Blog Archives

Ingin Hamil, tapi suami tiada sperma! Apa yang perlu diketahui mengenai Azoospermia

“Doktor, suami telah melakukan ujian semen analysis tetapi keputusan menunjukkan yang dia tidak mempunyai sperma. Apa yang boleh kami lakukan?”

Keadaan di mana tiada langsung sperma dijumpai di dalam air mani suami dikenali sebagai Azoospermia. Sekurang-kurang dua ujian sperma akan dilakukan untuk mengesahkan diagnosis tersebut.

spermPunca Azoospermia

Keadaan azoospermia berlaku di dalam 1% populasi lelaki secara amnya. Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, azoospermia adalah puncanya dalam 10-15% peratus pasangan tersebut. Azoospermia disebabkan sama ada oleh masalah produksi sperma di dalam buah zakar ataupun saluran air mani tersumbat.

 Masalah produksi sperma 

Ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor:

a. Keadaan genetik di mana lelaki tersebut sudah dilahirkan begitu. Antaranya adalah Klinefelter’s syndrome, ‘cryptorchidism’ / ‘undescended testis’  (di mana testis tidak berada di dalam kantung scrotum), ‘Y chromosome deletions’ etc

b. Masalah hormon yang tidak seimbang Kallmann’s syndrome, masalah di hypothalamus atau kelenjar pituitari.

c. Infeksi. Contohnya Beguk

d. Kanser Testis.

e. ‘Varicocoele’. Ini ialah keadaan di mana pembesaran atau pembengkakkan pada saluran darah di dalam scrotum

sistem reproduktif lelaki

Masalah saluran air mani tiada atau tersumbat

a. Secara lahiriah, lelaki tersebut dilahirkan tanpa saluran ‘vas deferens’. Ini dikenali sebagai Congenital Absence of Bilateral Vas deferens.

b. Pembedahan di mana saluran air mani diikat ie vasectomy

‘Obstructive vs Non Obstructive’ Azoospermia

Azoospermia juga boleh diklasifikasikan kepada dua jenis kategori iaitu:

i) ‘Obstructive’ Azoospermia

Ini ialah apabila azoospermia disebabkan oleh saluran air mani tiada atau tersumbat. Kondisi ini adalah lebih jarang berlaku berbanding dengan ‘Non-Obstructive’ Azoospermia. Hanya 10-15% kes Azoospermia disebabkan oleh ‘Obstructive’ Azoospermia

ii) ‘Non-Obstructive’  (NOA) Azoospermia

Ini ialah apabila azoospermia disebabkan oleh masalah dari segi produksi sperma.

Mengenalpasti punca Azoospermia

Sejarah latar belakang dan pemeriksaan akan dilakukan oleh doktor untuk mengenalpasti apakah faktor yang menyumbang kepada masalah Azoospermia. Di samping itu, ujian darah untuk hormon seperti FSH, LH dan Testosteron juga akan dibuat.

orchidometer

Alat Orchidometer

Alat orchidometer di atas menunjukkan saiz testis untuk digunakan sebagai tujuan rujukan. Saiz testis yang normal untuk lelaki dewasa adalah 15-25ml ke atas.

Pembedahan untuk pesakit yang mempunyai Azoospermia

Lazimnya untuk mengetahui sama ada pesakit tersebut mempunyai sperma atau pun tidak, pembedahan kecil perlu dibuat. Kesemua pembedahan yang dibincangkan di bawah untuk pesakit Azoospermia boleh dilakukan sebagai ‘day-surgery’ prosedur di mana pesakit dibenarkan pulang semula ke rumah pada hari yang sama.

PESA (Percutaneous Epididymal Sperm Aspiration)

pesa

Pembedahan ini ialah dimana jarum halus dimasukkan ke dalam bahagian epididimis testis dan penyedutan di lakukan. Cecair yang diperolehi akan diperhatikan di bawah mikroskop oleh pakar embriologis untuk melihat sama ada terdapat sperma ataupun tidak.

TESA (Testicular Sperm Aspiration)

TESA

Pembedahan ini ialah di mana jarum akan dimasukkan ke dalam testis untuk mendapatkan tisu dari bahagian testis untuk dihantarkan kepada makmal IVF. Sekiranya terdapat sperma diperolehi, tisu tersebut boleh dibekukan untuk digunakan untuk prosedur ICSI kelak. Andai kata tidak terdapat sebarang sperma, tisu tersebut seterusnya akan di hantar kepada makmal pathologi untuk pemeriksaan seterusnya.

TESE (Testicular Sperma Extraction)

Pembedahan ini melibatkan torehan kecil dilakukan kepada kulit scrotum dan tisu / biopsi kecil diperolehi dari testis dan dihantar kepada makmal IVF untuk melihat sama ada terdapat sperma ataupun tidak.

SPERM

Adakah pasangan yang mempunyai masalah Azoospermia boleh mendapat zuriat mereka sendiri?

Ini terpulang sama ada sperma dapat diperolehi selepas salah satu pembedahan di atas telah dilakukan. Jika sperma diperolehi, isteri pasangan tersebut perlu menjalani rawatan IVF, di mana ICSI akan dilakukan dengan menggunakan sperm yang telah diperolehi. Jika tiada sperma yang diperolehi dan sampel biopsi yang dihantar kepada makmal menunjukkan tidak ada rawatan lain yang boleh diberikan, pasangan tersebut akan disarankan untuk mengambil anak angkat. Bagi pasangan di mana agama mereka membenarkan sperma dari orang lain digunakan, maka telur dari isteri pasangan tersebut boleh dipersenyawakan dengan sperma dari ‘donor’. Akan tetapi, bagi pasangan yang beragama Islam penggunaan ovum atau sperma dari ‘donor’ iaitu bukan pasangan mereka adalah diharamkan.

whatmakesadaddy