Diet untuk pesakit PCOS

“Doktor apakah diet terbaik untuk pesakit PCOS?”

Insulin resistan di kalangan pesakit PCOS

Insulin adalah sejenis hormon di dalam badan kita. Ianya berfungsi untuk membolehkan sel-sel di dalam badan menyerap gula dari darah untuk kegunaan sel tersebut. Pesakit PCOS mempunyai masalah ‘Insulin Resistan’ di mana sel-sel di dalam badannya tidak respon dengan baik kepada hormon insulin. Ini mengakibatkan hormon insulin menjadi tinggi di dalam darah dan menyebabkan hormon lelaki testosteron turut meningkat.

Ketidakseimbangan hormon-hormon tersebut seperti insulin dan testosteron akan memberi kesan buruk kepada ovulasi di mana folikel-folikel di dalam ovari wanita tidak membesar dan mematang. Oleh itu, pesakit PCOS sukar untuk jatuh hamil. Di samping itu, hormon insulin yang tinggi boleh meninggikan risiko untuk keguguran berlaku di kalangan pesakit PCOS. Oleh itu, diet untuk PCOS bertujuan untuk menurunkan paras hormon insulin dan juga mengembalikan keseimbangan hormon-hormon di dalam badan.

Diet untuk Pesakit PCOS

Kebanyakan pesakit PCOS mempunyai berat badan yang berlebihan. Diet secara umumnya bertujuan untuk membolehkan seseorang individu untuk menghilangkan berat badan yang berlebihan tanpa mengkompromi tahap kesihatan mereka. Tidak dinafikan, setengah-tengah diet mampu menurunkan berat badan seseorang pada peringkat awalnya tetapi untuk jangka masa yang panjang, ia tidak berjaya menstabilkan berat badan wanita di tahap yang ideal. Ini menyebabkan wanita tersebut kembali menaikkan semula berat badan yang telah diturunkan. Oleh itu, diet ideal adalah diet yang mampu menghilangkan berat badan wanita pada waktu jangka pendek dan dapat mengekalkan berat badan yang ideal tersebut dalam jangka masa panjang.

1. Low GI diet

GI (Glycaemic Index) ialah tahap pengukuran nilai karbohidrat untuk sesuatu makanan berupaya menaikkan paras glukos di dalam darah. Nilai rujukan GI ialah 0 – 100. Oleh itu, apabila seseorang individu memakan makanan yang mempunyai GI tinggi, makanan tersebut akan dihadam dan diserap dengan cepat menyebabkan paras gula dan hormon insulin mendadak naik dan turun. Ini boleh mengakibatkan paras hormon gula yang tidak stabil di dalam badan.

Pesakit PCOS disarankan untuk mengambil low GI diet. Ini ialah kerana makanan yang mempunyai low GI akan dihadam dan diserap pada kadar yang perlahan. Oleh itu, paras gula dan hormon insulin akan menaik dengan perlahan-lahan. Paras gula yang lebih stabil ini mempunyai kesan kesihatan yang baik. Kajian telah membuktikan yang low GI diet berupaya mengawal paras gula dan kolesterol di kalangan pesakit yang menghidapi kencing manis. Low GI diet juga berjaya menurunkan berat badan dengan mengawal nafsu makan dan pesakit merasa kenyang lebih lama. Di samping itu, ia boleh menurunkan paras hormon insulin dan merawati insulin resistan.

Salah satu cara ialah melebihkan pemakanan GI yang rendah dan sederhana ataupun mengkombinasikan pemakanan high GI dan low GI.

Kategori GI:

GI rendah: Kurang dari 55

GI sederhana: 56 – 69

GI tinggi ≥70

Contoh makanan yang mempunyai GI rendah:

Muesli yang tidak bergula, Roti pitta, epal, pear, plum, oren, makaroni, pasta, bake bean, brokoli, karot, kekacang walnut, cashew, cauliflower, capsicum

Contoh makanan yang mempunyai GI sederhana:

Beras basmathi, Beras perang, Roti wholegrain, cereal wholegrain, papaya, madu, pisang, mangga.

Contoh makanan yang mempunyai GI tinggi:

Nasi putih, Cornflakes, Roti putih, donut, biskut, kuih-muih, ice-cream, baked potato, pretzels, tembikai, roti canai, labu.

2. Memakan 5 kali sehari ie memakan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap

Ini ialah untuk memastikan paras gula di dalam darah tidak naik dan turun seperti ‘yo-yo’ tetapi stabil sepanjang hari. Ianya juga adalah untuk mengelakkan dari ‘binge eating’ apabila anda kelaparan.

Contohnya:

Sarapan pagi

Snek pagi

Tengahari

Snek petang

Supper ( 1 jam sebelum tidur)

Satu kajian juga telah menunjukkan pesakit PCOS yang memakan sarapan pagi yang besar diikuti dengan kuantiti yang semakin berkurangan untuk waktu makan yang seterusnya terutamanya waktu makan malam dapat mengawal paras insulin dalam darah mereka dengan lebih berkesan. Di samping itu, pesakit PCOS digalakkan mengambil pemakanan berserat tinggi, makanan organik dan pengambil Supplemen Omega 3 Fish Oil dan multivitamin.

Pesakit PCOS juga perlulah juga melakukan senaman untuk mengurangkan berat badan berlebihan. Majoriti kes akan memerlukan gabungan senaman dan juga diet untuk mendapatkan keputusan yang optimal akhirnya. Anda hanya perlu menurunkan berat badan sebanyak 5-10% untuk melihat perubahan kepada badan anda.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

References:

1. http://glycemicindex.com/about.php

2. http://www.gisymbol.com/top-tips-to-go-low-gi/

Posted on September 14, 2014, in Uncategorized and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: