Pelvic Inflammatory Disease

‘Doktor, baru-baru ini doktor telah mengesahkan saya menghidapi masalah Pelvic Inflammatory Disease (PID) sehingga kedua-dua tiub saya tersumbat dan bengkak. Adakah ini penyebab saya masih tidak hamil?’

adultery

Apakah penyakit ‘Pelvic Inflammatory Disease’ (PID)?

Ini adalah salah satu masalah utama penyebab kemandulan di serata dunia. Ianya adalah masalah penyakit kelamin berjangkit (STD – Sexually Transmitted Disease) yang boleh menyebabkan jangkitan serta kerosakan teruk pada organ peranakan wanita. PID boleh mengakibatkan saluran peranakan tersumbat dan bengkak serta risiko mendapat kandungan luar rahim (‘ectopic pregnancy’) lebih tinggi.

Picture1

Apakah punca PID?

Kes PID adalah lebih kerap dilaporkan di kalangan negara di mana seks rambang berlaku. Di negara USA setiap tahun lebih dari 1 juta wanita dikatakan mengalami episod jangkitan PID. Disebabkan oleh PID lebih 100,000 wanita akan mengalami masalah fertiliti. Di Malaysia, bilangan wanita yang mengalami masalah PID tidak diketahui dengan tepat tetapi ada sumber-sumber yang mengatakan bilangan kes-kes PID telah meningkat kebelakangan ini.

PID disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria terutamanya Gonorrhoea dan Chlamydia pada pangkal rahim ie servik. Servik memainkan peranan penting sebagai benteng pertahanan untuk alat peranakan wanita. Akan tetapi apabila jangkitan dan keradangan servik berlaku kuman-kuman tersebut akan berjaya melepasi servik untuk menjangkiti bahagian lain alat peranakan wanita terutamanya saluran peranakan Fallopio.

Punca-punca lain PID termasuklah kes pengguguran, penggunaan alat dalam rahim dan prosedur-prosedur pelvis serta semasa kelahiran. Selain dari itu, penggunaan pencucian vagina / ‘douching’ mungkin juga boleh menyebabkan perubahan flora vagina serta memudahkan jangkitan kuman merebak dari bahagian faraj ke bahagian atas alat peranakan wanita.

Simptom-simptom PID

PID sukar dikesan pada peringkat awal kerana kebanyakan wanita tidak mempunyai simptom-simptom. Sebahagian besar wanita hanya akan mendapat diagnosis apabila mereka mengalami kesukaran untuk hamil ataupun apabila jangkitan tersebut sudah pada tahap kronik dan mengakibatkan kerosakan pada  yang sukar diperbaiki.

Antara simptom-simptom yang mungkin dialami oleh pesakit PID:

  • Kesakitan di bahagian pelvis atau bahagian atas kanan abdomen.
  • Demam
  • Pengeluaran keputihan dari faraj yang berwarna hijau / kuning serta berbau busuk
  • Kesakitan semasa hubungan seks
  • Pendarahan haid yang tidak teratur
  • Kesakitan semasa membuang air kencing

Cara mengesan PID

Sekiranya PID disyaki, doktor yang merawati akan membuat pemeriksaan untuk mengesan jangkitan tersebut:

  • fizikal
  • Imbasan scan
  • Ujian darah dan air kencing
  • Pembedahan Laparoscopik

Pemeriksaan fizikal faraj wanita dapat mengesan kehadiran keputihan kuning / kehijauan. Manakala lelaki pula pengeluaran lendir kuning dari penis.

Keputihan yang dilihat melalui pemeriksaan faraj

Lendir nanah dari zakar

Imbasan scan mungkin dapat mengesan kehadiran tiub bengkak iaitu ‘hydrosalphinx’ ataupun infeksi bernanah di bahagian ovari dan saluran peranakan ie ‘tubo-ovarian abscess’

hydrosalpinx1

Tiub yang bengkak dilihat melalui imbasan scan pelvis

Pembedahan laparoscopik akan dapat mengesan kesan-kesan infeksi pada rahim dan saluran peranakan serta bahagian organ lain yang terlibat

pid1

Fitz-Hugh-Curtis Syndrome – Jangkitan PID

Implikasi PID

Implikasi PID termasuklah masalah kemandulan, sakit kronik di bahagian pelvis, kandungan ektopik serta impak psikologi  kerana penghidap PID dan pasangan mereka.

Rawatan PID

  1. Antibiotik penghidap PID dan juga pasangan mereka perlu diberikan.
  2. Pembedahan sekiranya terdapat pengumpulan nanah ie ‘abscess’ yang tidak sembuh dengan rawatan antibiotik
  3. Rawatan kesuburan ie IVF sekiranya kedua-dua saluran peranakan sudah tersumbat dan rosak.

Sepatah kata:

Dr Tasha kebelakangan ini kerap mendengar rungutan  ramai para wanita yang mengeluh akan fenomena kehadiran ‘orang ketiga’ yang menyebabkan lelaki berkahwin lagi satu atau lebih teruk berlaku curang dan mengadakan ‘affair’. Ramai teman-teman yang mengutuk perbuatan lelaki tersebut. Tetapi kita perlu beringat orang ketiga tersebut yang turut terlibat adalah juga kaum wanita sendiri. ‘It takes two to tango’.

Yang menyedihkan lagi sudah berlaku peningkatan kes-kes terutamanya di sekitar kota-kota di mana ramai wanita muda sanggup ‘kangkang kaki’ di luar batasan perkahwinan semata-mata untuk menikmati kehidupan mewah  dengan ditanggung oleh ‘sugar daddy’ mereka.

Maruah digadai demi mengecapi kekayaan duniawi. Wanita-wanita materialistik dan hanya mementingkan diri tersebut kerapkali bukanlah mahu ‘menumpang kasih’ tetapi sanggup ‘merampas kasih’ dari sang isteri dan anak-anak dengan cara apa sekali pun demi mencapai impian kekayaan dan gaya hidup senang-lenang sehingga tidak memikirkan implikasi di dunia dan akhirat kelak. Sudah tidak ada perasaan malu atau insaf di lubuk hati mereka. Mungkin hati dan mata mereka sudah dikelabui oleh wang ringgit sehingga begitu mudah mereka dibeli.

Malah sang suami sudah alpa dan tidak mengingati serta mengenang jasa isteri yang kini sudah lebih berumur kerana ketagihkan belaian ‘cinta’ wanita yang jauh lebih muda dan konon-kononnya memberangsangkan. Sang suami terlalu mempercayai buta-buta dan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menceraikan isteri pertama tersebut yang tidak bersalah dan setia kerana mengikut telunjuk kata ‘orang ketiga’.

Kerap kali akhirnya lelaki-lelaki tersebut akan menerima pelbagai balasan dunia yang buruk serta ditinggalkan oleh wanita muda tersebut apabila tidak dapat disogok lagi dengan harta kekayaan. Barulah hendak menyesal tidak kesudah. Kebahagiaan tidak mungkin dibina dan dikecapi di atas kehancuran dan penganiayaan orang lain. Malah bagaimanakah penipuan dan kecurangan dapat dimaafkan oleh orang tersayang.

Kegoyahan ikatan perkahwinan hanya kerana penglibatan orang ketiga yang melibatkan pasangan yang kebanyakan sudah berkahwin bertahun-tahun serta mempunyai anak agak menyedihkan Dr Tasha. Kalau dahulu kita pening dan menggeleng-geleng kepala memikirkan gejala hubungan terlarang yang berlaku di kalangan golongan remaja, kini masalah tersebut berlaku pula di kalangan golongan-golongan ibu bapa yang sepatutnya jauh lebih matang dan seharusnya menjadi contoh tauladan kepada generasi muda hadapan. Lebih memalukan ‘orang ketiga’ tersebut sebenarnya sudahpun berpunya ie bertunang ataupun berkahwin!

Bagi kaum wanita bergelar isteri dan ibu Muslimah yang mengalami penganiayaan dan gangguan dari ‘orang ketiga’ ini sebenarnya jika mahu tindakan undang-undang dari Mahkamah Syariah mungkin boleh diambil terhadap mereka. 

Apakah yang akan berlaku kepada masyarakat kita yang semakin pincang ini? Adakah kita akan terus hanyut di bawa pergi arus budaya Barat dan masyarakat moden  yang tidak mempunyai pegangan moral dan agama? Ataukah tiba masanya kita bangkit dan memperbetulkan diri kita agar kita tidak terlalu terlambat…

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

%d bloggers like this: