Blog Archives
IVF gagal, patutkah anda cuba sekali lagi?
Perasaan sedih bercampur baur dengan kecewa serta mungkin marah akan dirasai terutamanya bagi pasangan wanita tersebut. Ini adalah respons yang normal yang akan dilalui oleh semua individual apabila melalui kegagalan tersebut.
Tetapi, paling penting yang mungkin akan merubah nasib pasangan tersebut ialah apakah yang akan dilakukan oleh mereka seterusnya selepas mengalami kegagalan itu. Adakah anda akan terlalu kecewa sehingga tidak sanggup melakukan sebarang lagi rawatan kesuburan ataupun adakah anda akan bangkit semula, mengambil langkah-langkah penting yang boleh meningkatkan kadar kejayaan rawatan IVF dan meneruskan semula rawatan IVF buat kali seterusnya biarlah kali kedua, ketiga ataupun seterusnya.
Oleh kerana terdapat ramai permintaan untuk topik tersebut di atas pihak KL Fertility centre akan mengadakan WEBINAR pada 30 May 2019:

Tempat:
Rumah masing-masing disebabkan COVID-19
Tarikh:
30 Mei 2020
Waktu 2 – 500pm (Bergantung kepada situasi) Ceramah mungkin hanya 45 – 1 jam sahaja
Antara isu-isu yang akan dikupaskan:
- Punca-punca rawatan IVF gagal
- Kenapakah saya perlu menjalani rawatan IVF seterusnya. Berapakah peluang saya untuk berjaya kali seterusnya?
- Apa yang saya perlu buat selepas mengetahui rawatan IVF tersebut gagal?
- Persediaan-persediaan untuk menjalani rawatan IVF
- Kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah failed IVF untuk meningkatkan peluang kejayaan seterusnya.
Seminar akan diberikan oleh Dr Natasha Nor dalam dwi bahasa Bahasa Melayu & Inggeris. Tetapi slides dalam bahasa Inggeris. Ianya sesuai untuk pasangan yang sudahpun gagal rawatan IVF sebelum ini ataupun berminat untuk melakukan rawatan IVF buat kali pertama.
Hadiah saguhati Konsultasi pertama dan ujian semen analysis percuma akan diberikan kepada para peserta yang merupakan pesakit baru kepada KL Fertility Centre.
Ianya adalah PERCUMA, tetapi perlu book paling lambat 28 MEI 2020. Anda perlu membuat tempahan tempat duduk di LINK sini:
https://forms.gle/jUd3oofjkMdzHmot6
Diharapkan kita akan berjumpa di alam maya tidak lama lagi! Sekiranya terdapat sebarang persoalan sila email kepada drnatashanor@gmail.com
Adakah anda tahu ‘ovarian reserve’ anda?

“Dr Tasha, sebelum ini saya telah diberitahu yang bacaan AMH saya sangat rendah. Saya berasa amat sedih. Adakah ada peluang untuk saya menjadi seorang ibu?”
Apakah ‘ovarian reserve’?
Ovarian reserve atau rizab ovari adalah bilangan folikel yang masih terdapat di dalam kilang telur yang boleh dipersenyawakan untuk menghasilkan seorang bayi. Lazimnya, wanita yang masih muda akan mempunyai ‘ovarian reserve’ yang baik berbanding wanita yang lebih tua. Wanita yang mempunyai ovarian reserve yang rendah dikatakan mempunyai ‘diminished ovarian reserve’ (DOR)
Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui ‘ovarian reserve’ anda?
Terdapat 2 ujian yang boleh dilakukan untuk menentukan ‘ovarian reserve’ anda:
- Ujian darah yang dinamakan AMH (Anti Mullerian Hormone)
Ujian darah tersebut boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan tidak perlu berpuasa. AMH adalah sejenis hormon glyprotein yang dirembeskan oleh sel granulosa di dalam folikel-folikel yang sedang membesar di dalam kilang ovari. Kesimpulannya, AMH memberikan gambar bilangan dan bukan kualiti telur anda di dalam kilang ovari.
Oleh itu, sekiranya wanita tersebut mempunyai ‘ovarian reserve’ yang baik, paras hormon AMH di dalam darahnya adalah tinggi dan sebaliknya. Pesakit PCOS tidak menghairankan akan mempunyai paras AMH yang agak tinggi. Perlu pastikan bagi interpretasi bacaan tersebut hendaklah mengikut umur anda dan adakah bacaan AMH tersebut di dalam unit ng/ ml ataupun pmol/L.
Paras AMH Interpretasi AMH Bacaan paras AMH (ng/ml)
(Untuk wanita berumur <35 tahun)
Tinggi (Lazimnya pesakit PCOS) >4
Normal 1.5 – 4
Suboptimal 1.0 – 1.5
Rendah 0.5 – 1.0
Sangat Rendah <0.5
Akan tetapi kos untuk ujian darah AMH mungkin agak mahal. Ianya bergantung kepada makmal / hospital di mana ujian tersebut dibuat. Anggaran kos adalah RM250-500.
- Imbasan scan melalui faraj yang dinamakan AFC (Antral Follicle Count)
Imbasan scan tersebut lazimnya dilakukan pada hari 2-5 haid tetapi boleh dilakukan boleh bila-bila masa sahaja. Bilangan folikel yang terkandung di dalam ovari akan dibilang untuk menentukan ovarian reserve wanita tersebut. AFC juga dikenali dengan nama ‘resting folicle’ adalah folikel-folikel kecil berukuran 2-8mm yang boleh diukur di dalam ovari anda. Ini boleh dilihat dengan imbasan scan pelvis. Antral follicle count (AFC) merupakan ujian yang boleh mengukur kadar kesuburan seseorang wanita, berfungsi memberikan ramalan tentang respon wanita tersebut semasa ubat ransangan diberikan semasa rawatan IVF dan sekaligus meramalkan kadar kejayaan IVF.
Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai topik ini:
Apakah yang boleh menyebabkan ‘ovarian reserve’ anda rendah?
Antara faktor yang boleh menyebabkan ‘ovarian reserve’ rendah ialah peningkatan umur wanita, masalah kesihatan, endometriosis, sejarah operasi ke atas kilang telur, sejarah keluarga (masalah genetik) di mana ibu wanita tersebut mungkin mengalami menopaus pada umur kurang dari 45 tahun dan gaya hidup yang tidak sihat.
Bolehkah anda meningkatkan ‘ovarian reserve’ anda?
Lazimnya Dr Tasha akan menasihati pesakit untuk memastikan pengamalan gaya hidup yang sihat. Suplemen seperti DHEA dan Vitamin D mungkin akan diberikan sekiranya bersesuaian.
Ikuti post blog seterusnya: Apakah peluang untuk menjadi seorang ibu sekiranya ‘ovarian reserve’ adalah rendah.
**Selain dari ovarian reserve, kualiti telur yang dihasilkan adalah seseorang wanita juga adalah faktor penting untuk menentukan peluangnya untuk hamil. Umur wanita tersebut juga memainkan peranan kritikal sebagai penentu kadar kejayaan rawatan kesuburan dan peluangnya untuk menjadi seorang ibu. Bagi wanita yang telah didiagnos dengan ‘ovarian reserve’ yang rendah, pergilah rujuk kepada pakar kesuburan bagi membuat rawatan kesuburan yang bersesuaian.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Apakah yang perlu diketahui oleh pesakit endometriosis: Laparoscopy atau IVF?

“Doktor Tasha, perlukah saya membuat pembedahan laparoscopy untuk masalah endometriosis saya?”
Ini adalah persoalan yang kerapkali ditanyakan dan dibincangkan dengan pesakit yang mempunyai masalah endometriosis dan ketidaksuburan. Ianya juga boleh menyebabkan kekeliruan di antara pasangan tersebut mengenai langkah yang perlu diambil seterusnya.
- Adakah mereka perlu berjumpa dengan pakar fertiliti ataupun pakar sakit puan/ ginekologi?
- Adakah mereka perlu membuat Laparoscopy atau IVF?
Apabila mereka rujuk pakar sakit puan disuruh buat operation. Ambik second opinion dari pakar sakit puan yang lain pun disuruh buat pembedahan. Apabila pergi pakar kesuburan dinasihati membuat IVF terus agar hamil pula. Tidak hairanlah sekiranya ini menimbulkan kekeliruan pada pasangan tersebut.
Laparoscopy atau IVF?
Pemilihan antara kedua-dua ini sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan untuk mengambil keputusan yang terbaik:
- Umur wanita tersebut.
Ini adalah faktor yang penting kerana ia akan memberikan prognosis untuk kadar kehamilan. Semakin matang umur wanita tersebut ie 35 tahun ke atas adalah penting untuk tidak mengambil masa yang lama agar peluang kehamilan tidak semakin menipis. Berkemungkinan besar adalah lebih elok rawatan IVF dilakukan agar cepat hamil.
- Simptom yang dialami
Ini bergantung kepada individu masing-masing. Ada wanita mempunyai simptom endometriosis yang agak teruk seperti sengugut, sakit semasa bersama ataupun pendarahan haid yang panjang dan tidak teratur. Manakala ada pula yang mempunyai simptom yang sedikit atau tiada langsung. Jika wanita tersebut mempunyai sakit yang kuat dan juga cyst di dalam ovarinya berkemungkinan besar, pembedahan laparoscopy dan kemudian diikuti oleh rawatan kesuburan IVF adalah lebih baik.
- ‘Cyst’ di ovari
Setengah-tengah wanita yang menghidapi endometriosis akan mempunyai ‘cyst’ di dalam ovarinya yang dapat dikesan melalui imbasan scan pelvis. Sekiranya saiz ‘cyst’ tersebut adalah lebih besar dari 5cm, adalah lebih baik untuk melalukan pembedahan terlebih dahulu.
- ‘Ovarian reserve’ wanita tersebut
Ovarian reserve adalah apakah bekalan telur yang masih tinggal di dalam ovari seseorang wanita. Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai ovarian reserve. Ramai wanita yang mengalami endometriosis menghadapi masalah ‘ovarian reserve’ yang rendah tanpa ketahuinya. Adalah penting untuk wanita tersebut rujuk kepada pakar sakit puan / kesuburan untuk membuat ujian scan atau mengambil darah AMH bagi mengetahui ovarian reserve masing-masing.
- Sejarah pembedahan untuk endometriosis
Terdapat wanita yang telahpun membuat pembedahan untuk endometriosis sebelum ini dan diberikan diagnosis mengenai tahap endometriosis dan sama ada saluran peranakan adalah elok ataupun tersumbat ataupun bengkak ie ‘hydrosalphinx’ . Penting bagi wanita yang membuat pembedahan agar mendapatkan report bertulis ie ‘intraop findings’ dari doktor yang telah membedahnya untuk rujukan pada masa hadapan. Kerap kali pesakit tidak mempunyai informasi ini dan juga tidak diterangkan dengan betul oleh pakar bedah mereka serta mungkin terlupa informasi yang telah diberikan. Sekiranya pembedahan pernah dilakukan dan saiz cyst adalah kecil <5cm, berkemungkinan besar pembedahan tidak perlu diulang.
Oleh itu, setiap pasangan bergantung kepada latar belakang mereka akan diberikan konsultasi dan nasihat yang berlainan. Matlamat kita adalah untuk mendapatkan kehamilan secepat mungkin agar kadar kehamilan untuk masa hadapan disebabkan faktor umur wanita tidak terjejas.
Lazimnya Dr Tasha akan memberikan rawatan kesuburan secara agresif untuk pesakit yang telah didiagnoskan dengan endometriosis. Ini ialah kerana pembedahan tidak akan ‘melenyapkan’ endometriosis or ‘cure’ seperti yang mungkin dianggap oleh kebanyakan pesakit-pesakit endometriosis.
It is life long, sehingga menopaus. Tidak menjadi masalah sekiranya pembedahan dilakukan terlebih dahulu kerana ianya ada benefitnya, akan tetapi pembedahan tersebut perlu dilakukan berhati-hati dan lengkap ie meleraikan pelekatan-pelekatan ‘scar tissue’, meletakkan kedudukan ovari di tempat yang betul, membuang ‘hydrosalphinx’. Ini semua adalah sebagai persiapan sekiranya wanita tersebut tidak hamil dan terpaksa melalui rawatan IVF pada masa hadapan.
Mungkin adalah lebih baik sekiranya pasangan yang mempunyai masalah fertiliti berjumpa dahulu pakar fertiliti sebelum melakukan operasi tersebut agar berbincang apakah yang perlu dibuat khusus semasa pembedahan dan selepas pembedahan tersebut untuk merancang langkah-langkah agar cepat hamil. Tidak semestinya selepas operasi wanita tersebut akan hamil spontan. Kadang-kala rawatan kesuburan masih perlu dilakukan untuk hamil. Di samping itu, sekiranya didiagnos stage 3-4 endometriosis, sebaiknya pakar sakit puan terus rujuk kepada pakar kesuburan untuk rawatan kehamilan bersesuaian dan bukannya menyuruh pasangan tersebut terus menerus mencuba sendiri untuk hamil. Sekiranya rawatan IUI bersesuaian untuk dilakukan tetapi masih tidak berjaya, rawatan IVF mungkin perlu dilakukan.
Ini berdasarkan pengalaman Dr Tasha yang kini terpaksa berhadapan dengan ramai pesakit endometriosis yang berhempas pulas untuk hamil. Bagi yang bernasib baik kerana mungkin telah diberikan pencerahan dan mencari rawatan kesuburan awal, mereka Alhamdulillah telahpun hamil ‘against all odds’.
Usahlah berlengah waktu kerana ‘ovarian reserve’ atau bacaan ujian AMH bagi pesakit endometriosis walaupun berusia agak muda boleh menjadi sangat rendah disebabkan masalah endometriosis dan berulangkali melakukan pembedahan untuk endometriosis. And sometimes the cyst boleh berulang kembali within 6 months dari previous operation. The woman’s age and ovarian reserve is very important to have a baby. Don’t wait too long just because of ignorance and procrastination as it may be then too late to have your baby.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Bagaimanakah rawatan kesuburan IVF dapat mengatasi masalah endometriosis anda?
“Dr Tasha, saya sudahpun berkahwin 7 tahun. Tahun lepas saya sudahpun mengalami pembedahan dan telah disahkan menghidapi masalah endometriosis stage 3-4. Patutkah saya melakukan IVF agar dapat hamil secepat mungkin”
Masalah Endometriosis
Endometriosis adalah salah satu penyakit lazim yang boleh menyebabkan ketidaksuburan di kalangan wanita. Ia disebabkan oleh ketumbuhan selaput dinding rahim (endometrium) di luar rahim seperti di kilang telur, dinding pelvis, saluran peranakan, usus, faraj dan pundi kencing. Selaput endometrium yang ektopic ini juga akan menebal dan berdarah semasa kitaran haid akan tetapi ia tidak dapat mengalir keluar dari tubuh. Ini boleh mengakibatkan inflamasi tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu parut (‘adhesion’ atau ‘scar tissue’). Apabila ini terjadi kilang telur boleh terlibat dan membengkak dan darah kotor berkumpul di dalamnya (‘endometrioma’), manakala saluran peranakan juga boleh rosak dan tersumbat.

Kenapakah pesakit endometriosis sukar hamil?
Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah saluran peranakan rosak / tersumbat, kekurangan bilangan telur di dalam ovari, telur yang berkualiti rendah, masalah implantasi disebabkan adenomyosis dan kurang melakukan hubungan intim disebabkan kesakitan yang mungkin dialami semasa melakukan hubungan seksual bersama pasangan.
Apakah kadar kejayaan IVF buat pesakit IVF?
Ini bergantung juga kepada beberapa faktor seperti umur pasangan wanita, ‘ovarian reserve’ wanita tersebut, saluran peranakan bengkak ie ‘hydrosalphinx‘ dan samada terdapat masalah adenomyosis yang boleh menurunkan kadar implantasi embrio yang telah dipindahkan. Di samping itu, masalah sperma juga boleh menurunkan kadar kejayaan IVF buat pasangan tersebut. Oleh kerana semasa rawatan IVF, penyedutan telur dan persenyawaan telur tersebut serta pemindahan embrio yang berkualiti paling baik boleh mengatasi beberapa masalah yang boleh menurunkan kadar kehamilan buat seseorang wanita yang mengalami endometriosis, tidak hairan kenapa ramai wanita yang mempunyai tahap endometriosis yang lebih serius iaitu ‘stage 3 or 4’ akan dicadangkan untuk melakukan rawatan kesuburan IVF.
Seminar PERCUMA di KL Fertility Centre pada 27 Julai 2019

Antara Topik menarik yang akan dikupas dengan lebih mendalam mengenai topik endometriosis:
- Bagaimana IVF boleh membantu pesakit endometriosis and PCOS
- Apakah persediaan yang perlu dibuat buat pesakit endometriosis and PCOS khususnya sebelum rawatan IVF tersebut
- Apakah faktor-faktor yang boleh mengurangkan kadar kejayaan rawatan IVF
- Perlukan membuang ‘cyst’ sebelum melakukan rawatan IVF?
- Apakah permasalahan yang boleh dihadapi semasa menjalani rawatan IVF buat pesakit endometriosis?
Di samping itu, isu menarik mengenai kepentingan pakar bius juga akan dikupas.
Oleh kerana tempat terduduk terhad, bagi pasangan TTC yang berminat untuk menghadiri ceramah tersebut, sila hubungi pihak kami ataupun email di drnatashanor@gmail.com.
Nasihat Dr Tasha bagi wanita yang menghidapi masalah endometriosis terutamanya bagi yang telahpun didiagnoskan dengan ‘stage 3 or 4’, mempunyai ‘ovarian reserve’yang rendah, telahpun mencuba untuk hamil lebih dari 5 tahun, berumur lebih dari 35 tahun usahlah menunggu terlalu lama. Walaupun sudahpun dibedah untuk ‘cyst’ endometriosis ianya boleh berulang kembali. Seelok-eloknya dapatkan nasihat dari pakar fertiliti yang boleh memberikan rawatan IVF SEBELUM melakukan pembedahan untuk ‘cyst’ endometriosis. Sekiranya sudahpun melakukan pembedahan tersebut, pergilah rujuk kepada pakar fertiliti untuk membincang langkah seterusnya agar cepat hamil. Janganlah membuang waktu. Faktor usia yang lebih matang untuk wanita tersebut boleh merendahkan kadar kehamilan buatnya.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Hari Endometriosis Sedunia – Myendosis Walk pada 28 March 2015
Bersempena dengan Hari Endometriosis Sedunia, satu seminar percuma akan diadakan pada 28 March 2015. Myendosis adalah Persatuan Endometriosis untuk Kuala Lumpur dan Selangor, support group yang telah ditubuhkan bagi menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai penyakit endometriosis dan memberikan maklumat serta sokongan kepada wanita yang mengalami masalah endometriosis.
Antara aktiviti- aktiviti yang menarik yang diadakan:
1. Seminar dari doktor-doktor pakar sakit puan mengenai masalah endometriosis
2. ‘Health screening’ Percuma: BMI, kolesterol, Pap Smear dan pemeriksaan payudara
3. Bagi wanita yang dilahirkan pada tahun 1993-1996 akan mendapat vaksinasi percuma HPV bagi wanita lain pula harga HPV vaksinasi adalah RM180 per dos
4. Mammogram percuma (Terdapat kriteria-kriteria terdapat yang perlu dipenuhi)