awal kehamilan seperti wanita yang sudah menjalani rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF, sering mengalami keguguran awal kehamilan, pendarahan ketika peringkat awal kehamilan disebabkan ‘threatened miscarriage’. Di samping ia kadangkala diberikan untuk wanita yang tidak hamil dan mengalami masalah pendarahan tidak teratur atau berpanjangan. Duphaston juga diberikan untuk menurunkan haid bagi wanita yang menghadapi masalah haid tidak datang.

Ramuan ubat Duphaston

Dydrogesterone. Ianya mengandungi hormon progesteron sintetik. Ianya diberikan dalam bentuk tablet untuk ditelan.

Fungsi Hormon Progesteron

  • Menebalkan lapisan dalam dinding rahim semasa fasa luteal kitaran haid sebagai persediaan untuk menerima embrio yang terhasil selepas persenyawaan ovum dan sperma
  • Sekiranya kehamilan berlaku, hormon progesteron akan bertindak untuk mengekalkan dan menyuburkan dinding rahim yang tebal pada peringkat awal kehamilan
  • Progesteron juga meransangkan kelenjar susu di dalam buah dada untuk membesar semasa hamil
  • Menolong mengawal kitaran haid wanita

Dos Duphaston yang diperlukan

Ini bergantung kepada keadaan wanita tersebut. Lazimnya selepas rawatan IUI ianya adalah 1 biji (10mg) dua kali sehari ataupun 1 biji tiga kali sehari. Selepas rawatan IVF ianya adalah 1 biji 3 kali sehari. Bagi wanita yang mengalami masalah ‘threatened miscarriage’ pula dos yang akan diberikan adalah 2 biji 2 kali sehari semasa pendarahan dan turunkan kembali kepada 1 biji 3 kali sehari sekiranya pendarahan sudah berhenti.

Kesan sampingan Duphaston

Kadang-kala ianya mempunyai kesan sampingan seperti sakit kepala, angin dalam perut, sakit buah dada atau loya.

Selamat untuk bayi

Bukti saintifik telah menunjukkan tiada kesan sampingan buruk terhadap bayi yang dikandungi oleh wanita yang diberikan Duphaston. Seandainya anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan tidak perasan yang anda sebenarnya mengandung serta doktor anda telah memberikan anda ubat Duphaston untuk menurunkan haid anda, ianya tidak akan menyebabkan anda keguguran.

 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on July 23, 2014, in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 267 Comments.

  1. askm. Dr
    saya disahkan pregnant for 5 weeks after 13 years of waiting. umur sy 39. ada spotting coklat sikit. Doktor suruh sy ambil duphaston. scan…masih x nampak. hanya nampak dont hitam. is IT normal?

  2. Hi doc, sy berumur 36 thn dn dah 3 thn brkahwin.Sbelum brkahwin period sy on time, tp slpas brkawin period akn lmbat 2-3hari.Dua ke tiga buan lpas period sy hnya keluar sikit sahaja tidak sperti selalu,dan last period sy 10/8 dn smpaj hari ini sy still tak period.Sy dh 2 kali cek upt -ve.So skrang ni sy x tau samada sy pregnant atau tidak dan boleh kah sy mengambil Duphaston? Tq

  3. as salam doc..

    saya sudah setahun berkahwin, berumur 30 tahun, kategori obes (96kg) dan ada keinginan utk pregnant. usaha terbaru, saya sedang mengambil duphaston + metformin (masing2 sebiji sehari). atas nasihat doc juga kerana period yang tidak menentu sejak remaja. ( anggaran tepat 139 hari lewat selepas check up pertama). hasil pemeriksaan baru2 ini, doc telah melakukan ultrasound dan mendapati terdapat cyst air pada ovari sebelah kiri. untuk pengetahuan doc juga, saya ada mengambil supplement tambahan shaklee (GLA + B comp with folic acid). soalannya, adakah saya perlu membuat rawatan pakar? adakah kemungkinan saya akan hamil selepas makan pil hormon tersebut?

    • Wsalam Anis,

      Mungkin adalah lebih baik jika Anis berjumpa doktor pakar untuk meneruskan usaha bagi mendapatkan rwatan kesuburan memandangkan terdapat permasalah kitaran haid yang tidak teratur dan berat badan yang berlebihan. Hormon yang diberikan duphaston adalah hanya untuk menurunkan haid dan metformin untuk membantu mengimbangi masalah hormon. Akan tetapi, kadang-kala ubat kesuburan perlu diberikan untuk mendapatkan kejayaan yang lebih tinggi.

  4. salam dr.
    Sy kini mgandung kali ke 3 usia kandungan lebih kurang 4-5 minggu… kali pertama sy mgndung twin tp baby x develop..hnya berusia 6 minggu shj dan d&c tpksa dilakukan kerana sy tdk bleeding apa2..kali kdua julai 2015 sy xtahu mgandung ..hnya upt test positif lepas dua ari lewat period kmdian turun darah seperti period…jd apa nasihat dr utk sy? sy tlh mgambil duphaston utk kuatkan rahim sy

    • Wsalam Mimi,

      Pergilah berjumpa dengan doktor by minggu ke enam untuk mengetahui status kehamilan Mimi. Diharapkan kali ini kandungan akan membesar dengan sihat. Tidak menjadi masalah jika continue duphaston buat masa ini. Andai kata masih mengalami keguguran, hendaklah rujuk kepada pakar untuk mencari punca keguguran berulang kali.

  5. salam dr,
    saya nak tau pil ni juga sejenis pil hormon .adakah akan menjadikkan berat badan kita naik?
    sbb sy disahkan hamil 7 minggu dan doc provide saya ubat ni sebab prnah keguguran sblm ni.kesan saya makan , jantung berdegup laju..adakah itu normal?

    • Wsalam Mimi,

      Different wanita react differently to ubat2an yang diberikan. Sekiranya mimi mengalami kesan sampingan seperti ini, hendaklah rujuk semula kepada doktor yang merawati agar pemeriksaan selanjutnya boleh dibuat dan sama ada ubat hormon duphaston tersebut boleh disambung makan ataupun tidak ya.

  6. Assslam dr..hr last sy dtg period 9.9..minggu lps sy ada check..janin ada cm tiada heartbeat.kmd keesokannya ada spotting bleeding.jmp dr dia bg duphaston nie.Ada apa2 mslh ka dgn kandungan saya nie?

  7. Salam doc,
    Sy bru berjumpa doc utk masalah period sy yg x teratur n doc telah cek terdapat cyst di kedua belah ovari kiri n kanan, doc mengatakan sy mmg ada PCOS stelah menjalani rawatan kesuburan sbelum ini. Sy begitu sedih n tabah dgn jwapan doc bila sy ade pcos. Doktor natasya, adakah sukar utk sy hamil bila doc sahkan sy ade pcos? N doc tersebut tlah berikan sy ubat metformin utk rawatan seterusnya…tq

    • Wsalam Nurul,

      Usahlah bersusah hati, majoriti pesakit PCOS akan dengan IzinNya hamil jua akhirnya with the right treatment. Teruskanlah rawatan kesuburan dan turunkan berat badan berlebihan jika ada.

      • salam nurul… same goes to me. baru dpt thu ade cyst… it isn’t easy to feel redha for me.

  8. Salam doc…sy ikut last period dh 7weeks,..bila scan dkat
    Dekat hospital bru 6weeks,..bru2 ni time kencing ada kluar
    Darah wrna coklat sikit je,..lpas tu ada kluar mcm lendir wrna coklat tapi tada darah kluar
    Lpas tu sy g hospital kcemasan doc scan dia ckap
    Baby msih ada,tapi jantung tak nmpak,nti 2minggu balik jumpa doc pakar
    Lpas tu sy bwa suami g scan dkat klinik swasta
    Doc scan bru 4weeks,.dia ckap msih kecil..
    Sbnarnya mana satu yg btl..6weeks ke atau 4weeks
    Jantung baby brapa mnggu bru blh nmpak..

    • Wsalam Afifah,

      I’m not sure how to comment as Afifah perlu bertanyakan doctor yang scan. Jantung boleh dilihat 6-7 minggu kehamilan. Pergilah berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan kepastian. Diharapkan semuanya berjalan lancar untuk Afifah ya.

  9. Assalam doc..
    mase 6 weeks sy ada bleeding sikit, doc ada bagi duphaston ni.sy dah mkn berterusan sampai ke hari ni.semalam sy dh p scan utk 7 weeks, jantung baby berdenyut, tp mlm tadi ade kuar darah sikit semasa sy membuang air kecil. Kenapa ya jadi cmni doc? Risau sayan. Terima kasih doc.

    • Wsalam Aishah,

      Nampaknya Aishah mengalami threatened miscarriage. Apakah kadar denyutan jantung bayi yang dilihat tersebut? Buat masa ini, mungkin elakkan hubungan intim dan continue makan ubat kuatkan rahim. Bertanyakanlah kepada doktor yang merawati Aishah. Diharapkan ini boleh membantu serba sedikit. Sila scan 2-3 minggu lagi untuk melihat status bayi.

  10. Assalamualaikum doc.
    Saya baru sahaja cek pakar dan didapati sy ada PCOS.. sy nak bertanya lah.. apa kaedah pertama bg pesakit PCOS?.,
    sbb nya pd awalnya sy dh x dtg period hampir 4 bulan… pas tu doc suh sy mkn ubat perancang(diane 35) +metformin…..start 2/11 ari tu.. tp doc sy rs sy x blh mkn ubat metformin.. dy membuatkan sy sentiasa loya… so sy hanya ambil ubat tu utk 2 minggu je…. ada efek lain ker sekiranya sy x mkn ubat ni seterusnya buat ms skrg doc?.. hri ni 26/11 sy dh period… n sy disuruh mkn ubt duphaston pulak.. sy kn ulang mkn ubat2 ni utk 3 bulan….kerisauan pd sy doc.. berat badan sy bertambah sekiranya sy trus mkn perancang tu.. berat sy 59kg….. ada ke kaedah lain utk rawatan sakit PCOS ni doc?

    • Wsalam Azliza,

      Rawatan kesuburan untuk PCOS ini bergantung kepada latar belakang pesakitnya. Umur, status tiub, status sperma dan sudah berapa lama berkahwin. Sekiranya umur masih muda, TTC <2-3 years, berat badan berlebihan.. Dr Tasha mungkin akan menggunakan approach seperti menurunkan berat badan dan kemudian supplemen bersesuaian dan ubat subur agar ovulasi berlaku, monitor rawatan ubat subur tersebut, apabila terdapat folikel yang matang pasangan tersebut akan disuruh bersama. Sudah beberapa kes yang dirawati hanya dengan cara ini, mereka hamil sendiri selepas beberapa cycle. Akan tetapi bagi wanita yang lebih berumur, sudahpun lama TTC ataupun mempunyai juga masalah sperma / tiub rawatan kesuburan IUI ataupun IVF akan diberikan. Tujuan duphaston dan diane 35 hanyalah sementara untuk mengawal kitaran haid agar pusingan lebih teratur agar rwatan kesuburan pil kesuburan/ IUI / IVF kemudiannya di berikan.

      Untuk mengetahui apa yang bersesuaian dengan azliza, sila cuba kuiz tersebut di bawah ini:
      https://drnatashanorfertility.com/info-asas/kuiz-rawatan-kesuburan-adakah-saya-calon-untuk-iui-ataupun-ivf/

  11. Assalam doc, last period sy 12/9, pda 1/11 sy buat upt dan hasilnye +ve, pda 17/11 sy buat buku pink di KK, apbla dikra mengikut 1st period period kndungn sy hampir 9w++, tp apbla di USG hya terlihat kantung yg sgt kecil, n doc sruh dtg lg 1bln 15/6, pda 21/11 sy mengalami spotting yg agk byk (coklat2 kelabu), pda 22/11 sy decide untuk berjpe doc, apbla di scan kndungn sy msh terlihat hya kantung kecil, & sy meminta doc untk melakukan transvaginal, apbla diukur kndungn sy bru 5w++ terdpt yolk sac didlm kntung tp sy tetap mengalami ancaman keguguran, kerana dirisau kan kndungn xmnjdi sprti usianya, doc menyuruh dtg lg 2minggu untk rep scan (6/12), sehingga skrg sy msh mengalami spotting, tdk byk tp kerap, pda 25/11 sy test UPT dan hasilnya msh +ve, ini kandungn ke2 sy selepas keguguran bln 4/15, yg mnjdi tnda tya knpe doc tdk mengesorkn pgmbilan duphaston? Sdgkn kehamilan ini bermslh dan prnh mengalami keguguran…

    • As Salam Nadia,

      Terdapat dua kemungkinan, sama ada kandungan ini bermasalah ataupun umur kandungan Nadia bukanlah 9 minggu tetapi masih kecil lagi. Sekiranya terdapat pembesaran kepada kantung tersebut dan sekarang yolk sac boleh kelihatan, ada possibility this is threatened miscarriage. Duphaston kadang-kala boleh menolong tetapi bukan dalam semua kes di mana walaupun dengan pengambilan duphaston keguguran masih berlaku. Mungkin tidak semua doktor percaya akan kegunaan Duphaston di dalam kes seperti ini. Sekiranya Nadia berasa was-was, tidak salah sekiranya berjumpa doktor lain untuk mendapatkan pengesahan status kehamilan. Diharapkan semuanya dipermudahkanNya.

  12. Askm Dr..
    Sy berusia 42 tahun.. ada ank 5 dan pd tahun ni keguguran sbyk 2 kali.. skrg sy mengandung lg dlm 6 w 2 d … bole ker sy ambil duphaston?. sy ada jumpa dgn doktor mggu lps dn doktor ada buat scan .. kantung sudah ada.. doktor hanya nasihatkn sy supaya bykkn rehat dan bg vitamin shj…

  13. Assalamualaikum Dr Natasya.. Saya skrg day2 period, insyaAllah nak buat Embrio Transfer utk cycle kali ini. Boleh ke saya ambil Duphaston utk tebalkan rahim dan kuatkan rahim? Boleh saya tahu sbnrnya apa prosedure yg sepatutnya dilakukan oleh Doktor utk persediaan ET ini? Sebab saya diminta bjumpa dgn Doktor pada Day9.. Mohon bantuan dan nasihar dari Doktor.. Tk

    • Wsalam Hamimi,

      Different doctors will different regimen untuk their Frozen embrio transfer. Its best if you check with your own doctor ya. Harapkan rawatan FET berjaya hendaknya. Duphaston or other ubat untuk kuatkan rahim will be given after the transfer. Other meds depends on your background and your doctor will have to prescribe you accordingly. Take care.

  14. Assalamualaikum….Dr. saya nak tanya bulan lps saya ada ambil ubat duphaston untuk 21 hari for regular kan period…:-tapi ubat tu dia akan regular bulan by bulan..kan? Coz bulan ni x datang balik period…

  15. Salam Dr, sy nak tanya, sekarang sy tgh amalkan mkn duphaston, & doktor telah berikan ubat ini untuk beberapa bulan, sy ada PCOS, haid sy tidak teratur, setelah makan selama sebulan, haid sy datang & normal..sy ingin bertanya Dr, adakah ubat ini boleh menjejeskan if sy nak pregnant? @ sy perlu berhenti makan jika saya nak pregnant, mohon penjelasan daripada Dr. Terima kasih

    • Wsalam Zira,

      Tidak menjadi masalah ubat duphaston untuk ibu mengandung. Akan tetapi, jika zira ingin hamil, mungkin ubat kesuburan perlu diberikan lebih2 lagi jika mengalami masalah PCOS. Jika ingin mendapatkan rawatan di bawah jagaan Dr Tasha, sila call KL Fertility Centre di 0320933500 untuk membuat temujanji.

  16. Salam doc,,,

    Sebelum ni saya mempunyai kanser ovari dan telah operation buang ovari sebelah kanan. Saya juga telah membuat rawatan kimoterapi. Perkara ini terjadi lebih kurang 2 tahun yang lepas. Sekarang,,saya sudah 3 minggu melangsungkan perkahwinan. Pada pemeriksaan doc yang sebelum ini iaitu sebelum berkahwin, doc ada beri ubat duphaston untuk pengeluaran haid disebabkan haid saya yang tidak teratur selepas kimoterapi. Saya belum mengambil ubat tersebut lagi kerana period telah keluar seperti biasa semasa 3 minggu sebelum bernikah. Sekarang period saya belum keluar lagi. Tidak tahu sebab kitaran period yang tidak teratur atau perkara lain. Patut atau tidak saya makan duphaston tu sekarang dan bolehkah ibu mengandung makan ubat tersebut?

    • Wsalam Azie,

      Hendaklah berjumpa dengan doktor untuk memastikan apakah permasalahan yang dihadapi memandangkan background chemotherapy sebelum ini. Tidak menjadi masalah untuk mengambil ubat duphaston bagi ibu yang hamil. Tetapi hendaklah mengambil ubat duphaston di bawah pengawasan seorang doktor ya.

  17. Hi I’m waiting for pregnant by 4 years but until now I cant.please suggest me which medicine need to try.

  18. Assalamualaikum Dr.

    Sy ingn brtnya..sy mmunyai masalah period tidak teratur dan telah berkahwin setahun setengah..dah jumpa pakar n diberi clomid 50g slama 5hari (day2-6) kemudian dupahston 21hari (day 5-25) untuk regularkan period for 3cycle..boleh ke sy hamil sepanjang rawatan ini Dr? Terima kasih Dr..

    • Wsalam Nana,

      Tujuan duphaston dan juga clomid (ubat rangsangan telur) adalah supaya Nana dapat hamil. Akan tetapi selepas makan ubat clomid, telur itu perlu dipantau perkembangannya dengan imbasan scan untuk memastikan sama ada terdapat respon ataupun tidak dan bila telur tersebut menjadi matang agar timing untuk bersama dapat dinasihati kerana kadang-kala terutamanya pesakit PCOS mempunyai kitaran haid yang lebih panjang.

  19. Assalamualaikum doktor…saya telah berkahwin hampir 4 tahun. Tahun 2014 sy berjumpa pakar o & g dan disahkan PCOS, endometriosis & cyst dan pembedahan telah dilakukan. Setelah pembedahan tersebut sy berehat dr sebarang rawatan kesuburan. hingga lar hr ini sy disahkan hamil 4 minggu oleh doktor di klinik swasta melalui upt test. Oleh krn sy cerita pd doktor klinik yg sy pernah ada pcos dll doktor telah bekalkan sy dgn beberapa ubat iaitu DUPHASTON (kuatkan rahim), ASPIRIN ( ubat jantung baby), VITAMIN & CALCIUM. Soalan sy,perlu kah sy mkn kesemua ubat tersebut? Tidak kah ia membahayakan kandungan berusia 4 minggu?

    • Wsalam Insyirah,

      Tahniah atas kehamilan tersebut. Kadang kala ubat Duphaston dan low dose aspirin diberikan pada awal peringkat kehamilan mengikut latar belakang wanita tersebut. Hendaklah berbincang dengan Doktor Insyirah sekiranya takut untuk mengambil aspirin terutamanya. So far, There is no reports regarding Duphaston memberikan kesan buruk kepada bayi.

      • insyirah… sy nak tanye… brpe lame awk rehat dr sebarang rawatan slpas pembedahan? lepastu pembedahan apa yg awk buat? sy pn ada ovary cyst n doctor menyuruh sy melakukan pembedahan.

  20. saya ingin bertanya..saya diberitahu oleh doc hanya ada satu telor sahaja.kemudian diberi ubat suntikan pregnyl5000I.U..dan diberi tarikh dan waktu untuk bersama.Dan diberi ubat Duphaston. Selepas beberapa hari selepas bersama, saya scan (vergina scan) dan doc mengesahkan tiada telor pula. (masa tu belum start ambil Duphaston)

    Saya x paham…mana peginye telor tu..Kindly advice

    • Hello Nadia,

      Perhaps you would a better understanding selepas melihat video di bawah ini. Melalui proses ovulasi (ovulation), folikel yang mengandungi telur matang akan pecah dan memasuki saluran peranakan telur untuk dipersenyawakan oleh sperma.

  21. Salam Dr.Natasha,

    Saya dh berkahwin 4thun n berumur 30 thun. Bln Dec 2015 sy mengalami simptom hamil tp bl due date period..klua spoting coklat n perut rs sakit..kemudian hari ke 3 kluar segumpal darah sebesar 50sen dan darah terus kluar seperti darah haid biasa. jd sy pasti yg ms tu sy keguguran.Bolehkah duphaston diambil sblm disahkan hamil. sy pernah rs yg sy hamil jd blh ke sy ambil duphaston memandangkan saya pernah mengalami situasi ini sudah 5kli. kali pertama memg sy gugr ms 7week. pernah cek dgn dr tp dr. kata rahim sy ok. tp sy fkir rahim sy xkuat.

  22. Salam doc,

    Sy ada pcos, sdah 3 bulan xperiod tpi sblom ni sy jmpe pakar gynae pd 13/1/16 n doc scan prot dye kata rahim tebal then doc bgi sy ubat provera utk turun kan darah tpi slpas pengam bilan 5 hari sy still x period then doc suh teruskan yasmin….sy da mkn yasmin utk hari ke13 tapi sy rase badan semacam pagi tdi wat test upt positif…adakah sy hamil? Ataupon sbb sy mkn ubat yasmin buatkan result tu positif? Perlu x sy truskan makan yasmin tersebut doc? Tq

    • Wsalam Nurul,

      Yasmin tidak akan membuat ur UPT positif. Oleh itu, please confirm dengan doktor yang merawati dan Yasmin perlu diberhentikan jikalau UPT positif ya. Dr Tasha doakan you will have some good news.

  23. Azfeeza Rohaizat

    Assalam doktor saya telah mengalami haid sudah hampir 5 bulan..dalam tempoh tersebut ada jugak haid berhenti..saya ada berjumpa doktor sakit puan..doktor beritahu saya ada cyst tapi tak bahaya n dinding rahim saya menebal saya telah buat ujian pap smear n pipelle samping..keputusan ujian ok..lepas ujian pipelle sampling tu saya mengalami pendarahan sikit sikit tapi tidak berhenti..sehingga temujanji yg seterusnya doktor beri saya makan ubat duphaston n transamin sekiranya bleeding banyak..dan sampai sekarang bleeding saya sgt banyak dan berketul..akhir akhir ni darah keluar seperti air..adakah itu kesan duphaston yg saya ambil ..adakah bila saya habis makan duphaston pendarahan saya akan beransur berhenti…saya buntu doktor..

    • Wsalam Azfeeza,

      Sekiranya begitu, agak sukar untuk Dr Tasha memberikan nasihat kerana tidak memeriksa Azfeeza sendiri dan mengetahui kes dengan sepenuhnya. Jika mahu, sila berjumpa Dr Tasha di KL Fertility Centre agak pemeriksaan dan seterusnya rawatan dapat diberikan. Bawalah kesemua ujian yang telah dilakukan untuk rujukan Dr Tasha ya

  24. Salam doktor,

    Saya ada pcos,pregnant dgn bantuan clomid. usia kandungan skrg baru 3 bulan(12weeks). saya akan menaiki kapalterbang dalam masa terdekat ni. perlu ke saya mkn duphaston? masa kandungan 5-7 weeks saya makan duphaston ( beli kat farmasi). selepas 7weeks saya stop makan. saya makan duphaston sebab saya pcos, tiada spotting @ bleeding pun.
    Terima kasih doktor.

  25. NURUL AIIN ABD HALIM

    Assalamualaikum Dr. Sy sedang pregnant buat kali ke tiga 7++ weeks. Sebelum ni sy telah mengalami 2 kali keguguran pada usia 5 minggu. Semasa check up baru2 ni Dr sy scan dan dpt detect baby heart beat. Dan Dr sy prescribe kt sy low dose aspirin (100 mg). Untuk makluman Dr, sy sedang mengambil duphaston ( sejak dr hari pertama sy dpt tahu sy hamil). Dan sy mempunyai allergic reaction kepada ubat Ibuprofen dan Voltaren. Dan Dr sy mengetahuinya . Tetapi Sy masih risau untuk mengambil aspirin kerana khuatir akan mengalami allergic reaction. Pada pandangan doctor, perlukah sy mengambil low dose aspirin tersebut? Terima kasih.

    • Wsalam Nurul,

      Sekiranya begitu hendaklah berbincang balik dengan doktor yang merawati Nurul sama ada perlu atau tidak mengambil Aspirin tersebut. Setengah2 patient mempunyai allergy kepada semua ubat in the same category ie ibuprofen, volataren etc. Akan tetapi, segelintir patient pula allergic hanya dengan ibuprofen tetapi tidak mendapat allergy kepada aspirin for instance. Adakah Nurul pernah mengambil aspirin sebelum ini? Dan adakah your allergic reaction to ibuprofen dan voltaren amat teruk? Jika ya, hendak berbincang semula dengan doktor ya.

  26. Salam doktor,
    Saya pesakit hypertension dan 6 weeks pregnant. Sebelum ni pernah mengalami keguguran. Semasa berjumpa dr, scan kandungan semua ok cuma masalah keluar discharge coklat sikit. Sekali discharge warna merah sikit jugak. So dr bg duphaston 10 mg makan sebiji sehari. Soalan sy ada kah normal discharge coklat keluar sedikit walaupun baru makan duhapston 3 hari sudah?

    • Wsalam Anie,

      Duphaston boleh diberikan sekiranya tiada contraindication bagi tujuan menguatkan rahim dan jika pesakit mengalami threatened miscarriage sperti Anie. Akan tetapi maybe the dos should be 2 biji 2 kali sehari instead of only 1 tablet daily. Apabila tiada bleeding, dosage can be reduced. The duphaston cannot totally prevent 100% miscarriage. So, if bleeding persistent hendaklah berjumpa Doktor yang merawati untuk mendapatkan kepastian status kehamilan. Di samping itu, if Anie have chronic hypertension, kadang-kala Aspirin akan diberikan sekiranya tidak ada masalah allergy untuk mengurangkan risiko masalah seperti severe pre-eclampsia. Berbincanglah dengan doktor Anie.

      • Dr Natasha,

        saya asyikin,seorang engineer.kerja nya sagt memerlukan ketahanan mental dan emosi.saya pernah mengnadung sehingga usia kandungan 2 bulan.Tetapi di takdir kan keguguruan pada usia 9 mnggu (21/1/2016).Bertambah down,saya mmpunyai ovarian cyst di kedua belah rahim saya slpeas di scan slepas keguguran.Sy berpantang 2 mnggu…ttpi saya tidak datang bulan dan di sah kan hamil semula 4 week (28/2/2016).saya nk tnya doktor:

        1.) ada x pesakit doktor yg tidak datang haid.trus mengdung slepas keguguran seperti sy?

        2.)Ovarian cyst saya di kedua belah rahim bersaiz 5x3x2 (sama saiz),adakah saya berisiko gugur smla?

        3.)apakah nasihat doktor untuk saya jika saya ingin meneruskan kehamilan ini. (pemakanan/suplement,penjgaan,ubat ubtan)

        4.)bagaimana cara saya untuk mengawal stress saya berkerja dan cara hidup saya

        trima kasih doktor

      • Wsalam Asyikin,

        1. Yes, ada ramai pesakit yang hamil sebaik shj selepas keguguran.
        2. Most of the cases yang menyebabkan keguguran ialah genetik abnormal pada bayi bukannya cyst
        3. Take your supplement folic acid, multivitamin dan Calcium serta pantau saiz cyst tersebut
        4. You would know yourself best, try to have regular meals and enough sleep. Take care dan diharapkan kandungan ini selamat ya.

  27. Salam doktor.nak tnye,doktor pakar bg sy makan duphaston 16 – 25 haid.ttpi skrg ni cd 15 sy masih tdk berovalasi. Sy cek gunakan opk.jika sy mkn duphaston haid yg ke 16.. dan jikalau wktu subur sy hari ke 17… mmg x akn prggnt kan doktor?

    • Wsalam Yanie,

      Hendaklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatn kesuburan. Those yang period tak teratur kena makan duphaston ni perlu dipantau ovulasi dengan scan kadang2 barulah accurate berbanding dengan hanya opk.

  28. saya juga sedang mengambil duphaston 1 biji, 3 kali sehari atas nasihat doktor kerana ada sedikit spotting pada minggu keenam. Saya kerap pening, kulit muka sangat berminyak, angin dalam perut yg kuat terutama pada waktu tengah malam, dan juga loya. tak pasti ini kesan sampingan duphaston ataupun morning/evening sickness.. sekarang sedang hamil 7 minggu. sampai bila harus saya ambil duphaston utk kes sebegini? adakah cukup sehingga habis 1st trimester saja?

    • As salam Anina,

      Usually Dr Tasha will continue Duphaston maybe 12-14 weeks of pregnancy. If still bleeding then need to reassess cause of bleeding and maybe continue with medication. Please check with your doctor ya.

  29. farah azrina bt muhd hazrin

    salam doctor,

    kisah sy mcm ni, sy dh lewat period 3hari tp sblm date period sy (25/2/2016) sy mengalami mslh keluar darah coklat secalit hanya sedikit sahaja selama 4hari . (17/2-20/2) esoknya sy pegi buat checkup, bila doctor check -ve dan buat scan kosong . doctor bg sy mkn ubat dupaston untill now sy belum period . adakah sy mengalami mslah lain?

    • Wsalam Farah,

      A bit difficult to know apa punca permasalahan Farah tanpa membuat pemeriksaan sendiri ke atas Farah. Jika mahu mendapatkan rawatan di bawah jagaan Dr Tasha, sila call KL Fertility Centre di 0320933500. Diharapkan Dr Tasha dapat membantu permasalahan Farah tersebut.

  30. Assalamua’laikum Doc Natasha. Saya baru berjumpa dgn doc di GH (temujanji susulan slps pemeriksaan HSG dan air mani) pada 23 Februari yang lalu. Alhamdulillah keputusan ujian HSG saya OK, kedua2 tiub tidak tersumbat. Tapi air mani suami ada mengalami masalah sedikit jangkitan dan doc telah membekalkan antibitotik utk suami. Masalah saya skrg, saya mengalami kitaran haid tidak teratur. Tarikh terakhir haid saya adalah pada 13 Dis 2015, itu pon slps sy mengambil ubat norcolut selama 10 hari (dibekalkan oleh Doc Pakar Columbia Asia Seremban selepas rawatan endometriosis saya habis). Tapi bekalan ubat telah habis dan saya tidak mengambil pada bulan Jan & Feb, maka haid pon tak datang. Slps temujanji di GH, doc membekalkan saya ubat Duphaston utk 3 cycle dan Clomid jgk ut 3 cycle. Duphaston diambil 2x sehari pada pagi dan malam selepas makan. Manakala Clomid pada hari ke2 selama 5 hari.

    Namun begitu Doc, pada hari ke-11 saya mengambil duphaston, slps saya membuang air kecil, saya mendapati terdapat lendiran cair berwarna light coklat bercampur sedikit darah (light red) di dalam mangkuk tandas. Sekali itu saja berlaku. Sehingga hari ini hari ke-14 duphaston, tiada darah haid yg keluar. Saya masih meneruskan pengambilan duphaston.

    Persoalannya Doc, bolehkan berlaku pendarahan ketika mengambil duphaston? Adakah kemungkinan saya hamil? (Tiada ujian scan dilakukan ketika di GH).

    • Wsalam Nadiah,

      Selalunya Dr Tasha akan memberikan Duphaston untuk menurunkan darah haid taken for about 10 days. Some patient will bleed by taking duphaston, then they should stop duphaston dan mula memakan clomid pada hari 2 haid untuk 5 hari. Ujian imbasan scan akan dibuat selang beberapa hari untuk melihat respon perkembangan telur selepas memakan clomid tersebut. Ini penting kerana segelintir pesakit tidak respon dengan clomid.

      JIka ingin mendapatkan rawatan di bawah jagaan Dr Tasha, sila call KL Fertility Centre bagi membuat temujanji.

  31. Salam doc tasha..
    Sy suka baca blog doc serta respon doc thdp smua soalan yg ditanya.. ssh utk cri sorg doc yg mluangkan ms utk mjawab smua ptnyaan dlm alam maya ni.. trm ksih atas keperihatinan doc pd kami smua .. sy pn slh sorg yg mngalami period tak stabil dh dkt 5 bln yg xperiod.. bru2 ni sy jupa doc pakar dkt ipoh, dia bgtau sy xde mslh dkt rahim..cuma dindng tebal sbb dh lama x period..doc bg sy ubat provera 10mg bd, clomid 50mg serta merfomin 500mg tds buat ms ni..bru makan shari..tp period xda lg….sy nk tny bbrpa soalan boleh ☺☺☺ .
    1 ) if xperiod jg wpun sy dh hbskn provera tu…apa sy ptut buat utk bg period sy trn blik..
    2 ) buat ms ni sy on provera n merfomin, clomid xmkn lg sbb period x trn.. nk tny, boleh ke sy makan asid folik, multivitamin ( vit b1, b2, b3, b5, b6, b12,folic asid, vit c vit e, zinc) dlm 1 tablet…dan juga epo.
    3 ) lagi satu bole ke sy makan ubat jamu ( ektrak kacip fatimah dsbnye ) sb sy tgh on provera merfomin
    4 ) kalu vitamin or jamu bole makan..bole makan skeali or kena jarakkan pengambilan setiap ubat.
    Bt ms ni. Tu je ptnyaan sy..trmksh byk2 doc sbb sudi luangkan ms utk baca komen n jwp ptnyaan sy ni.. maafkan sy jika sy myusahkan doc dgn mslh sy ni..huhu..😢😢😢

    • Wsalam Yana,
      Mengenai persoalan yana:
      1. Selalunya tunggu a few days up to 1-2 weeks untuk haid selepas makan habis provera tersebut. Jika masih tidak period, then kena berjumpa balik dengan doktor yang merawati.
      2. Yes, bagi pesakit yang ingin hamil disarankan untuk mengambil folic asid, multivitamin dan juga fish oil
      3. Dr Tasha kurang arif mengenai perkara ini, kerana kacip fatimah adalah herba tradisional
      4. Kalau ingin masih meneruskan memakan jamu tersebut, mungkin adalah lebih baik jika dimakan secara berasingan

  32. salam dr
    sy disahkan hamil dlm 3mggu lbeh tp still tggi risiko kguguran. 1st dy period bln lpas dlm 25feb tp dlm 19.3.16 sy mengalami spotting seperti period tp hanya sehari drah fresh n 20.3 spotting sedikit wrna koko. sy try chek upt test 3kali & trdapat 2 line makin lama makin terang. sy cramp perut & juga kaki hmpir sama mcm period since 11.3 lg smpi skrg. bila jumpa dgn dr, dr çkp masih baru lg sruh dtg lg semggu. 23/3 sy bwt test upt lg tp double line seakan pudar sedikit. hrini 24/3 ttibe ade spotting koko sedikit saja pd lewat petang. Soaln sy adakah sy sudah mengalami keguguran? kalo ikotkn 24/3 adalah trikh sptutnye sy period. mlm ni bru sy try mkn ubt duphaston 2 biji.

    • As salam Aya,

      Jikalau begitu, pergilah rujuk doktor jika pendarahan berterusan. Dos duphaston adalah 2 biji 2 kali sehari jika masih bleeding.
      Diharapkan dan Dr Tasha berdoa semuanya selamat aya.

  33. hi doktor saya di sahkan hamil 5 minggu.semalam ada pendarahan flesh blood kerap tpi sedikit.saya di beri duphaston.adakah peluang untuk hamil kali ini kuat dan sihat atau sebaliknya.sy risau kerana sudah 4 kali miscarriage

  34. Assalamualaikum Dr..
    Saya positif pregnant walaubagaimanapon semasa TVS hanya nmpk titik kecil jd sy diberi suntikan kuarkan rahim dan diminta MC selama 2 minggu.sy tidak dibenarkan mmbuat kerja berat.prsoalan sy adakah memasak itu dlm kategori kerja berat sebab sy still kena memasak utk lunch memndangkan tiada sesiapa di rumah.

    • Wsalam Nurul,

      Tahniah Nurul. Besar saiz baby bergantung kepada minggu kehamilan. Rasa Dr Tasha kalau hanya masak utuk Nurul seorang shj bukanlah kerja berat ya 🙂 Masak simple2 dan janji sihat dan seimbang.

      • Tq for the reply..agk risau juga..sbb sy pnh gugur sebelum ni sbbtu utk this time doc berikan sy injection..in shaa Allah ada rzeki utk sy

  35. Salam doc natasha..sy nisa..umur 32..mengandung kali ke 6..ada 2 ank dan 3kali mengalami keguguran..skrang kandungan sy 7minggu..sy dibekalkan duphaston 1bj 2x sehari..masalah sy doc..sering keluar cecair kt seluar dalam..sy x pasti apa..tp sudah amik rawatan..dh minum air bnyak, makan antibiotik n ada sekali doc bg ubat insert dlm faraj..tp still keluar cecair tu lg..adakah ini normal doc?ke kesan pengambilan duphaston?sy agak risau..😦

    • Wsalam Nisa,

      Besar kemungkinan bukan effect duphaston. Hendaklah periksa dan mengambil swab faraj terlebih dahulu dan memastikan the exact cause sama ada infeksi dan infeksi yang mana.Please check with your gynae ya.

  36. Assalamualaikum dr
    Sy ada soalan
    Org rumah sy dua hari lepas check upt positif
    Alhamdulillah
    Tp dr
    2-3 sebelum dia buat test tu
    Dia ada koko dkt pantiliner dia
    Mulanya ingat period
    Tp lps buat upt baru thu x
    So lps buat upt
    Ada keluar darah dua tiga titik dkt pantiliner
    So kami ke klinik kesihatan kerajaan
    Dr sarankan beli ubat duphaston
    Tp dia xmaklumkan beberapa doa
    So sy beli dkt farmasi
    Farmasi tu pon xdpt maklumkan

    So sy mcm mane tu dr
    Sebelum ini org rumah sy prnh keguguran

    Mohon dr email jwpn dekat email sy
    gebeng17@gmail.com

  37. Salam doc,
    Sy dh nk masuk 41 dan berkahwin agak lewat. Apapun sy ingin mendapatkan zuriat tp doktor pakar kata rahim sy agak lemah sebab 2 kali buat operation buang fibroid ( kali pertama failed, kali kedua baru berjaya).. Doc pkr ada suggest sy buat ivf tp kl bleh sy nk alternatif lain.. sy pnah makan duphaston sewaktu mengalami pendarahan sblm ni.. so skrg ni patutkah sy makan duphaston balik untuk kuatkn rahim dan adakah pluang tuk sy pregnant dgn hanya mkn duphaston saja (kl berdasarkn umur sy rasa agak tipis)..

  38. Salam Doktor,
    Saya baru menjalani IUI di hukm pada 11.5.16 yang lalu.
    Sekarang sedang makan duphaston 3 kali sehari dan asid folic.
    apakah cadangan makanan atau langkah2 penjagaan untuk saya.
    terima kasih doktor

    • Wsalam Ayu,

      Penjagaan selepas IUI tidaklah terlalu rumit. Dr Tasha actually advice patient to ‘continue life as usual’. Kehamilan dari IUI selalunya baby adalah kuat compared dengan IVF yang Dr Tasha selalu jokingly say to patient baby IVF ni ‘manja’ sikit. Oleh itu, just do your normal daily activity. Makan all your folic acid and other supplement, eat healthy food and sleep early ie Take care of yourself! Moga IUI Ayu berjaya hendaknya. Jika tidak usahlah terlalu kecewa, move on to your next treatment another IUI or IVF depending on your doctor’s advice ya.

      • terima kasih doktor…
        nampaknya masih belum ada rezeki lagi saya kali ni.
        mulanya keluar warna coklat sikit2 dan akhirnya saya period macam biasa..
        tak lewat pun waktu period sbb period saya mmg normal 28hari.

        harini saya start makan clomid 150mg untuk 5 hari.

        bilakah saya boleh makan duphaston semula doktor? adakah selepas tempoh subur (hari ke 14) sekiranya saya bersama suami?

        buat pengetahuan doktor, ini adalah IUI saya yang ketiga namun belum ada rezeki lagi, mungkin saya akan berbincang dengan suami untuk IVF pula.

  39. salam doc.. wife baru 4 hari menjalani rawatan ivf..hari wife saya mengadu sakit pinggang, apa punca nya dan apa perlu saya buat?

  40. As salam Ayu,

    Kalau macam tuh, mungkin IVF adalah rawatan yang lebih baik agar kadar kehamilan lebih tinggi berbanding IUI. Rwatan seterusnya hendaklah berbincang dengan doktor yang merawati ie clomid dan duphaston.

  41. assalam doktor, untuk pengetahuan doktor sy sudah dua bulan tidak period dan upt ada negetif. Bulan April lps, sy period tapi sedikit2 cuma perlu pakai pantyliner dan sy berurut untuk melawaskan period dan alhamdulillah darah keluar habis selama 20 hari, Bulan ni sy makan Duphaston selama 5 hari. doktor lama mana sy kena tunggu untuk next period?

    • Wsalam Shida,

      Selalunya at least 1 week after Duphaston dah berhenti makan haid akan datang. Jika masih belum. Berjumpalah doktor yang merawati ntuk tindakan seterusnya.

  42. salam doc.. sya dsahkn hamil 6 weeks. sblm ni gugur masa kandungan 5 bln… doc sya bg duphaston and folic acid shja..so far alhamdulillah tk de kesan pape.. pls doa sya slmat lahir baby ckup sifat dan ckup bulan.sya gugur ari tu bln 2 thun ni.. ni pregnant lpas 4 mnths.. tk de masalah kan?

    • Wsalam Nur,

      In Sha Allah ok Nur. Baguslah ada rezeki Nur untuk bulan Ramadhan ini. Dr Tasha doakan agar kandungan ini sihat dan akan selamat dilahirkan kelak. Amin..

  43. Salam dr.. Sy hamil kali kedua.. Hamil kali pertama pernah gugur… Alhamdulillah lekat untuk kali ke dua.. Tp tu pon sy mgmbil clomid.. Lepas disah kan hamil,sy p cek di swasta.. Dr disitu saran kan duphaston,, sbb tkut telur xkuat sbb brgantung clomid,mksud nya xsnyawa kaedah normal.. So sy nak tanya,, sy xpernah bleeding dri awal smpai skrg 7week.. So bahaya x ambil duphaston,tp xade bleeding.. Sy awal scan msa 6week.. Tq dr

    • Wsalam Shifa,

      There is no right / wrong answer. Sekiranya sudah nampak jantung baby dan setakat ini tidak ada pendarahan, mungkin tidak perlu pengambilan ubat duphaston. Akan tetapi jika ada pendarahan walaupun sedikit, ada baik sekiranya memulakan pengambilan Duphaston. Berbincanglah dengan doktor yang merawati yang mungkin mengetahui dengan lebih mendalam latar belakang Shifa ya. Dr Tasha doakan semua berjalan lancar hendaknya dan bayi dalam kandungan selamat dilahirkan.

  44. Slmt sejatera Dr,,sy dah buat ivf hari jumaat lalu.29 july 2016..and harini 31.july 2016, ada keluar darah sedikit bercampur dengan lendir..adakah ia mengganggu embrio sy? Sy mkn ubat duphaston 10mg 2 kali sehari..terima kasih Dr

    • Hello Florence,
      Sila bertanyakan kepada doktor yang merawati sekiranya terdapat pendarahan yang lebih banyak. Continue your duphaston. I wish you all the best for your IVF ya.

  45. Salam dr.. Saya on duphaston lebih kurg 6 bulan 2 tab bd, sy ade simple hyperplasia without attpia.. Bulan 7 last tremnt sy n da stop duphaston.. Tp smpi skrg sy x period lagi.. Sy da check upt negative.. Adakah sbb stop duphaston period sy jd delay?

    • Wsalam Ain,

      Dr Tasha syorkan agar Ain pergi berjumpa dengan doktor yang merawati. Most likely Ain sememangnya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur dan Duphaston tidak menyebabkan period menjadi delay. Imbasan scan perlu dilakukan dan rawatan seterusnya perlu diberikan mengikut apa yang didapati dari hasil pemeriksaan. JIka mahu dapatkan rawatan di bawah jagaan Dr Tasha sila call KL Fertility Centre di 0320933500 dan bawa surat / ujian yang telah dilakukan sebelum ini untuk rujukan Dr Tasha ya Ain.

  46. Selamat Tengahari doc.Saya sebelum ini ada 1 orang anak yang berumur 6 tahun.. sy disahkan pcos..setelah sekian lama sy x mkn clomid..then sy continue..sebab clomid yg diberi doc untuk 2nd sy x mkn kerana nak normalkan haid sy..then sini nak tanya doc adakah sy berpeluang untuk hamil lagi?sy mkn clomid ari ke 2..then ari ketiga haid ya mcm xda..help me please…

    • Hello Victoria,

      Please come and see me in KL fertility Centre to be assessed why you have such difficulty in conceiving the 2nd child. Yes, I’m sure with God’s will you should be able to conceive again given the right treatment

      • Salam
        Dr natasha.. Saya baru keguguran bulan 3 yg lepas. Skrg saya tgh try semula utk hamil. Saya baru saja lepas waktu subur. Kiranya hari ini dpo1. Saya nak tanya, boleh ke saya nak start makan duphaston skrg utk memastikan rahim saya kuat bg persediaan sekiranya mengandung. Utk pengetahuan doktor, saya on clomid utk cycle ni. Saya juga disuntik suntikan pregnyl utk pecahkan telur. Br ni saya lupa nak tanya doktor saya tentang duphaston ni. Memandangkan saya masih ada byk lg duphaston di rumah, jd saya plan nak start makan. Boleh ke saya makan skrg?

      • Wsalam Erma,

        Selalunya Doktor Tasha hanya akan memberikan ubat duphaston bila lepas buat procedure IUI / IVF. But perhaps instead of taking without supervision Erma pergilah rujuk doktor yang merawati. Kalau makan clomid and TSI (Timed sexual intercourse), I would probably take duphaston only after UPT positive sahaja.

    • Hello ET,

      In Sha Allah ada peluang untuk hamil, tetapi pergilah rujuk kepada pakar kesuburan agar tidak menunggu terlalu lama untuk hamil.

  47. Salam dokter..sye anis..sya nk tanya..sye ade dpat ubt duphaston ni 2 kotak..tpi x pasti cara mkn tu mcm mne..kene hbiskn trus derect 2 kotak tu ke ataupon mkn skotak je dlu..?n waktu mkan tu nk kene same ke tiap hri.??sye dbagi ubt ni untuk regular kn period..boleh doctor jwap msalah sye ni..trima kasih doctor..

    • Wsalam Anis,

      Adalah lebih baik jika dpt kepastian dari dr yg merawati cara pengambilannya ya. Adakah Anis sudah ada plan utk hamil dan perbincangan mengenai isu telah dibuat bersama doktor yg merawati? Ini ialah kerana jika kitaran haid hanis adalah tidak teratur dan mempunyai masalah kesuburan, treatment mungkin adalah slightly berbeza

  48. Salam doc..ari tu sy ade mkn clomid ari kdua..then hari ketiga 3 period saya xda..so nak kira time subur payahh.then saya buat jer 4 hari..ni kalau ekotkan calender 5 hari dh lewat..so agak2 nyer ape ye..ari ari saya terasa bedenyut2..kerap juga kencing..mungkin krg minum ai..tp x pulak rasa nyilu..

  49. Salam doc. Sy sudah berkahwin hampir 2 tahun. Pernah keguguran sekali (blighted ovum). This month sy check upt dan Alhamdulillah positive. Skrg usia kandungan baru 4w+. Sy bercadang untuk pergi dptkan advise O&G pada mggu ke 6 since kalau pergi awal besar kemungkinan masih tak nmpk lg kalau scan. Tp sy masih lg trauma with my first miscarrige. Jadi boleh ke sy ambil pil duphaston untk menguatkan rahim tanpa advise doc untuk kuat kan rahim sy?

    • Wsalam Aida,

      Tahniah atas berita kehamilan Aida. Diharapkan kali ini kehamilan tersebut sihat hendaknya. Mungkin adalah lebih baik sekiranya Aida berjumpa dengan doktor berdekatan terlebih dahulu sebelum memakan Duphaston tanpa sebarang pengawasan doctor ya.

  50. Saya sudah 2kali mngalami keguguran boleh
    Kah saya mengambil ubat ini untuk menguatkan
    Rahim saya..dan saya merancang untuk
    Hamil semula..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: