Kuiz: Adakah Saya Mengalami Endometriosis?

Endometriosis adalah keadaan di mana tisu seperti lapisan rahim tumbuh di luar rahim, menyebabkan kesakitan teruk dan boleh menjejaskan kesuburan. Ramai wanita tidak menyedari mereka mengalami endometriosis sehingga sukar untuk hamil. Untuk mengetahui sama ada anda berisiko, sila jawab kuiz interaktif di bawah. Bagi mendapatkan skor dan cadangan, sila lengkapkan maklumat (Nama Penuh dan Alamat Emel) dan tandakan kotak Kebenaran Data Peribadi (PDPA) di atas. Cadangan akan dipaparkan secara automatik di bawah sebaik sahaja anda menjawab soalan. Ianya adalah PERCUMA.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi Dr Tasha di drnatashanor@gmail.com

← Back

Thank you for your response. ✨

Notis PDPA

Sila baca Notis PDPA di atas sebelum meneruskan.

Kebenaran Data Peribadi :

Dengan menghantar borang ini, anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada data peribadi anda yang diberikan kepada DR NATASHA NOR (“DNN”) dalam borang ini untuk diproses, dikumpul, digunakan, didedahkan dan/atau disimpan oleh DNN dan ahlinya, pegawai, pekerja, khidmat, ejen, wakil dan sub-kontraktor untuk (a) tujuan pendaftaran dan berkaitan dengan penyertaan anda, (b) tujuan promosi, pemasaran dan publisiti berkaitan dengan Pendaftaran dan DNN secara amnya, (c) bagi menjalankan aktiviti penyelidikan, analisis dan pembangunan (termasuk analisis data, kaji selidik dan/atau pemprofilan) untuk meningkatkan tawaran program dan operasi DNN, dan (d) tujuan rujukan dan arkib, selaras dengan dasar dan proses DNN yang berkaitan dengan perlindungan data peribadi.


Kuiz: Adakah Saya Mengalami Endometriosis?

Jawab soalan di bawah — keputusan anda akan dipaparkan secara automatik selepas anda melengkapkan maklumat dan kebenaran PDPA di atas.

1. Adakah anda mengalami senggugut yang teruk?

2. Sejak bilakah senggugut teruk anda bermula?

3. Adakah sakit haid anda semakin teruk tahun demi tahun?

4. Adakah ubat tahan sakit biasa berkesan untuk senggugut anda?

5. Adakah anda mengalami sakit pelvis kronik (bukan waktu haid)?

6. Adakah anda mengalami sakit ketika hubungan seksual?

7. Adakah anda mengalami sakit ketika membuang air besar atau kencing (terutama semasa haid)?

8. Adakah haid anda banyak atau tidak normal?

9. Adakah anda sukar untuk hamil (selepas 12 bulan mencuba)?

10. Pernahkah anda didiagnosis endometriosis?

11. Adakah anda mempunyai sejarah keluarga endometriosis (ibu/adik)?

12. Pernahkah ultrasound atau laparoskopi menunjukkan tanda endometriosis (cth. cyst “coklat”)?