Blog Archives

Adakah anda tahu ‘ovarian reserve’ anda?

 

 

“Dr Tasha, sebelum ini saya telah diberitahu yang bacaan AMH saya sangat rendah. Saya berasa amat sedih. Adakah ada peluang untuk saya menjadi seorang ibu?”

Apakah ‘ovarian reserve’?

Ovarian reserve atau rizab ovari adalah bilangan folikel yang masih terdapat di dalam kilang telur yang boleh dipersenyawakan untuk menghasilkan seorang bayi. Lazimnya, wanita yang masih muda akan mempunyai ‘ovarian reserve’ yang baik berbanding wanita yang lebih tua. Wanita yang mempunyai ovarian reserve yang rendah dikatakan mempunyai ‘diminished ovarian reserve’ (DOR)

Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui ‘ovarian reserve’ anda? 

Terdapat 2 ujian yang boleh dilakukan untuk menentukan ‘ovarian reserve’ anda:

  • Ujian darah yang dinamakan AMH (Anti Mullerian Hormone)

Ujian darah tersebut boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan tidak perlu berpuasa. AMH adalah sejenis hormon glyprotein yang dirembeskan oleh sel granulosa di dalam folikel-folikel yang sedang membesar di dalam kilang ovari. Kesimpulannya, AMH memberikan gambar bilangan dan bukan kualiti telur anda di dalam kilang ovari.

Oleh itu, sekiranya wanita tersebut mempunyai ‘ovarian reserve’ yang baik, paras hormon AMH di dalam darahnya adalah tinggi dan sebaliknya. Pesakit PCOS tidak menghairankan akan mempunyai paras AMH yang agak tinggi. Perlu pastikan bagi interpretasi bacaan tersebut hendaklah mengikut umur anda dan adakah bacaan AMH tersebut di dalam unit ng/ ml ataupun pmol/L.

Paras AMH Interpretasi AMH                                    Bacaan paras AMH (ng/ml)

(Untuk wanita berumur <35 tahun) 

Tinggi (Lazimnya pesakit PCOS)                                          >4

Normal                                                                               1.5 – 4

Suboptimal                                                                        1.0 – 1.5

Rendah                                                                              0.5 – 1.0

Sangat Rendah                                                                  <0.5

Akan tetapi kos untuk ujian darah AMH mungkin agak mahal. Ianya bergantung kepada makmal / hospital di mana ujian tersebut dibuat. Anggaran kos adalah RM250-500.

  • Imbasan scan melalui faraj yang dinamakan AFC (Antral Follicle Count)

Imbasan scan tersebut lazimnya dilakukan pada hari 2-5 haid tetapi boleh dilakukan boleh bila-bila masa sahaja. Bilangan folikel yang terkandung di dalam ovari akan dibilang untuk menentukan ovarian reserve wanita tersebut. AFC juga dikenali dengan nama ‘resting folicle’ adalah folikel-folikel kecil berukuran 2-8mm yang boleh diukur di dalam ovari anda. Ini boleh dilihat dengan imbasan scan pelvis. Antral follicle count (AFC) merupakan ujian yang boleh mengukur kadar kesuburan seseorang wanita, berfungsi memberikan ramalan tentang respon wanita tersebut semasa ubat ransangan diberikan semasa rawatan IVF dan sekaligus meramalkan kadar kejayaan IVF.

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai topik ini:

Apakah yang boleh menyebabkan ‘ovarian reserve’ anda rendah?

Antara faktor yang boleh menyebabkan ‘ovarian reserve’ rendah ialah peningkatan umur wanita, masalah kesihatan, endometriosis, sejarah operasi ke atas kilang telur, sejarah keluarga (masalah genetik) di mana ibu wanita tersebut mungkin mengalami menopaus pada umur kurang dari 45 tahun dan gaya hidup yang tidak sihat.

Bolehkah anda meningkatkan ‘ovarian reserve’ anda?

Lazimnya Dr Tasha akan menasihati pesakit untuk memastikan pengamalan gaya hidup yang sihat. Suplemen seperti DHEA dan Vitamin D mungkin akan diberikan sekiranya bersesuaian.

Ikuti post blog seterusnya: Apakah peluang untuk menjadi seorang ibu sekiranya ‘ovarian reserve’ adalah rendah.

**Selain dari ovarian reserve, kualiti telur yang dihasilkan adalah seseorang wanita juga adalah faktor penting untuk menentukan peluangnya untuk hamil. Umur wanita tersebut juga memainkan peranan kritikal sebagai penentu kadar kejayaan rawatan kesuburan dan peluangnya untuk menjadi seorang ibu.  Bagi wanita yang telah didiagnos dengan ‘ovarian reserve’ yang rendah, pergilah rujuk kepada pakar kesuburan bagi membuat rawatan kesuburan yang bersesuaian. 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor