Selamat Tahun Baru 2018! Adakah impian anda untuk menjadi seorang ibu akan tercapai pada tahun ini?

Selamat Tahun Baru 2018. Masa sentiasa bergerak pantas, tanpa disedari tahun berlalu menggamit tiba meninggalkan 2017 sebagai memori. Tahun ini juga menjadi satu titik sejarah buat Dr Tasha kerana kembar Dr Tasha mengorak langkah memulakan Darjah Satu pada tahun ini. Setiap hari tidak berlalu pergi tanpa Dr Tasha berasa amat bersyukur dengan kehadiran mereka berdua dalam hidup ini. Life would never be the same. Dan hampir setiap hari for the last 1 year juga mereka mengucup perut Dr Tasha meminta-minta dan berdoa untuk diberikan seorang lagi adik buat teman baru. Never ending story…. 🙂 At least, Dr Tasha tidak berasa lagi tertekan emosi seperti dulu-dulu.

Buat pasangan yang sudahpun melahirkan dengan selamat zuriat mereka dan sekarang mengetahui apakah erti menjadi seorang ibu dan ayah, Tahniah Dr Tasha ucapkan. Bagi pasangan yang agak ramai tahun ini menerima berita gembira kehamilan mereka setelah menerima rawatan kesuburan mereka. Alhamdulillah dan doa Dr Tasha agar bayi yang dikandungkan selamat dilahirkan. Buat pasangan yang masih mengorak langkah dalam perjalanan TTC, be positive and keep going. In Sha Allah tahun 2018 ramai lagi doa wanita TTC akan termakbul agar menjadi ibu.

Pada 20 Januari ini pihak KL Fertility Centre akan mengadakan seminar pertama untuk tahun 2018

Tempat:

KL Fertility Centre

LOT LG 30, DC Mall, No 6, Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL

Tarikh:

20 Januari 2018

Waktu 2 – 3pm

Topik seminar:  IVFKU

Antara isu-isu yang akan dibincangkan:

  • Apakah program IVFku
  • Siapakah bersesuaian untuk melakukan program IVFku
  • Apakah kos yang terlibat apabila membuat IVF
  • Kadar kejayaan rawatan IVF

Seminar akan diberikan oleh Dr Natasha Nor dalam bahasa Bahasa Melayu

Ianya adalah percuma, tetapi tempat duduk adalah terhad. Anda perlu membuat tempahan tempat duduk di KL Fertility dengan menelefon Puan Nurul di 0327804288

Diharapkan kita akan berjumpa di sana. Usahlah menangguh waktu, mulakan langkah agar impian anda akan tercapai tahun 2018 ini.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Posted on January 1, 2018, in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 8 Comments.

  1. InsyaAllah.. tahun 2018 tahun ketiga perkahwinan saya dan suami. Dr doakan ye semoga ade rezeki kami (:

  2. Assalamualaikum doktor,
    Doktor sy sudah buat ivf 2 kali tapi gagal.jika sy berminat nk buat ivf under Dr Natasha apa prosedur yg sy perlu buat?kena pergi seminar duu ke?

  3. Doakan sy ade rezeki ye..tahun 2018 tahun kedua kami

  4. Insya Allah,saya akan mengikuti program Dr.Natasha.Apa langkah pertama yang harus saya lakukan?

    • Wsalam Berahim,

      Baguslah kalau begitu. Jikalau begitu, selepas seminar datanglah berjumpa dengan Dr Tasha di KL Fertility Centre untuk kita berbincang dan merancang the next step yang bersesuaian dengan Berahim dan isteri ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: