IUI Promotion di Pusrawi dari 1 Ogos sehingga ke 31 Oktober 2016

Dr Tasha berharap agar semua pembaca blog senantiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa tabah mengharungi perjalanan fertiliti masing-masing. Buat perhatian para pembaca blog, pihak Hospital Pusrawi Jln Tun Razak kini sedang mengadakan IUI Promotion.

Bagi kempen IUI yang dipromosikan hanya untuk 3 bulan, bagi pasangan yang menjalani rawatan IUI tersebut, baucer sebanyak RM250 akan diberikan. Ini hanya boleh digunakan untuk mengurangi kos IUI tersebut di bawah. Jangan lepaskan peluang tersebut kerana ianya hanyalah untuk 3 bulan sahaja.

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai rawatan IUI yang dijalankan di Hospital Pusrawi:

http://www.pusrawi.com.my/index/pakej-perubatan/pakej-pemeriksaan-kesuburan/

https://i1.wp.com/www.pusrawi.com.my/wp-content/uploads/2016/07/Pakej-Kesuburan-IUI.png

Jika ada pasangan TTC yang masih tidak pasti sama ada patut melakukan rawatan IUI atau pun tidak sila lakukan kuiz tersebut di bawah:

https://drnatashanorfertility.com/info-asas/kuiz-rawatan-kesuburan-adakah-saya-calon-untuk-iui-ataupun-ivf/

Dr Tasha merasa amat gembira kerana mendapat berita dari pasangan TTC yang mendapat rawatan di bawah jagaan Dr Tasha yang baru sahaja melahirkan dan kini sudahpun bergelar seorang ibu dan ayah. Masing-masing mereka mempunyai cerita TTC tersendiri. Apa-apa pun ikhtiar kena ada. Oleh itu, jika bersesuaian hendaklah mulakan rawatan kesuburan agar tidak menunggu terlalu lama lagi, kerana penungguan itu sememangnya satu penyeksaan.

baby11

Posted on August 1, 2016, in Uncategorized and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 10 Comments.

  1. siti juliana binti jalil

    Assalamualaikum…
    Dr Natasya……
    saya sudah 11 bulan masih belum datang period saya sudah makan ubat klinik bekam mengurut untuk turunkan period… Tapi masih mengecewakan belum juga ada tanda period… Perasaan sedih memang ada….. Mungkin saya tidak boleh mengandung…
    Atau saya memang tidak layak juga untuk iui atau ivf…
    Sudah 8 tahun perkahwinan saya tahun ketiga saya pernah mengandung cuma bertahan 14 minggu sahaja…

    • Wsalam Siti,

      JIkalau begitu, datanglah jumpa Dr Tasha di Pusrawi dalam masa terdekat ini untuk memeriksa kenapakah kitaran haid tidak teratur. In Sha Allah kita cuba ikhtiar agar Siti hamil tidak lama lagi.

  2. As Salam Dr,

    Saya inginkan penjelasan Dr. berkaitan pakej IUI yang ditawarkan. Adakah jumlah keseluruhan kos untuk menjalankan IUI adalah RM899 sahaja atau pun ada caj-caj rawatan tambahan yang lain atau jugak kos ubat?

    Dr, tahun 2013 yang lalu saya telah menjalani IUI di LPPKN. Perlukah saya dan suami buat test blood dan sebagainya lagi?

    Berapa kali anggaran lawatan ke hospital untuk tujuan IUI?

    Terima kasih Dr atas jawapan.

  3. Wsalam Ida,

    Dr Tasha sudah emailkan jawapannya ya.

  4. Terima kasih Dr.

  5. Fatihah ismail

    Assalamualaikum dr. Boleh doktor emelkan details promosi iui ini? Saya sudah melakukan pemeriksaan kesuburan, hsg dan sperm test di hospital besar seremban dan berminat untuk menyambung iui dengan dr.

    Terima kasih.

  6. Salam Dr, promotion di pusrawi masih ada? Boleh dapatkan contact no? Terima kasih.

    • Wsalam Liana,

      Maaf promosi tersebut sudahpun berakhir. Jika masih berminat untuk mendapatkan rawtan IUI di bawah jagaan Dr Tasha sila hubungi klinik Siti Khatijah di Pusrawi (Jln Tun Razak) ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: