Blog Archives

Inginkan Anak kembar? Bagaimanakah rawatan kesuburan boleh membantu anda?

“Doktor, saya teringin sangat untuk mendapatkan anak kembar. Comel sangat apabila lihat gambar-gambar baby twins!”

Terdapat beberapa kali Dr Tasha telah dihubungi kerana terdapat setengah-tengah pasangan yang sangat teringinkan anak kembar dua. Oleh itu, untuk post kali ini Dr Tasha akan mengupaskan serba-sedikit mengenai topik tersebut.

twins

Bagaimanakah kandungan kembar dua terhasil?

Secara umumnya kehamilan akan terhasil apabila satu telur matang yang dihasilkan oleh kilang telur seseorang wanita bercantum dengan seekor sperma dari pasangannya. Terdapat dua cara di mana kandungan kembar dua (‘Twins’) terhasil:

1.Dua Telur dipersenyawakan oleh Dua sperma berlainan

Kehamilan kembar tersebut akan menghasilkan kembar dua yang tidak seiras. Ianya dikenali juga sebagai ‘fraternal twin’ atau ‘dizygotic twins’

2.Satu Telur yang dipersenyawakan oleh Satu sperma membahagi kepada 2

Kehamilan kembar tersebut di atas pula akan menghasilkan kembar dua yang seiras.   Mereka mempunyai raut muka yang seiras dan juga adalah jantina yang sama. Kembar dua ini dikenali sebagai ‘monozygotic twins’.

Perlu diingat kandungan kembar bukanlah setakat kembar 2 tetapi akan tetapi boleh juga menjadi kandungan 3 (‘Triplet’) atau pun lebih.

Peluang untuk mendapatkan kandungan kembar jika menggunakan rawatan kesuburan

Bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, bergantung kepada punca masalah kesuburan, pakar fertiliti akan memberikan ubat kesuburan yang akan merangsangkan kilang telur atau ovari untuk menghasilkan lebih dari satu telur. Oleh itu kebarangkalian untuk kehamilan kembar akan menjadi lebih tinggi.

twins-talking-to-each-other

Peluang untuk hamil kembar sekiranya ubat pil subur ‘Clomid’ diberikan

Rawatan kesuburan pada peringkat awal, selalunya menggunakan pil subur untuk merangsang kilang telur. Peluang untuk hamil kembar dua dengan menggunakan pil Subur seperti ‘Clomid’ adalah lebih kurang 10%. Manakala kembar tiga adalah hanya 1-2%

Peluang untuk hamil kembar sekiranya ubat rangsang telur seperti FSH  (Follicle-Stimulating Hormone) digunakan

fshHormon FSH adalah ubat-ubatan suntikan hormon yang kerapkali digunakan untuk merangsang telur semasa rawatan kesuburan seperti IUI ataupun IVF diberikan. FSH dapat merangsang kilang telur dengan lebih kuat berbanding dengan clomid. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya risiko kandungan kembar adalah lebih tinggi dalam anggaran 30-40%. Walaupun kebanyakan kandungan kembar tersebut adalah kandungan kembar 2, lebih kurang 5% adalah kandungan kembar 3 ataupun lebih.

Peluang untuk hamil kembar sekiranya rawatan IUI diberikan

Rawatan IUI akan memberikan kadar kejayaan kehamilan 10-15%. Untuk merangsang telur ubat kesuburan clomid sahaja ataupun clomid + FSH akan diberikan bergantung kepada latar belakang pesakit. Pasangan yang berjaya hamil setelah menjalani rawatan IUI dan mengandung kembar bergantung kepada berapa telur yang berjaya dihasilkan.

Peluang untuk hamil kembar sekiranya rawatan IVF diberikan

Peluang untuk kehamilan kembar selepas rawatan IVF adalah lebih tinggi berbanding dengan kehamilan spontan. Ianya adalah dalam anggaran 20-30%. Ini disebabkan oleh bilangan embrio 1-3 diletakkan kembali ke dalam rahim semasa prosedur embrio transfer (ET).

Polisi untuk mengurangkan risiko kandungan kembar selepas rawatan IVF

twins-statistics

Statistik tersebut di atas di ambil dari rawatan IVF yang telah dijalankan di negara United Kingdom. Boleh dilihat bahawa peratus kehamilan kembar telahpun menurun disebabkan polisi tidak lebih dari 2 embrio dipindahkan ke dalam rahim bagi wanita berumur 40 tahunke bawah.

Sebenarnya risiko untuk kehamilan kembar dipandang serius terutamanya jika kandungan kembar tersebut adalah hasil dari rawatan IVF. Oleh itu, tidak hairan sekiranya jika dilihat negara-negara barat seperti Australia dan United Kingdom terdapat polisi di mana tidak lebih dari 2 embrio sahaja dibenarkan dipindahkan masuk ke dalam rahim wanita semasa prosedur ’embrio transfer’. Malah kini dengan peningkatan teknologi makmal IVF, polisi ‘SET’ (‘Single Embryo Transfer’) di mana hanya satu sahaja embrio dibenarkan diletak kembali terutamanya bagi wanita berumur 35 tahun ke bawah bagi mengelakkan kandungan kembar telah mula diperkenalkan di negara-negara barat.

Di KL Fertility Centre kami hanya akan meletakkan 2 embrio sahaja semasa prosedur ‘Embrio Transfer’ (ET). Ini adalah untuk mengurangkan risiko untuk kandungan kembar. Peluang untuk kehamilan kembar 2 bagi pasangan di mana 2 embrio dipindahkan semasa ET adalah dalam linkungan 20-30%. Risiko kehamilan kembar 2 adalah lebih tinggi untuk wanita yang lebih muda ie 30 tahun dan ke bawah.

Sepatah kata

Walaupun terdapat ramai pendapat umum yang teruja apabila melihat pasangan yang berjaya mendapat kandungan kembar, akan tetapi Dr Tasha ingin menasihatkan bahawa kandungan dan kehamilan kembar mempunyai risiko yang tinggi untuk ibu yang hamil dan juga bayi- bayi yang dikandungnya. Oleh itu, pasangan TTC hendaklah prihatin mengenai risiko yang bakal dihadapi. 

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai risiko kandungan kembar:

http://www.oneatatime.org.uk/

Di samping itu, amat sukar untuk mengawal bilangan folikel yang bakal terhasil selepas stimulasi ovari dengan ubat kesuburan seperti Clomid ataupun suntikan hormon FSH. Oleh itu, rangsangan telur terutamanya jika untuk IUI ataupun bersama sendiri dengan suami (TSI – Timed sexual intercourse) perlu dilakukan berhati-hati.

Akan  tetapi, sebagai seorang pakar fertiliti, Dr Tasha memahami bagi pasangan TTC terutamanya di Malaysia yang memang menghadapi masalah untuk hamil dan terpaksa menanggung kos rawatan fertiliti yang tinggi tanpa mendapat bantuan subsidi mana-mana, tentulah menginginkan kadar kejayaan kehamilan yang tinggi. Oleh itu, buat masa ini Dr Tasha masih akan letak 2 embrio selepas konsultasi dengan pasangan TTC tersebut. Ramai juga wanita yang berusia muda hanya meletakkan kembali 1 sahaja embrio dan oleh kerana usia muda mereka kadar kejayaan untuk mereka masih amat baik.  Oleh itu, hendaklah berbincang dengan teliti pros and kons mengenai bilangan embrio yang hendak diletakkan kembali.

twins-apart

 

IUI Promotion di Pusrawi dari 1 Ogos sehingga ke 31 Oktober 2016

Dr Tasha berharap agar semua pembaca blog senantiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa tabah mengharungi perjalanan fertiliti masing-masing. Buat perhatian para pembaca blog, pihak Hospital Pusrawi Jln Tun Razak kini sedang mengadakan IUI Promotion.

Bagi kempen IUI yang dipromosikan hanya untuk 3 bulan, bagi pasangan yang menjalani rawatan IUI tersebut, baucer sebanyak RM250 akan diberikan. Ini hanya boleh digunakan untuk mengurangi kos IUI tersebut di bawah. Jangan lepaskan peluang tersebut kerana ianya hanyalah untuk 3 bulan sahaja.

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai rawatan IUI yang dijalankan di Hospital Pusrawi:

http://www.pusrawi.com.my/index/pakej-perubatan/pakej-pemeriksaan-kesuburan/

https://i1.wp.com/www.pusrawi.com.my/wp-content/uploads/2016/07/Pakej-Kesuburan-IUI.png

Jika ada pasangan TTC yang masih tidak pasti sama ada patut melakukan rawatan IUI atau pun tidak sila lakukan kuiz tersebut di bawah:

https://drnatashanorfertility.com/info-asas/kuiz-rawatan-kesuburan-adakah-saya-calon-untuk-iui-ataupun-ivf/

Dr Tasha merasa amat gembira kerana mendapat berita dari pasangan TTC yang mendapat rawatan di bawah jagaan Dr Tasha yang baru sahaja melahirkan dan kini sudahpun bergelar seorang ibu dan ayah. Masing-masing mereka mempunyai cerita TTC tersendiri. Apa-apa pun ikhtiar kena ada. Oleh itu, jika bersesuaian hendaklah mulakan rawatan kesuburan agar tidak menunggu terlalu lama lagi, kerana penungguan itu sememangnya satu penyeksaan.

baby11

Di ambang Raya 2016

Dr Tasha merasakan masa seolah-olah berlalu dengan begitu pantas.  Apa yang kita lakukan pada hari ini dengan sekelip mata akan menjadi sejarah kehidupan kita yang lampau. Detik-detik waktu yang sudah kehilangan. Pejam-jelik kita sekali lagi berdiri di Ambang Raya. Kini sudah tahun 2016.

Buat bekas pesakit-pesakit Dr Tasha yang kini sudah sampai ke penghujung perjalanan fertiliti mereka, Tahniah Dr Tasha ucapkan. Ramai juga pasangan yang telah mengutuskan email untuk memaklumkan kehadiran orang baru di dalam kehidupan mereka. Teringat pula Dr Tasha bila kali pertama Dr Tasha sendiri mendakap bayi kembar Dr Tasha. Dalam hati berkata, “Oh macam ni rupanya baby yang ditunggu-tunggu selama ini. Begitu lama menunggu mereka. Tapi it’s ok. They are finally here. Terima kasih Allah.”

raya2014withtwins

Hmm.. nampak baik-baik je si kembar ni

raya2014withtwins1

Realiti sebenar bila sessi bergambar

Bagi pasangan yang masih meniti perjalanan fertiliti mereka, usahlah putus asa. Hendaklah bersabar, cekalkan diri dan terus berusaha. In Sha Allah anda juga bakal menjadi ibu bapa dan berpeluang merasakan pengalaman manis buat kali pertama menatap dan mendakap bayi anda.

Diharapkan bagi yang masih dalam perjalanan TTC dan merancang untuk membuat rawatan IVF, datanglah ke Seminar IVF percuma kami di KL Fertility Centre. Para peserta yang menghadiri seminar tersebut layak untuk mendapatkan konsultasi percuma bersama Dr Tasha. Tempat duduk adalah terhad. Hendaklah booking secepat mungkin ya.

IVFJourneyJuly2016

Bagi pasangan yang buat kali pertama menyambut Raya tahun ini dengan bayi mereka tentulah sambutan Raya tahun ini adalah kenangan yang sangat manis. Bagi yang masih tidak berpeluang berbuat demikian dan masih menanti kehadiran bayi mereka, apabila ditanyakan bila nak menimang anak, jawablah dengan yakin, In Sha Allah jika diizinkan Allah tidak lama lagi.

Akhir kata, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua pembaca blog tersayang!

Kad-Raya-2012-1

Dapatkan Buku ‘Catching My Baby Dust’ khusus buat pasangan TTC

Ramai pasangan TTC suka mendengar dan berkongsi pengalaman masing-masing semasa menghadapi ‘ups’ and ‘downs’ perjalanan fertiliti mereka. Dengan membaca bagaimana pasangan-pasangan lain menghadapi liku-liku perjalanan fertiliti mereka, adalah diharapkan agar ramai pasangan yang masih TTC dapat mempelajari ilmu dan tips berguna serta memperolehi kata-kata semangat untuk meneruskan perjalanan fertiliti mereka sendiri.

babydustbook

Dr Tasha dan rakan-rakan dari KL Fertility Centre telah mengumpulkan kisah benar TTC dari beberapa pasangan yang menghadapi pelbagai masalah kesuburan. Setiap pasangan menceritakan dari aspek mereka sendiri pengalaman pahit-manis yang terpaksa dilalui untuk mendapatkan zuriat yang diimpi-impikan. Buku ‘Catching My Baby Dust’ ini  boleh diperolehi dari kedai buku Borders dan MPH tidak lama lagi.

Setiap pasangan mempunyai masalah unik mereka yang tersendiri. Mungkin anda mempunyai masalah yang sama dengan salah satu dari pasangan tersebut. Ikutilah kisah benar pasangan-pasangan tersebut dan hayatilah rintangan serta cabaran yang terpaksa mereka atasi.

Dapatkanlah buku anda untuk membaca pengalaman pasangan TTC yang telah berjaya. Dr Tasha harapkan agar kisah-kisah tersebut dapat memberikan iktibar, mendorong dan memotivasikan serta menjadi inspirasi kepada setiap pasangan TTC.  Dr Tasha doakan agar lebih ramai lagi pasangan TTC akan hamil tidak lama lagi. In Sha Allah, you will then have you own story to tell to other TTCians.

‘Blowing some baby dust over to all you TTCians out there.  Enjoy reading the book written by TTCians dedicated especially for TTCians.’ 🙂

Rahim atau Telur yang Tua?

70yearoldwoman

Baru-baru ini Dr Tasha terlihat gambar di dalam social media menunjukkan seorang wanita yang berumur 70an di India yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya. Wanita tersebut dikatakan telah berjaya hamil setelah melakukan rawatan IVF buat kali ketiga. Mungkin wanita tersebut adalah wanita tertua di dunia yang telah berjaya melahirkan anak!

Masalah Rahim atau Telur yang tua di kalangan wanita berusia matang?

Mengikut statistik, wanita tertua yang hamil selepas rawatan IVF menggunakan telurnya sendiri berumur 47 tahun. Ini ialah kerana masalah utama di kalangan wanita berusia 40an ke atas ialah kualiti dan kuantiti telur yang rendah. Oleh itu, besar kemungkinan wanita yang berusia 50an yang telah berjaya hamil telah menggunakan telur yang telah diberikan oleh wanita yang lebih muda ie ‘egg donor’.

https://drnatashanorfertility.files.wordpress.com/2014/05/fertility-and-age-effect-on-egg.jpg?w=604

Jika dilihat dari gambarajah di atas sebaik sahaja seseorang wanita mencecah umur 40 ke atas, kebanyakan dari telur yang terhasil dari kilang ovarinya adalah abnormal. Bagi wanita berumur 41-43 tahun 90% dari telurnya adalah abnormal. Oleh itu, implantasi dan kehamilan akan menurun dengan mendadak bagi wanita tersebut.

Akan tetapi, jika dilihat wanita yang sudah melangkau umur menopaus yang mampu melahirkan anak dari rahimnya membuktikan umur rahim bukanlah faktor utama menghalang wanita dari hamil. Pelbagai innovasi teknologi kini yang telah berjaya menjadikan ramai wanita yang berusia matang hamil seperti ‘egg donor’ dan pembekuan telur.

Bolehkah telur yang tua direjuvenasikan?

ivfrejuvenation

Baru-baru ini Dr Tasha terbaca mengenai penemuan saintifik yang dikatakan boleh membantu ‘rejuvenasi’ telur-telur di dalam kilang ovari untuk membantu terutamanya wanita yang mempunyai masalah kualiti atau kuantiti yang rendah hamil. Pada waktu ini, ia hanyalah pada peringkat penyelidikan dan terdapat ramai pihak yang masih berasa skeptikal sama ada rawatan tersebut berkesan ataupun tidak.

Usah tangguhkan rawatan kesuburan yang berkesan

Bagi wanita beragama Islam, ‘donor eggs’ ini adalah diharamkan. Oleh itu, Dr Tasha sarankan semua wanita bukan sahaja yang beragama Islam agar tidak melengah-lengah waktu untuk menjadi seorang ibu. Memang tidak dinafikan dilema seorang wanita moden antara mengejar kerjaya atau membina keluarga. Bagi yang menghadapi masalah kesuburan, berikhtiarlah agar dapat cepat hamil.Kadar kejayaan rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF adalah jauh lebih tinggi di kalangan wanita yang berusia lebih muda berbanding wanita yang sudah berumur ‘late 30s’ ataupun 40an.

Dr Tasha kerap berasa kesal sekiranya berjumpa dengan pasangan yang sudahpun berkahwin lama tetapi secara sengaja ataupun tidak sengaja telah menangguhkan rawatan kesuburan sehinggalah umur pasangan wanitanya adalah lebih matang kerana tahu kadar kejayaan rawatan IVF mereka akan jatuh mendadak hanya kerana umur wanita tersebut. Tidak disangkal juga agak ramai juga wanita yang berusia matang telah berjaya hamil ‘despite all odds’ setelah menjalani rawatan IVF mereka, terdetik dalam hati Dr Tasha, sudah rezeki mereka. Alhamdulillah!

Tips untuk membuat Persediaan bagi rawatan IVF anda

Seminar ‘Perjalanan IVF Kami’ telah berjaya dijalankan pada 23 April 2016 yang lalu. Akan tetapi, kerana terlalu ramai pasangan yang ingin hadir dan tempat duduk yang terhad buat hari tersebut, beberapa pasangan tidak dapat pihak kami terima.

IVFpresentation

Untuk tidak menghampakan pasangan-pasangan yang tidak dapat menghadiri Seminar tersebut, pihak kami ingin mengadakan seminar berikut pada 14 May 2016. Sekali lagi, tempat duduk adalah terhad. Buat masa kini kami hanya akan menerima 10 pasangan sahaja. Ianya adalah percuma.

Topik yang akan dibincangkan:

  1. How to prepare for your IVF
  2. Male infertility

Sekali lagi, bagi pasangan yang ingin menghadiri seminar tersebut, sila book tempat anda secepat mungkin dengan menelefon KL Fertility Centre di 0320933500 ataupun email maykew@klfertility.com. Seminar tersebut adalah sangat sesuai bagi pasangan yang telah bersedia untuk membuat rawatan IVF dan ingin mendapatkan lebih maklumat mengenai persiapan untuk mendapatkan kadar kejayaan yang lebih tinggi.

 

 

 

Rawatan alternatif purbakala untuk menangani masalah kesuburan pasangan zaman moden?

“Doktor bolehkah saya membuat akupuntur sebelum dan semasa membuat rawatan IVF?”

Ramai pesakit tertanya-tanya sama ada rawatan alternatif seperti TCM dan Akupuntur dapat meningkatkan kadar kejayaan rawatan kesuburan moden mereka.  Terdapat pelbagai tanggapan yang berlainan mengenai penggunaan rawatan alternatif tersebut di dalam menangani masalah kesuburan. Adakah terdapat peranan rawatan purbakala tersebut pada zaman serba moden hari ini?

Acupuncture

Apakah Rawatan TCM?

Nama singkatan untuk TCM adalah Perubatan Tradisional Cina yang berasal dari negara China. Ianya adalah sistem rawatan perubatan yang paling tua dan telah diamalkan turun temurun semenjak beribu-ribu tahun. Pengamal TCM menggunakan rawatan yang meliputi penggunaan ubat-ubatan herba Cina, akupunktur, urutan Tuina, senaman dan terapi pernafasan (seperti qigong),  nasihat diet serta gaya hidup.

Xi FertilityTCM mengambil pendekatan falsafah yang mempercayai bahawa tubuh manusia adalah terdiri dari satu ekosistem yang mempunyai kesinambungan dengan alam persekitaran serta mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan diri sendiri secara semulajadi.

Kesihatan yang baik bergantung kepada pemulihan dan pengekalan keharmonian dan keseimbangan fungsi-fungsi tubuh-badan manusia. TCM menitikberatkan pendekatan holistik dan memberikan tumpuan kepada pencegahan penyakit serta rawatan kepada penyakit yang sedia ada.

 

Bagaimanakah  TCM dan Akupuntur boleh menolong pasangan yang mempunyai masalah fertiliti?

embrio implantingTerdapat pelbagai cara rawatan TCM boleh meningkatkan fertiliti semulajadi seseorang wanita ataupun sebagai rawatan sampingan untuk meningkatkan kejayaan rawatan kesuburan seperti IVF:

  • Menambah baik fungsi kilang ovari agar kualiti telur yang dihasilkan meningkat dari segi kualiti dan kuantiti.
  • Meningkatkan sistem immunisasi
  • Mengurangkan stres
  • Meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk pasangan lelaki
  • Menambah baik aliran darah kepada rahim agar implantasi embrio adalah lebih elok
  • Mengimbangi sistem endokrin reproduktif yang sensitif

 

Pusat-pusat IVF luar negara menggabungkan teknik rawatan TCM dengan teknologi moden terbaru

eastmeetwestKini boleh dilihat semakin peningkatan kolaborasi antara pusat-pusat IVF luar negara dengan pusat rawatan TCM. Peningkatan tersebut mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah permintaan dari pesakit yang mahukan rawatan alternatif tersebut untuk digabungkan dengan rawatan kesuburan IVF mereka. Peningkatan bukti dari kajian-kajian yang melihat integrasi rawatan moden Barat dan Timur juga telah membuktikan peningkatan kadar kejayaan rawatan kesuburan apabila rawatan alternatif TCM turut digabungkan.

 

Adakah terdapat bukti kajian saintifik yang mengkaji keberkesanan TCM dan Akupuntur untuk fertiliti?

Agak sukar untuk menjalani dan mendapatkan bukti kajian saintifik untuk mengkaji keberkesanan TCM untuk masalah fertiliti. Terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan dan pelbagai kesimpulan yang kadang-kala bercanggah mengenai TCM.

Oleh itu, keberkesanan hanyalah boleh dilihat apabila pesakit yang telah melalui rawatan tersebut serta melihat perbezaan rangsangan ovari, kualiti dan kuantiti telur yang telah diperolehi sermasa prosedur IVF serta status sperma sebelum dan selepas pasangan tersebut menjalani rawatan TCM. Di samping itu, tahap stres pesakit yang melalui rawatan IVF adalah lebih rendah.

Tidak dinafikan rawatan alternatif bukanlah untuk semua orang kerana lain individu akan mendapati kesan yang berbeza-beza.

 fertilityquotes