Blog Archives

Penggunaan metformin untuk pesakit PCOS

metformin XR1. Apakah metformin?

Metformin atau pun nama brandnya ialah Glucophage adalah sejenis ubat yang kerap digunakan untuk pesakit kencing manis Type 2 yang mempunyai paras gula darah yang tinggi disebabkan badannya ‘resistant’ kepada insulin. Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi untuk mengawal paras gula di dalam darah.

Dengan penggunaan metformin, ia tidak bertindak dengan meningkatkan paras hormon insulin tetapi sebaliknya menyebabkan sel-sel di dalam badan lebih sensitif kepada insulin. Di samping itu, ia mengurangkan penghasilan gula dari hati, memperlahankan penyerapan gula dari usus dan meningkatkan penyerapan gula oleh sel-sel di dalam badan.

2. Bagaimanakah metformin boleh membantu wanita yang menghidapi PCOS?

Kajian saintifik kini telah menunjukkan yang penggunaan Metformin juga mungkin boleh membantu pesakit yang menghidapi PCOS dengan mengimbangi hormon-hormon di dalam badan mereka. Ia mengurangkan ‘resistance’ kepada hormon insulin, merendahkan hormon androgen berlebihan dan paras kolesterol di dalam badan.

3. Adakah semua pesakit PCOS perlu memakan metformin?

Ini terpulang kepada simptom-simptom apa yang hendak diubati bagi pesakit PCOS. Tidak semua pesakit PCOS perlu memakan metformin.

a) Haid tidak teratur.

Kajian telah menunjukkan yang metformin boleh membantu menjadikan haid teratur dalam 50% wanita PCOS. (1) Akan tetapi ia mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan. Haid teratur ini penting terutamanya untuk wanita yang ingin hamil. Bagi wanita yang tidak ingin hamil tetapi mahukan haid yang teratur pula, rawatan yang lebih sesuai bagi mereka adalah dengan memakan pil perancang (combined oral contraceptive pill)

b) Ketumbuhan bulu-bulu berlebihan (‘Hirsutism’)

Kajian(2) telah menunjukkan yang metformin tidak berkesan untuk mengubati simptom ‘hirsutism’ ini.

c) Ovulasi

Bagi wanita PCOS yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Pengurangan berat badan adalah rawatan pertama yang pertama yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Clomid adalah lebih efektif untuk meningkatkan peluang untuk mengandung. Bagi yang ‘clomid-resistant’, penambahan metformin mungkin dapat meningkatkan peratus wanita yang akan ovulasi.

d) Risiko OHSS

Kajian telah membuktikan yang penggunaan metformin sebelum dan semasa rawatan IVF dapat mengurangkan risiko OHSS. (3)

e) Berat badan berlebihan

Lebih kurang 50% wanita yang menghidapi PCOS mempunyai berat badan yang berlebihan. Kajian telah menunjukkan yang metformin boleh bantu membantu pengurangan berat badan yang berlebihan dengan selamat. (4) Metformin mungkin bertindak sebagai ‘appetite suppresant’.

f) Pencegahan Diabetes

Setengah-tengah pesakit PCOS mempunyai abnormaliti semasa menjalani ujian Glucose Tolerance Test (‘Impaired Glucose Tolerance’) American Diabetes Association sekarang mensarankan rawatan metformin bagi mereka yang mempunyai ‘impaired fasting glucose’ ataupun ‘Impaired glucose tolerance’ bagi tujuan mengurangkan risiko mendapat Diabetes terutamanya bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

5. Apakah kesan sampingan atau ‘side-effects’ metformin?

Kesan sampingan yang biasa adalah cirit-birit, sakit perut, rasa loya dan muntah. Untuk mengurangkan kesan sampingan ini, Dr Tasha sarankan mengambil metformin XR (iaitu extended release) pada waktu malam. Ambil dos 500mg terlebih dahulu dengan makanan dan perlahan-lahan jika perlu baru naikkan dose. Maximum dos adalah 2gm sehari.

6. Perlukah saya berhenti memakan metformin selepas mengandung?

Walaupun terdapat kekhuatiran memakan metformin selepas ujian positif untuk kehamilan. Sekiranya terdapat wanita yang termakan metformin semasa trimester pertama kehamilannya, ada kajian yang telah menunjukkan tiada risiko abnormaliti pada kandungannya. (5)

Di samping itu, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kebarangkalian metformin dapat mengurangkan risiko keguguran atau kencing manis (‘Gestational diabetes’). Akan tetapi, buat masa sekarang tiada bukti kajian yang kukuh buat masa ini untuk menyokong penggunaan metformin bagi tujuan tersebut. Sekiranya puan sudah hamil, hendaklah berbincang dengan doktor masing-masing yang merawati untuk mendapatkan nasihat mengenai penggunaan metformin.

Kajian-kajian saintifik masih berterusan dijalankan untuk mengkaji keberkesanan metformin untuk pesakit PCOS. Banyak persoalan yang belum terjawab dan mungkin akan terungkai pada masa yang akan datang.

quotes12

Rujukan:

1. Moghetti P, Castello R, Negri C et al. Metformin effects on clinical features, endocrine and metabolic profiles, and insulin sensitivity in polycystic ovary syndrome: a randomized, double-blind, placebo-controlled 6-month trial, followed by open, long-term clinical evaluation. J Clin Endocrinol Metab. 2000;85(1):139.

2. Morin-Papunen LC, Vauhkonen I, Koivunen RM et al. Endocrine and metabolic effects of metformin versus ethinyl estradiol-cyproterone acetate in obese women with polycystic ovary syndrome: a randomized study. J Clin Endocrinol Metab. 2000;85(9):3161.

3. Palomba S, Falbo A, La Sala GB. Effects of metformin in women with polycystic ovary syndrome treated with gonadotrophins for in vitro fertilisation and intracytoplasmic sperm injection cycles: a systematic review and meta-analysis of randomised controlled trials. BJOG. 2013;120(3):267.

4. Gokcel A, Gumurdulu Y, Karakose H et al.  Evaluation of the safety and efficacy of sibutramine, orlistat and metformin in the treatment of obesity. Diabetes Obes Metab. 2002;4(1):49.

5. Gilbert C, Valois M, Koren G. Pregnancy outcome after first-trimester exposure to metformin: a meta-analysis. Fertil Steril. 2006;86(3):658.

Polycystic ovarian syndrome (PCOS)

1. Apakah penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS)?

PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Dianggarkan bahawa 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.

2. Apakah gejala-gejala penyakit PCOS?

• Kitaran haid yang tidak teratur. Apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak

• Kegemukan atau obesiti

• Kencing manis

• Kolesterol Tinggi

• Kemandulan

• Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki i.e misai, janggut dan di bahagian dada

3. Bagaimanakah diagnosis PCOS dibuat?

Doktor anda akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:

• Kitaran haid yang tidak teratur

• Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang

• Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

4. Apakah itu ‘polycystic ovary’?

Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih. Setiap satu cyst itu bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘string of pearls’.  Cyst kecil ini TIDAK akan membesar hingga boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita yang normal apabila diimbas pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita yang ada ‘polycystic ovary’ menghidapi penyakit PCOS.

Gambar ultrasound ovari menunjukkan 'polycystic ovary'

Gambar ultrasound ovari menunjukkan ‘polycystic ovary’

5. Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?

Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, i.e hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.

6. Apakah risiko-risiko kesan masa panjang pesakit PCOS?

• 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.

• Masalah kolesterol tinggi

• Masalah darah tinggi

• Masalah sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi

• Kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.

• Masalah tidur

• Penyakit murung

7. Apakah rawatan untuk pesakit PCOS?

• Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.

• Pill perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur

• Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.

• Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.

Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.

Ikuti post blog berkenaan PCOS:

  • Diet untuk PCOS

https://drnatashanorfertility.com/2014/04/09/pembedahan-ovarian-drilling-untuk-pesakit-pcos/

  • Penggunaan Metformin untuk PCOS

https://drnatashanorfertility.com/2014/05/19/penggunaan-metformin-untuk-pesakit-pcos/

  • Pembedahan ovarian drilling untuk PCOS

https://drnatashanorfertility.com/2014/04/09/pembedahan-ovarian-drilling-untuk-pesakit-pcos/

1a