Blog Archives

Apakah yang perlu diketahui oleh pesakit endometriosis: Laparoscopy atau IVF?

“Doktor Tasha, perlukah saya membuat pembedahan laparoscopy untuk masalah endometriosis saya?”

Ini adalah persoalan yang kerapkali ditanyakan dan dibincangkan dengan pesakit yang mempunyai masalah endometriosis dan ketidaksuburan. Ianya juga boleh menyebabkan kekeliruan di antara pasangan tersebut mengenai langkah yang perlu diambil seterusnya.

  • Adakah mereka perlu berjumpa dengan pakar fertiliti ataupun pakar sakit puan/ ginekologi?
  • Adakah mereka perlu membuat Laparoscopy atau IVF?

Apabila mereka rujuk pakar sakit puan disuruh buat operation. Ambik second opinion dari pakar sakit puan yang lain pun disuruh buat pembedahan. Apabila pergi pakar kesuburan dinasihati membuat IVF terus agar hamil pula. Tidak hairanlah sekiranya ini menimbulkan kekeliruan pada pasangan tersebut.

Laparoscopy atau IVF?

Pemilihan antara kedua-dua ini sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan untuk mengambil keputusan yang terbaik:

  • Umur wanita tersebut. 

Ini adalah faktor yang penting kerana ia akan memberikan prognosis untuk kadar kehamilan. Semakin matang umur wanita tersebut ie 35 tahun ke atas adalah penting untuk tidak mengambil masa yang lama agar peluang kehamilan tidak semakin menipis. Berkemungkinan besar adalah lebih elok rawatan IVF dilakukan agar cepat hamil.

  • Simptom yang dialami

Ini bergantung kepada individu masing-masing. Ada wanita mempunyai simptom endometriosis yang agak teruk seperti sengugut, sakit semasa bersama ataupun pendarahan haid yang panjang dan tidak teratur. Manakala ada pula yang mempunyai simptom yang sedikit atau tiada langsung. Jika wanita tersebut mempunyai sakit yang kuat dan juga cyst di dalam ovarinya berkemungkinan besar, pembedahan laparoscopy dan kemudian diikuti oleh rawatan kesuburan IVF adalah lebih baik.

  • ‘Cyst’ di ovari 

Setengah-tengah wanita yang menghidapi endometriosis akan mempunyai ‘cyst’ di dalam ovarinya yang dapat dikesan melalui imbasan scan pelvis. Sekiranya saiz ‘cyst’ tersebut adalah lebih besar dari 5cm, adalah lebih baik untuk melalukan pembedahan terlebih dahulu.

  • ‘Ovarian reserve’ wanita tersebut

Ovarian reserve adalah apakah bekalan telur yang masih tinggal di dalam ovari seseorang wanita. Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai ovarian reserve. Ramai wanita yang mengalami endometriosis menghadapi masalah ‘ovarian reserve’ yang rendah tanpa ketahuinya. Adalah penting untuk wanita tersebut rujuk kepada pakar sakit puan / kesuburan untuk membuat ujian scan atau mengambil darah AMH bagi mengetahui ovarian reserve masing-masing.

  •  Sejarah pembedahan untuk endometriosis

Terdapat wanita yang telahpun membuat pembedahan untuk endometriosis sebelum ini dan diberikan diagnosis mengenai tahap endometriosis dan sama ada saluran peranakan adalah elok ataupun tersumbat ataupun bengkak ie ‘hydrosalphinx’ . Penting bagi wanita yang membuat pembedahan agar mendapatkan report bertulis ie ‘intraop findings’ dari doktor yang telah membedahnya untuk rujukan pada masa hadapan. Kerap kali pesakit tidak mempunyai informasi ini dan juga tidak diterangkan dengan betul oleh pakar bedah mereka serta mungkin terlupa informasi yang telah diberikan. Sekiranya pembedahan pernah dilakukan dan saiz cyst adalah kecil <5cm, berkemungkinan besar pembedahan tidak perlu diulang.

Oleh itu, setiap pasangan bergantung kepada latar belakang mereka akan diberikan konsultasi dan nasihat yang berlainan. Matlamat kita adalah untuk mendapatkan kehamilan secepat mungkin agar kadar kehamilan untuk masa hadapan disebabkan faktor umur wanita tidak terjejas.

