Bagaimanakah rawatan kesuburan IVF dapat mengatasi masalah endometriosis anda?
“Dr Tasha, saya sudahpun berkahwin 7 tahun. Tahun lepas saya sudahpun mengalami pembedahan dan telah disahkan menghidapi masalah endometriosis stage 3-4. Patutkah saya melakukan IVF agar dapat hamil secepat mungkin”
Masalah Endometriosis
Endometriosis adalah salah satu penyakit lazim yang boleh menyebabkan ketidaksuburan di kalangan wanita. Ia disebabkan oleh ketumbuhan selaput dinding rahim (endometrium) di luar rahim seperti di kilang telur, dinding pelvis, saluran peranakan, usus, faraj dan pundi kencing. Selaput endometrium yang ektopic ini juga akan menebal dan berdarah semasa kitaran haid akan tetapi ia tidak dapat mengalir keluar dari tubuh. Ini boleh mengakibatkan inflamasi tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu parut (‘adhesion’ atau ‘scar tissue’). Apabila ini terjadi kilang telur boleh terlibat dan membengkak dan darah kotor berkumpul di dalamnya (‘endometrioma’), manakala saluran peranakan juga boleh rosak dan tersumbat.

Kenapakah pesakit endometriosis sukar hamil?
Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah saluran peranakan rosak / tersumbat, kekurangan bilangan telur di dalam ovari, telur yang berkualiti rendah, masalah implantasi disebabkan adenomyosis dan kurang melakukan hubungan intim disebabkan kesakitan yang mungkin dialami semasa melakukan hubungan seksual bersama pasangan.
Apakah kadar kejayaan IVF buat pesakit IVF?
Ini bergantung juga kepada beberapa faktor seperti umur pasangan wanita, ‘ovarian reserve’ wanita tersebut, saluran peranakan bengkak ie ‘hydrosalphinx‘ dan samada terdapat masalah adenomyosis yang boleh menurunkan kadar implantasi embrio yang telah dipindahkan. Di samping itu, masalah sperma juga boleh menurunkan kadar kejayaan IVF buat pasangan tersebut. Oleh kerana semasa rawatan IVF, penyedutan telur dan persenyawaan telur tersebut serta pemindahan embrio yang berkualiti paling baik boleh mengatasi beberapa masalah yang boleh menurunkan kadar kehamilan buat seseorang wanita yang mengalami endometriosis, tidak hairan kenapa ramai wanita yang mempunyai tahap endometriosis yang lebih serius iaitu ‘stage 3 or 4’ akan dicadangkan untuk melakukan rawatan kesuburan IVF.
Seminar PERCUMA di KL Fertility Centre pada 27 Julai 2019

Antara Topik menarik yang akan dikupas dengan lebih mendalam mengenai topik endometriosis:
- Bagaimana IVF boleh membantu pesakit endometriosis and PCOS
- Apakah persediaan yang perlu dibuat buat pesakit endometriosis and PCOS khususnya sebelum rawatan IVF tersebut
- Apakah faktor-faktor yang boleh mengurangkan kadar kejayaan rawatan IVF
- Perlukan membuang ‘cyst’ sebelum melakukan rawatan IVF?
- Apakah permasalahan yang boleh dihadapi semasa menjalani rawatan IVF buat pesakit endometriosis?
Di samping itu, isu menarik mengenai kepentingan pakar bius juga akan dikupas.
Oleh kerana tempat terduduk terhad, bagi pasangan TTC yang berminat untuk menghadiri ceramah tersebut, sila hubungi pihak kami ataupun email di drnatashanor@gmail.com.
Nasihat Dr Tasha bagi wanita yang menghidapi masalah endometriosis terutamanya bagi yang telahpun didiagnoskan dengan ‘stage 3 or 4’, mempunyai ‘ovarian reserve’yang rendah, telahpun mencuba untuk hamil lebih dari 5 tahun, berumur lebih dari 35 tahun usahlah menunggu terlalu lama. Walaupun sudahpun dibedah untuk ‘cyst’ endometriosis ianya boleh berulang kembali. Seelok-eloknya dapatkan nasihat dari pakar fertiliti yang boleh memberikan rawatan IVF SEBELUM melakukan pembedahan untuk ‘cyst’ endometriosis. Sekiranya sudahpun melakukan pembedahan tersebut, pergilah rujuk kepada pakar fertiliti untuk membincang langkah seterusnya agar cepat hamil. Janganlah membuang waktu. Faktor usia yang lebih matang untuk wanita tersebut boleh merendahkan kadar kehamilan buatnya.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Posted on July 1, 2019, in Uncategorized and tagged Bayi tabung uji, cepat hamil, doktor kesuburan, doktor perempuan IVF, Dr Natasha Nor, endometriosis malaysia, endometriosis rawatan IVF, FORUM KESUBURAN, GAGAL IVF, ICSI Malaysia, iui RAWATAN KESUBURAN ivf malaysia, ivf berjaya, IVF Malaysia, KL FERTILITY CENTRE, rawatan kesuburan, TTC. Bookmark the permalink. 4 Comments.
Saya tiada masalah endometriosis, bolehkah Dr Natasha Nor berikan kos untuk melakukan Ovari drilling untuk pesakit PCOS?.
On Mon, 1 Jul 2019 at 10:11 PM, Blog Fertiliti Dr Natasha Nor wrote:
> drnatashanor posted: “”Dr Tasha, saya sudahpun berkahwin 7 tahun. Tahun > lepas saya sudahpun mengalami pembedahan dan telah disahkan menghidapi > masalah endometriosis stage 3-4. Patutkah saya melakukan IVF agar dapat > hamil secepat mungkin” Masalah Endometriosis ” >
As salam Najwa,
Dr Tasha sudah email kan jawapannya.
About ivf
Hello rufina,
Please do email me at drnatashanor@gmail.com if you would like to ask further question. If not you could read more about IVF at this link:
https://drnatashanorfertility.com/category/rawatan/ivf/