Blog Archives
Ujian Sperma – Persediaan untuk melakukan ujian sperma.
“Doktor, suami saya perlu menjalani ujian sperma, bagaimanakah ujian sperma tersebut perlu dilakukan?”
Bagi setiap pasangan yang menghadapi masalah kesuburan. Ujian-ujian kesuburan akan dilakukan bagi mengenalpasti masalah yang sedang dihadapi. Salah satu ujian kesuburan yang akan dilakukan adalah semen analisis (SA) di mana sperma suami akan diperiksa di bawah mikroskopi di dalam makmal untuk melihat bilangan, pergerakan (motiliti) dan kualitinya (morphologi).
Persediaan sebelum melakukan ujian Semen Analisis
Sebelum melakukan ujian Semen Analisis tersebut, pasangan lelaki tersebut hendaklah membuat beberapa langkah persediaan sebelumnya. Ini adalah untuk memastikan keputusan ujian sperma tersebut adalah tepat.
1.Pasangan lelaki tersebut di minta untuk sama ada melakukan hubungan seks dengan pasangannya ataupun masturbasi seelok-eloknya 2 sehingga 3 hari sebelum melakukan ujian semen analisis tersebut ataupun tidak lebih dari 7 hari.
2.Cuci tangan dan keringkannya sebelum melakukan masturbasi untuk menghasilkan air mani untuk dianalisa di dalam makmal.
3.Masturbasi selalunya akan dilakukan di dalam satu bilik khas di dalam klinik IVF. Dilarang menggunakan sabun, krim, air liur atau sebarang pelincir kerana dikhuatiri akan menyebabkan sperma yang telah dikumpulkan mati atau rosak. Air mani yang terhasil perlu dimasukkan ke dalam bekas steril yang telah diberikan. Sekiranya suami mendapati masalah untuk berbuat demikian pasangan isteri boleh membantu ataupun pelincir yang ‘sperm friendly’ boleh digunakan.
4. Setelah pengumpulan sperma dilakukan bekas sperma tersebut perlu diserahkan kepada Makmal IVF di mana semen tersebut akan dianalisa di bawah mikroscopi.
5. Sekiranya sperma tersebut dilakukan di rumah atau di luar kawasan klinik, bekas sperma hendaklah disimpan pada suhu badan. (e.g dalam kocek seluar, bag tangan) Pastikan ianya tidak terdedah kepada suhu yang terlalu rendah (e.g peti sejuk atau penyejuk udara)
6.Di samping itu setelah air mani dihasilkan untuk ujian sperma dilakukan, bekas air mani tersebut hendaklah diserahkan makmal dalam masa sekurang-kurangnya 1 jam agar sperma tersebut tidak terjejas dan bacaan ujian semen analisis tersebut adalah tepat.
Keputusan ujian semen analisis tersebut bergantung kepada klinik fertiliti / makmal tersebut. Lazimnya di Klinik KL Fertility Centre, keputusannya akan didapati dalam masa 1-2 jam.
Bagaimanakah sekiranya suami tidak dapat melakukan ujian sperma tersebut tanpa melakukan hubungan seks?
Jikalau begitu, hendaklah berbincang dengan doktor anda. Salah satu opsyen ialah dengan menggunakan kondom yang khusus untuk pengumpulan air mani bagi tujuan untuk semen analisis. kondom tersebut boleh didapati dari klinik fertiliti anda lazimnya. Usah menggunakan kondom biasa yang digunakan untuk mencegah kehamilan. Ini adalah kerana kondom tersebut mengandungi ‘spermicide’ yang boleh mematikan sperma.
Baca post seterusnya, Bagaimanakah membaca keputusan ujian sperma anda?
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.