Atasi masalah hubungan seks anda dengan suami. Kenali sistem reproduktif anda – Bahagian 1.

st

“Doktor,  saya mempunyai masalah semasa melakukan hubungan intim. Saya langsung tidak merasa terangsang semasa melakukan dengan suami saya. Adakah ini normal? Bagaimana boleh saya atasi masalah ini?”

Masalah mengenai hubungan intim kerap kali diberitahu kepada Dr Tasha semasa konsultasi di klinik. Ramai wanita agak malu-malu pada mulanya untuk menimbulkan masalah tersebut kerana menganggap ianya ‘rahsia rumahtangga’ akan tetapi tidak dinafikan isu ini agak penting dan tidak dapat dilari darinya terutama bagi pasangan yang sedang TTC.

 

1. Apakah sistem reproduktif wanita?
Sistem reproduktif wanita adalah penting bagi seseorang wanita agar ianya dapat hamil dan melahirkan anak. Ianya terdiri daripada dua bahagian:
a. Bahagian luar
b. Bahagian dalam

2. Apakah bahagian luar reproduktif wanita?

Ianya terdiri dari beberapa struktur seperti di bawah:

Labia majora
Labia majora bermaksud bibir besar kerana ianya berbentuk seakan-akan bentuk bibir. Ianya melindungi dan menutupi bahagian sistem reproduktif wanita yang lain. Ia terdiri dari kelenjar peluh dan minyak serta diselaputi oleh bulu.

Labia minora
Labia minora pula bermaksud bibir kecil kerana ianya juga berbentuk seperti bibir yang ditutupi oleh labia majora. Struktur ini mengelilingi pembukaan faraj (faraj) dan lubang air kencing (urethral meatus).

Kelenjar Bartholin
Kelenjar tersebut terletak pada pembukaan faraj dan merembeskan mucus terutama yang bertindak sebagai pelincir semasa hubungan intim.

Klitoris
Adalah struktur yang terletak pada pada bahagian paling atas di mana labia majora dan minora bersambung. Ia adalah struktur yang mirip seperti buah zakar di dalam kaum lelaki. Klitoris adalah organ reproduktif wanita yang sangat sensitif kerana ianya terdiri dari urat-urat saraf mampu dirangsangkan semasa hubungan intim.

Tips untuk hubungan intim:

  1. Kenali tubuh badan anda. Cuba perhatikan bahagian luar sistem reproduktif anda. Kemudian jika suami juga tidak arif. Anda boleh mengajar pada pasangan anda pula.
  2.  Kenal pasti bahagian klitoris kerana struktur ini boleh membantu anda mengatasi masalah semasa melakukan hubungan intim. Ianya mungkin juga boleh membantu untuk mengalami ‘orgasm’ semasa hubungan seksual bersama pasangan anda. Rangsangan ke atas klitoris boleh dilakukan dengan beberapa cara.
  3. Mungkin anda perlu melakukan ‘trial and error’ untuk mengetahui apa yang merangsang anda dan apa yang tidak merangsangkan anda. Ini bergantung kepada individu dan pasangan mereka masing-masing.

Selamat mencuba! Jika masalah masih dihadapi terutamanya semasa penetrasi, mungkin lebih elok  berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memastikan wanita tersebut tidak mempunyai abnormaliti kepada sistem reproduktifnya yang menjadi punca masalah tersebut.

Ikuti post blog seterusnya. Kenali pula bahagian dalam sistem reproduktif wanita.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on January 14, 2016, in Info Asas, Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: