Apakah yang perlu diketahui oleh pesakit endometriosis: Laparoscopy atau IVF?

“Doktor Tasha, perlukah saya membuat pembedahan laparoscopy untuk masalah endometriosis saya?”
Ini adalah persoalan yang kerapkali ditanyakan dan dibincangkan dengan pesakit yang mempunyai masalah endometriosis dan ketidaksuburan. Ianya juga boleh menyebabkan kekeliruan di antara pasangan tersebut mengenai langkah yang perlu diambil seterusnya.
- Adakah mereka perlu berjumpa dengan pakar fertiliti ataupun pakar sakit puan/ ginekologi?
- Adakah mereka perlu membuat Laparoscopy atau IVF?
Apabila mereka rujuk pakar sakit puan disuruh buat operation. Ambik second opinion dari pakar sakit puan yang lain pun disuruh buat pembedahan. Apabila pergi pakar kesuburan dinasihati membuat IVF terus agar hamil pula. Tidak hairanlah sekiranya ini menimbulkan kekeliruan pada pasangan tersebut.
Laparoscopy atau IVF?
Pemilihan antara kedua-dua ini sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan untuk mengambil keputusan yang terbaik:
- Umur wanita tersebut.
Ini adalah faktor yang penting kerana ia akan memberikan prognosis untuk kadar kehamilan. Semakin matang umur wanita tersebut ie 35 tahun ke atas adalah penting untuk tidak mengambil masa yang lama agar peluang kehamilan tidak semakin menipis. Berkemungkinan besar adalah lebih elok rawatan IVF dilakukan agar cepat hamil.
- Simptom yang dialami
Ini bergantung kepada individu masing-masing. Ada wanita mempunyai simptom endometriosis yang agak teruk seperti sengugut, sakit semasa bersama ataupun pendarahan haid yang panjang dan tidak teratur. Manakala ada pula yang mempunyai simptom yang sedikit atau tiada langsung. Jika wanita tersebut mempunyai sakit yang kuat dan juga cyst di dalam ovarinya berkemungkinan besar, pembedahan laparoscopy dan kemudian diikuti oleh rawatan kesuburan IVF adalah lebih baik.
- ‘Cyst’ di ovari
Setengah-tengah wanita yang menghidapi endometriosis akan mempunyai ‘cyst’ di dalam ovarinya yang dapat dikesan melalui imbasan scan pelvis. Sekiranya saiz ‘cyst’ tersebut adalah lebih besar dari 5cm, adalah lebih baik untuk melalukan pembedahan terlebih dahulu.
- ‘Ovarian reserve’ wanita tersebut
Ovarian reserve adalah apakah bekalan telur yang masih tinggal di dalam ovari seseorang wanita. Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai ovarian reserve. Ramai wanita yang mengalami endometriosis menghadapi masalah ‘ovarian reserve’ yang rendah tanpa ketahuinya. Adalah penting untuk wanita tersebut rujuk kepada pakar sakit puan / kesuburan untuk membuat ujian scan atau mengambil darah AMH bagi mengetahui ovarian reserve masing-masing.
- Sejarah pembedahan untuk endometriosis
Terdapat wanita yang telahpun membuat pembedahan untuk endometriosis sebelum ini dan diberikan diagnosis mengenai tahap endometriosis dan sama ada saluran peranakan adalah elok ataupun tersumbat ataupun bengkak ie ‘hydrosalphinx’ . Penting bagi wanita yang membuat pembedahan agar mendapatkan report bertulis ie ‘intraop findings’ dari doktor yang telah membedahnya untuk rujukan pada masa hadapan. Kerap kali pesakit tidak mempunyai informasi ini dan juga tidak diterangkan dengan betul oleh pakar bedah mereka serta mungkin terlupa informasi yang telah diberikan. Sekiranya pembedahan pernah dilakukan dan saiz cyst adalah kecil <5cm, berkemungkinan besar pembedahan tidak perlu diulang.
Oleh itu, setiap pasangan bergantung kepada latar belakang mereka akan diberikan konsultasi dan nasihat yang berlainan. Matlamat kita adalah untuk mendapatkan kehamilan secepat mungkin agar kadar kehamilan untuk masa hadapan disebabkan faktor umur wanita tidak terjejas.
Lazimnya Dr Tasha akan memberikan rawatan kesuburan secara agresif untuk pesakit yang telah didiagnoskan dengan endometriosis. Ini ialah kerana pembedahan tidak akan ‘melenyapkan’ endometriosis or ‘cure’ seperti yang mungkin dianggap oleh kebanyakan pesakit-pesakit endometriosis.
It is life long, sehingga menopaus. Tidak menjadi masalah sekiranya pembedahan dilakukan terlebih dahulu kerana ianya ada benefitnya, akan tetapi pembedahan tersebut perlu dilakukan berhati-hati dan lengkap ie meleraikan pelekatan-pelekatan ‘scar tissue’, meletakkan kedudukan ovari di tempat yang betul, membuang ‘hydrosalphinx’. Ini semua adalah sebagai persiapan sekiranya wanita tersebut tidak hamil dan terpaksa melalui rawatan IVF pada masa hadapan.
Mungkin adalah lebih baik sekiranya pasangan yang mempunyai masalah fertiliti berjumpa dahulu pakar fertiliti sebelum melakukan operasi tersebut agar berbincang apakah yang perlu dibuat khusus semasa pembedahan dan selepas pembedahan tersebut untuk merancang langkah-langkah agar cepat hamil. Tidak semestinya selepas operasi wanita tersebut akan hamil spontan. Kadang-kala rawatan kesuburan masih perlu dilakukan untuk hamil. Di samping itu, sekiranya didiagnos stage 3-4 endometriosis, sebaiknya pakar sakit puan terus rujuk kepada pakar kesuburan untuk rawatan kehamilan bersesuaian dan bukannya menyuruh pasangan tersebut terus menerus mencuba sendiri untuk hamil. Sekiranya rawatan IUI bersesuaian untuk dilakukan tetapi masih tidak berjaya, rawatan IVF mungkin perlu dilakukan.
Ini berdasarkan pengalaman Dr Tasha yang kini terpaksa berhadapan dengan ramai pesakit endometriosis yang berhempas pulas untuk hamil. Bagi yang bernasib baik kerana mungkin telah diberikan pencerahan dan mencari rawatan kesuburan awal, mereka Alhamdulillah telahpun hamil ‘against all odds’.
Usahlah berlengah waktu kerana ‘ovarian reserve’ atau bacaan ujian AMH bagi pesakit endometriosis walaupun berusia agak muda boleh menjadi sangat rendah disebabkan masalah endometriosis dan berulangkali melakukan pembedahan untuk endometriosis. And sometimes the cyst boleh berulang kembali within 6 months dari previous operation. The woman’s age and ovarian reserve is very important to have a baby. Don’t wait too long just because of ignorance and procrastination as it may be then too late to have your baby.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Posted on July 4, 2019, in Uncategorized and tagged Bayi tabung uji, cepat hamil, Doktor IVF Perempuan, Dr Natasha Nor, Ebook Percuma, endometriosis malaysia, ICSI Malaysia, increase your fertility, ingin hamil, KL FERTILITY CENTRE, kurang kesedaran masalah kesuburan, rawatan kesuburan, seminar IVF, tingkatkan kehamilan, tingkatkan kesuburan, TTC, TTC Malaysia. Bookmark the permalink. 2 Comments.
doc..berapakah kos rawatan untuk endometriosis ini?
ini bergantung sama ada lizan mahukan rwatan IVF ataupun laparoscopy. Sebaik-baiknya keputusan ini dicapai setelah berbincang dengan pakar yang merawati Liza.