Blog Archives

Kekurangan Vitamin D boleh menjejaskan kesuburan anda

“Doktor kenapakah saya rasa murung bila hari mendung dan hujan?”

Terdapat kajian saintifik yang telah menunjukkan implikasi cuaca ke atas perasaan emosi seseorang. Kebelakangan ini juga terdapat bukti-bukti yang kekurangan vitamin D boleh menyebabkan peluang seseorang wanita untuk hamil terjejas di mana satu kajian di luar negara yang menunjukkan kadar kehamilan menurun sewaktu musim sejuk di mana tidak terdapat cahaya matahari berbanding dengan pada musim panas.

Apakah vitamin D?

Fungsi vitamin D adalah untuk pembentukan dan kesihatan tulang yang kuat dengan membantu penyerapan zat calcium oleh badan. Di samping itu, kini kajian telah membuktikan Vitamin D penting untuk mengurangkan risikok menghidapi penyakit kronik seperti diabetes, obesiti, sakit jantung dan autoimmun.  Vitamin didapati mengawal cara sesuatu sel berfungsi dari segi ketumbesaran ataupun kemusnahannya.

Risiko Kekurangan Vitamin D

Di samping itu terdapat bukti yang kemungkinan wanita yang mempunyai kekurangan vitamin D boleh menurunkan kadar kesuburannya. Ia mungkin memainkan peranan penting dalam masalah PCOS endometriosis, implantasi selepas IVF  dan juga pembentukan sperma. (1) (2)

VitaminD-Sun

Adakah saya kekurangan Vitamin D?

Ujian darah untuk mengesan paras Vitamin D boleh diambil oleh doktor anda. Sekiranya kekurangan, rawatan bersesuaian akan diberikan.

Bagaimana untuk meningkatkan paras Vitamin D di dalam badan?

Vitamin D juga dikenali sebagai ‘Vitamin Matahari’. Ini ialah kerana kulit kita akan membentuk Vitamin D apabila terdedah kepada matahari. Masa terbaik untuk terdedah kepada matahari ialah dari pukul 10 pagi ke 2 petang. Bagi yang berkulit cerah cukuplah sekadar 20 minit. Bagi yang berkulit gelap selalunya memerlukan pendedahan yang lebih lama

 Rujukan:

1. Alessio Paffoni, Stefania Ferrari, Paola Vigano, Luca Pagliardini, Enrico Papaleo, Massimo Candiani, Amedea Tirelli, Luigi Fedele, Edgardo Somigliana. Vitamin D Deficiency and Infertility: Insights From in vitro Fertilization Cycles. The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism, 2014; jc.2014-1802 DOI: 10.1210/jc.2014-1802

2. Elisabeth Lerchbaum and Barbara Obermayer-Pietsch. Vitamin D and Infertility: a systematic review. European Journal of Endocrinology (2012)166: 765–778