Blog Archives
Promosi IUI pakej di Pusrawi bermula 15 Mac 2017
Promosi Pakej IUI di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak akan dimulakan pada 15 mac 2017. Diharapkan bagi pasangan yang berminat untuk menjalani rawatan IUI akan turut serta di dalam promosi tersebut. Promosi tersebut akan memberikan pasangan yang memenuhi kriteria tertentu untuk mendapatkan baucer bernilai RM250 yang boleh digunakan untuk mengurangkan kos rawatan tersebut.
http://www.pusrawi.com.my/index/pakej-perubatan/pakej-pemeriksaan-kesuburan/
Sekiranya anda berminat untuk menjalani rawatan IUI tersebut, sila email drnatashanor@gmail.com untuk mendapatkan maklumat seterusnya.
Kenapakah makmal IVF penting untuk kejayaan IVF anda
“Doktor, saya baru buat IVF hari itu tetapi telah gagal…Apakah sebabnya?”
Ramai pasangan TTC yang melalui rawatan IVF tidak sedar yang sebenarnya Makmal IVF adalah salah satu faktor yang amat penting untuk menentukan kejayaan rawatan IVF mereka. Sekiranya mereka ingin memilih klinik IVF, di samping memilih doktor IVF bagus dan serasi dengan mereka, hendaklah juga memastikan klinik tersebut mempunyai Makmal IVF yang juga bagus. Kadar kejayaan kehamilan klinik IVF tersebut juga akan dipantau dengan teliti oleh pakar embriologis.

Fungsi Makmal IVF sebenarnya – Jantung Klinik IVF
Makmal IVF diuruskan oleh pakar embriologis iaitu saintis yang bertanggungjawab untuk menguruskan telur yang diperolehi dari prosedur ‘Egg Pick up’, sperma dari pasangan lelaki dan seterusnya melakukan prosedur persenyawaan telur dan sperm, memantau dengan berhati-hati perkembangan embrio yang terbentuk di dalam makmal IVF. Doktor IVF dan para embriologis akan bersama-sama memilih embrio manakah yang akan dipilih untuk diletakkan kembali ke dalam rahim
Di samping itu, persekitaran makmal IVF turut di jaga oleh para embriologis. Ini adalah untuk memastikan persekitaran itu adalah optimum bagi ketumbesaran dan perkembangan sempurna untuk embrio. Oleh itu, makmal IVF yang bagus akan mempunyai pakar embriologis sepenuh masa dan berpengalaman serta berdedikasi untuk menguruskan segala aspek penjagaan makmal agar termasuk peralatan-peralatan di dalam makmal IVF agar dapat memperolehi embrio yang berkualiti elok.
Ianya adalah penting bagi embriologis makmal IVF tersebut dapat melakukan prosedur tersebut dengan baik:
- Proses pembekuan telur
- Proses pembekuan sperma
- Proses pembekuan embrio untuk ‘Frozen Embryo Transfer’ (FET)
- Proses pembentukan embrio dari ‘Day 3’ kepada ‘Day 5’ iaitu Blastocyst
- Prosedur ICSI
- Prosedur ‘Thawing’ / Nyahbeku Embryo
- Prosedur membiopsi Embrio untuk proses PGS / PGD
RTAC – Reproductive Technology Accreditation Certification bagi makmal IVF
Makmal IVF perlu memastikan yang tidak akan melakukan sebarang kesilapan kerana khuatir akan berlaku pertukaran telur, sperma atau embrio. Oleh itu, ianya perlu ada 0% kesalahan. ‘There is zero tolerance for lab error’.
RTAC adalah akreditasi yang diberikan oleh ahli jawatankuasa RTAC yang ditubuhkan oleh FSA(Fertility Society of Australia) yang bertanggungjawab memantau klinik-klinik IVF di Australia dan New Zealand. Jawatankuasa RTAC telah mewujudkan ‘Code of Practice’ bagi memastikan klinik-klinik IVF mempunyai protokol-protokol makmal yang perlu dipatuhi agar prestasi makmal IVF tersebut adalah elok dan mengelakkan sebarang kesilapan makmal serta meneruskan inisiatif meningkatkan kualiti penjagaan yang mantap untuk pasangan yang melalui rawatan IVF.

Oleh itu, pakar embriologis sebenarnya penting untuk kejayaan IVF anda. Mereka bekerja keras di sebalik takbir dan kadang-kala kurang mendapatkan penghargaan yang sepatutnya diperolehi – Our ‘unsung heroes’.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Ingin Hamil tahun 2017. Apa yang perlu anda buat.
“Doktor apa yang perlu saya buat untuk hamil pada tahun 2017. Saya sudahpun berkahwin satu tahun lebih.”
Kebanyakan pasangan yang baru berkahwin teruja untuk memula membina keluarga bahagia masing-masing. Bagi pasangan TTC tersebut yang tidak mempunyai masalah kesuburan dan melakukan hubungan intim sebanyak 2-3 kali seminggu, 84% akan hamil dalam masa 12 bulan. Manakala, 90% pasangan tersebut akan hamil dalam masa 24 tahun.
Bagi yang tidak sabar lagi untuk menjadi seorang ibu dan ayah. Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan peluang untuk hamil.
Untuk para pembaca blog yang tersayang, jika anda ingin meningkatkan tahap kesuburan anda, sila muat turun Ebook percuma Dr Tasha jika anda masih belum berbuat demikian:
https://drnatashanorfertility.com/e-book/
Pihak KL Fertility Centre akan mengadakan seminar percuma bagi pasangan-pasangan yang ingin hamil pada tahun 2017. Seminar tersebut adalah sesuai bagi pasangan yang pada peringkat awal TTC mereka.
Tempat: DC Mall, Damansara City in Damansara Heights
Tarikh: 11/3/17
Masa: 11 – 1.00pm
Penceramah: Dr Natasha Nor
Antara topik menarik yang akan dibincangkan:
- Adakah saya mempunyai masalah kesuburan?
- Bilakah waktu ‘subur’ saya?
- Perlukah saya berjumpa dengan doktor?
- Apakah ujian kesuburan yang perlu dilakukan
- Apakah rawatan kesuburan yang boleh dilakukan – pil subur dan rawatan IUI
Tempat duduk adalah terhad. Sekiranya anda berminat untuk menghadiri seminar tersebut sila email kepada drnatashanor@gmail.com. Jumpa anda di sana!
A-Z Mengenai Rawatan IVF
“Doktor saya telah disyorkan untuk membuat rawatan IVF. Tetapi saya kurang pasti kerana kurang mempunyai informasi mengenai IVF”
“Saya telah menjalani rawatan IVF sebelum ini tetapi gagal. Kenapa IVF tersebut gagal?”
“Saya sudah berkahwin selama 5 tahun tetapi masih belum hamil. Adakah saya perlu membuat IVF?”
“Apakah yang perlu saya buat untuk persediaan rawatan IVF?”

Mungkin terdapat ramai pasangan TTC yang mempunyai pelbagai persoalan mengenai rawatan IVF. Pihak KL Fertility Centre akan mengadakan satu sessi terbuka bagi memberikan pencerahan kepada mereka yang berminat. Ianya adalah PERCUMA. Sessi tersebut sebenarnya akan mempunyai tempat duduk terhad 10-12 pasangan sahaja agar perbincangan yang mendalam dapat dilakukan.
Antara topik yang akan dibincangkan termasuklah:
- Adakah saya calon yang sesuai untuk IVF?
- Apakah proses rawatan IVF? Apakah yang akan dialami semasa melalui rawatan IVF tersebut?
- Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum rawatan IVF?
- Apakah yang akan berlaku selepas IVF. Perlukah saya berehat 1 bulan?
- Tip-tips untuk meningkatkan kejayaan rawatan IVF.
