Fibroid dan Fertiliti Anda
“Doktor, minggu lepas doktor telah mengesahkan saya mempunyai fibroid. Adakah ini punca masalah fertiliti saya?”
Terdapat wanita yang mengalami masalah fibroid dan kesuburan. Mereka mungkin ingin mengetahui serba-sedikit bagaimana untuk menangani masalah tersebut. Akan tetapi, terlebih dahulu, adalah penting untuk mengetahui info asas mengenai rahim dan fibroid anda.
Info Asas mengenai Rahim anda
Dinding Rahim terdiri daripada 3 lapisan:
- Endometrium: Lapisan paling dalam sekali. Di mana telur yang sudah dipersenyawakan akan ‘implan’ ke dalam lapisan ini. Lapisan ini jugalah yang akan terlerai dan jatuh sebagai haid bersama telur yang tidak dipersenyawakan sekiranya tiada kehamilan berlaku
- Myometrium: Lapisan tengah rahim. Ianya terdiri dari otot-otot yang mengembang dan mengecut.
- Perimetrium: Lapisan paling luar rahim. Ianya berfungsi sebagai pelindung luar rahim wanita.
Info Asas Mengenai Fibroid
- Ianya juga dikenali dengan nama leiomyoma
- Fibroid adalah ketumbuhan bukan kanser yang berlaku pada lapisan otot dinding rahim wanita.
- Adalah dianggarkan 20-30% wanita yang berada dalam linkungan umur reproduktif mempunyai fibroid di dalam rahim mereka.
- 5-10% wanita yang mempunyai masalah fertiliti mempunyai fibroid
Simptom-simptom wanita yang mempunyai fibroid
Ini bergantung kepada saiz fibroid, bilangan dan kedudukan fibroid tersebut
- Tiada simptom langsung. Fibroid dikesan melalui imbasan scan pelvis
- Penurunan darah haid yang banyak dan panjang
- Sengugut
- Simptom tekanan disebabkan fibroid menekan kepada pundi kencing, lapisan dinding kulit abdomen atau usus.
- Masalah kesuburan
- Masalah semasa kehamilan: Keguguran, kedudukan bayi abnormal, pendarahan semasa kelahiran
Di manakah Fibroid boleh berlaku?
- 55% kedudukan fibroid adalah subserosal iaitu lapisan luar dinding rahim
- 45% kedudukan fibroid adalah intramural iaitu lapisan tengah dinding rahim
- 5% kedudukan fibroid adalah submucosal iaitu lapisan paling dalam dinding rahim

Fibroid intramural jika adalah besar >5cm dan menyebabkan bentuk rahim berubah dan fibroid submucosal boleh memberikan lebih masalah kesihatan kepada wanita tersebut berbanding dengan fibroid subserosal.
Ikuti post blog seterusnya, adakah fibroid boleh menjejaskan fertiliti anda?
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Posted on August 20, 2015, in Uncategorized and tagged Dr Natasha Nor, Fibroid, ICSI, ingin hamil, IVF Malaysia, masalah kesuburan, rawatan kesuburan, TTC. Bookmark the permalink. 4 Comments.
Assalam doc..sy pernah bersalin xckp bln pda usia kndungan 6 bln..dan 4 bln slps tu sy ggur lg wktu kndundg 8w…dan skrg sy bru hamil 10w…soalan sy..adakah sy bole travel naik flight…mna lg bhaya klu naik flight atau kereta?…
Wsalam Nur,
Sekiranya begitu, jika boleh tundakan travelling until lepas 12-14 minggu kerana pada masa itu, janin adalah lebih kuat sedikit berbanding dengan peringkat awal kehamilan. Jika kehamilan lebih 12-14 minggu, rasa Dr Tasha dua2 naik flight dan kereta should be safe. Make sure wear yang seat belt dan minta suami memandu dengan berhati2 ya.
Assalammualaikum Dr Tasha,
Saya Alia, berumur 33 tahun. Saya keguguran pada tahun 2014 bulan May dan itu adalah kali pertama mengandung setelah 5 tahun berkahwin. Dan sekarang saya disahkan mengandung 4 minggu pada 10th Feb 2016. Soalan saya:
1- ketika doc scan rahim, ada fibroid tapi doc tidak memberitahu samada menggangu kandungan sy atau tidak. Apa komen Dr Tasha?
2- adakah normal tidak nampak kantung ketika 4 minggu mengandung. Doc sy risau jikalau kandungan luar rahim, darah telah diambil 2x.
3- sy ada brown spotting dr 10th Feb sehingga 14th Feb dan terus keluar pendarahan ringan, tidak sakit pd abdomen bawah. Saya telah diberi ubat kuat rahim pada 10th Feb. Perlu ke sy brjumpa doc secepat mungkin atau tunggu next check up pada 22nd Feb?
Komen Dr Tasha amat dihargai.
Terima Kasih
Wsalam Alia,
It is very difficult for me to comment as Dr Tasha tidak tahu kedudukan mahupun saiz firboid tersebut. Selalunya jika saiz kecil sahaja <5cm dan berada di lapisan luar rahim, it is ok. Scan paling awal untuk melihat kandungan ialah pada 5 minggu, iaitu 1 minggu selepas missed period. So, your doktor is the best to ask especially darah sudahpun diambil 2x! Sekiranya risau, yes go and see you doctor for further advice ya. Take care