Kenapa perlu malu? Menangani Stigma yang menyelubungi masalah fertiliti

“Kenapa perlu malu jika mempunyai masalah fertiliti? “

Begitulah ungkapan penyanyi kesayangan ramai, Dato Siti Nurhaliza atau lebih kini dikenali sebagai Tok Ti berikutan pendedahan berita gembira kehamilannya kepada media baru-baru ini.  Alhamdulillah, bersyukur kepada rezeki Tok Ti dan semoga kandungannya selamat dilahirkan kelak.

sumber photo: Harian Metro

Kenapa masalah  fertiliti dianggap isu taboo di kalangan masyarakat kita?

Sebenarnya infertiliti bukan menjadi isu taboo di kalangan masyarakat kita sahaja, bahkan secara rata-ratanya juga dianggap begitu di kalangan masyarakat luar negara yang sepatutnya dikatakan negara yang lebih maju dan membangun. Namun, stigma yang menyelubungi infertiliti memang agak sukar disingkirkan dari semua lapisan masyarakat tidak mengira bangsa atau negara.

Masalah kesuburan adalah satu subjek yang sangat sensitif dan reaksi emosi kepada wanita atau pasangan yang mengalaminya. Ini secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan orang berasa kurang selesa dan tidak tahu cara terbaik untuk menanganinya serta berhadapan dengan individu yang sedang melaluinya.

Tanggapan umum ialaah wanita selepas berkahwin seakan-akan perlu hamil secara mudah dan secepat mungkin tanpa tiada halangan. Hanya 1 dalam 6 pasangan akan mengalami masalah ketidaksuburan. Oleh itu, 5 dalam setiap 6 pasangan akan seolah-olah dengan senang hamil dan sudahpun memulakan keluarga mereka masing-masing.  Ini akan menyebabkan pasangan yang mempunyai masalah fertiliti berasa ketinggalan dan mungkin menyisihkan diri sendiri dari masyarakat sekeliling. Lebih menyedihkan masih terdapat lagi sikap-sikap kuno yang sengaja memulaukan wanita tersebut terutamanya ke majlis-majlis keramaian seperti pertunangan, perkahwinan atau akikah kerana khuatir mereka membawa ‘sial’.

Bangkit untuk meruntuhkan stigma yang menyelubungi infertiliti

Langkah terbaik untuk meruntuhkan stigma di kalangan masyarakat adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat umum tekanan yang dihadapi oleh pasangan yang mengalami masalah infertiliti. Masalah dari segi sosial, mental, emosi, kewangan serta keretakan hubungan di antara pasangan tersebut dan juga keluarga mereka adalah antara masalah-masalah yang sering terpaksa dilalui. Usahlah ditambahkan lagi masalah mereka dengan melontarkan perkataan-perkataan yang mengguriskan hati ataupun perlakuan yang tidak sensitif. Hendaklah memberikan sokongan dan berfikiran terbuka.

Bagi pasangan yang telah melalui perjalanan infertiliti mereka dan telah pun akhirnya hamil serta menimang zuriat masing-masing pula hendaklah memberikan sokongan kepada mereka yang masih dalam perjalananan mereka. Kita juga tidak perlu merasa malu untuk mengaku yang telah melalui liku-liku perjalanan tersebut serta mungkin hingga terpaksa menjalani rawatan kesuburan seperti IVF sebagai pengorbanan demi menjadi seorang ibu atau ayah.

Dr Tasha kagum dengan tindakan Dato Siti yang bersikap terbuka, berani dan tidak segan silu untuk mengaku yang beliau serta pasangannya juga telah melalui masalah ketidaksuburan selama 11 tahun sehinggakan terpaksa melalui rawatan IVF berulang kali. ‘It shows personal character and strength’

Kenapa perlu malu?

Diharapkan ramai yang juga telah mengalami situasi yang sama selepas ini juga tampil kehadapan sebagai sokongan kepada pasangan lain yang mengalami masalah yang serupa. Ini sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bagi dan mengatakan bahawa that ‘you are not alone in your journey’. Ianya juga sebagai tanda sokongan bagi meruntuhkan stigma yang menyelubungi infertiliti yang sudah sekian lama berleluasa di kalangan masyarakat kita. Kita perlu mengorak langkah kehadapan dan berfikiran terbuka.

Saya Dr Natasha Nor telah mengalami masalah kesuburan selama 8 tahun dan terpaksa melalui rawatan IVF berulang-kali. I am an IVF survivor and now the proud mother of a pair of twins. I have survive it. You too can do it!

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on October 18, 2017, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Alhamdullilah.. yg penting jgn putus asa

  2. Terima kasih Dr.Tasha. Blog doktor banyak memberi info & semangat pada kami untuk tidak putus asa 😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: