Fibroid – Adakah ia boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil?

“Doktor adakah saya perlu buang fibroid dalam rahim saya untuk hamil?”

Fibroid sering kali dikaitkan dengan masalah kesuburan. Sekiranya fibroid dijumpai ianya perlu dibuang untuk hamil. Adakah fakta ini benar ataupun tidak masih menjadi tanda tanya di kalangan para doktor. Kajian telah dan masih terus dijalankan untuk memberikan lebih gambaran dan petunjuk kepada para doktor mengenai apakah rawatan yang terbaik untuk pesakit terutamanya bagi yang ingin hamil.