Blog Archives
Tingkatkan kadar kejayaan IVF untuk wanita PCOS – Seminar PERCUMA pada 10 Februari 2018
Alhamdulillah, walaupun kita baru sahaja mengorak langkah ke dalam tahun 2018, sudahpun ramai pasangan yang telah pun memberikan khabar gembira – samada mengirimkan gambar comel anak mereka yang baru dilahirkan untuk tatapan Dr Tasha ataupun mendengar buat pertama kalinya degupan jantung anak mereka yang bakal dilahirkan kelak. Tidak dinafikan, ada juga pasangan yang masih meniti perjalanan fertiliti mereka dan menanti akan berita gembira tersebut. In Sha Allah usahlah cepat berputus harapan dan sentiasa berdoa agar dikabulkan permintaan tidak lama lagi. Di samping itu, hendaklah sentiasa berikhtiar untuk mengambil langkah-langkah untuk meningkat tahap kejayaan rawatan kesuburan yang akan dilalui.
Buat wanita PCOS yang bakal melalui rawatan IVFnya, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh wanita tersebut dan juga pakar IVF bagi meningkatkan tahap kejayaan rawatan tersebut. Secara umumnya, kadar kejayaan PCOS adalah agak tinggi berbanding dengan masalah kesuburan yang lain terutamanya masalah endometriosis. Akan tetapi terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan.
Tempat:
KL Fertility Centre
LOT LG 30, DC Mall, No 6, Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL
Tarikh:
10 Februari 2018
Waktu 2 – 3pm
Topik seminar: How do I Increase my Chances of Having a successful IVF for PCOS Patients?
Antara isu-isu yang akan dibincangkan:
- What are the factors that will influence success rate of IVF
- How to increase the chances of having a successful IVF for PCOS patients
Seminar akan diberikan oleh Dr Natasha Nor dalam dwi bahasa Bahasa Melayu & Inggeris
Ianya adalah percuma, tetapi tempat duduk adalah terhad. Anda perlu membuat tempahan tempat duduk di facebook KL Fertility sini:
https://www.facebook.com/klfertilitycentre/app/271628046314755/
Diharapkan kita akan berjumpa di sana!
Promosi IUI pakej di Pusrawi bermula 15 Mac 2017
Promosi Pakej IUI di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak akan dimulakan pada 15 mac 2017. Diharapkan bagi pasangan yang berminat untuk menjalani rawatan IUI akan turut serta di dalam promosi tersebut. Promosi tersebut akan memberikan pasangan yang memenuhi kriteria tertentu untuk mendapatkan baucer bernilai RM250 yang boleh digunakan untuk mengurangkan kos rawatan tersebut.
http://www.pusrawi.com.my/index/pakej-perubatan/pakej-pemeriksaan-kesuburan/
Sekiranya anda berminat untuk menjalani rawatan IUI tersebut, sila email drnatashanor@gmail.com untuk mendapatkan maklumat seterusnya.
Diet untuk pesakit PCOS
“Doktor apakah diet terbaik untuk pesakit PCOS?”
Insulin resistan di kalangan pesakit PCOS
Insulin adalah sejenis hormon di dalam badan kita. Ianya berfungsi untuk membolehkan sel-sel di dalam badan menyerap gula dari darah untuk kegunaan sel tersebut. Pesakit PCOS mempunyai masalah ‘Insulin Resistan’ di mana sel-sel di dalam badannya tidak respon dengan baik kepada hormon insulin. Ini mengakibatkan hormon insulin menjadi tinggi di dalam darah dan menyebabkan hormon lelaki testosteron turut meningkat.
Ketidakseimbangan hormon-hormon tersebut seperti insulin dan testosteron akan memberi kesan buruk kepada ovulasi di mana folikel-folikel di dalam ovari wanita tidak membesar dan mematang. Oleh itu, pesakit PCOS sukar untuk jatuh hamil. Di samping itu, hormon insulin yang tinggi boleh meninggikan risiko untuk keguguran berlaku di kalangan pesakit PCOS. Oleh itu, diet untuk PCOS bertujuan untuk menurunkan paras hormon insulin dan juga mengembalikan keseimbangan hormon-hormon di dalam badan.
Diet untuk Pesakit PCOS
Kebanyakan pesakit PCOS mempunyai berat badan yang berlebihan. Diet secara umumnya bertujuan untuk membolehkan seseorang individu untuk menghilangkan berat badan yang berlebihan tanpa mengkompromi tahap kesihatan mereka. Tidak dinafikan, setengah-tengah diet mampu menurunkan berat badan seseorang pada peringkat awalnya tetapi untuk jangka masa yang panjang, ia tidak berjaya menstabilkan berat badan wanita di tahap yang ideal. Ini menyebabkan wanita tersebut kembali menaikkan semula berat badan yang telah diturunkan. Oleh itu, diet ideal adalah diet yang mampu menghilangkan berat badan wanita pada waktu jangka pendek dan dapat mengekalkan berat badan yang ideal tersebut dalam jangka masa panjang.
1. Low GI diet
GI (Glycaemic Index) ialah tahap pengukuran nilai karbohidrat untuk sesuatu makanan berupaya menaikkan paras glukos di dalam darah. Nilai rujukan GI ialah 0 – 100. Oleh itu, apabila seseorang individu memakan makanan yang mempunyai GI tinggi, makanan tersebut akan dihadam dan diserap dengan cepat menyebabkan paras gula dan hormon insulin mendadak naik dan turun. Ini boleh mengakibatkan paras hormon gula yang tidak stabil di dalam badan.
Pesakit PCOS disarankan untuk mengambil low GI diet. Ini ialah kerana makanan yang mempunyai low GI akan dihadam dan diserap pada kadar yang perlahan. Oleh itu, paras gula dan hormon insulin akan menaik dengan perlahan-lahan. Paras gula yang lebih stabil ini mempunyai kesan kesihatan yang baik. Kajian telah membuktikan yang low GI diet berupaya mengawal paras gula dan kolesterol di kalangan pesakit yang menghidapi kencing manis. Low GI diet juga berjaya menurunkan berat badan dengan mengawal nafsu makan dan pesakit merasa kenyang lebih lama. Di samping itu, ia boleh menurunkan paras hormon insulin dan merawati insulin resistan.
Salah satu cara ialah melebihkan pemakanan GI yang rendah dan sederhana ataupun mengkombinasikan pemakanan high GI dan low GI.
Kategori GI:
GI rendah: Kurang dari 55
GI sederhana: 56 – 69
GI tinggi ≥70
Contoh makanan yang mempunyai GI rendah:
Muesli yang tidak bergula, Roti pitta, epal, pear, plum, oren, makaroni, pasta, bake bean, brokoli, karot, kekacang walnut, cashew, cauliflower, capsicum
Contoh makanan yang mempunyai GI sederhana:
Beras basmathi, Beras perang, Roti wholegrain, cereal wholegrain, papaya, madu, pisang, mangga.
Contoh makanan yang mempunyai GI tinggi:
Nasi putih, Cornflakes, Roti putih, donut, biskut, kuih-muih, ice-cream, baked potato, pretzels, tembikai, roti canai, labu.
2. Memakan 5 kali sehari ie memakan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap
Ini ialah untuk memastikan paras gula di dalam darah tidak naik dan turun seperti ‘yo-yo’ tetapi stabil sepanjang hari. Ianya juga adalah untuk mengelakkan dari ‘binge eating’ apabila anda kelaparan.
Contohnya:
Sarapan pagi
Snek pagi
Tengahari
Snek petang
Supper ( 1 jam sebelum tidur)
Satu kajian juga telah menunjukkan pesakit PCOS yang memakan sarapan pagi yang besar diikuti dengan kuantiti yang semakin berkurangan untuk waktu makan yang seterusnya terutamanya waktu makan malam dapat mengawal paras insulin dalam darah mereka dengan lebih berkesan. Di samping itu, pesakit PCOS digalakkan mengambil pemakanan berserat tinggi, makanan organik dan pengambil Supplemen Omega 3 Fish Oil dan multivitamin.