Tempat: DC Mall, Damansara City in Damansara Heights
Tarikh: 25/2/17
Masa: 12 – 1.30pm
Penceramah: Dr Natasha Nor
Diharapkan ramai pasangan TTC yang ingin membuat rawatan IVF dapat meluangkan masa untuk menghadiri sessi perbincangan tersebut. Jika berminat untuk menghadiri seminar tersebut sila email drnatashanor@gmail.com secepat mungkin kerana tempat duduk adalah terhad.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Perjuangan demi menjadi seorang ibu
Kepada semua pembaca blog yang disayangi, Selamat Tahun Baru 2017! Hari bersilih ganti dalam sekelip mata dan kini kita telah membuka lembaran tahun baru 2017. Ramai pasangan TTC yang telah email Dr Tasha untuk menyatakan mereka telahpun selamat bersalin dan menghantar gambar anak-anak mereka yang sihat dan comel. Dr Tasha dan pihak KL Fertility Centre tumpang gembira dan berasa seronok melihat gambar-gambar tersebut.
Tidak dinafikan ada juga pasangan yang masih tidak hamil dan pasrah serta kecewa apabila tidak hamil selepas menjalani rawatan kesuburan mereka. Dr Tasha berharap agar pasangan-pasangan tersebut tidak berputus asa, berbincang tentang apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kejayaan mereka serta meneruskan perjuangan TTC mereka sehingga berjaya.
Setiap individu atau pasangan yang mengharungi perjalanan TTC untuk menjadi seorang ibu atau ayah akan mengalami perjalanan yang berbeza-beza. Begitu juga dengan Dr Tasha yang terpaksa menghadapi perjalanan TTC yang penuh dengan berliku-liku tetapi Dr Tasha sangat-sangat bersyukur kerana impian untuk menjadi seorang ibu dapat dicapai akhirnya. Dr Tasha tidak mungkin dapat mengharungi perjalanan yang mencabar tersebut tanpa sokongan moral dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu dan ayah, keluarga dan juga rakan rapat. ‘They were my unsung heroes and pillar of strength in moments of despair’
Kadang-kala isu untuk sukar hamil ataupun ‘subfertiliti’ ini juga adalah perkara ‘taboo’ di kalangan masyarakat kita dan memberikan rasa aib kepada setengah-tengah orang. Akan tetapi, ingin Dr Tasha tekankan bahawa masalah fertiliti sebenarnya adalah satu masalah kesihatan yang perlu disiasati dan rawatan kesuburan bersesuaian diberikan untuk merawatinya. Ramai pasangan terutamanya wanita yang menghadapi masalah fertiliti ini mengalami implikasi sosial dan psikologi seperti masalah murung. Dr Tasha berharap agar ramai lagi pasangan yang mempunyai kesukaran untuk hamil agar tampil kehadapan serta berikhtiar untuk dapat hamil.
Sekiranya para pembaca ingin membaca dengan lebih lanjut mengenai perjalanan TTC Dr Tasha sila ikuti link di bawah. Semoga ianya memberikan inspirasi dan mana tahu mungkin bagi setengah-tengah para pembaca blog ‘you will have your own successful TTC story to tell others one day’. Dr Tasha yakin ada hikmah di sebalik segala rintangan yang terpaksa dilalui, ‘it was perhaps God’s plan for me to lead me to the path of my future life as a fertility specialist. To walk down the path of those TTC so that I will be a more compassionate and passionate fertility doctor to strive and give the very best care for my patients in future’.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Dapatkan Buku ‘Catching My Baby Dust’ khusus buat pasangan TTC
Ramai pasangan TTC suka mendengar dan berkongsi pengalaman masing-masing semasa menghadapi ‘ups’ and ‘downs’ perjalanan fertiliti mereka. Dengan membaca bagaimana pasangan-pasangan lain menghadapi liku-liku perjalanan fertiliti mereka, adalah diharapkan agar ramai pasangan yang masih TTC dapat mempelajari ilmu dan tips berguna serta memperolehi kata-kata semangat untuk meneruskan perjalanan fertiliti mereka sendiri.
Dr Tasha dan rakan-rakan dari KL Fertility Centre telah mengumpulkan kisah benar TTC dari beberapa pasangan yang menghadapi pelbagai masalah kesuburan. Setiap pasangan menceritakan dari aspek mereka sendiri pengalaman pahit-manis yang terpaksa dilalui untuk mendapatkan zuriat yang diimpi-impikan. Buku ‘Catching My Baby Dust’ ini boleh diperolehi dari kedai buku Borders dan MPH tidak lama lagi.
Setiap pasangan mempunyai masalah unik mereka yang tersendiri. Mungkin anda mempunyai masalah yang sama dengan salah satu dari pasangan tersebut. Ikutilah kisah benar pasangan-pasangan tersebut dan hayatilah rintangan serta cabaran yang terpaksa mereka atasi.
Dapatkanlah buku anda untuk membaca pengalaman pasangan TTC yang telah berjaya. Dr Tasha harapkan agar kisah-kisah tersebut dapat memberikan iktibar, mendorong dan memotivasikan serta menjadi inspirasi kepada setiap pasangan TTC. Dr Tasha doakan agar lebih ramai lagi pasangan TTC akan hamil tidak lama lagi. In Sha Allah, you will then have you own story to tell to other TTCians.
‘Blowing some baby dust over to all you TTCians out there. Enjoy reading the book written by TTCians dedicated especially for TTCians.’ 🙂
Rahim atau Telur yang Tua?
Baru-baru ini Dr Tasha terlihat gambar di dalam social media menunjukkan seorang wanita yang berumur 70an di India yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya. Wanita tersebut dikatakan telah berjaya hamil setelah melakukan rawatan IVF buat kali ketiga. Mungkin wanita tersebut adalah wanita tertua di dunia yang telah berjaya melahirkan anak!
Masalah Rahim atau Telur yang tua di kalangan wanita berusia matang?
Mengikut statistik, wanita tertua yang hamil selepas rawatan IVF menggunakan telurnya sendiri berumur 47 tahun. Ini ialah kerana masalah utama di kalangan wanita berusia 40an ke atas ialah kualiti dan kuantiti telur yang rendah. Oleh itu, besar kemungkinan wanita yang berusia 50an yang telah berjaya hamil telah menggunakan telur yang telah diberikan oleh wanita yang lebih muda ie ‘egg donor’.

Jika dilihat dari gambarajah di atas sebaik sahaja seseorang wanita mencecah umur 40 ke atas, kebanyakan dari telur yang terhasil dari kilang ovarinya adalah abnormal. Bagi wanita berumur 41-43 tahun 90% dari telurnya adalah abnormal. Oleh itu, implantasi dan kehamilan akan menurun dengan mendadak bagi wanita tersebut.
Akan tetapi, jika dilihat wanita yang sudah melangkau umur menopaus yang mampu melahirkan anak dari rahimnya membuktikan umur rahim bukanlah faktor utama menghalang wanita dari hamil. Pelbagai innovasi teknologi kini yang telah berjaya menjadikan ramai wanita yang berusia matang hamil seperti ‘egg donor’ dan pembekuan telur.
Bolehkah telur yang tua direjuvenasikan?
Baru-baru ini Dr Tasha terbaca mengenai penemuan saintifik yang dikatakan boleh membantu ‘rejuvenasi’ telur-telur di dalam kilang ovari untuk membantu terutamanya wanita yang mempunyai masalah kualiti atau kuantiti yang rendah hamil. Pada waktu ini, ia hanyalah pada peringkat penyelidikan dan terdapat ramai pihak yang masih berasa skeptikal sama ada rawatan tersebut berkesan ataupun tidak.
Usah tangguhkan rawatan kesuburan yang berkesan
Bagi wanita beragama Islam, ‘donor eggs’ ini adalah diharamkan. Oleh itu, Dr Tasha sarankan semua wanita bukan sahaja yang beragama Islam agar tidak melengah-lengah waktu untuk menjadi seorang ibu. Memang tidak dinafikan dilema seorang wanita moden antara mengejar kerjaya atau membina keluarga. Bagi yang menghadapi masalah kesuburan, berikhtiarlah agar dapat cepat hamil.Kadar kejayaan rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF adalah jauh lebih tinggi di kalangan wanita yang berusia lebih muda berbanding wanita yang sudah berumur ‘late 30s’ ataupun 40an.
Dr Tasha kerap berasa kesal sekiranya berjumpa dengan pasangan yang sudahpun berkahwin lama tetapi secara sengaja ataupun tidak sengaja telah menangguhkan rawatan kesuburan sehinggalah umur pasangan wanitanya adalah lebih matang kerana tahu kadar kejayaan rawatan IVF mereka akan jatuh mendadak hanya kerana umur wanita tersebut. Tidak disangkal juga agak ramai juga wanita yang berusia matang telah berjaya hamil ‘despite all odds’ setelah menjalani rawatan IVF mereka, terdetik dalam hati Dr Tasha, sudah rezeki mereka. Alhamdulillah!
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Tips untuk membuat Persediaan bagi rawatan IVF anda
Seminar ‘Perjalanan IVF Kami’ telah berjaya dijalankan pada 23 April 2016 yang lalu. Akan tetapi, kerana terlalu ramai pasangan yang ingin hadir dan tempat duduk yang terhad buat hari tersebut, beberapa pasangan tidak dapat pihak kami terima.

Untuk tidak menghampakan pasangan-pasangan yang tidak dapat menghadiri Seminar tersebut, pihak kami ingin mengadakan seminar berikut pada 14 May 2016. Sekali lagi, tempat duduk adalah terhad. Buat masa kini kami hanya akan menerima 10 pasangan sahaja. Ianya adalah percuma.
Topik yang akan dibincangkan:
- How to prepare for your IVF
- Male infertility
Sekali lagi, bagi pasangan yang ingin menghadiri seminar tersebut, sila book tempat anda secepat mungkin dengan menelefon KL Fertility Centre di 0320933500 ataupun email maykew@klfertility.com. Seminar tersebut adalah sangat sesuai bagi pasangan yang telah bersedia untuk membuat rawatan IVF dan ingin mendapatkan lebih maklumat mengenai persiapan untuk mendapatkan kadar kejayaan yang lebih tinggi.
Seminar ‘Perjalanan IVF Kami’ pada 23 April 2016
Bagi pasangan yang ingin mendapatkan maklumat untuk rawatan IVF terutamanya yang bercadang untuk membuat rawatan IVF mereka tidak lama lagi dialu-alukan untuk datang menyertai program tersebut. Ianya adalah PERCUMA. Tempat duduk adalah terhad. Oleh itu, jika ingin datang hendaklah menempah tempat duduk seawal mungkin agar tidak kecewa kelak. Ceramah akan diberikan dalam Bahasa Melayu oleh Dr Tasha sendiri. Di samping pakar embriologist dan nurse dari KL Fertility Centre serta pakar TCM (Tradisional Chinese Medicine) juga turut memberikan informasi mengenai akupuntur dan rawatan Alternatif Cina.
Antara topik-topik menarik yang dibincangkan:
- Apakah IVF dan kenapa anda mungkin memerlukan IVF
- 10 tips untuk meningkatkan kadar kejayaan IVF
- Masalah Fertiliti di kalangan kaum lelaki
- Apakah yang berlaku di dalam makmal IVF
- Bagaimanakah Akupuntur dan rawatan tradisional China dapat membantu pasangan yang melalui rawatan IVF
Para peserta seminar tersebut akan mendapatkan beberapa insentif menarik terutama bagi yang akan membuat rawatan IVF.
Jumpa anda di sana.
Seminar I LOVE Me Women’s Day pada 5 March 2016
As salam buat pembaca blog tersayang, pada hari Sabtu ini, Seminar I LOVE Me akan diadakan Cititel Hotel Midvalley. Terdapat pelbagai topik yang menarik yang akan dibincangkan pada hari tersebut. Dr Tasha sebagai salah satu dari penceramah jemputan akan memberikan ceramah menarik bertajuk “Fertility Fact and Myth”.
Seminar: I Love Me Women’s Day 2016
Tempat & Tarikh : CitiTel Hotel Midvalley pada 5 March 2016
Tajuk Ceramah: Fertility Fact and Myth
Masa: 1120 – 1140 am di Matahari 3&4 BallRoom
Penyertaan adalah percuma.
Sekiranya ada pembaca blog yang mungkin ingin berjumpa dengan Dr Tasha mungkin selepas talk tersebut In Sha Allah kita dapat bersua muka dan berbincang.
Jumpa Di sana!