Lazimnya Dr Tasha akan memberikan rawatan kesuburan secara agresif untuk pesakit yang telah didiagnoskan dengan endometriosis. Ini ialah kerana pembedahan tidak akan ‘melenyapkan’ endometriosis or ‘cure’ seperti yang mungkin dianggap oleh kebanyakan pesakit-pesakit endometriosis.

It is life long, sehingga menopaus. Tidak menjadi masalah sekiranya pembedahan dilakukan terlebih dahulu kerana ianya ada benefitnya, akan tetapi pembedahan tersebut perlu dilakukan berhati-hati dan lengkap ie meleraikan pelekatan-pelekatan ‘scar tissue’, meletakkan kedudukan ovari di tempat yang betul, membuang ‘hydrosalphinx’. Ini semua adalah sebagai persiapan sekiranya wanita tersebut tidak hamil dan terpaksa melalui rawatan IVF pada masa hadapan.

Mungkin adalah lebih baik sekiranya pasangan yang mempunyai masalah fertiliti berjumpa dahulu pakar fertiliti sebelum melakukan operasi tersebut agar berbincang apakah yang perlu dibuat khusus semasa pembedahan dan selepas pembedahan tersebut untuk merancang langkah-langkah agar cepat hamil. Tidak semestinya selepas operasi wanita tersebut akan hamil spontan. Kadang-kala rawatan kesuburan masih perlu dilakukan untuk hamil. Di samping itu, sekiranya didiagnos stage 3-4 endometriosis, sebaiknya pakar sakit puan terus rujuk kepada pakar kesuburan untuk rawatan kehamilan bersesuaian dan bukannya menyuruh pasangan tersebut terus menerus mencuba sendiri untuk hamil. Sekiranya rawatan IUI bersesuaian untuk dilakukan tetapi masih tidak berjaya, rawatan IVF mungkin perlu dilakukan. 

Ini berdasarkan pengalaman Dr Tasha yang kini terpaksa berhadapan dengan ramai pesakit endometriosis yang berhempas pulas untuk hamil. Bagi yang bernasib baik kerana mungkin telah diberikan pencerahan dan mencari rawatan kesuburan awal, mereka Alhamdulillah telahpun hamil ‘against all odds’.

Usahlah berlengah waktu kerana ‘ovarian reserve’ atau bacaan ujian AMH bagi pesakit endometriosis walaupun berusia agak muda boleh menjadi sangat rendah disebabkan masalah endometriosis dan berulangkali melakukan pembedahan untuk endometriosis. And sometimes the cyst boleh berulang kembali within 6 months dari previous operation.  The woman’s age and ovarian reserve is very important to have a baby. Don’t wait too long just because of ignorance and procrastination as it may be then too late to have your baby.  

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Happy Mother’s Day bagi wanita yang mengimpikan menjadi seorang ibu

13 May 2018

Happy Mother’s Day! Satu tahun berulang lagi dan ucapan tersebut diucapkan oleh anda kepada ibu yang tersayang dan teman-teman lain yang telah mempunyai anak. Hanya ucapan ‘Terima Kasih’ dan bukannya ‘Happy Mother’s Day to you too!’ ucapan balas yang dapat diberikan kepada anda. Ramai wanita dalam situasi begini hanya akan tersenyum pahit atau cuba menyembunyikan perasaan kesedihan dan masalah kesuburan yang dihadapi. Rasa menyesal pula mengucapkan ‘Happy Mother’s day’ pula mungkin timbul dalam sanubari.

Sebagai seorang wanita yang juga terpaksa melalui hari ini selama bertahun-tahun lamanya, memang agak sukar dinafikan yang perasaan dan hati kecil Dr Tasha akan agak terguris sedikit apabila terbaca ucapan tersebut di sosial media dan iklan-iklan yang terpampar di seluruh tempat untuk membelikan sesuatu istimewa buat seseorang bernama ibu.

Apakah yang boleh dilakukan oleh wanita yang ingin menjadi seorang ibu pada Hari Ibu?

Ini bergantung kepada individu masing-masing cara terbaik untuk menanganinya kerana masing-masing mempunyai reaksi yang berlainan. Setengah-tengah bersikap bersahaja sahaja dan mempunyai sikap ‘couldn’t careless’. Manakala ada pula wanita pula yang akan menjadi murung dan sensitif pada hari tersebut.

Pada pendapat Dr Tasha, sebenarnya ‘acceptance’ is a better attitude. Apabila seseorang wanita melalui perjalananan TTC mereka mereka akan melalui pelbagai emosi yang kerapkali berubah-ubah dari ‘denial’, kesedihan, kemurungan, ‘blaming’, ‘grieving’ dan pada suatu ketika mungkin perasaan ‘acceptance’. Acceptance di sini bukanlah menyerah kalah untuk tidak berusaha lagi untuk menjadi seorang ibu, tetapi ‘acknowledgement’ terdapat masalah kesuburan yang dihadapi dan mungkin ianya akan mengambil masa untuk hamil tetapi tiada siapa yang dapat memberikan kepastian atau jangka masa bila anda akhirnya dapat menjadi seorang ibu. Penungguan dan ketidakpastian tersebut memang agak menyeksakan bagi wanita tersebut. Apa yang pasti, ini semua sukar dijangkakan dan in some ways ‘out of your control’.

Oleh itu, bagi wanita yang melalui perjalanan fertiliti mereka, nasihat Dr Tasha ‘always take care of yourself, do remember to always be kind to yourself and love yourself. Also do not forget to share the abundance of love that you have inside you with others around you’.

Antara cadangan untuk melalui Mother’s Day. (Ini hanyalah cadangan ya):

1. Abaikan dan just Ignore it. Its just one day. But it so happens this year it is a Sunday! 😦 Jadi tidak boleh berpura-pura sibuk kerja.

2. Keluar and enjoy yourself dengan suami. Ataupun boleh berjumpa dan berborak-borak dengan teman-teman TTC anda. Buatlah apa yang anda senang lakukan.

3. Share the love. Tell your mother and wanita yang anda dianggap sebagai seorang ‘ibu’ ie aunties, cikgu how much you love them. Minta mereka juga mendoakan agar anda juga tak lama lagi dapat menjadi seorang ibu. Mungkin doa-doa mereka mustajab. Amin..

Doa Dr Tasha buat semua wanita yang ingin menjadi seorang ibu, diharapkan impian anda akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Blowing some baby dust over to you… 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Seminar Percuma Di PUSRAWI 28 April 2018 – IUI vs IVF

Oleh kerana mendapat sambutan yang baik pada seminar yang lalu, Pihak PUSRAWI akan sekali lagi menganjurkan seminar Percuma pada hari Sabtu 28 April 2018

SEMINAR PERCUMA RAWATAN IUI VS IVF

Bagi pasangan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut sama ada rawatan IUI / IVF bersesuaian untuk mereka, sila hadiri SEMINAR PERCUMA mengenai topik ini

TOPIK FORUM: Adakah rawatan IUI atau IVF bersesuaian untuk saya?

TEMPAT:  Dewan Serbaguna, Aras 9, Jln Tun Razak, Hospital PUSRAWI

TARIKH: 28 April 2018

WAKTU: 2 – 3PM

Untuk Peserta yang menghadiri seminar ini dan adalah merupakan PESAKIT BARU di PUSRAWI, konsultasi pertama akan diberikan percuma dengan Dr Natasha Nor. Di samping itu, voucher bernilai RM250 akan diberikan untuk pasangan yang akan melakukan rawatan IUI di PUSRAWI.

Tempat duduk adalah terhad, sekiranya anda berminat untuk menghadiri seminar tersebut, sila lakukan kuiz tersebut di bawah dan email jawapannya kepada drnatashanor@gmail.com

https://drnatashanorfertility.com/info-asas/kuiz-rawatan-kesuburan-adakah-saya-calon-untuk-iui-ataupun-ivf/

Sila juga berikan butiran tersebut di bawah:

Nama dan Nama Pasangan

No handphone

Email untuk dihubungi

 

Harap berjumpa anda di sana kelak. In Sha Allah…

 

Rawatan IUI atau IVF? Seminar percuma di PUSRAWI 31 Mac 2018

“Doctor saya sudah pun membuat IUI sebanyak 2x kali. Apakah yang patut saya buat next?”

Dr Tasha kerapkali mendapat email bertanyakan soalan seperti di atas. Jawapan yang diberikan akan bergantung kepada latar belakang wanita dan pasangannya. Terdapat beberapa faktor yang akan menjadi penentu apakah langkah seterusnya yang perlu dilakukan.