Pesakit PCOS juga perlulah juga melakukan senaman untuk mengurangkan berat badan berlebihan. Majoriti kes akan memerlukan gabungan senaman dan juga diet untuk mendapatkan keputusan yang optimal akhirnya. Anda hanya perlu menurunkan berat badan sebanyak 5-10% untuk melihat perubahan kepada badan anda.


Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en
Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor
References:
Kenapakah kitaran haid tidak teratur?
Dr Tasha mendapat banyak soalan dari pembaca-pembaca blog yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Mereka merasa runsing kenapakah ini terjadi dan risau sekiranya ini boleh menjejaskan peluang mereka untuk hamil. Apabila haid tidak teratur, ini mungkin menandakan yang hormon di dalam badannya adalah tidak seimbang dan ovulasi tiap-tiap bulan tidak berlaku seperti sepatutnya. Ini seterusnya boleh menurunkan kesuburan seseorang wanita.

Apakah ‘Secondary Amenorrhoea’?
Ini adalah apabila seseorang wanita yang sudah mendapat haid yang teratur, tiba-tiba tidak didatangi haid sekurang-kurangnya 6 bulan.
Apakah ‘Oligomenorrhoea’?
Ini adalah apabila seseorang wanita yang mempunyai kitaran haid melebihi 42 hari.

Punca Haid tidak teratur
Terdapat beberapa faktor-faktor yang boleh menyebabkan haid tidak tetap. Ini termasuklah:
1. Polycystic ovarian syndrome (PCOS).
Ini adalah salah satu punca utama (55%) yang boleh menyebabkan ‘oligomenorrhoea’. Diagnosis PCOS akan dibuat oleh doktor apabila 2 dari 3 kriteria tersebut dipenuhi:
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang
- Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’
Kebanyakan wanita akan mengalami simptom PCOS terutamanya jika berat badan mereka menaik dengan mendadak. Ini kerap dilihat selepas wanita tersebut baru kahwin atau stress dengan memakan berlebihan. PCOS juga adalah diagnosis yang didapati lebih lagi sekiranya wanita tersebut sudah mengalami ‘oligomenorrhoea’ sejak dari baligh lagi.
2. Masalah Endokrin
Ini termasuklah masalah thyroid, penyakit Cushing dan Addison. Darah untuk paras hormon thyroid perlu diperiksa untuk semua wanita yang mengalami ‘oligoamenorrhoea’.
3. Prolactinoma
Lebih kurang 10% wanita yang mengalami ‘oligomenorrhoea’ berpunca dari masalah tumor pada kelenjar pituitary yang merembeskan keluar hormon prolactin secara berlebihan. Antara simptom yang mungkin dialami termasuklah pening kepala, pengeluaran susu dari puting buah dada dan gangguan penglihatan. Ujian darah wanita tersebut akan menunjukkan kadar paras hormon prolactin yang tinggi. Imbasan otak perlu dilakukan untuk melihat samaada terdapat tumor pada kelenjar pituitary. Tumor tersebut selalunya ialah ‘benign’ in nature.
4. Menopaus pramatang (‘Premature menopause’)
7% kes ‘oligomenorrhoea’ pula disebabkan oleh ‘Premature menopause’. Diagnosis ini ialah apabila seseorang wanita mengalami menopaus sebelum umurnya mencecah 40 tahun. Terdapat beberapa punca termasuk idiopathic, kondisi autoimmune, Turner’s sindrom dan infeksi viral.
5. Lain-Lain
Stress dan kehilangan berat badan yang berlebihan juga boleh menjadi penyebab kitaran haid yang tidak teratur.
Oleh itu, sekiranya anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan ingin hamil, hendaklah berjumpa dengan doktor agar ujian tertentu boleh dijalankan untuk menentukan puncanya. Rawatan yang perlu dilakukan untuk haid yang tidak teratur bergantung kepada keputusan ujian yang telah dijalankan. Akan tetapi majoriti kes, kitaran haid itu boleh dipulihkan atau rawatan kesuburan yang bersesuaian boleh dilakukan.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Penggunaan metformin untuk pesakit PCOS
1. Apakah metformin?
Metformin atau pun nama brandnya ialah Glucophage adalah sejenis ubat yang kerap digunakan untuk pesakit kencing manis Type 2 yang mempunyai paras gula darah yang tinggi disebabkan badannya ‘resistant’ kepada insulin. Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi untuk mengawal paras gula di dalam darah.
Dengan penggunaan metformin, ia tidak bertindak dengan meningkatkan paras hormon insulin tetapi sebaliknya menyebabkan sel-sel di dalam badan lebih sensitif kepada insulin. Di samping itu, ia mengurangkan penghasilan gula dari hati, memperlahankan penyerapan gula dari usus dan meningkatkan penyerapan gula oleh sel-sel di dalam badan.
2. Bagaimanakah metformin boleh membantu wanita yang menghidapi PCOS?
Kajian saintifik kini telah menunjukkan yang penggunaan Metformin juga mungkin boleh membantu pesakit yang menghidapi PCOS dengan mengimbangi hormon-hormon di dalam badan mereka. Ia mengurangkan ‘resistance’ kepada hormon insulin, merendahkan hormon androgen berlebihan dan paras kolesterol di dalam badan.
3. Adakah semua pesakit PCOS perlu memakan metformin?
Ini terpulang kepada simptom-simptom apa yang hendak diubati bagi pesakit PCOS. Tidak semua pesakit PCOS perlu memakan metformin.
a) Haid tidak teratur.
Kajian telah menunjukkan yang metformin boleh membantu menjadikan haid teratur dalam 50% wanita PCOS. (1) Akan tetapi ia mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan. Haid teratur ini penting terutamanya untuk wanita yang ingin hamil. Bagi wanita yang tidak ingin hamil tetapi mahukan haid yang teratur pula, rawatan yang lebih sesuai bagi mereka adalah dengan memakan pil perancang (combined oral contraceptive pill)
b) Ketumbuhan bulu-bulu berlebihan (‘Hirsutism’)
Kajian(2) telah menunjukkan yang metformin tidak berkesan untuk mengubati simptom ‘hirsutism’ ini.
c) Ovulasi
Bagi wanita PCOS yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Pengurangan berat badan adalah rawatan pertama yang pertama yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Clomid adalah lebih efektif untuk meningkatkan peluang untuk mengandung. Bagi yang ‘clomid-resistant’, penambahan metformin mungkin dapat meningkatkan peratus wanita yang akan ovulasi.
d) Risiko OHSS
Kajian telah membuktikan yang penggunaan metformin sebelum dan semasa rawatan IVF dapat mengurangkan risiko OHSS. (3)
e) Berat badan berlebihan
Lebih kurang 50% wanita yang menghidapi PCOS mempunyai berat badan yang berlebihan. Kajian telah menunjukkan yang metformin boleh bantu membantu pengurangan berat badan yang berlebihan dengan selamat. (4) Metformin mungkin bertindak sebagai ‘appetite suppresant’.
f) Pencegahan Diabetes
Setengah-tengah pesakit PCOS mempunyai abnormaliti semasa menjalani ujian Glucose Tolerance Test (‘Impaired Glucose Tolerance’) American Diabetes Association sekarang mensarankan rawatan metformin bagi mereka yang mempunyai ‘impaired fasting glucose’ ataupun ‘Impaired glucose tolerance’ bagi tujuan mengurangkan risiko mendapat Diabetes terutamanya bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
5. Apakah kesan sampingan atau ‘side-effects’ metformin?
Kesan sampingan yang biasa adalah cirit-birit, sakit perut, rasa loya dan muntah. Untuk mengurangkan kesan sampingan ini, Dr Tasha sarankan mengambil metformin XR (iaitu extended release) pada waktu malam. Ambil dos 500mg terlebih dahulu dengan makanan dan perlahan-lahan jika perlu baru naikkan dose. Maximum dos adalah 2gm sehari.
6. Perlukah saya berhenti memakan metformin selepas mengandung?
Walaupun terdapat kekhuatiran memakan metformin selepas ujian positif untuk kehamilan. Sekiranya terdapat wanita yang termakan metformin semasa trimester pertama kehamilannya, ada kajian yang telah menunjukkan tiada risiko abnormaliti pada kandungannya. (5)
Di samping itu, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kebarangkalian metformin dapat mengurangkan risiko keguguran atau kencing manis (‘Gestational diabetes’). Akan tetapi, buat masa sekarang tiada bukti kajian yang kukuh buat masa ini untuk menyokong penggunaan metformin bagi tujuan tersebut. Sekiranya puan sudah hamil, hendaklah berbincang dengan doktor masing-masing yang merawati untuk mendapatkan nasihat mengenai penggunaan metformin.
Kajian-kajian saintifik masih berterusan dijalankan untuk mengkaji keberkesanan metformin untuk pesakit PCOS. Banyak persoalan yang belum terjawab dan mungkin akan terungkai pada masa yang akan datang.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en
Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor
Rujukan:
1. Moghetti P, Castello R, Negri C et al. Metformin effects on clinical features, endocrine and metabolic profiles, and insulin sensitivity in polycystic ovary syndrome: a randomized, double-blind, placebo-controlled 6-month trial, followed by open, long-term clinical evaluation. J Clin Endocrinol Metab. 2000;85(1):139.
2. Morin-Papunen LC, Vauhkonen I, Koivunen RM et al. Endocrine and metabolic effects of metformin versus ethinyl estradiol-cyproterone acetate in obese women with polycystic ovary syndrome: a randomized study. J Clin Endocrinol Metab. 2000;85(9):3161.
3. Palomba S, Falbo A, La Sala GB. Effects of metformin in women with polycystic ovary syndrome treated with gonadotrophins for in vitro fertilisation and intracytoplasmic sperm injection cycles: a systematic review and meta-analysis of randomised controlled trials. BJOG. 2013;120(3):267.
4. Gokcel A, Gumurdulu Y, Karakose H et al. Evaluation of the safety and efficacy of sibutramine, orlistat and metformin in the treatment of obesity. Diabetes Obes Metab. 2002;4(1):49.
5. Gilbert C, Valois M, Koren G. Pregnancy outcome after first-trimester exposure to metformin: a meta-analysis. Fertil Steril. 2006;86(3):658.
Pembedahan ‘ovarian drilling’ untuk pesakit PCOS
1. Apakah pembedahan ‘ovarian drilling’?
Pembedahan ‘ovarian drilling’ merupakan rawatan ‘second-line’ treatment untuk pesakit PCOS terutamanya yang dikatakan ‘clomid-resistant’. ‘Ovarian drilling’ dilakukan melalui pembedahan laparoskopi (i.e pembedahan melalui teropong). Lubang-lubang kecil sebanyak 4-10 di tebuk di atas setiap ovari.
2. Apakah rational membuat pembedahan ‘ovarian drilling’ sebagai rawatan PCOS?
Mechanisma sebenar pembedahan ‘ovarian drilling’ sebagai rawatan PCOS adalah tidak diketahui. Mungkin dengan melakukan tebukan halus di lapisan atas ovari mengakibatkan kerosakan sel-sel theca yang terlibat dalam penghasilan hormon androgen. Apabila berlaku kerosakan sel-sel tersebut, penghasilan hormon androgen berlebihan akan berkurangan dan hormon FSH akan meningkat. Perubahan hormon ini kemudiannya akan mengakibatkan keseimbangan hormon di dalam badan untuk ovulasi dan seterusnya kehamilan berlaku.
3. Apakah kriteria-kriteria pesakit PCOS di mana rawatan ‘ovarian drilling’ kurang berjaya?
Terdapat beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pesakit-pesakit tersebut di bawah mempunyai kadar kejayaan rawatan yang lebih rendah selepas menjalani ‘ovarian drilling’.(1) Ini termasuklah:
- Pesakit yang mengalami masalah kesuburan lebih dari 3 tahun
- Pesakit yang mempunyai body mass index (BMI) lebih daripada ≥35 kg/m2
- Pesakit yang mempunyai paras darah hormon testosteron yang melebihi 4.5nmol/L
- Pesakit tersebut mempunyai masalah kesuburan lain seperti tiub peranakan yang tersumbat atau masalah kesuburan disebabkan pasangan lelakinya.
Untuk pesakit tersebut di atas, rawatan lain seperti menurunkan berat badan, metformin, penggunaan gonadotrophin dan IVF mungkin adalah lebih baik bagi mereka daripada rawatan ‘ovarian drilling’. Kajian tersebut di atas juga menunjukkan pesakit yang mempunyai paras hormon ≥10IU/ml mempunyai kadar mengandung yang lebih tinggi selepas menjalani rawatan ‘ovarian drilling’.
4. Apakah risiko pembedahan ‘ovarian drilling’?
- Risiko bius (‘General anaesthetic’) semasa pembedahan ‘ovarian drilling’
- Risiko parut (‘adhesion’) sekeliling ovari selepas pembedahan
- Risiko ‘premature ovarian failure’ disebabkan kerosakan teruk di ovari terutama sekiranya terlalu banyak lubang ditebuk di atas ovari.
- Risiko kelukaan di bahagian usus atau organ penting yang lain semasa menjalani pembedahan.
5. Apakah ‘outcome’ ovarian drilling untuk pesakit PCOS dari segi ovulasi dan kadar mengandung?
Daripada kajian yang dijalankan di kalangan pesakit PCOS selepas menjalani ‘ovarian drilling’ (1):
- Peratus pesakit yang berjaya ovulasi ialah 80%
- Peratus pesakit yang berjaya mengandung ialah 60%
Akan tetapi sebanyak 20-30% pesakit PCOS yang akan masih mengalami kegagalan untuk ovulasi atau berjaya mengandung secara spontan selepas menjalani ‘ovarian drilling’.
6. Adakah cara lain untuk rawatan kesuburan pesakit PCOS yang ‘clomid-resistant’ selain daripada ‘ovarian drilling’?
- Menambah rawatan ubat metformin + clomid untuk ovulasi
- Penggunaan ubat subur alternatif untuk ovulasi. Contohnya letrozole atau tamoxifen
- Rawatan ubat gonadotrophin untuk ovulasi.
7. Apakah perbezaan kadar kejayaan rawatan ‘ovarian drilling’ berbanding dengan rawatan ovulasi metformin + clomid?
Kajian yang dibuat Palomba,S et al(2) menunjukkan bahawa rawatan metformin + clomid adalah sama efektif dengan pembedahan ‘ovarian drilling’.
Oleh itu, sekiranya pesakit PCOS itu mengalami ‘clomid resistant’, langkah-langkah seperti menurunkan berat badan berlebihan, penggunaan ubat metformin boleh dilakukan sebelum meneruskan rawatan untuk menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’.
8. Apakah perbezaan kadar kejayaan rawatan ‘ovarian drilling’ berbanding dengan rawatan gonadotrophin?
Menurut kajian Farquhar C et al (3), perbezaan selepas pesakit PCOS yang menjalani rawatan ‘ovarian drilling’ vs gonadotrophin:
- Tiada perbezaan dari segi kadar peratusan ovulasi
- Tiada perbezaan dari segi kadar peratusan mengandung yang berterusan.
- Risiko kandungan kembar lebih kurang di dalam kumpulan pesakit PCOS yang mendapat rawatan ‘ovarian drilling’ berbanding pesakit yang menggunakan gonadotrophin
- Tiada berbezaan dari segi kadar peratusan kandungan yang mengalami keguguran
- Kos yang lebih tinggi sedikit dengan rawatan gonadotrophin berbanding ‘ovarian drilling’
9. Apakah kriteria pesakit PCOS yang sesuai untuk menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’?
- ‘clomid resistant’ dan masih tidak mengandung walaupun telah mendapat rawatan metformin dan ubat ovulasi yang lain
- Mempunyai Body mass index (BMI) ≤ 30kg/m2
- Tidak mempunyai faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ketidaksuburan seperti tiub peranakan tersumbat, endometriosis atau masalah sperma
Dari pengalaman Dr Tasha, pesakit yang mengalami masalah kesuburan yang hanya berpunca dari PCOS mempunyai peluang yang sangat cerah untuk hamil. Langkah-langkah mudah seperti menurunkan berat badan yang berlebihan dengan diet dan senaman serta ovulasi induksi menggunakan ubat metformin, clomid atau gonadotrophin. Pembedahan ‘ovarian drilling’ boleh dilakukan selepas perbincangan dengan doktor masing-masing sekiranya kaedah lain telah gagal. Ini ialah kerana ‘ovarian drilling’ adalah masih invasif dan rawatan lain seperti gonadotrophin dan juga IVF mempunyai kadar kejayaan yang baik. Di samping itu, untuk rawatan IVF, bilangan embryo yang dipindahkan juga boleh di hadkan kepada satu atau dua embryo untuk mengurangkan kandungan kembar.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en
Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor
REFERENCES:
1. Ovulation Induction using laparoscopic ovarian drilling in women with polycytic ovarian syndrome: predictors of success. Amer SAK, LI TC, Ledger WL. Human Reproduction (2004);19(18):1719-1724.
2. Laparoscopic ovarian diathermy vs clomiphene citrate plus metformin as second-line strategy for infertile anovulatory patients with polycystic ovary syndrome: a randomized controlled trial. Palomba S, Falbo A, Battista L, Russo T, Venturella R, Tolino A, Orio F, Zullo F. Am J Obstet Gynecol (2010);202(6):577.e1.
3. Laparoscopic “drilling” by diathermy or laser for ovulation induction in anovulatory polycystic ovary syndrome. Farquhar C, Lilford RJ, Marjoribanks J, Vandekerckhove P. Cochrane Database Syst Rev. 2005
Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
1. Apakah penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS)?
PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Dianggarkan bahawa 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.
2. Apakah gejala-gejala penyakit PCOS?
• Kitaran haid yang tidak teratur. Apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak
• Kegemukan atau obesiti
• Kencing manis
• Kolesterol Tinggi
• Kemandulan
• Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki i.e misai, janggut dan di bahagian dada
3. Bagaimanakah diagnosis PCOS dibuat?
Doktor anda akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:
• Kitaran haid yang tidak teratur
• Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang
• Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’
4. Apakah itu ‘polycystic ovary’?
Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih. Setiap satu cyst itu bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘string of pearls’. Cyst kecil ini TIDAK akan membesar hingga boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita yang normal apabila diimbas pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita yang ada ‘polycystic ovary’ menghidapi penyakit PCOS.
5. Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?
Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, i.e hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.
6. Apakah risiko-risiko kesan masa panjang pesakit PCOS?
• 10-20% pesakit PCOS akan menghidapi penyakit kencing manis. Terutamanya pesakit yang mempunyai sejarah keluarga kencing manis atau gemuk.
• Masalah kolesterol tinggi
• Masalah darah tinggi
• Masalah sakit jantung terutamanya sekiranya anda menghidapi kencing manis dan darah tinggi
• Kanser rahim terutamanya pesakit yang sering tiada haid.
• Masalah tidur
• Penyakit murung
7. Apakah rawatan untuk pesakit PCOS?
• Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.
• Pill perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur
• Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.
• Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.
• Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.
Ikuti post blog berkenaan PCOS:
- Diet untuk PCOS
https://drnatashanorfertility.com/2014/04/09/pembedahan-ovarian-drilling-untuk-pesakit-pcos/
- Penggunaan Metformin untuk PCOS
https://drnatashanorfertility.com/2014/05/19/penggunaan-metformin-untuk-pesakit-pcos/
- Pembedahan ovarian drilling untuk PCOS
https://drnatashanorfertility.com/2014/04/09/pembedahan-ovarian-drilling-untuk-pesakit-pcos/
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.