Promosi IUI pakej di Pusrawi bermula 15 Mac 2017
Promosi Pakej IUI di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak akan dimulakan pada 15 mac 2017. Diharapkan bagi pasangan yang berminat untuk menjalani rawatan IUI akan turut serta di dalam promosi tersebut. Promosi tersebut akan memberikan pasangan yang memenuhi kriteria tertentu untuk mendapatkan baucer bernilai RM250 yang boleh digunakan untuk mengurangkan kos rawatan tersebut.
http://www.pusrawi.com.my/index/pakej-perubatan/pakej-pemeriksaan-kesuburan/
Sekiranya anda berminat untuk menjalani rawatan IUI tersebut, sila email drnatashanor@gmail.com untuk mendapatkan maklumat seterusnya.
Posted on March 12, 2017, in Uncategorized and tagged berapa lama untuk hamil, doktor kesuburan, doktor perempuan IVF, Dr Natasha Nor, iui RAWATAN KESUBURAN ivf malaysia, PCOS, Promosi IUI, rawatan kesuburan, tingkatkan kesuburan, TTC. Bookmark the permalink. 3 Comments.
Penyucian sperma mcm mane ye maksudnye
Salam Dr Natasha,
Saya penghidap PCOS sejak 2013 (baru detect selepas kahwin), Then sehingga kini saya masih belum hamil. Selama bermula 2014-2016 saya ada berjumpa dgn Dr pakar O&G dari hospital swasta dan telah beberapa Test clomid cycle 3 kali n gagal, selepas itu saya stop lbh kurang 6 bulan jumpa Dr pakar O&G hospital kerajaan dan test clomide cycle untuk 3 Kali dimana last test itu saya buat IUI, still gagal. Soalan saya, adakah saya ini over limit of clomide consumption? Adakah saya clomide resistence? Bahaya tak sekiranya saya dah makan over 6 cycle of clomide consumption ini. Tq Dr.
Wsalam Najwa,
Mungkin adalah lebih baik sekiranya berjumpa dengan Dr Tasha agar pemeriksaan dan perbincangan dapat dibuat untuk memilih manakah rawatan bersesuaian untuk Najwa. Selalunya jika clomid dan IUI masih belum berjaya membuat Najwa hamil, hendaklah lihat jikala Najwa perlu meneruskan rawatan kepada IVF. Clomid resistance hanya untuk pesakit yang tidak respond kepada dosage yang tinggi ya Najwa.