Rawatan IUI vs IVF

Terdapat beberapa perbezaan ketara antara rawatan IUI dan IVF. Ini termasuklah dari segi prosedur, kos dan tahap kejayaannya. Oleh itu, pasangan TTC perlu meneliti pro dan kons kedua-dua rawatan tersebut. Bergantung kepada latar belakang pasangan TTC tersebut seperti faktor umur wanita, sebab sukar untuk hamil (eg. pcos, endometriosis, masalah sperma), tempoh percubaan untuk hamil, rawatan kesuburan yang telah dilakukan dan juga bajet pasangan tersebut untuk rawatan kesuburan pilihan sama ada IUI dan IVF boleh dibuat. Perbincangan dengan doktor kesuburan juga akan dapat memberikan lebih pencerahan untuk memudahkan pasangan TTC tersebut membuat keputusan. Setiap pasangan mungkin akan memilih opsyen yang berlainan.

 

Kadar kejayaan IUI mengikut masalah kesuburan yang dihadapi 

Jika dilihat dari gambarajah di  atas,  kadar kejayaan IUI untuk pelbagai permasalahan kesuburan adalah dalam lingkungan 10-25%. Untuk wanita yang mempunyai masalah ovulasi atau PCOS, kadar kehamilan selepas IUI boleh mencecah sehingga 25% terutamanya jika ubat hormon FSH digunakan. Bagi permasalahan lain pula kadar kejayaan hanyalah 10-15% sahaja.

Di samping itu, pasangan TTC perlu juga menitik beratkan umur wanita kerana ianya juga adalah faktor penting dalam menentukan pemilihan rawatan IUI ataupun IVF

 

SEMINAR PERCUMA IUI VS IVF

Bagi pasangan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut sama ada rawatan IUI / IVF bersesuaian untuk mereka, sila hadiri SEMINAR PERCUMA mengenai topik ini

TOPIK FORUM: Adakah rawatan IUI atau IVF bersesuaian untuk saya?

TEMPAT:  Dewan Serbaguna, Aras 9, Jln Tun Razak, Hospital PUSRAWI

TARIKH: 31 Mac 2018

WAKTU: 2 – 3PM

Untuk Peserta yang menghadiri seminar ini dan adalah merupakan PESAKIT BARU di PUSRAWI, konsultasi pertama akan diberikan percuma dengan Dr Natasha Nor. Di samping itu, voucher bernilai RM250 akan diberikan untuk pasangan yang akan melakukan rawatan IUI

Tempat duduk adalah terhad, sekiranya anda berminat untuk menghadiri seminar tersebut, sila lakukan kuiz tersebut di bawah dan email jawapannya kepada drnatashanor@gmail.com

https://drnatashanorfertility.com/info-asas/kuiz-rawatan-kesuburan-adakah-saya-calon-untuk-iui-ataupun-ivf/

 

Sila juga berikan butiran tersebut di bawah:

Nama dan Nama Pasangan

No handphone

Email untuk dihubungi

 

Harap berjumpa anda di sana kelak. In Sha Allah…

 

 

 

 

 

Seminar Percuma IVFku pada 20th Mei 2017

“Dr Tasha, boleh terangkan lebih jelas mengenai IVFku?”

https://drnatashanorfertility.com/rawatan-kesuburan/program-ivfku/

Ramai pasangan TTC kerap menanyakan mengenai program IVFku. Kos IVF konventional di swasta adalah dalam lingkungan RM16-20,000. Kos ini termasuklah kos konsultasi, scan, ubat hormon yang perlu digunakan semasa rangsangan telur, prosedur penyedutan telur (‘Egg pick up’) atau OPU dan pemindahan embrio (‘Embrio Transfer’) atau ET. Sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan bebanan kewangan di kalangan pasangan TTC, program IVFku telah dimulakan di KL Fertility Centre.

Untuk sesebuah program IVF, faktor yang penting adalah kadar kejayaaan kehamilan. Oleh itu, program IVFku bertujuan untuk memberikan kejayaan yang bagus pada kos yang berpatutan. KL Fertility Centre menawarkan program IVFku untuk pasangan pada RM12000 di bawah jagaan Dr Tasha. Kos tersebut melibatkan kos konsultasi, scan, ubat hormon yang perlu digunakan semasa rangsangan telur, prosedur penyedutan telur (‘Egg pick up’) atau OPU dan pemindahan embrio (‘Embrio Transfer’) atau ET.

Alhamdulillah ramai pasangan TTC telahpun berjaya hamil dan juga selamat melahirkan anak-anak mereka. Pasangan pertama yang telah berjaya melahirkan anak-anak mereka hasil dari program IVFku sebenarnya merupakan sepasang anak kembar. Pasangan tersebut perlu melakukan IVF disebabkan kedua-dua saluran peranakan tersumbat.

Program IVFku program diilhamkan oleh program ‘low intensity’ stimulasi IVF dari Prof Kato Jepun. Ianya juga dikenali dengan nama IVF lite atau Mini IVF. Pada peringkat permulaan, Dr Tasha telahpun memberikan syarat-syarat kelayakan untuk IVFku. Ini adalah untuk memastikan kadar kejayaan adalah baik. Kami sangat berpuas hati kerana kadar kejayaan kehamilan kami telahpun mencapai 70-80%.

Kajian juga telahpun membuktikan low intensiti IVF ini juga boleh digunakan untuk wanita yang mempunyai masalah PCOS, Endometriosis ataupun ‘poor ovarian reserve’. Program ini dikatakan bersifat ‘gentle’ bertujuan menghasilkan kuantiti telur yang lebih rendah tetapi berkualiti baik. Ianya juga mengurangkan risiko OHSS dan ‘patient-friendly’ terutamanya bagi wanita yang phobia kepada suntikan jarum kerana bilangan suntikan dikurangkan kepada hanya 2-3 kali sahaja sepanjang proses rangsangan telur.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, datanglah kepada seminar program IVFku pada 20th Mei 2017. Ianya adalah PERCUMA akan tetapi tempat duduk adalah terhad.

Tajuk Seminar: IVFku

Penceramah: Dr Natasha Nor

Waktu Seminar: 1 – 2pm

Tempat:

KL Fertility Centre

LG Lot 30 DC Mall , Bukit Damansara,

50490, Kuala Lumpur Malaysia
 

Jika berminat sila email kepada Dr Tasha di drnatashanor@gmail.com

Sila berikan maklumat tersebut di bawah untuk diberikan kepada pihak pengurusan bagi proses pendaftaran:

Wife’s Name:

Wife’s HP Number:

Wife’s Email Address:

Husband’s Name:

Husband’s HP Number:

Husband’s Email Address:

Number of seats for the seminar:

Diharapkan kita akan bersua muka tidak lama lagi.

Happy Mother’s Day to all those TTC women out there who have bravely struggled through their fertility journey and succeeded in the end and also to all those TTC couples who will one day become mothers and fathers too as well. Aminn..

 

 

 

 

 

 

A-Z Mengenai Rawatan IVF

“Doktor saya telah disyorkan untuk membuat rawatan IVF. Tetapi saya kurang pasti kerana kurang mempunyai informasi mengenai IVF”

“Saya telah menjalani rawatan IVF sebelum ini tetapi gagal. Kenapa IVF tersebut gagal?”

“Saya sudah berkahwin selama 5 tahun tetapi masih belum hamil. Adakah saya perlu membuat IVF?”

“Apakah yang perlu saya buat untuk persediaan rawatan IVF?”

Mungkin terdapat ramai pasangan TTC yang mempunyai pelbagai persoalan mengenai rawatan IVF. Pihak KL Fertility Centre akan mengadakan satu sessi terbuka bagi memberikan pencerahan kepada mereka yang berminat. Ianya adalah PERCUMA. Sessi tersebut sebenarnya akan mempunyai tempat duduk terhad 10-12 pasangan sahaja agar perbincangan yang mendalam dapat dilakukan.

Antara topik yang akan dibincangkan termasuklah:

  1. Adakah saya calon yang sesuai untuk IVF?
  2. Apakah proses rawatan IVF? Apakah yang akan dialami semasa melalui rawatan IVF tersebut?
  3. Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum rawatan IVF?
  4. Apakah yang akan berlaku selepas IVF. Perlukah saya berehat 1 bulan?
  5. Tip-tips untuk meningkatkan kejayaan rawatan IVF.

Tempat: DC Mall, Damansara City in Damansara Heights

Tarikh: 25/2/17

Masa: 12 – 1.30pm

Penceramah: Dr Natasha Nor

Diharapkan ramai pasangan TTC yang ingin membuat rawatan IVF dapat meluangkan masa untuk menghadiri sessi perbincangan tersebut. Jika berminat untuk menghadiri seminar tersebut sila email drnatashanor@gmail.com secepat mungkin kerana tempat duduk adalah terhad.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Di ambang Raya 2016

Dr Tasha merasakan masa seolah-olah berlalu dengan begitu pantas.  Apa yang kita lakukan pada hari ini dengan sekelip mata akan menjadi sejarah kehidupan kita yang lampau. Detik-detik waktu yang sudah kehilangan. Pejam-jelik kita sekali lagi berdiri di Ambang Raya. Kini sudah tahun 2016.

Buat bekas pesakit-pesakit Dr Tasha yang kini sudah sampai ke penghujung perjalanan fertiliti mereka, Tahniah Dr Tasha ucapkan. Ramai juga pasangan yang telah mengutuskan email untuk memaklumkan kehadiran orang baru di dalam kehidupan mereka. Teringat pula Dr Tasha bila kali pertama Dr Tasha sendiri mendakap bayi kembar Dr Tasha. Dalam hati berkata, “Oh macam ni rupanya baby yang ditunggu-tunggu selama ini. Begitu lama menunggu mereka. Tapi it’s ok. They are finally here. Terima kasih Allah.”

raya2014withtwins

Hmm.. nampak baik-baik je si kembar ni

raya2014withtwins1

Realiti sebenar bila sessi bergambar

Bagi pasangan yang masih meniti perjalanan fertiliti mereka, usahlah putus asa. Hendaklah bersabar, cekalkan diri dan terus berusaha. In Sha Allah anda juga bakal menjadi ibu bapa dan berpeluang merasakan pengalaman manis buat kali pertama menatap dan mendakap bayi anda.

Diharapkan bagi yang masih dalam perjalanan TTC dan merancang untuk membuat rawatan IVF, datanglah ke Seminar IVF percuma kami di KL Fertility Centre. Para peserta yang menghadiri seminar tersebut layak untuk mendapatkan konsultasi percuma bersama Dr Tasha. Tempat duduk adalah terhad. Hendaklah booking secepat mungkin ya.

IVFJourneyJuly2016

Bagi pasangan yang buat kali pertama menyambut Raya tahun ini dengan bayi mereka tentulah sambutan Raya tahun ini adalah kenangan yang sangat manis. Bagi yang masih tidak berpeluang berbuat demikian dan masih menanti kehadiran bayi mereka, apabila ditanyakan bila nak menimang anak, jawablah dengan yakin, In Sha Allah jika diizinkan Allah tidak lama lagi.

Akhir kata, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua pembaca blog tersayang!

Kad-Raya-2012-1

Day 3 atau Day 5 Embrio Transfer?

“Doktor, bilakah patut saya membuat Embrio Transfer. Adakah pada hari Day 3 atau  Day 5? “

Selepas prosedur penyedutan telur (‘Egg pick up’ / OPU), prosedur pemindahan embrio  (ET) lazimnya akan dibuat 3 hari selepas itu iaitu tiga hari selepas persenyawaan dilakukan.

Jika dilihat pada awal sejarah rawatan IVF, ET selalunya dilakukan 1 atau 2 hari selepas OPU. Ini disebabkan oleh teknologi makmal IVF yang masih berada pada peringkat awal tidak mampu untuk memelihara embrio dalam keadaan yang baik. Oleh itu, ET akan dilakukan secepat mungkin kerana rahim mempunyai keadaan persekitaran yang lebih baik untuk ketumbesaran embrio.

Untuk membaca perbezaan antara hari 3 dan hari 5 embrio. Sila baca post blog tersebut:

https://drnatashanorfertility.com/2015/06/09/rawatan-ivf-apa-yang-berlaku-di-dalam-makmal-ivf/

Innovasi makmal IVF

Lazimnya ET akan dilakukan tiga hari selepas persenyawaan atau hari OPU iaitu Day 3 Embrio. Day 3 Embrio adalah pada peringkat ‘cleavage stage’ dan mengandungi 4 – 8 cells. Akan tetapi dengan perkembangan teknologi dan innovasi baru di dalam kultur media yang digunakan dalam makmal IVF diturut serta dengan peningkatan kemahiran para embriologis telah membenarkan embrio dipantau dan dikultur di dalam inkubator makmal IVF sehingga 5-6 hari. Embrio yang terbentuk 5 hari selepas persenyawaan dikenali sebagai ‘blastocyst’.

