Tingkatkan kadar kejayaan IVF untuk wanita PCOS – Seminar PERCUMA pada 10 Februari 2018
Alhamdulillah, walaupun kita baru sahaja mengorak langkah ke dalam tahun 2018, sudahpun ramai pasangan yang telah pun memberikan khabar gembira – samada mengirimkan gambar comel anak mereka yang baru dilahirkan untuk tatapan Dr Tasha ataupun mendengar buat pertama kalinya degupan jantung anak mereka yang bakal dilahirkan kelak. Tidak dinafikan, ada juga pasangan yang masih meniti perjalanan fertiliti mereka dan menanti akan berita gembira tersebut. In Sha Allah usahlah cepat berputus harapan dan sentiasa berdoa agar dikabulkan permintaan tidak lama lagi. Di samping itu, hendaklah sentiasa berikhtiar untuk mengambil langkah-langkah untuk meningkat tahap kejayaan rawatan kesuburan yang akan dilalui.
Buat wanita PCOS yang bakal melalui rawatan IVFnya, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh wanita tersebut dan juga pakar IVF bagi meningkatkan tahap kejayaan rawatan tersebut. Secara umumnya, kadar kejayaan PCOS adalah agak tinggi berbanding dengan masalah kesuburan yang lain terutamanya masalah endometriosis. Akan tetapi terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan.
Tempat:
KL Fertility Centre
LOT LG 30, DC Mall, No 6, Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL
Tarikh:
10 Februari 2018
Waktu 2 – 3pm
Topik seminar: How do I Increase my Chances of Having a successful IVF for PCOS Patients?
Antara isu-isu yang akan dibincangkan:
- What are the factors that will influence success rate of IVF
- How to increase the chances of having a successful IVF for PCOS patients
Seminar akan diberikan oleh Dr Natasha Nor dalam dwi bahasa Bahasa Melayu & Inggeris
Ianya adalah percuma, tetapi tempat duduk adalah terhad. Anda perlu membuat tempahan tempat duduk di facebook KL Fertility sini:
https://www.facebook.com/klfertilitycentre/app/271628046314755/
Diharapkan kita akan berjumpa di sana!
Posted on January 30, 2018, in Uncategorized and tagged Bayi tabung uji, cepat hamil, doktor kesuburan, Dr Natasha Nor, GAGAL IVF, ICSI, ICSI Malaysia, infertility, ivf berjaya, IVF Malaysia, masalah kesuburan, pakar kesuburan, PCOS, rawatan kesuburan, seminar IVF, tingkatkan kesuburan, TTC, TTC Malaysia. Bookmark the permalink. 2 Comments.
Salam Dr Natasha, saya berumur 34 tahun dan baru-baru ni saya menjalani orisedut FET. Semasa prosedur,terjadi sedikit pendarahan dan ini juga terjadi semasa fresh ET saya (gagal). Dan doktor memberitahu saya agak sukar beliau menjalankan prosedur tersebut.Adakah pendarahan ini afalah salah satu faktor kegagalan ivf? Tq.
Wsalam Nyssa,
Agak sukar untuk Dr Tasha pastikan punca kegagalan IVF tersebut. Akan tetapi, hendaklah berbincang dengan doktor IVF Nyssa kenapakah ET adalah sukar dijalankan. Di samping itu, berbincang apakah langkah2 seterusnya yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kadar kejayaan IVF tersebut.