Blog Archives

Pembedahan ‘ovarian drilling’ untuk pesakit PCOS

1. Apakah pembedahan ‘ovarian drilling’?

Pembedahan ‘ovarian drilling’ merupakan rawatan ‘second-line’ treatment untuk pesakit PCOS terutamanya yang dikatakan ‘clomid-resistant’.  ‘Ovarian drilling’ dilakukan melalui pembedahan laparoskopi (i.e pembedahan melalui teropong). Lubang-lubang kecil sebanyak 4-10 di tebuk di atas setiap ovari.

2. Apakah rational membuat pembedahan ‘ovarian drilling’ sebagai rawatan PCOS?

Mechanisma sebenar  pembedahan ‘ovarian drilling’ sebagai rawatan PCOS adalah tidak diketahui. Mungkin dengan melakukan tebukan halus di lapisan atas ovari mengakibatkan kerosakan sel-sel theca yang terlibat dalam penghasilan hormon androgen. Apabila berlaku kerosakan sel-sel tersebut, penghasilan hormon androgen berlebihan akan berkurangan dan hormon FSH akan meningkat. Perubahan hormon ini kemudiannya akan mengakibatkan keseimbangan hormon di dalam badan untuk ovulasi dan seterusnya kehamilan berlaku.

3. Apakah kriteria-kriteria pesakit PCOS di mana rawatan ‘ovarian drilling’ kurang berjaya?

Terdapat beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pesakit-pesakit tersebut di bawah mempunyai kadar kejayaan rawatan yang lebih rendah selepas menjalani ‘ovarian drilling’.(1) Ini termasuklah:

  • Pesakit yang mengalami masalah kesuburan lebih dari 3 tahun
  • Pesakit yang mempunyai body mass index (BMI) lebih daripada ≥35 kg/m2
  • Pesakit yang mempunyai paras darah hormon testosteron yang melebihi 4.5nmol/L
  • Pesakit tersebut mempunyai masalah kesuburan lain seperti tiub peranakan yang tersumbat atau masalah kesuburan disebabkan pasangan lelakinya.

Untuk pesakit tersebut di atas, rawatan lain seperti menurunkan berat badan, metformin, penggunaan gonadotrophin dan IVF mungkin adalah lebih baik bagi mereka daripada rawatan ‘ovarian drilling’. Kajian tersebut di atas juga menunjukkan pesakit yang mempunyai paras hormon ≥10IU/ml mempunyai kadar mengandung yang lebih tinggi selepas menjalani rawatan ‘ovarian drilling’.

4. Apakah risiko pembedahan ‘ovarian drilling’?

  • Risiko bius (‘General anaesthetic’) semasa pembedahan ‘ovarian drilling’
  • Risiko parut (‘adhesion’) sekeliling ovari selepas pembedahan
  • Risiko ‘premature ovarian failure’ disebabkan kerosakan teruk di ovari terutama sekiranya terlalu banyak lubang ditebuk di atas ovari.
  • Risiko kelukaan di bahagian usus atau organ penting yang lain semasa menjalani pembedahan.

5. Apakah ‘outcome’ ovarian drilling untuk pesakit PCOS dari segi ovulasi dan kadar mengandung?

Daripada kajian yang dijalankan di kalangan pesakit PCOS selepas menjalani ‘ovarian drilling’ (1):

  • Peratus pesakit yang berjaya ovulasi ialah 80%
  • Peratus pesakit yang berjaya mengandung ialah 60%

Akan tetapi sebanyak 20-30% pesakit PCOS yang akan masih mengalami kegagalan untuk ovulasi atau berjaya mengandung secara spontan selepas menjalani ‘ovarian drilling’.

6. Adakah cara lain untuk rawatan kesuburan pesakit PCOS yang ‘clomid-resistant’ selain daripada ‘ovarian drilling’?

  • Menambah rawatan ubat metformin + clomid untuk ovulasi
  • Penggunaan ubat subur alternatif untuk ovulasi. Contohnya letrozole atau tamoxifen
  • Rawatan ubat gonadotrophin untuk ovulasi.

7. Apakah perbezaan kadar kejayaan rawatan ‘ovarian drilling’ berbanding dengan rawatan ovulasi metformin + clomid? 

Kajian yang dibuat Palomba,S et al(2) menunjukkan bahawa rawatan metformin + clomid adalah sama efektif dengan pembedahan ‘ovarian drilling’.

Oleh itu, sekiranya pesakit PCOS itu mengalami ‘clomid resistant’, langkah-langkah seperti menurunkan berat badan berlebihan, penggunaan ubat metformin boleh dilakukan sebelum meneruskan rawatan untuk menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’.

8.  Apakah perbezaan kadar kejayaan rawatan ‘ovarian drilling’ berbanding dengan rawatan gonadotrophin? 

Menurut kajian Farquhar C et al (3), perbezaan selepas pesakit PCOS yang menjalani rawatan ‘ovarian drilling’ vs gonadotrophin:

  • Tiada perbezaan dari segi kadar peratusan ovulasi
  • Tiada perbezaan dari segi kadar peratusan mengandung yang berterusan.
  • Risiko kandungan kembar lebih kurang di dalam kumpulan pesakit PCOS yang mendapat rawatan ‘ovarian drilling’ berbanding pesakit yang menggunakan gonadotrophin
  • Tiada berbezaan dari segi kadar peratusan kandungan yang mengalami keguguran
  • Kos yang lebih tinggi sedikit dengan rawatan gonadotrophin berbanding ‘ovarian drilling’

9. Apakah kriteria pesakit PCOS yang sesuai untuk menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’?

  • ‘clomid resistant’ dan masih tidak mengandung walaupun telah mendapat rawatan metformin dan ubat ovulasi yang lain
  • Mempunyai Body mass index (BMI) ≤ 30kg/m2
  • Tidak mempunyai faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ketidaksuburan seperti tiub peranakan tersumbat, endometriosis atau masalah sperma

Dari pengalaman Dr Tasha, pesakit yang mengalami masalah kesuburan yang hanya berpunca dari PCOS mempunyai peluang yang sangat cerah untuk hamil. Langkah-langkah mudah seperti menurunkan berat badan yang berlebihan dengan diet dan senaman serta ovulasi induksi menggunakan ubat metformin, clomid atau gonadotrophin. Pembedahan ‘ovarian drilling’ boleh dilakukan selepas perbincangan dengan doktor masing-masing sekiranya kaedah lain telah gagal. Ini ialah kerana ‘ovarian drilling’ adalah masih invasif dan rawatan lain seperti gonadotrophin dan juga IVF mempunyai kadar kejayaan yang baik. Di samping itu, untuk rawatan IVF, bilangan embryo yang dipindahkan juga boleh di hadkan kepada satu atau dua embryo untuk mengurangkan kandungan kembar.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

REFERENCES:

1. Ovulation Induction using laparoscopic ovarian drilling in women with polycytic ovarian syndrome: predictors of success. Amer SAK, LI TC, Ledger WL. Human Reproduction (2004);19(18):1719-1724.

2. Laparoscopic ovarian diathermy vs clomiphene citrate plus metformin as second-line strategy for infertile anovulatory patients with polycystic ovary syndrome: a randomized controlled trial. Palomba S, Falbo A, Battista L, Russo T, Venturella R, Tolino A, Orio F, Zullo F. Am J Obstet Gynecol (2010);202(6):577.e1.

3. Laparoscopic “drilling” by diathermy or laser for ovulation induction in anovulatory polycystic ovary syndrome. Farquhar C, Lilford RJ, Marjoribanks J, Vandekerckhove P. Cochrane Database Syst Rev. 2005