Day 3 Embrio

Adalah dipercayai embrio yang berjaya sampai dari hari ke 3 kepada hari 5 embrio atau blastocyst selalunya merupakan embrio yang kuat dan mempunyai potensi ketumbesaran serta implantasi yang lebih baik. Oleh itu, sekiranya embrio tersebut dipilih untuk dipindahkan ke dalam rahim akan memberikan kadar kehamilan yang lebih tinggi. Perlu diingati, hanya 35-50% day 3 embrio akan berjaya sampai kepada day 5 atau ‘blastocyst’ stage. Lebih kurang 5-10% kes di mana kesemua day 3 embrio telah berhenti membesar dan tidak berjaya sampai ke blastocyst stage. Oleh itu, prosedur pemindahan embrio tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan embrio.

Day 5 Embrio atau Blastocyst

Faktor-faktor yang mempengaruhi kebarangkalian embrio berjaya sampai kepada ‘Blastocyst’

1. Potensi ‘Development’ atau Ketumbesaran Embrio

Pada hari ketiga, semua embrio yang telah dipersenyawakan akan dipantau dalam makmal IVF oleh pakar embriologis. Embrio tersebut akan diberikan gred berdasarkan beberapa kriteria tertentu. Tanggapan asas ialah embrio yang bergred baik akan memberikan kadar kejayaan yang lebih baik. Akan tetapi, kajian telah menunjukkan bahawa tidak semua embrio yang kelihatan ‘cantik’ dan telah diberikan gred baik sebenarnya akan memberikan kehamilan kerana mereka mungkin sebenarnya tidak mempunyai potensi ‘development’ untuk berbuat demikian. Salah satu sebab ialah berkemungkinan embrio tersebut sebenarnya mempunyai kandungan genetik yang abnormal.

2. Kultur Makmal IVF

Tidak semua Makmal IVF dan embriologis berupaya untuk mengendalikan dan memelihara embrio sehingga ke peringkat ‘blastocyst’. Media kultur yang bersesuaian dan kemahiran teknikal pakar embriologis juga akan memberikan impak. Di samping itu, kaedah stimulasi bersesuaian yang diberikan adalah salah satu faktor yang boleh menyumbang  sama ada embrio yang berkualiti baik dapat dihasilkan.

Kajian Day 3 vs Day 5 Embrio Transfer. Manakah mempunyai kadar kehamilan yang lebih tinggi?

Implantasi Embrio ke dalam dinding rahim

Kajian-kajian telah menunjukkan yang Day 5 Embrio mempunyai kadar kejayaan kehamilan yang lebih tinggi berbanding dengan Day 3 Embrio. Akan tetapi, bukan semua makmal IVF mendapati keputusan yang sama. Malah, ada pula yang mendapati kehamilan mereka menurun dengan Day 5 Embrio Transfer. Pembesaran dan pemantauan Embrio Day 3 kepada Day 5 memerlukan kultur media yang elok untuk membekalkan persekitaran stabil dan nutrien yang penting bagi pembesaran optimum embrio. Di samping itu, ianya memerlukan kemahiran teknikal yang lebih tinggi  dan adalah lebih rumit bagi pakar embriologis.

Adakah Day 3 Embrio akan menjadi lebih baik jika dikultur seterusnya sehingga ke peringkat blastocyst?

Ramai bertanggapan salah yang Day 3 Embrio sekiranya disimpan dengan lebih lama di dalam kultur media makmal akan menjadi bertambah baik apabila nutrien elok dibekalkan kepadanya. Tanggapan ini adalah tidak benar, embrio tersebut tidak akan berubah sama sekali. Potensi embrio tersebut untuk implantasi adalah sama, perkembangan teknologi moden makmal IVF tidak mampu untuk menambahbaik atau mengubah potensi ‘development’ atau ketumbesaran embrio tersebut.

Kesimpulan

Keputusan sama ada Day 3 atau day 5 bergantung kepada individu masing-masing.

Jika embrio yang terhasil adalah bergred baik dan banyak ie lebih dari 4 embrio, Day 5 ET mungkin adalah opsyen yang bagus kerana embrio Day 5 mempunyai potensi untuk memberikan mereka kehamilan yang tinggi jika ianya dipindahkan semula ke dalam rahim. Akan tetapi bagi wanita yang mempunyai embrio yang tidak banyak dan kurang elok pula, adalah lebih baik sekiranya Day 3 sahaja dilakukan.

Ini juga bergantung kepada makmal IVF di mana rawatan IVF tersebut dilakukan dan juga faktor wanita tersebut, seperti sejarah IVF yang gagal atau umur wanita tersebut.

Kajian-kajian giat sedang dijalankan, adalah diharapkan jawapan yang lebih jitu dapat diberikan dalam masa yang hadapan agar ianya dapat memberikan lebih maklumat kepada para doktor agar the ‘best treatment’ dapat diberikan kepada para pesakit.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Adakah terlalu kurus boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil?

“Doktor adakah berat badan saya yang rendah ini boleh menyebabkan masalah untuk hamil?”

Masalah berat badan sama ada berkurangan ataupun berlebihan boleh menyumbang kepada masalah fertiliti. Terdapat segelintir wanita yang mempunyai berat badan yang sangat rendah mengikut ketinggiannya. Berat badan yang ideal adalah BMI antara 18.5 – 24.9. Cara mengira BMI anda.

Kenapakah mempunyai BMI yang terlalu rendah boleh merendahkan tahap kesuburan?

Apabila berat badan kita adalah sangat rendah dan kadar kandungan lemak di dalam badan adalah rendah, ini akan memberikan isyarat kepada otak yang wanita itu berada dalam keadaan ‘starvation’. Oleh itu, secara semulajadi ianya akan memberikan impak di mana terdapat pengurangan rembesan hormon dari otak kepada kelenjar pituitari. Ini akan memberikan isyarat kepada ovari wanita tersebut untuk mengurangkan atau memberhentikan pengeluaran telur di kilang ovari. Apabila ovulasi tidak berlaku, ini seterusnya akan mengakibatkan kitaran haid tidak terjejas dan menjadi tidak teratur.

Sejarah telah menunjukkan selepas Perang Dunia Kedua, kadar kehamilan adalah amat rendah walaupun di kalangan pasangan muda. Salah satu faktor adalah disebabkan ramai wanita dan juga lelaki pada waktu darurat mempunyai berat badan yang sangat rendah diakibatkan diet yang tidak sihat dan makanan yang berkurangan.

Apakah yang akan dilakukan oleh doktor jika mempunyai masalah berat badan yang rendah?

Sejarah latar belakang dan pemeriksaan akan dilakukan. Doktor akan mengenalpasti apakah punca masalah berat badan yang rendah termasuklah genetik, masalah diet yang tidak sihat seperti anorexia / bulimia nervosa, pengamalan ‘exercise’ yang berlebihan ataupun masalah hormon thyroid.

    

Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan berat badan secara sihat? 

  • Kadang-kala wanita tersebut akan dirujuk kepada pihak nutrisi atau ‘dietician’ agar diet mereka boleh diteliti dan penambahbaikan dapat dilakukan jika perlu
  • Makan dengan lebih kerap iaitu 5 atau 6 kali makan berbanding hanya 3 kali sehari. Di samping itu, ini mungkin boleh dilakukan dengan memakan snek sihat antara waktu makan.
  • Memakan makanan yang bukan sahaja berkalori tinggi tetapi bernutrisi tinggi. Lebihkan makanan yang mengandungi  kandungan tinggi protein, lemak sihat seperti Omega 3 dan berserat
  • Melakukan senaman. Ini boleh membina otot di samping membuatkan selera anda bertambah.
  • Memakan Suplemen tambahan seperti multivitamin dan folik asid.

Sebenarnya, kajian telah menunjukkan wanita yang mempunyai berat badan yang sangat kurang akan lebih sukar untuk hamil berbanding dengan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan sedikit. Oleh itu, hendaklah cuba sedaya upaya untuk meningkatkan berat badan sekiranya adalah dalam golongan wanita yang mempunyai berat badan yang sangat rendah

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor