Blog Archives

Tahniah! Anda hamil 6 minggu. Apakah kadar degupan jantung bayi anda?

pregnancy50

Tahniah Dr Tasha ucapkan bagi pasangan yang sudah disahkan hamil. Bagi pasangan yang sudah lama menanti kehadiran zuriat, sudah tentu gembira tidak terkata dan tidak sabar lagi untuk mengetahui informasi lanjut mengenai bayi dalam kandungan anda. Dr Tasha doakan agar semuanya selamat sehingga bayi dalam kandungan dilahirkan.

Mengesahkan kehamilan

Terdapat beberapa cara untuk mengesahkan kehamilan selain dari mengambil ‘urine pregnancy test’ (UPT) di rumah. Di samping itu, adalah lebih baik untuk mengesahkan kehamilan dengan membuat imbasan scan pelvis. Imbasan scan ini paling awal boleh dilakukan ialah pada minggu kelima kehamilan. Itupun kadang-kala memerlukan scan itu dilakukan melalui faraj. Oleh itu, scan selalunya dibuat pada minggu keenam kehamilan.

Uh Oh

Selepas rawatan IVF

womanandphoneBagi wanita yang hamil setelah menjalani rawatan IVF pula, selalunya darah untuk menguji hormon kehamilan yang bernama B-HCG akan diambil 2 minggu setelah pemindahan embrio dilakukan sekiranya haid anda masih tidak datang. Akan tetapi, bagi wanita yang disarankan untuk mengambil ubat-ubatan suntikan seperti Ovidrel dan Pregnyl oleh doktor mereka untuk menguatkan rahim pula, tidak disarankan untuk mengambil ujian B-HCG tersebut kerana ubatan tersebut juga mengandungi HCG yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan ‘false positive’. Mereka terpaksa menunggu sebulan selepas pemindahan embrio untuk membuat imbasan scan pelvis sekiranya haid mereka tidak berlaku. Penantian itu suatu penyeksaan bukan? Tapi Dr Tasha harap agar mereka menunggu dengan sabar semasa the ‘2 week wait’. Selalunya keputusan darah B-HCG akan diberikan melalui telefon.

Imbasan scan pelvis semasa minggu ke-6 kehamilan

Kalau boleh Dr Tasha menasihatkan agar mereka yang dijadualkan untuk membuat imbasan scan minggu ke-6 kehamilan untuk memastikah agar pundi kencing mereka penuh agar scan dapat dibuat dengan mudah. Pada minggu ini selalunya pasangan tersebut dapat melihat kantung kecil di dalam rahim mereka dan juga bayi mereka (‘Fetal echo’). Ukuran bayi akan diberikan dalam bentuk ‘Crown-Rump Length’ (CRL).  CRL juga dapat memberikan tarikh due of delivery (‘Estimated date of delivery’) anda. Jika baby kelihatan, besar kemungkinan juga jantungnya dapat dilihat dan didengari. Kalau boleh dapatkan satu salinan imbasan scan ini dari doktor anda untuk rujukan pada masa hadapan.

ultrasound scan at 6 weeks

Imbasan scan pelvis kehamilan

Imbasan scan menunjukkan denyutan bayi

Imbasan scan menunjukkan denyutan bayi

Kadar degupan jantung bayi anda pada minggu ke-6 kehamilan

heart1Jantung bayi akan mula berdegup 3 minggu selepas persenyawaan. Akan tetapi degupan jantung bayi selalunya hanya dapat dilihat pada minggu ke-6 kehamilan.

Pada minggu ke 6 : 100 -120 denyutan seminit. Kadar denyutan ini seterusnya akan meningkat 2-3 minggu kemudian.

Pada minggu ke 9 – 10 : 170 denyutan seminit.  Kadar denyutan ini kemudiannya akan menurun perlahan-lahan pada minggu keseterusnya.

Pada minggu ke 14 : 150 denyutan seminit

Pada minggu ke 20: 140 denyutan seminit

Bila bayi cukup bulan: 130 denyutan seminit

Kadang-kala jantung bayi akan dipantau sepanjang waktu kehamilan, purata kadar denyutan bayi yang normal ialah 110 – 160 denyutan seminit.

Untuk membaca informasi selanjutnya mengenai kehamilan. KLIK DI SINI.

Bagi bakal-bakal ibu yang menganut agama Islam yang ingin mendapatkan doa-doa mustajab untuk diamalkan. Bolehlah download applikasi android untuk mobil phone anda:

doabakal4featuregraphic

 https://play.google.com/store/apps/details?id=com.aspire.doaibuhamil