Archives

Archives

26 Dis 2013 – Success Story

Tanpa disedari, tahun 2013 sudah hampir sampai ke penghujungnya dan kita kini sudah berada diambang 2014. Mungkin ada setengah-tengah pasangan yang TTC (‘trying to conceive’) sudah pun kini berjaya hamil. Manakala, ada pasangan yang masih lagi menunggu dengan penuh harapan untuk their success story pula. Alhamdulillah dan tahniah doktor ucapkan kepada pasangan yang telahpun berjaya hamil. Semoga kehamilan dan kelahiran bayi-bayi anda selamat dan berjalan lancar.  Kepada pasangan yang masih tidak berjaya, teruskanlah usaha dan janganlah putus asa kerana masih ada harapan.

Doktor Tasha baru sahaja menghadiri ucapan syarahan perdana Professor Zainul Rashid di PPUKM baru-baru ini yang bertajuk ‘Kemandulan lelaki. Masih ada harapan.’ Kami semua teruja untuk mendengar syarahan Prof dan kami memang tidak kehampaan. Banyak petunjuk dan nasihat yang diberikan oleh Prof. Sedikit-sebanyak Prof Zainul ada menyentuh mengenai ‘success’ selepas menjalani rawatan IVF.

Apakah factor punca kejayaan IVF?

Adakah doktor IVF yang melakukan rawatan tersebut?

Pakar embriologis?

kualiti telur , sperm dan embrio?

Jawapan Prof ialah…………

                                                     “Allah yang menentukan segalaNya”.

Doktor Tasha juga sangat bersetuju dengan kenyataan Prof. Kadang-kadang kita lihat pesakit yang mempunyai kualiti embrio yang kurang elok dan umur pasangan wanita yang lebih lanjut pula yang berjaya mengandung. Padahal, doktor dan para embriologis sudah merasakan kadar kehamilan mereka mungkin agak rendah berbanding pesakit lain. Akan tetapi, sudah rezeki dan takdir mereka..

Akan tetapi kita juga mestilah berusaha memastikan kita bersedia untuk rawatan kesuburan. Pasangan hendaklah memastikan kualiti telur dan sperma elok seperti memastikan kurangkan berat badan berlebihan, berhenti dari merokok, mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Dari segi rawatan pula, cubalah cari pusat dan pakar rawatan IVF yang baik.

Oleh itu, sekiranya rawatan kesuburan kali ini tidak berjaya, hendaklah duduk dan berbincang semula dengan doktor yang merawati. Apakah factor-faktor yang boleh diperbaiki agar rawatan pada masa depan boleh berjaya. Pasangan juga perlulah bersabar, memberikan sokongan antara satu sama lain, berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang baik dan paling penting sentiasa berdoa. In sha Allah, masih ada harapan dan suatu hari diharapkan nanti doa itu akan dimakbulkanNya. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: