Blog Archives
Apakah yang perlu diketahui oleh pesakit endometriosis: Laparoscopy atau IVF?

“Doktor Tasha, perlukah saya membuat pembedahan laparoscopy untuk masalah endometriosis saya?”
Ini adalah persoalan yang kerapkali ditanyakan dan dibincangkan dengan pesakit yang mempunyai masalah endometriosis dan ketidaksuburan. Ianya juga boleh menyebabkan kekeliruan di antara pasangan tersebut mengenai langkah yang perlu diambil seterusnya.
- Adakah mereka perlu berjumpa dengan pakar fertiliti ataupun pakar sakit puan/ ginekologi?
- Adakah mereka perlu membuat Laparoscopy atau IVF?
Apabila mereka rujuk pakar sakit puan disuruh buat operation. Ambik second opinion dari pakar sakit puan yang lain pun disuruh buat pembedahan. Apabila pergi pakar kesuburan dinasihati membuat IVF terus agar hamil pula. Tidak hairanlah sekiranya ini menimbulkan kekeliruan pada pasangan tersebut.
Laparoscopy atau IVF?
Pemilihan antara kedua-dua ini sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan untuk mengambil keputusan yang terbaik:
- Umur wanita tersebut.
Ini adalah faktor yang penting kerana ia akan memberikan prognosis untuk kadar kehamilan. Semakin matang umur wanita tersebut ie 35 tahun ke atas adalah penting untuk tidak mengambil masa yang lama agar peluang kehamilan tidak semakin menipis. Berkemungkinan besar adalah lebih elok rawatan IVF dilakukan agar cepat hamil.
- Simptom yang dialami
Ini bergantung kepada individu masing-masing. Ada wanita mempunyai simptom endometriosis yang agak teruk seperti sengugut, sakit semasa bersama ataupun pendarahan haid yang panjang dan tidak teratur. Manakala ada pula yang mempunyai simptom yang sedikit atau tiada langsung. Jika wanita tersebut mempunyai sakit yang kuat dan juga cyst di dalam ovarinya berkemungkinan besar, pembedahan laparoscopy dan kemudian diikuti oleh rawatan kesuburan IVF adalah lebih baik.
- ‘Cyst’ di ovari
Setengah-tengah wanita yang menghidapi endometriosis akan mempunyai ‘cyst’ di dalam ovarinya yang dapat dikesan melalui imbasan scan pelvis. Sekiranya saiz ‘cyst’ tersebut adalah lebih besar dari 5cm, adalah lebih baik untuk melalukan pembedahan terlebih dahulu.
- ‘Ovarian reserve’ wanita tersebut
Ovarian reserve adalah apakah bekalan telur yang masih tinggal di dalam ovari seseorang wanita. Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai ovarian reserve. Ramai wanita yang mengalami endometriosis menghadapi masalah ‘ovarian reserve’ yang rendah tanpa ketahuinya. Adalah penting untuk wanita tersebut rujuk kepada pakar sakit puan / kesuburan untuk membuat ujian scan atau mengambil darah AMH bagi mengetahui ovarian reserve masing-masing.
- Sejarah pembedahan untuk endometriosis
Terdapat wanita yang telahpun membuat pembedahan untuk endometriosis sebelum ini dan diberikan diagnosis mengenai tahap endometriosis dan sama ada saluran peranakan adalah elok ataupun tersumbat ataupun bengkak ie ‘hydrosalphinx’ . Penting bagi wanita yang membuat pembedahan agar mendapatkan report bertulis ie ‘intraop findings’ dari doktor yang telah membedahnya untuk rujukan pada masa hadapan. Kerap kali pesakit tidak mempunyai informasi ini dan juga tidak diterangkan dengan betul oleh pakar bedah mereka serta mungkin terlupa informasi yang telah diberikan. Sekiranya pembedahan pernah dilakukan dan saiz cyst adalah kecil <5cm, berkemungkinan besar pembedahan tidak perlu diulang.
Oleh itu, setiap pasangan bergantung kepada latar belakang mereka akan diberikan konsultasi dan nasihat yang berlainan. Matlamat kita adalah untuk mendapatkan kehamilan secepat mungkin agar kadar kehamilan untuk masa hadapan disebabkan faktor umur wanita tidak terjejas.
Lazimnya Dr Tasha akan memberikan rawatan kesuburan secara agresif untuk pesakit yang telah didiagnoskan dengan endometriosis. Ini ialah kerana pembedahan tidak akan ‘melenyapkan’ endometriosis or ‘cure’ seperti yang mungkin dianggap oleh kebanyakan pesakit-pesakit endometriosis.
It is life long, sehingga menopaus. Tidak menjadi masalah sekiranya pembedahan dilakukan terlebih dahulu kerana ianya ada benefitnya, akan tetapi pembedahan tersebut perlu dilakukan berhati-hati dan lengkap ie meleraikan pelekatan-pelekatan ‘scar tissue’, meletakkan kedudukan ovari di tempat yang betul, membuang ‘hydrosalphinx’. Ini semua adalah sebagai persiapan sekiranya wanita tersebut tidak hamil dan terpaksa melalui rawatan IVF pada masa hadapan.
Mungkin adalah lebih baik sekiranya pasangan yang mempunyai masalah fertiliti berjumpa dahulu pakar fertiliti sebelum melakukan operasi tersebut agar berbincang apakah yang perlu dibuat khusus semasa pembedahan dan selepas pembedahan tersebut untuk merancang langkah-langkah agar cepat hamil. Tidak semestinya selepas operasi wanita tersebut akan hamil spontan. Kadang-kala rawatan kesuburan masih perlu dilakukan untuk hamil. Di samping itu, sekiranya didiagnos stage 3-4 endometriosis, sebaiknya pakar sakit puan terus rujuk kepada pakar kesuburan untuk rawatan kehamilan bersesuaian dan bukannya menyuruh pasangan tersebut terus menerus mencuba sendiri untuk hamil. Sekiranya rawatan IUI bersesuaian untuk dilakukan tetapi masih tidak berjaya, rawatan IVF mungkin perlu dilakukan.
Ini berdasarkan pengalaman Dr Tasha yang kini terpaksa berhadapan dengan ramai pesakit endometriosis yang berhempas pulas untuk hamil. Bagi yang bernasib baik kerana mungkin telah diberikan pencerahan dan mencari rawatan kesuburan awal, mereka Alhamdulillah telahpun hamil ‘against all odds’.
Usahlah berlengah waktu kerana ‘ovarian reserve’ atau bacaan ujian AMH bagi pesakit endometriosis walaupun berusia agak muda boleh menjadi sangat rendah disebabkan masalah endometriosis dan berulangkali melakukan pembedahan untuk endometriosis. And sometimes the cyst boleh berulang kembali within 6 months dari previous operation. The woman’s age and ovarian reserve is very important to have a baby. Don’t wait too long just because of ignorance and procrastination as it may be then too late to have your baby.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Seminar Percuma Di PUSRAWI 28 April 2018 – IUI vs IVF
Oleh kerana mendapat sambutan yang baik pada seminar yang lalu, Pihak PUSRAWI akan sekali lagi menganjurkan seminar Percuma pada hari Sabtu 28 April 2018
SEMINAR PERCUMA RAWATAN IUI VS IVF
Bagi pasangan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut sama ada rawatan IUI / IVF bersesuaian untuk mereka, sila hadiri SEMINAR PERCUMA mengenai topik ini
TOPIK FORUM: Adakah rawatan IUI atau IVF bersesuaian untuk saya?
TEMPAT: Dewan Serbaguna, Aras 9, Jln Tun Razak, Hospital PUSRAWI
TARIKH: 28 April 2018
WAKTU: 2 – 3PM
Untuk Peserta yang menghadiri seminar ini dan adalah merupakan PESAKIT BARU di PUSRAWI, konsultasi pertama akan diberikan percuma dengan Dr Natasha Nor. Di samping itu, voucher bernilai RM250 akan diberikan untuk pasangan yang akan melakukan rawatan IUI di PUSRAWI.
Tempat duduk adalah terhad, sekiranya anda berminat untuk menghadiri seminar tersebut, sila lakukan kuiz tersebut di bawah dan email jawapannya kepada drnatashanor@gmail.com
Sila juga berikan butiran tersebut di bawah:
Nama dan Nama Pasangan
No handphone
Email untuk dihubungi
Harap berjumpa anda di sana kelak. In Sha Allah…
Rawatan IUI atau IVF? Seminar percuma di PUSRAWI 31 Mac 2018
“Doctor saya sudah pun membuat IUI sebanyak 2x kali. Apakah yang patut saya buat next?”
Dr Tasha kerapkali mendapat email bertanyakan soalan seperti di atas. Jawapan yang diberikan akan bergantung kepada latar belakang wanita dan pasangannya. Terdapat beberapa faktor yang akan menjadi penentu apakah langkah seterusnya yang perlu dilakukan.
Rawatan IUI vs IVF
Terdapat beberapa perbezaan ketara antara rawatan IUI dan IVF. Ini termasuklah dari segi prosedur, kos dan tahap kejayaannya. Oleh itu, pasangan TTC perlu meneliti pro dan kons kedua-dua rawatan tersebut. Bergantung kepada latar belakang pasangan TTC tersebut seperti faktor umur wanita, sebab sukar untuk hamil (eg. pcos, endometriosis, masalah sperma), tempoh percubaan untuk hamil, rawatan kesuburan yang telah dilakukan dan juga bajet pasangan tersebut untuk rawatan kesuburan pilihan sama ada IUI dan IVF boleh dibuat. Perbincangan dengan doktor kesuburan juga akan dapat memberikan lebih pencerahan untuk memudahkan pasangan TTC tersebut membuat keputusan. Setiap pasangan mungkin akan memilih opsyen yang berlainan.
Kadar kejayaan IUI mengikut masalah kesuburan yang dihadapi
Jika dilihat dari gambarajah di atas, kadar kejayaan IUI untuk pelbagai permasalahan kesuburan adalah dalam lingkungan 10-25%. Untuk wanita yang mempunyai masalah ovulasi atau PCOS, kadar kehamilan selepas IUI boleh mencecah sehingga 25% terutamanya jika ubat hormon FSH digunakan. Bagi permasalahan lain pula kadar kejayaan hanyalah 10-15% sahaja.
Di samping itu, pasangan TTC perlu juga menitik beratkan umur wanita kerana ianya juga adalah faktor penting dalam menentukan pemilihan rawatan IUI ataupun IVF
SEMINAR PERCUMA IUI VS IVF
Bagi pasangan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut sama ada rawatan IUI / IVF bersesuaian untuk mereka, sila hadiri SEMINAR PERCUMA mengenai topik ini
TOPIK FORUM: Adakah rawatan IUI atau IVF bersesuaian untuk saya?
TEMPAT: Dewan Serbaguna, Aras 9, Jln Tun Razak, Hospital PUSRAWI
TARIKH: 31 Mac 2018
WAKTU: 2 – 3PM
Untuk Peserta yang menghadiri seminar ini dan adalah merupakan PESAKIT BARU di PUSRAWI, konsultasi pertama akan diberikan percuma dengan Dr Natasha Nor. Di samping itu, voucher bernilai RM250 akan diberikan untuk pasangan yang akan melakukan rawatan IUI
Tempat duduk adalah terhad, sekiranya anda berminat untuk menghadiri seminar tersebut, sila lakukan kuiz tersebut di bawah dan email jawapannya kepada drnatashanor@gmail.com
Sila juga berikan butiran tersebut di bawah:
Nama dan Nama Pasangan
No handphone
Email untuk dihubungi
Harap berjumpa anda di sana kelak. In Sha Allah…
Tingkatkan kadar kejayaan IVF untuk wanita PCOS – Seminar PERCUMA pada 10 Februari 2018
Alhamdulillah, walaupun kita baru sahaja mengorak langkah ke dalam tahun 2018, sudahpun ramai pasangan yang telah pun memberikan khabar gembira – samada mengirimkan gambar comel anak mereka yang baru dilahirkan untuk tatapan Dr Tasha ataupun mendengar buat pertama kalinya degupan jantung anak mereka yang bakal dilahirkan kelak. Tidak dinafikan, ada juga pasangan yang masih meniti perjalanan fertiliti mereka dan menanti akan berita gembira tersebut. In Sha Allah usahlah cepat berputus harapan dan sentiasa berdoa agar dikabulkan permintaan tidak lama lagi. Di samping itu, hendaklah sentiasa berikhtiar untuk mengambil langkah-langkah untuk meningkat tahap kejayaan rawatan kesuburan yang akan dilalui.
Buat wanita PCOS yang bakal melalui rawatan IVFnya, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh wanita tersebut dan juga pakar IVF bagi meningkatkan tahap kejayaan rawatan tersebut. Secara umumnya, kadar kejayaan PCOS adalah agak tinggi berbanding dengan masalah kesuburan yang lain terutamanya masalah endometriosis. Akan tetapi terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan.
Tempat:
KL Fertility Centre
LOT LG 30, DC Mall, No 6, Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL
Tarikh:
10 Februari 2018
Waktu 2 – 3pm
Topik seminar: How do I Increase my Chances of Having a successful IVF for PCOS Patients?
Antara isu-isu yang akan dibincangkan:
- What are the factors that will influence success rate of IVF
- How to increase the chances of having a successful IVF for PCOS patients
Seminar akan diberikan oleh Dr Natasha Nor dalam dwi bahasa Bahasa Melayu & Inggeris
Ianya adalah percuma, tetapi tempat duduk adalah terhad. Anda perlu membuat tempahan tempat duduk di facebook KL Fertility sini:
https://www.facebook.com/klfertilitycentre/app/271628046314755/
Diharapkan kita akan berjumpa di sana!
Selamat Tahun Baru 2018! Adakah impian anda untuk menjadi seorang ibu akan tercapai pada tahun ini?
Selamat Tahun Baru 2018. Masa sentiasa bergerak pantas, tanpa disedari tahun berlalu menggamit tiba meninggalkan 2017 sebagai memori. Tahun ini juga menjadi satu titik sejarah buat Dr Tasha kerana kembar Dr Tasha mengorak langkah memulakan Darjah Satu pada tahun ini. Setiap hari tidak berlalu pergi tanpa Dr Tasha berasa amat bersyukur dengan kehadiran mereka berdua dalam hidup ini. Life would never be the same. Dan hampir setiap hari for the last 1 year juga mereka mengucup perut Dr Tasha meminta-minta dan berdoa untuk diberikan seorang lagi adik buat teman baru. Never ending story…. 🙂 At least, Dr Tasha tidak berasa lagi tertekan emosi seperti dulu-dulu.
Buat pasangan yang sudahpun melahirkan dengan selamat zuriat mereka dan sekarang mengetahui apakah erti menjadi seorang ibu dan ayah, Tahniah Dr Tasha ucapkan. Bagi pasangan yang agak ramai tahun ini menerima berita gembira kehamilan mereka setelah menerima rawatan kesuburan mereka. Alhamdulillah dan doa Dr Tasha agar bayi yang dikandungkan selamat dilahirkan. Buat pasangan yang masih mengorak langkah dalam perjalanan TTC, be positive and keep going. In Sha Allah tahun 2018 ramai lagi doa wanita TTC akan termakbul agar menjadi ibu.
Pada 20 Januari ini pihak KL Fertility Centre akan mengadakan seminar pertama untuk tahun 2018
Tempat:
KL Fertility Centre
LOT LG 30, DC Mall, No 6, Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL
Tarikh:
20 Januari 2018
Waktu 2 – 3pm
Topik seminar: IVFKU
Antara isu-isu yang akan dibincangkan:
- Apakah program IVFku
- Siapakah bersesuaian untuk melakukan program IVFku
- Apakah kos yang terlibat apabila membuat IVF
- Kadar kejayaan rawatan IVF
Seminar akan diberikan oleh Dr Natasha Nor dalam bahasa Bahasa Melayu
Ianya adalah percuma, tetapi tempat duduk adalah terhad. Anda perlu membuat tempahan tempat duduk di KL Fertility dengan menelefon Puan Nurul di 0327804288
Diharapkan kita akan berjumpa di sana. Usahlah menangguh waktu, mulakan langkah agar impian anda akan tercapai tahun 2018 ini.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Seminar Percuma IVFku pada 20th Mei 2017
“Dr Tasha, boleh terangkan lebih jelas mengenai IVFku?”
https://drnatashanorfertility.com/rawatan-kesuburan/program-ivfku/
Ramai pasangan TTC kerap menanyakan mengenai program IVFku. Kos IVF konventional di swasta adalah dalam lingkungan RM16-20,000. Kos ini termasuklah kos konsultasi, scan, ubat hormon yang perlu digunakan semasa rangsangan telur, prosedur penyedutan telur (‘Egg pick up’) atau OPU dan pemindahan embrio (‘Embrio Transfer’) atau ET. Sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan bebanan kewangan di kalangan pasangan TTC, program IVFku telah dimulakan di KL Fertility Centre.
Untuk sesebuah program IVF, faktor yang penting adalah kadar kejayaaan kehamilan. Oleh itu, program IVFku bertujuan untuk memberikan kejayaan yang bagus pada kos yang berpatutan. KL Fertility Centre menawarkan program IVFku untuk pasangan pada RM12000 di bawah jagaan Dr Tasha. Kos tersebut melibatkan kos konsultasi, scan, ubat hormon yang perlu digunakan semasa rangsangan telur, prosedur penyedutan telur (‘Egg pick up’) atau OPU dan pemindahan embrio (‘Embrio Transfer’) atau ET.
Alhamdulillah ramai pasangan TTC telahpun berjaya hamil dan juga selamat melahirkan anak-anak mereka. Pasangan pertama yang telah berjaya melahirkan anak-anak mereka hasil dari program IVFku sebenarnya merupakan sepasang anak kembar. Pasangan tersebut perlu melakukan IVF disebabkan kedua-dua saluran peranakan tersumbat.
Program IVFku program diilhamkan oleh program ‘low intensity’ stimulasi IVF dari Prof Kato Jepun. Ianya juga dikenali dengan nama IVF lite atau Mini IVF. Pada peringkat permulaan, Dr Tasha telahpun memberikan syarat-syarat kelayakan untuk IVFku. Ini adalah untuk memastikan kadar kejayaan adalah baik. Kami sangat berpuas hati kerana kadar kejayaan kehamilan kami telahpun mencapai 70-80%.
Kajian juga telahpun membuktikan low intensiti IVF ini juga boleh digunakan untuk wanita yang mempunyai masalah PCOS, Endometriosis ataupun ‘poor ovarian reserve’. Program ini dikatakan bersifat ‘gentle’ bertujuan menghasilkan kuantiti telur yang lebih rendah tetapi berkualiti baik. Ianya juga mengurangkan risiko OHSS dan ‘patient-friendly’ terutamanya bagi wanita yang phobia kepada suntikan jarum kerana bilangan suntikan dikurangkan kepada hanya 2-3 kali sahaja sepanjang proses rangsangan telur.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, datanglah kepada seminar program IVFku pada 20th Mei 2017. Ianya adalah PERCUMA akan tetapi tempat duduk adalah terhad.
Tajuk Seminar: IVFku
Penceramah: Dr Natasha Nor
Waktu Seminar: 1 – 2pm
Tempat:
KL Fertility Centre
LG Lot 30 DC Mall , Bukit Damansara,
Jika berminat sila email kepada Dr Tasha di drnatashanor@gmail.com
Sila berikan maklumat tersebut di bawah untuk diberikan kepada pihak pengurusan bagi proses pendaftaran:
Wife’s Name:
Wife’s HP Number:
Wife’s Email Address:
Husband’s Name:
Husband’s HP Number:
Husband’s Email Address:
Number of seats for the seminar:
Diharapkan kita akan bersua muka tidak lama lagi.
Happy Mother’s Day to all those TTC women out there who have bravely struggled through their fertility journey and succeeded in the end and also to all those TTC couples who will one day become mothers and fathers too as well. Aminn..
Seminar IVF Journey Percuma pada 13 Mei 2017 di KL Fertility Centre
Pihak kami di KL Fertility Centre akan mengadakan seminar percuma pada 13 Mei 2017 mengenai tajuk-tajuk fertiliti menarik. Seminar tersebut akan diberikan oleh pakar-pakar fertiliti dari KL Fertility Centre.
Antara topik-topik menarik yang akan dibentangkan termasuklah:
- IUI or IVF. Which should you choose?
- Male infertility
- 10 myths of IVF that you should know
Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai seminar tersebut:
Sekiranya anda berminat untuk hadir sila hubungi pihak kami di event@klfertility.com atau menelefon 0127236280. Anda perlu menempah tempat duduk kerana ianya adalah terhad. Suami adalah digalakkan untuk hadir bersama.
Diharapkan Dr Tasha akan berjumpa anda di sana.
A-Z Mengenai Rawatan IVF
“Doktor saya telah disyorkan untuk membuat rawatan IVF. Tetapi saya kurang pasti kerana kurang mempunyai informasi mengenai IVF”
“Saya telah menjalani rawatan IVF sebelum ini tetapi gagal. Kenapa IVF tersebut gagal?”
“Saya sudah berkahwin selama 5 tahun tetapi masih belum hamil. Adakah saya perlu membuat IVF?”
“Apakah yang perlu saya buat untuk persediaan rawatan IVF?”

Mungkin terdapat ramai pasangan TTC yang mempunyai pelbagai persoalan mengenai rawatan IVF. Pihak KL Fertility Centre akan mengadakan satu sessi terbuka bagi memberikan pencerahan kepada mereka yang berminat. Ianya adalah PERCUMA. Sessi tersebut sebenarnya akan mempunyai tempat duduk terhad 10-12 pasangan sahaja agar perbincangan yang mendalam dapat dilakukan.
Antara topik yang akan dibincangkan termasuklah:
- Adakah saya calon yang sesuai untuk IVF?
- Apakah proses rawatan IVF? Apakah yang akan dialami semasa melalui rawatan IVF tersebut?
- Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum rawatan IVF?
- Apakah yang akan berlaku selepas IVF. Perlukah saya berehat 1 bulan?
- Tip-tips untuk meningkatkan kejayaan rawatan IVF.
Tempat: DC Mall, Damansara City in Damansara Heights
Tarikh: 25/2/17
Masa: 12 – 1.30pm
Penceramah: Dr Natasha Nor
Diharapkan ramai pasangan TTC yang ingin membuat rawatan IVF dapat meluangkan masa untuk menghadiri sessi perbincangan tersebut. Jika berminat untuk menghadiri seminar tersebut sila email drnatashanor@gmail.com secepat mungkin kerana tempat duduk adalah terhad.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.
Di ambang Raya 2016
Dr Tasha merasakan masa seolah-olah berlalu dengan begitu pantas. Apa yang kita lakukan pada hari ini dengan sekelip mata akan menjadi sejarah kehidupan kita yang lampau. Detik-detik waktu yang sudah kehilangan. Pejam-jelik kita sekali lagi berdiri di Ambang Raya. Kini sudah tahun 2016.
Buat bekas pesakit-pesakit Dr Tasha yang kini sudah sampai ke penghujung perjalanan fertiliti mereka, Tahniah Dr Tasha ucapkan. Ramai juga pasangan yang telah mengutuskan email untuk memaklumkan kehadiran orang baru di dalam kehidupan mereka. Teringat pula Dr Tasha bila kali pertama Dr Tasha sendiri mendakap bayi kembar Dr Tasha. Dalam hati berkata, “Oh macam ni rupanya baby yang ditunggu-tunggu selama ini. Begitu lama menunggu mereka. Tapi it’s ok. They are finally here. Terima kasih Allah.”
Bagi pasangan yang masih meniti perjalanan fertiliti mereka, usahlah putus asa. Hendaklah bersabar, cekalkan diri dan terus berusaha. In Sha Allah anda juga bakal menjadi ibu bapa dan berpeluang merasakan pengalaman manis buat kali pertama menatap dan mendakap bayi anda.
Diharapkan bagi yang masih dalam perjalanan TTC dan merancang untuk membuat rawatan IVF, datanglah ke Seminar IVF percuma kami di KL Fertility Centre. Para peserta yang menghadiri seminar tersebut layak untuk mendapatkan konsultasi percuma bersama Dr Tasha. Tempat duduk adalah terhad. Hendaklah booking secepat mungkin ya.
Bagi pasangan yang buat kali pertama menyambut Raya tahun ini dengan bayi mereka tentulah sambutan Raya tahun ini adalah kenangan yang sangat manis. Bagi yang masih tidak berpeluang berbuat demikian dan masih menanti kehadiran bayi mereka, apabila ditanyakan bila nak menimang anak, jawablah dengan yakin, In Sha Allah jika diizinkan Allah tidak lama lagi.
Akhir kata, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat semua pembaca blog tersayang!
Seminar ‘Perjalanan IVF Kami’ pada 23 April 2016
Bagi pasangan yang ingin mendapatkan maklumat untuk rawatan IVF terutamanya yang bercadang untuk membuat rawatan IVF mereka tidak lama lagi dialu-alukan untuk datang menyertai program tersebut. Ianya adalah PERCUMA. Tempat duduk adalah terhad. Oleh itu, jika ingin datang hendaklah menempah tempat duduk seawal mungkin agar tidak kecewa kelak. Ceramah akan diberikan dalam Bahasa Melayu oleh Dr Tasha sendiri. Di samping pakar embriologist dan nurse dari KL Fertility Centre serta pakar TCM (Tradisional Chinese Medicine) juga turut memberikan informasi mengenai akupuntur dan rawatan Alternatif Cina.
Antara topik-topik menarik yang dibincangkan:
- Apakah IVF dan kenapa anda mungkin memerlukan IVF
- 10 tips untuk meningkatkan kadar kejayaan IVF
- Masalah Fertiliti di kalangan kaum lelaki
- Apakah yang berlaku di dalam makmal IVF
- Bagaimanakah Akupuntur dan rawatan tradisional China dapat membantu pasangan yang melalui rawatan IVF
Para peserta seminar tersebut akan mendapatkan beberapa insentif menarik terutama bagi yang akan membuat rawatan IVF.
Jumpa anda di sana.