Happy Mother’s Day bagi wanita yang mengimpikan menjadi seorang ibu
13 May 2018
Happy Mother’s Day! Satu tahun berulang lagi dan ucapan tersebut diucapkan oleh anda kepada ibu yang tersayang dan teman-teman lain yang telah mempunyai anak. Hanya ucapan ‘Terima Kasih’ dan bukannya ‘Happy Mother’s Day to you too!’ ucapan balas yang dapat diberikan kepada anda. Ramai wanita dalam situasi begini hanya akan tersenyum pahit atau cuba menyembunyikan perasaan kesedihan dan masalah kesuburan yang dihadapi. Rasa menyesal pula mengucapkan ‘Happy Mother’s day’ pula mungkin timbul dalam sanubari.

Sebagai seorang wanita yang juga terpaksa melalui hari ini selama bertahun-tahun lamanya, memang agak sukar dinafikan yang perasaan dan hati kecil Dr Tasha akan agak terguris sedikit apabila terbaca ucapan tersebut di sosial media dan iklan-iklan yang terpampar di seluruh tempat untuk membelikan sesuatu istimewa buat seseorang bernama ibu.
Apakah yang boleh dilakukan oleh wanita yang ingin menjadi seorang ibu pada Hari Ibu?
Ini bergantung kepada individu masing-masing cara terbaik untuk menanganinya kerana masing-masing mempunyai reaksi yang berlainan. Setengah-tengah bersikap bersahaja sahaja dan mempunyai sikap ‘couldn’t careless’. Manakala ada pula wanita pula yang akan menjadi murung dan sensitif pada hari tersebut.
Pada pendapat Dr Tasha, sebenarnya ‘acceptance’ is a better attitude. Apabila seseorang wanita melalui perjalananan TTC mereka mereka akan melalui pelbagai emosi yang kerapkali berubah-ubah dari ‘denial’, kesedihan, kemurungan, ‘blaming’, ‘grieving’ dan pada suatu ketika mungkin perasaan ‘acceptance’. Acceptance di sini bukanlah menyerah kalah untuk tidak berusaha lagi untuk menjadi seorang ibu, tetapi ‘acknowledgement’ terdapat masalah kesuburan yang dihadapi dan mungkin ianya akan mengambil masa untuk hamil tetapi tiada siapa yang dapat memberikan kepastian atau jangka masa bila anda akhirnya dapat menjadi seorang ibu. Penungguan dan ketidakpastian tersebut memang agak menyeksakan bagi wanita tersebut. Apa yang pasti, ini semua sukar dijangkakan dan in some ways ‘out of your control’.
Oleh itu, bagi wanita yang melalui perjalanan fertiliti mereka, nasihat Dr Tasha ‘always take care of yourself, do remember to always be kind to yourself and love yourself. Also do not forget to share the abundance of love that you have inside you with others around you’.
Antara cadangan untuk melalui Mother’s Day. (Ini hanyalah cadangan ya):
1. Abaikan dan just Ignore it. Its just one day. But it so happens this year it is a Sunday! 😦 Jadi tidak boleh berpura-pura sibuk kerja.
2. Keluar and enjoy yourself dengan suami. Ataupun boleh berjumpa dan berborak-borak dengan teman-teman TTC anda. Buatlah apa yang anda senang lakukan.
3. Share the love. Tell your mother and wanita yang anda dianggap sebagai seorang ‘ibu’ ie aunties, cikgu how much you love them. Minta mereka juga mendoakan agar anda juga tak lama lagi dapat menjadi seorang ibu. Mungkin doa-doa mereka mustajab. Amin..
Doa Dr Tasha buat semua wanita yang ingin menjadi seorang ibu, diharapkan impian anda akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Blowing some baby dust over to you…
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Posted on May 12, 2018, in Uncategorized and tagged Bayi tabung uji, cepat hamil, doktor kesuburan, doktor perempuan IVF, Dr Natasha Nor, Ebook Percuma, ICSI Malaysia, iui RAWATAN KESUBURAN ivf malaysia, ivf berjaya, IVF Malaysia, pakar kesuburan, tingkatkan kehamilan. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0