Intrauterine Insemination (IUI)

IUI

IUI adalah salah satu prosedur rawatan untuk infertiliti yang melibatkan sperma dimasukkan ke dalam rahim dengan menggunakan tiub plastik. Ini adalah untuk memastikan sebanyak mungkin sperma yang aktif dapat sampai ke dalam saluran peranakan untuk mempersenyawakan telur (ovum).

Rawatan IUI ini adalah sesuai untuk pasangan berikut:

  1. Pasangan wanita yang mempunyai salah satu dari saluran peranakannya yang tidak tersumbat.
  2. Pasangan lelaki mempunyai pergerakan atau nombor sperma yang kurang.
  3. Pasangan yang mempunyai masalah hubungan seksual.
  4. Pasangan yang masih tidak berjaya hamil walaupun telah diberikan ubat rangsangan telur seperti Clomid
  5. Pasangan yang menghidapi ‘unexplained infertility’

Prosedur IUI biasanya melibatkan pasangan wanita diberikan ubat atau hormon untuk merangsangkan telur. Imbasan scan akan dilakukan untuk ‘monitor’ saiz perkembangan folikel. Apabila saiz folikel melebihi 17-18mm ke atas , ubat HCG akan diberikan untuk mematangkan folikel yang akan pecah. 36 jam selepas suntikan HCG diberikan, prosedur IUI akan dibuat as ‘out-patient’ basis. Pada hari IUI, pasangan lelaki diminta memberikan sampel sperma yang akan ‘diproses’ di dalam makmal di mana setelah sel-sel, plasma dan sperma yang mati diasingkan, sperma yang aktif akan diperolehi di dalam larutan terakhir. Sperma ini akan dimasukkan ke dalam rahim isteri melalui tiub plastik halus. Prosedur IUI adalah mudah dan selalunya mengambil masa hanya 5 minit untuk kebanyakan pesakit.

Pesakit boleh pulang ke rumah dan ujian kehamilan boleh dibuat sekurang-kurang 2 minggu selepas IUI. Imbasan scan hanya akan dibuat 1 bulan selepas IUI untuk mengesahkan kehamilan.  Peratus kejayaan kehamilan dengan IUI adalah 10-15%. IUI boleh dilakukan sebanyak 3-6 kali. Harga untuk IUI berbeza dari satu klinik ke klinik lain. Sekiranya setelah 6 kali IUI dilakukan dan masih tidak mengandung, pesakit selalunya akan disyorkan untuk menjalani rawatan IVF.

Risiko membuat IUI ini termasuklah kandungan kembar dan kandungan luar rahim.

Untuk maklumat seterusnya, bacalah post blog berikut:

Adakah saya calon yang sesuai untuk IUI atau pun IVF?

best-inspirational-quotes

Posted on June 27, 2013, in IUI, Rawatan and tagged . Bookmark the permalink. 17 Comments.

  1. Syafiqah Derani

    Salam Dr. Tasha,

    Baru 1st time saya jumpa blog doc ni..
    Background sy, sy ada PCOS and this cycle bru amik Puregon 50 units CD2-CD12.
    Harini buat TVS CD15 ada 1 follicle size besar 18 mm.
    Doc suggest utk buat IUI CD17 and inject pregnyl mlm ni.

    Sy nak tahu, berapa ketebalan rahim n minimum follicles count & sizes utk buat IUI ni?

    TQ.
    Syafiqah

    • Wsalam Syafiqah,

      There is no hard n fast rule untuk ketebalan rahim / follicles untuk IUI. Tetapi seelok-eloknya dinding rahim hendaklah lebih dari 8-10mm dan follicle at least 1-3 (maximum 3 untuk mengelakkan kandungan kembar lebih dari 3) untuk IUI. Akan ada juga wanita yang hamil dengan dinding rahim yang lebih nipis ataupun dengan hanya satu folikel.

  2. Salam doc .sy nk tau adakah potensi berjaya membuat IUI dgn servik yg senget? Dgn high kualiti pd sperma.

  3. As salam Dr. apakah chances kejayaan IUI dengan sebelah tiub sahaja..(tiub sebelah kiri saya telah diklip kerana bengkak)..Bagaimana hendak memastikan respond telur banyak berada pada tiub sebelah kanan..

    • Wsalam Haizan,

      The overall chances is 10-15% untuk rawtan IUI. Oleh itu, sekiranya hanya 1 tiub shaja berfungsi, mungkin your chances is slightly lower. There is unfortunately, no way except using higher dosage of ubat rangsangan telur untuk memastikan telur byk. Akan tetapi, untuk rawtan IUI kita hanya mahukan maksimum 3 biji telur sahaja yang dominant untuk mengelakkan kembar tiga dan lebih.

  4. Assalamualaikum Dr.

    Selepas membuat rawatan IUI 3 bulan yang lalu, saya tidak didatangi haid sehingga kini ( Kitaran haid saya sebelum membuat IUI adalah normal) . Dr di klinik telah mengesahkan bahawa saya tidak hamil. Apakah yang perlu saya lakukan supaya Haid saya kembali normal.

    • Wsalam Yaya,

      Pergilah berjumpa dengan Doktor yang merawati yaya untuk melihat apakah punca haid masih tidak datang. Jika hanya disebabkan masalah hormon tidak seimbang, ubat boleh diberikan agar haid turun dan rawatan susulan boleh dimulakan.

  5. Assalamualaikum Dr.
    saya telah buat rawatan IUI pada 13-10-2017, pada hari ke-14 selepas iui ( 28/10/2017) saya buat upt tapi keputusan -ve, sekarang still tak datang periot, FYI kitaran haid saya tetap antara 26-27 tiap tiap bulan.. adakan lambat haid ni sebab kesan duphaston,…

    t.kasih

    • Wsalam Huda,

      Selalunya jika untuk IUI shj, duphaston tidak melambatkan haid. Jikalau haid masih lambat, sila hubungi doktor yang telah memberikan rawtan IUI tersebut untuk tindakan selanjutnya ya Huda

  6. Salam doc,
    Jikalau saya ingin membuat rawatan iui.
    Berapakah berat badan ideal?
    Sekarang bmi saya adalah 36.9.
    Adakah saya masih berpeluang teruskan iui.

    • Wsalam Bubu,

      Berat badan yang ideal ialah 18.5 – 24.9. Tidak bermasalah untuk meneruskan IUI tetapi kadar kejayaan akan menurun dengan BMI yang tinggi. Oleh itu teruskanlah usaha untuk menurunkan berat sebanyak mungkin.

      • Terima kasih doc atas peneragan.
        Saya ingin bertanya,
        1. Adakah jikalau wanita itu period setiap bulan tandanye ade pengeluaran telor atau ovulasi? Ada peluang untuk mengandung ke.

        2. Berapa kah cost rawatan untuk permulaan untuk cek penyakit kerana susah utk mengandung?

        Terima kasih doctor

      • Terima kasih doc atas peneragan.
        Saya ingin bertanya,
        1. Adakah jikalau wanita itu period setiap bulan tandanye ade pengeluaran telor atau ovulasi? Ada peluang untuk mengandung ke.

        2. Berapa kah cost rawatan untuk permulaan untuk cek penyakit kerana susah utk mengandung?

        Terima kasih doctor

  7. Salam.dr, saya telah berkahwin pada mac 2014 dan telah pregnant pada tahun 2015.
    Walaubagaimanapun,terpaksa menjalani d&c kerana heartbaby stop masa datang untuk scan 9weeks.selepas lama tidak pregnant, saya telah mencuba rawatan iui sebanyak 2 kali pd awal tahun 2017 dengan pengambilan clomid tetapi gagal.
    Selepas gagal kedua-dua iui..saya telah membuat pemeriksaan Hsg dan didapati kedua-dua tiub normal dan tidak tersumbat.hasil nasihat pakar O&G,saya bersetuju menjalani operation laparoscopy pada disember 2017. Hasilnya,saya didapati ada luka lama pada pintu rahim dan ada endometriosis stage 2

    Soalan saya,boleh ke pesakit endo membuat rawatan iui kerana sy difahamkan pegambilan clomid boleh menyebabkan endometriosis terjadi semula dengan lebih cepat.

    Dan,adakah normal sekiranya saya masih rasa sakit senggugut pada hari pertama dan kedua period selepas laparoscopy.

    tq dr.harap dapat bagi pencerahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: