Search Results for kitaran haid tidak teratur

Kenapakah kitaran haid tidak teratur?

Dr Tasha mendapat banyak soalan dari pembaca-pembaca blog yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Mereka merasa runsing kenapakah ini terjadi dan risau sekiranya ini boleh menjejaskan peluang mereka untuk hamil. Apabila haid tidak teratur, ini mungkin menandakan yang hormon di dalam badannya adalah tidak seimbang dan ovulasi tiap-tiap bulan tidak berlaku seperti sepatutnya. Ini seterusnya boleh menurunkan kesuburan seseorang wanita.

Apakah ‘Secondary Amenorrhoea’?

Ini adalah apabila seseorang wanita yang sudah mendapat haid yang teratur, tiba-tiba tidak didatangi haid sekurang-kurangnya 6 bulan.

Apakah ‘Oligomenorrhoea’?

Ini adalah apabila seseorang wanita yang mempunyai kitaran haid melebihi 42 hari.

 

 

Punca Haid tidak teratur 

Terdapat beberapa faktor-faktor yang boleh menyebabkan haid tidak tetap. Ini termasuklah:

1. Polycystic ovarian syndrome (PCOS)

Ini adalah salah satu punca utama (55%) yang boleh menyebabkan ‘oligomenorrhoea’. Diagnosis PCOS akan dibuat oleh doktor apabila 2 dari 3 kriteria tersebut dipenuhi:

  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang
  • Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

Kebanyakan wanita akan mengalami simptom PCOS terutamanya jika berat badan mereka menaik dengan mendadak. Ini kerap dilihat selepas wanita tersebut baru kahwin atau stress dengan memakan berlebihan. PCOS juga adalah diagnosis yang didapati lebih lagi sekiranya wanita tersebut sudah mengalami ‘oligomenorrhoea’ sejak dari baligh lagi.

2. Masalah Endokrin

Ini termasuklah masalah thyroid, penyakit Cushing dan Addison. Darah untuk paras hormon thyroid perlu diperiksa untuk semua wanita yang mengalami ‘oligoamenorrhoea’.

3. Prolactinoma

Lebih kurang 10% wanita yang mengalami ‘oligomenorrhoea’ berpunca dari  masalah tumor pada kelenjar pituitary yang merembeskan keluar hormon prolactin secara berlebihan. Antara simptom yang mungkin dialami termasuklah pening kepala, pengeluaran susu dari puting buah dada dan gangguan penglihatan. Ujian darah wanita tersebut akan menunjukkan kadar paras hormon prolactin yang tinggi. Imbasan otak perlu dilakukan untuk melihat samaada terdapat tumor pada kelenjar pituitary. Tumor tersebut selalunya ialah ‘benign’ in nature.

4. Menopaus pramatang (‘Premature menopause’)

7% kes ‘oligomenorrhoea’ pula disebabkan oleh ‘Premature menopause’. Diagnosis ini ialah apabila seseorang wanita mengalami menopaus sebelum umurnya mencecah 40 tahun. Terdapat beberapa punca termasuk idiopathic, kondisi autoimmune, Turner’s sindrom dan infeksi viral.

5. Lain-Lain

 Stress dan kehilangan berat badan yang berlebihan juga boleh menjadi penyebab kitaran haid yang tidak teratur.

Oleh itu, sekiranya anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan ingin hamil, hendaklah berjumpa dengan doktor agar ujian tertentu boleh dijalankan untuk menentukan puncanya. Rawatan yang perlu dilakukan untuk haid yang tidak teratur bergantung kepada keputusan ujian yang telah dijalankan. Akan tetapi majoriti kes, kitaran haid itu boleh dipulihkan atau rawatan kesuburan yang bersesuaian boleh dilakukan.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Kenali kitaran haid anda

Pada kali ini, Dr Tasha ingin mengajar para pembaca blog terminologi ginekologi asas yang perlu diketahui. Ini adalah agar apabila berjumpa doktor ianya dapat mempermudahkan perbincangan selanjutnya mengenai sebarang masalah sakit puan, kesuburan dan rawatan fertiliti. Walaupun informasi ini adalah perkara asas, namun dari pengalaman Dr Tasha, mungkin masih ramai yang tidak tahu lagi. Dengan mengetahui kitaran haid anda juga boleh mengira waktu subur anda.

1. Berapakah kitaran haid anda?

Kitaran Haid (‘Menstrual cycle’) hendaklah dikira dari hari pertama haid hingga kepada hari terakhir sebelum haid seterusnya.

1

Contohnya kiraan:

Hari pertama haid 1 April dan hari pertama haid bulan hadapan ialah 28 April.

Jadi, Kitaran Haid anda ialah 27 hari.

Sekiranya doktor menanyakan kitaran haid anda (‘menstrual cycle’) anda bolehlah memberi kiraan purata haid 3 -6 bulan sebelum itu. Kirakan kitaran haid terpendek dan terpanjang anda.

Untuk mengira kitaran haid anda menggunakan kalkulator. Sila KLIK di sini.

2. Adakah kitaran haid anda teratur atau ‘regular’?

Kitaran haid yang teratur ialah apabila kitaran haid itu adalah antara 21 – 35 hari. Ada setengah-tengah wanita yang mempunyai kitaran haid yang lebih pendek iaitu 21 hari, manakala yang lain 35 hari. Kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid 28 – 30 hari. Sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur dan merancang untuk hamil, hendaklah berjumpa dengan doktor untuk menyiasat apakah punca haid anda tidak teratur.

3. Bilakah LMP anda (Last menstrual period)?    

Ini ialah hari pertama anda mendapat haid. Setengah-tengah wanita selalunya akan mendapat tompok-tompok coklat dahulu sebelum dari merah haid keluar. Hari pertama haid selalunya dikira hari pertama darah merah keluar.

4. Berapa lamakah haid anda?

Yang dimaksudkan di sini ialah dari hari pertama haid sehingga darah haid habis. Tempoh haid yang normal selalunya dalam anggaran 3 – 7 hari.

 

5. Bilakah patut berjumpa doktor sekiranya masih tidak mendapat haid?

Majoriti akan mendapat haid bila genap umur 11-14 tahun. Oleh itu, hendaklah berjumpa dengan doktor sekiranya masih tidak mendapat haid genap umur 16 tahun.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Punca ketidaksuburan di kalangan wanita

Ada beberapa masalah kesihatan di kalangan kaum wanita yang boleh menjadi punca wanita itu susah hamil. Antara factor-faktor penyebabnya ialah masalah ovulasi, saluran peranakan dan rahim. Di bawah ialah antara factor-faktor utama punca ketidaksuburan di kalangan wanita:

1. PID (Pelvic Inflammatory Disease): Ini adalah salah satu masalah utama penyebab kemandulan di serata dunia. Ianya adalah masalah penyakit kelamin berjangkit (STD – Sexually Transmitted Disease). PID mengakibatkan saluran peranakan tersumbat dan rosak. Ia juga boleh mengakibatkan risiko mendapat kandungan luar rahim (‘ectopic pregnancy’) lebih tinggi.

2. PCOS (Polycystic Ovarian Disease): Ini juga adalah masalah yang kerap di kalangan wanita moden di mana terdapat masalah hormone yang tidak seimbang di dalam badan di mana kilang telur pesakit mengidapi PCOS ini mengeluarkan hormone lelaki i.e testosterone yang berlebihan. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, darah haid yang berlebihan, obesiti, jerawat dan kesukaran untuk hamil.

3. Endometriosis: Pesakit yang mengalami endometriosis ini terjadi apabila lapisan dalam dinding rahim (‘uterine lining’) berada di luar rahim. Tiap-tiap bulan, cebisan-cebisan lapisan dinding rahim yang berada di luar rahim ini akan dirangsangkan oleh hormon di dalam badan di mana ianya akan menebal dan berdarah. Akan tetapi, lapisan dinding rahim tersebut tidak dapat mengalir keluar dari badan seperti mana dinding rahim yang normal. Oleh itu, ianya akan berkumpul dan akhirnya menjadi parut di dalam badan yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur.

4. Abnormaliti pada rahim seperti septa atau fibroid.

 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Punca Ketidaksuburan di kalangan wanita

Ada beberapa masalah kesihatan di kalangan kaum wanita yang boleh menjadi punca wanita itu susah hamil. Antara factor-faktor penyebabnya ialah masalah ovulasi, saluran peranakan dan rahim. Di bawah ialah antara factor-faktor utama punca ketidaksuburan di kalangan wanita:
1. PID (Pelvic Inflammatory Disease): Ini adalah salah satu masalah utama penyebab kemandulan di serata dunia. Ianya adalah masalah penyakit kelamin berjangkit (STD – Sexually Transmitted Disease). PID mengakibatkan saluran peranakan tersumbat dan rosak. Ia juga boleh mengakibatkan risiko mendapat kandungan luar rahim (‘ectopic pregnancy’) lebih tinggi.

2. PCOS (Polycystic Ovarian Disease): Ini juga adalah masalah yang kerap di kalangan wanita moden di mana terdapat masalah hormone yang tidak seimbang di dalam badan di mana kilang telur pesakit mengidapi PCOS ini mengeluarkan hormone lelaki i.e testosterone yang berlebihan. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, darah haid yang berlebihan, obesiti, jerawat dan kesukaran untuk hamil.

3. Endometriosis: Pesakit yang mengalami endometriosis ini terjadi apabila lapisan dalam dinding rahim (‘uterine lining’) berada di luar rahim. Tiap-tiap bulan, cebisan-cebisan lapisan dinding rahim yang berada di luar rahim ini akan

4. Abnormaliti pada rahim seperti septa atau fibroid.

Ketahui mengenai masalah PCOS untuk wanita yang ingin hamil – Seminar Percuma pada 8 April 2017

“Doktor, kitaran haid saya tidak teratur dan telah didiagnos dengan PCOS. Apa yang perlu saya buat untuk hamil dengan segera?”

Kebelakangan ini Dr Tasha menerima banyak email dari pembaca-pembaca blog yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur dan juga PCOS. Oleh itu, pihak KL Fertility Centre akan mengadakan Seminar Percuma mengenai topik tersebut. Butirannya adalah seperti berikut:

Tempat: DC Mall, Damansara City in Damansara Heights

Tarikh: 8/4/17

Masa: 11 – 1.00pm

Penceramah: Dr Natasha Nor

Antara Isu-isu yang dikupaskan semasa seminar tersebut:

  1. Apakah punca kitaran haid yang tidak teratur
  2. Apakah PCOS dan bagaimanakah ianya didiagnoskan
  3. Rawatan kesuburan untuk wanita yang mempunyai masalah PCOS
  4. Diet untuk wanita PCOS
  5. Berat badan yang berlebihan dan masalah PCOS

Seminar ini adalah khusus buat pasangan TTC / yang ingin hamil dan pasangan wanitanya mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur dan PCOS. Sekiranya ada berminat untuk menghadiri seminar tersebut:

1.Sila lengkapkan kuiz tersebut di bawah:

2. Sila berikan maklumat tersebut di bawah untuk diberikan kepada pihak pengurusan bagi proses pendaftaran:

Wife’s Name:

Wife’s HP Number:

Wife’s Email Address:

Husband’s Name:

Husband’s HP Number:

Husband’s Email Address:

Number of seats for the seminar:

Emailkan jawapan anda di atas kepada drnatashanor@gmail.com. Tempat duduk adalah terhad. Oleh itu, sila hantarkan jawapan secepat mungkin. Diharapkan kita akan berjumpa di seminar tidak lama lagi.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Kuiz: Uji Tahap Kesuburan Anda

pregnant woman lying in bedroom

Ramai wanita yang sudah berkahwin dan sedang cuba untuk hamil, mungkin tertanya-tanya sama ada tahap kesuburan mereka adalah memuaskan. Adakah mereka subur atau tanpa disedari mereka mungkin mempunyai masalah untuk hamil? Semua persoalan ini bermain-main di kepala mereka.

Terdapat beberapa faktor-faktor yang sudah dikenalpasti boleh mengurangkan kadar kesuburan seseorang wanita. Jika ingin tahu, cubalah membuat kuiz di bawah ini. Selamat mencuba!

LATAR BELAKANG ANDA

KITARAN HAID ANDA

Kenapa kitaran haid tidak teratur? Sila rujuk SINI

LATAR BELAKANG REPRODUKTIF ANDA

LIFESTYLE

 (*1 unit = satu cawan kopi, 1/2 unit = satu cawan teh/1 tin coco-cola)

Tidak tahu mengira BMI? Sila rujuk SINI.

**Untuk mendapatkan markah untuk UJIAN TAHAP KESUBURAN ANDA,  sila tekan butang “Submit”. Penerangan dan nasihat untuk meningkatkan kesuburan anda akan diberikan. Ianya adalah PERCUMA**

Untuk pembaca yang berminat membaca rawatan apakah sesuai untuk mereka: Kuiz: Adakah saya calon sesuai untuk rawatan IUI atau IVF

Kuiz Peserta Webinar: Adakah Saya Calon untuk IUI ataupun IVF?

Ramai antara pasangan TTC mungkin akan mempunyai dilemma sama ada patut membuat rawatan IUI ataupun IVF. Bagi yang mungkin menghadapi masalah tersebut, ambillah kuiz di bawah untuk menentukan sama ada anda lebih sesuai untuk rawatan IUI ataupun IVF.

Kuiz rawatan IUI ataupun IVF

*Adakah anda tahu ‘ovarian reserve’ anda?

Sila kira BMI anda di sini.

Tidak pasti. Sila KLIK di sini.

Sila tekan button “send” untuk mendapatkan jawapan dari Dr Tasha ya.   Selamat mencuba!

Adakah stress penyebab anda masih belum hamil?

“Doktor saya sentiasa merasa cepat stress di tempat kerja malah kadang-kala di rumah. Tambahan pula sudah 1 tahun mencuba untuk hamil tetapi tidak berjaya. Adakah stress penyebab saya susah hamil?”

Bagaimanakah stress boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan?

Apabila seseorang mengalami tekanan terutamanya stress yang tinggi dan berpanjangan ini akan menyebabkan hormon tertentu dirembeskan ke dalam darah seperti adrenalin, cortisol dan catecholamines. Hormon-hormon tersebut akan mengganggu pengeluaran hormon GnRH (‘gonadotrophin releasing hormone’) yang berfungsi untuk rembesan hormon FSH (‘Follicle Stimulating hormone’) dan LH (Luteinising Hormone’) yang bertindak ke atas ovari (di dalam wanita) dan testis (di dalam lelaki) untuk pengeluaran hormon estrogen dan adrogen. Kedua-dua hormon ini penting untuk fungsi sistem reproduktif yang baik. Ketidakseimbangan hormon tersebut boleh menganggu ovulasi dan libido seseorang. Kebanyakan individu yang sentiasa mengalami tekanan tinggi kerap kali keletihan dan mempunyai gaya hidup yang tidak sihat.

Adakah stress menjadi punca masalah kesuburan? Fakta atau mitos?

Kenyataan tersebut di atas hanyalah benar ‘to a certain extent’. Benar stress yang ‘sangat tinggi’ dan berpanjangan boleh menyebabkan masalah kesuburan di dalam satu pasangan. Akan tetapi, kerap kali didapati punca-punca lain seperti saluran peranakan tersumbat atau masalah sperma juga menyumbang masalah kesuburan. Oleh itu, pasangan yang mengalami kesukaran untuk hamil masih perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan tiada lagi punca masalah kesuburan dan tidak hanya menyalahkan stress semata-mata. Usahlah menunggu terlalu lama untuk merujuk kepada doktor khususnya yang arif dalam masalah fertiliti atau kesuburan.

Stress mempunyai impak yang berlainan  kepada setiap individu. Setengah-tengah wanita mungkin mendapati kitaran haid mereka menjadi tidak teratur atau kurang nafsu seks. Bagi pasangan yang melalui rawatan IVF tidak dinafikan akan melalui tekanan emosi yang tinggi. Memang agak sukar dan mustahil jika tidak mengalami perasaan stress langsung sepanjang rawatan IVF!

Satu kajian meta-analisis yang telah dilakukan oleh Universiti Cardiff School of Psychology telah mendapati wanita yang mengalami stress, rungsing atau murung tidak akan memberikan impak kepada kadar kejayaaan IVF mereka. Wanita yang dikatakan mempunyai stress yang tinggi mempunyai peluang yang sama untuk hamil. (1)

Cari penyelesaian yang sesuai untuk anda bagi mengurangkan ‘stress level’ anda

Pada pendapat Dr Tasha, amat sukar untuk menilai tahap stress seseorang dan impak ke atas dirinya dan pasangan mereka. Tidak dinafikan stress boleh memberikan kesan yang negatif kepada tubuh badan dan emosi seseorang. Akan tetapi agak sukar atau mustahil untuk menyingkirkan kesemua stress sekaligus di dalam kehidupan seharian kita. Mungkin sekiranya anda terbaring sepanjang hari barulah tidak terasa stress atau sebaliknya akan berlaku.

Oleh itu, pendekatan yang terbaik mungkin ialah dengan mengfokus apakah perkara atau situasi yang membuatkan anda stress dan cari cara terbaik untuk menangani atau mengurangkan stress tersebut. Lain orang lain caranya. Carilah jalan penyelesaian yang dirasakan terbaik untuk anda sendiri.

Bagi yang menganut Agama Islam atau lain-lain agama, doa adalah satu cara yang amat baik untuk mengurangkan stress. Walaupun begitu, kita mesti berikhtiar dan cari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

References:

  1. Emotional distress in infertile and failure of assisted reproductive technologies: meta-analysis of prospective psychosocial studies. J Boivin, E Griffiths, C A Venetis. BMJ (2011); 342:d223

Kuiz: Adakah saya sesuai untuk program IVFku?

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai program IVFku. Klik di sini.

logo-ivfku

1.Berapakah umur anda? (Ini adalah umur untuk pasangan wanita)

a. 32 tahun ke bawah

b. 32 – 35 tahun

c. 36 – 38 tahun

d. 39 tahun ke atas

 

2. Berapa lama sudah anda dan pasangan mencuba untuk hamil?

a. 2 tahun ke bawah

b. 3 – 5 tahun

c. Lebih dari 5 tahun

d. Lebih dari 8 tahun

 

3.Adakah ujian sperma telah dilakukan?

a. Ya. Jika Ya, adakah keputusan sperma normal / tidak?  Sila kepilkan keputusan ujian tersebut jika ada

b. Tidak

 

4. Adakah ujian untuk ‘ovarian reserve’ telah dilakukan?

a. Ya

b. Tidak

c. Tidak pasti

 

5. Apakah punca sukar untuk hamil?

a. Masalah sperma. Jika ujian sperma telah dilakukan, sila kepilkan keputusan

b. Masalah telur tidak matang (PCOS)

c. Masalah saluran peranakan tersumbat

d. Masalah fibroid

e. Masalah endometriosis

f. Masalah telur kurang (‘Ovarian reserve’ rendah)

g. Tidak ada apa-apa masalah yang telah dikesan (‘Unexplained subfertility’)

h. Tidak tahu apa punca

i. Lain-Lain: Sila nyatakan _______________________

 

6. Berapakah BMI anda?

a. <18.5

b. 18.5 – 24.9

c. 25 – 29

d. >30

e. Tidak pasti.

Sila kira BMI anda di sini.

 

7. Adakah kitaran haid anda teratur?

a. Ya

b. tidak

c. Tidak pasti. Sila KLIK di sini.

 

8. Berapakah bajet anda untuk rawatan kesuburan?

a.  RM1000 – 5000

b. RM5000 – 10000

c.RM10000 – 15000

d. RM15000 – 20000

e. Tidak kisah kos asalkan mendapatkan rawatan terbaik

 

9. Pernahkah anda mendapatkan rawatan kesuburan?

a. Ya. Jika ya, sila nyatakan sama ada ianya rawatan IUI / IVF dan ‘outcome’ rawatan tersebut

b. Tidak pernah

 

10. Faktor di bawah yang manakah anda lebih pentingkan?

a. Tidak kisah mencuba rawatan ringkas yang mungkin lebih murah tetapi mempunyai kadar kejayaan yang lebih rendah

b. Ingin hamil secepat mungkin jadi tidak kisah sekiranya perlu rawatan yang lebih mahal tetapi kejayaan yang lebih tinggi

c. Tiada faktor di atas

d. Faktor lain. _____________________________________________

 

Adakah terlalu kurus boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil?

“Doktor adakah berat badan saya yang rendah ini boleh menyebabkan masalah untuk hamil?”

Masalah berat badan sama ada berkurangan ataupun berlebihan boleh menyumbang kepada masalah fertiliti. Terdapat segelintir wanita yang mempunyai berat badan yang sangat rendah mengikut ketinggiannya. Berat badan yang ideal adalah BMI antara 18.5 – 24.9. Cara mengira BMI anda.

Kenapakah mempunyai BMI yang terlalu rendah boleh merendahkan tahap kesuburan?

Apabila berat badan kita adalah sangat rendah dan kadar kandungan lemak di dalam badan adalah rendah, ini akan memberikan isyarat kepada otak yang wanita itu berada dalam keadaan ‘starvation’. Oleh itu, secara semulajadi ianya akan memberikan impak di mana terdapat pengurangan rembesan hormon dari otak kepada kelenjar pituitari. Ini akan memberikan isyarat kepada ovari wanita tersebut untuk mengurangkan atau memberhentikan pengeluaran telur di kilang ovari. Apabila ovulasi tidak berlaku, ini seterusnya akan mengakibatkan kitaran haid tidak terjejas dan menjadi tidak teratur.

Sejarah telah menunjukkan selepas Perang Dunia Kedua, kadar kehamilan adalah amat rendah walaupun di kalangan pasangan muda. Salah satu faktor adalah disebabkan ramai wanita dan juga lelaki pada waktu darurat mempunyai berat badan yang sangat rendah diakibatkan diet yang tidak sihat dan makanan yang berkurangan.

Apakah yang akan dilakukan oleh doktor jika mempunyai masalah berat badan yang rendah?

Sejarah latar belakang dan pemeriksaan akan dilakukan. Doktor akan mengenalpasti apakah punca masalah berat badan yang rendah termasuklah genetik, masalah diet yang tidak sihat seperti anorexia / bulimia nervosa, pengamalan ‘exercise’ yang berlebihan ataupun masalah hormon thyroid.

    

Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan berat badan secara sihat? 

  • Kadang-kala wanita tersebut akan dirujuk kepada pihak nutrisi atau ‘dietician’ agar diet mereka boleh diteliti dan penambahbaikan dapat dilakukan jika perlu
  • Makan dengan lebih kerap iaitu 5 atau 6 kali makan berbanding hanya 3 kali sehari. Di samping itu, ini mungkin boleh dilakukan dengan memakan snek sihat antara waktu makan.
  • Memakan makanan yang bukan sahaja berkalori tinggi tetapi bernutrisi tinggi. Lebihkan makanan yang mengandungi  kandungan tinggi protein, lemak sihat seperti Omega 3 dan berserat
  • Melakukan senaman. Ini boleh membina otot di samping membuatkan selera anda bertambah.
  • Memakan Suplemen tambahan seperti multivitamin dan folik asid.

Sebenarnya, kajian telah menunjukkan wanita yang mempunyai berat badan yang sangat kurang akan lebih sukar untuk hamil berbanding dengan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan sedikit. Oleh itu, hendaklah cuba sedaya upaya untuk meningkatkan berat badan sekiranya adalah dalam golongan wanita yang mempunyai berat badan yang sangat rendah

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor