Tips untuk persiapan sehari sebelum prosedur OPU

Subscribe to continue reading

Subscribe to get access to the rest of this post and other subscriber-only content.

Selamat Tahun Baru 2021!

Tanpa Dr Tasha sedari, tahun baru sudah pun muncul. The year 2020 has just gone like that. Tahun bersilih ganti, kita sekarang akan mula mengorak langkah ke hadapan ke arah tahun baru 2021 meninggalkan tahun 2020. Memang tidak disangkalkan lagi, tahun 2020 akan meninggalkan kesan mendalam kepada semua. Masing-masing terpaksa menghadapi cabaran yang tidak disangka-sangkakan. Adjustment in worklife and personal life as a whole terpaksa dilalui. Yang pasti tahun 2020 yang diharapkan memberikan permulaan dekad baru, rupa-rupanya telah memberikan cabaran yang tidak diduga untuk seluruh dunia dengan kemunculan wabak COVID-19. Pejam celik satu tahun kemudian, kita masih bergelut dengan cabaran tersebut dengan bisikan harapan agar vaksin akan memberikan sinar harapan baru untuk tahun 2021.

Sempena dengan tahun baru, mungkin terdetik di hati, apakah resolusi tahun 2021. Resolusi Dr Tasha ialah agar dapat memberikan lebih tumpuan kepada blog ini dan memberikan update informasi yang bermanfaat untuk pasangan TTC. So, my first blog posting topik adalah,

“Apakah pengajaran yang telah diperolehi sepanjang pengalaman Dr Tasha menjalani perjalanan fertiliti”

  1. Cari fertiliti doktor anda

Semua doktor akan mempunyai latar belakang pengajian masing-masing akan tetapi lama kelamaan mereka akan mengkhusus atau ‘specialise’ dalam bidang-bidang tertentu. Memang tidak dinafikan, mustahil untuk seseorang doktor untuk mempunyai pengetahuan mendalam untuk semua bidang. Begitu juga dengan rawatan fertiliti. Sekiranya mempunyai masalah fertiliti, lebih-lebih lagi pasangan wanita tersebut sudahpun berumur 35 tahun ke atas atau sudahpun 5 tahun berkahwin, mungkin adalah lebih baik sekiranya mendapatkan konsultasi dari pakar fertiliti agar ujian kesuburan boleh dilakukan dengan segera dan tanpa berlengah rawatan kesuburan bersesuaian dapat diteruskan dan ini akan memberikan kejayaaan yang lebih baik.

Di samping itu, sebagai seorang doktor pakar kesuburan, Dr Tasha don’t have all the answers. Persoalan yang paling kerap diajukan, ‘Why am I not pregnant’? Dr Tasha hanya akan dapat memberikan an educated guess setelah membuat pemeriksaan dan melihat keputusan ujian-ujian kesuburan yang telah dilakukan. But persoalan dan approach yang mungkin lebih betul ialah ‘How can I increase my chances of getting pregnant?’ Ini kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang wanita tidak hamil. (Both partners selalunya terlibat)

2. ‘Running against the clock’

‘Biological clock’ wanita memang tidak dapat disangkalkan.. we are indeed ‘running against the clock’ despite being in a modern era of medical technology advancement. Amat menyedihkan Dr Tasha apabila berjumpa dengan pasangan yang berumur 40 tahun ke atas dan mereka mungkin telahpun berjumpa dengan doktor semasa pada berumur 30an dan disyorkan agar ‘keep trying naturally’. Ataupun pasangan tersebut terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing dan tanpa disedari time have moved on and they find themselves in their late 30s or 40s. Kadar kejayaan IVF akan menurun dan menjadi lebih mencabar serta IVF cycle mungkin terpaksa dilakukan lebih dari satu kali agar berjaya. Sekiranya mempunyai masalah kesuburan, lebih awal anda mendapatkan rawatan bersesesuaian

3. Terdapat pelbagai rawatan Fertiliti

Bergantung kepada masalah kesuburan yang dihadapi oleh pasangan tersebut, rawatan fertiliti yang bersesuaian akan dianjurkan bermula dari rawatan yang simple ke lapisan teratas iaitu rawatan IVF. Jika dilihat dari gambar di bawah. Kesemua pasangan TTC akan memerlukan ‘lifestyle modification’ dari segi tahap kesihatan, berat badan, diet dan senaman yang dilakukan serta gaya hidup yang sihat.

Seterusnya bergantung kepada keputusan ujian kesuburan, umur wanita dan tempoh percubaan untuk hamil. Tidak dinafikan ada juga pasangan yang akan disyorkan terus untuk rawatan IVF. Ramai yang bertanggapan jika berjumpa dengan pakar fertiliti, hanya rawatan IVF sahaja akan disyorkan. Ini sama sekali tidak benar. Dr Tasha telah berjumpa ramai pasangan yang hanya memerlukan rawatan fertiliti yang ‘simple’ untuk hamil. Bahkan ada juga yang sudah bertekad untuk melakukan rawatan IVF setelah melakukan persediaan untuk IVF dengan perubahan gaya hidup sihat telah hamil ‘naturally’. Nasihat Dr Tasha, have a flexible plan yang bersesuaian yang dipersetujui oleh kedua-dua suami isteri. Ikhtiar dan continuous doa is always important.

4. Rawatan kesuburan terutama IUI dan IVF akan memerlukan kilinik konsultasi yang kerap

‘So, Lets begin the journey…’

Ramai tidak membuat persediaaan untuk menjalani rawatan kesuburan. Oleh itu, setelah konsultasi pertama atau kedua bersama Dr Tasha, selepas pemeriksaan imbasan scan dan ujian keputusan kesuburan diperolehi serta plan rawatan kesuburan disyorkan, pasangan TTC akan diberikan informasi mengenai rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF termasuklah kos yang terlibat. Ini agar pasangan TTC tersebut dapat membuat persediaan mental dan kewangan serta jadual di tempat kerja untuk menghadapi rawatan tersebut. You will need to spend time and be flexible to make several clinic visits untuk pemantauan folikel semasa rawatan IUI dan IVF.

5. Perlu belajar bersabar

‘Patience is indeed a virtue’. Dr Tasha pernah berjumpa dengan individu sama ada suami ataupun isteri yang kelihatan kurang mempunyai tahap kesabaran. ‘Rushing here and there’ yang kadang-kala menyebabkan pertelingkahan dengan staf-staf di klinik apabila mereka terpaksa menunggu lama untuk giliran masing-masing. Your fertility journey will make you either learn voluntarily or force you to be patient. Banyak kelihatan terpaksa pasrah dan lama kelamaan membuat perancangan mereka sendiri agar mereka tidak terlalu ‘rushing’. You will need to sacrifice time and effort. Perhaps its a life lesson to be learnt before being a parent – You need to be patient and you will be a much better parent to appreciate all the blessings in life including your future children.

6. Perlu prioritise time ‘to start taking care of yourself’

Dalam kesibukan mengejar dunia moden, mungkin ramai terlupa untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal masing-masing. Tidak dinafikan kami telah mendapatkan berita kehamilan gembira dari segelintir pasangan-pasangan TTC semasa musim COVID. Kami hanya tersenyum dan berkata ‘COVID babies’. Mungkin setengah-setengah pasangan terlalu sibuk sehinggakan ianya mengakibatkan stress yang teruk, gaya hidup yang tidak sihat serta kurang melakukan hubungan intim kerana keletihan bekerja.

7. ‘Have faith’ and find your pillar of strength

Perjuangan garis dua memang mencabar. Tiada sesiapa yang akan menjanjikan gerenti yang rawatan kesuburan tersebut akan berjaya. Perjalanan fertiliti setengah-tengah pasangan ibarat olahragawan di gelanggang pecutan di mana mungkin bagi mereka hanyalah pecutan 100m manakala pasangan lain akan berlari 200m atau 400m. Ada juga segelintir pasangan akan ‘run the marathon of their life’ di mana seperti tiada penghujungnya. Pada Dr Tasha, ini adalah ujian hidup masing-masing. Have faith, do your best effort and teruskan berdoa agar satu hari termakbul permintaan agar dikurniakan zuriat.

I do not know know what is Allah’s plan for each of you but I do believe it is for your best interest and do believe God has perfect timing.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

 

 

 

IVF gagal, patutkah anda cuba sekali lagi?

Perasaan sedih bercampur baur dengan  kecewa serta mungkin marah akan dirasai terutamanya bagi pasangan wanita tersebut. Ini adalah respons yang normal yang akan dilalui oleh semua individual apabila melalui kegagalan tersebut.

Tetapi, paling penting yang mungkin akan merubah nasib pasangan tersebut ialah apakah yang akan dilakukan oleh mereka seterusnya selepas mengalami kegagalan itu. Adakah anda akan terlalu kecewa sehingga tidak sanggup melakukan sebarang lagi rawatan kesuburan ataupun adakah anda akan bangkit semula, mengambil langkah-langkah penting yang boleh meningkatkan kadar kejayaan rawatan IVF dan meneruskan semula rawatan IVF buat kali seterusnya biarlah kali kedua, ketiga ataupun seterusnya.

Oleh kerana terdapat ramai permintaan untuk topik tersebut di atas pihak KL Fertility centre akan mengadakan WEBINAR pada 30 May 2019:

webinarMay2020

Tempat:

Rumah masing-masing disebabkan COVID-19

Tarikh:

30 Mei 2020

Waktu 2 – 500pm (Bergantung kepada situasi) Ceramah mungkin hanya 45 – 1 jam sahaja

Antara isu-isu yang akan dikupaskan:

  • Punca-punca rawatan IVF gagal
  • Kenapakah saya perlu menjalani rawatan IVF seterusnya. Berapakah peluang saya untuk berjaya kali seterusnya?
  • Apa yang saya perlu buat selepas mengetahui rawatan IVF tersebut gagal?
  • Persediaan-persediaan untuk menjalani rawatan IVF
  • Kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah failed IVF untuk meningkatkan peluang kejayaan seterusnya.

Seminar akan diberikan oleh Dr Natasha Nor dalam dwi bahasa Bahasa Melayu & Inggeris. Tetapi slides dalam bahasa Inggeris. Ianya sesuai untuk pasangan yang sudahpun gagal rawatan IVF sebelum ini ataupun berminat untuk melakukan rawatan IVF buat kali pertama.

Hadiah saguhati Konsultasi pertama dan ujian semen analysis percuma akan diberikan kepada para peserta yang merupakan pesakit baru kepada KL Fertility Centre. 

Ianya adalah PERCUMA, tetapi perlu book paling lambat 28 MEI 2020. Anda perlu membuat tempahan tempat duduk di LINK sini:

https://forms.gle/jUd3oofjkMdzHmot6

Diharapkan kita akan berjumpa di alam maya tidak lama lagi! Sekiranya terdapat sebarang persoalan sila email kepada drnatashanor@gmail.com

Adakah anda tahu ‘ovarian reserve’ anda?

 

 

“Dr Tasha, sebelum ini saya telah diberitahu yang bacaan AMH saya sangat rendah. Saya berasa amat sedih. Adakah ada peluang untuk saya menjadi seorang ibu?”

Apakah ‘ovarian reserve’?

Ovarian reserve atau rizab ovari adalah bilangan folikel yang masih terdapat di dalam kilang telur yang boleh dipersenyawakan untuk menghasilkan seorang bayi. Lazimnya, wanita yang masih muda akan mempunyai ‘ovarian reserve’ yang baik berbanding wanita yang lebih tua. Wanita yang mempunyai ovarian reserve yang rendah dikatakan mempunyai ‘diminished ovarian reserve’ (DOR)

Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengetahui ‘ovarian reserve’ anda? 

Terdapat 2 ujian yang boleh dilakukan untuk menentukan ‘ovarian reserve’ anda:

  • Ujian darah yang dinamakan AMH (Anti Mullerian Hormone)

Ujian darah tersebut boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan tidak perlu berpuasa. AMH adalah sejenis hormon glyprotein yang dirembeskan oleh sel granulosa di dalam folikel-folikel yang sedang membesar di dalam kilang ovari. Kesimpulannya, AMH memberikan gambar bilangan dan bukan kualiti telur anda di dalam kilang ovari.

Oleh itu, sekiranya wanita tersebut mempunyai ‘ovarian reserve’ yang baik, paras hormon AMH di dalam darahnya adalah tinggi dan sebaliknya. Pesakit PCOS tidak menghairankan akan mempunyai paras AMH yang agak tinggi. Perlu pastikan bagi interpretasi bacaan tersebut hendaklah mengikut umur anda dan adakah bacaan AMH tersebut di dalam unit ng/ ml ataupun pmol/L.

Paras AMH Interpretasi AMH                                    Bacaan paras AMH (ng/ml)

(Untuk wanita berumur <35 tahun) 

Tinggi (Lazimnya pesakit PCOS)                                          >4

Normal                                                                               1.5 – 4

Suboptimal                                                                        1.0 – 1.5

Rendah                                                                              0.5 – 1.0

Sangat Rendah                                                                  <0.5

Akan tetapi kos untuk ujian darah AMH mungkin agak mahal. Ianya bergantung kepada makmal / hospital di mana ujian tersebut dibuat. Anggaran kos adalah RM250-500.

  • Imbasan scan melalui faraj yang dinamakan AFC (Antral Follicle Count)

Imbasan scan tersebut lazimnya dilakukan pada hari 2-5 haid tetapi boleh dilakukan boleh bila-bila masa sahaja. Bilangan folikel yang terkandung di dalam ovari akan dibilang untuk menentukan ovarian reserve wanita tersebut. AFC juga dikenali dengan nama ‘resting folicle’ adalah folikel-folikel kecil berukuran 2-8mm yang boleh diukur di dalam ovari anda. Ini boleh dilihat dengan imbasan scan pelvis. Antral follicle count (AFC) merupakan ujian yang boleh mengukur kadar kesuburan seseorang wanita, berfungsi memberikan ramalan tentang respon wanita tersebut semasa ubat ransangan diberikan semasa rawatan IVF dan sekaligus meramalkan kadar kejayaan IVF.

Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai topik ini:

Apakah yang boleh menyebabkan ‘ovarian reserve’ anda rendah?

Antara faktor yang boleh menyebabkan ‘ovarian reserve’ rendah ialah peningkatan umur wanita, masalah kesihatan, endometriosis, sejarah operasi ke atas kilang telur, sejarah keluarga (masalah genetik) di mana ibu wanita tersebut mungkin mengalami menopaus pada umur kurang dari 45 tahun dan gaya hidup yang tidak sihat.

Bolehkah anda meningkatkan ‘ovarian reserve’ anda?

Lazimnya Dr Tasha akan menasihati pesakit untuk memastikan pengamalan gaya hidup yang sihat. Suplemen seperti DHEA dan Vitamin D mungkin akan diberikan sekiranya bersesuaian.

Ikuti post blog seterusnya: Apakah peluang untuk menjadi seorang ibu sekiranya ‘ovarian reserve’ adalah rendah.

**Selain dari ovarian reserve, kualiti telur yang dihasilkan adalah seseorang wanita juga adalah faktor penting untuk menentukan peluangnya untuk hamil. Umur wanita tersebut juga memainkan peranan kritikal sebagai penentu kadar kejayaan rawatan kesuburan dan peluangnya untuk menjadi seorang ibu.  Bagi wanita yang telah didiagnos dengan ‘ovarian reserve’ yang rendah, pergilah rujuk kepada pakar kesuburan bagi membuat rawatan kesuburan yang bersesuaian. 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Apakah yang perlu diketahui oleh pesakit endometriosis: Laparoscopy atau IVF?

“Doktor Tasha, perlukah saya membuat pembedahan laparoscopy untuk masalah endometriosis saya?”

Ini adalah persoalan yang kerapkali ditanyakan dan dibincangkan dengan pesakit yang mempunyai masalah endometriosis dan ketidaksuburan. Ianya juga boleh menyebabkan kekeliruan di antara pasangan tersebut mengenai langkah yang perlu diambil seterusnya.

  • Adakah mereka perlu berjumpa dengan pakar fertiliti ataupun pakar sakit puan/ ginekologi?
  • Adakah mereka perlu membuat Laparoscopy atau IVF?

Apabila mereka rujuk pakar sakit puan disuruh buat operation. Ambik second opinion dari pakar sakit puan yang lain pun disuruh buat pembedahan. Apabila pergi pakar kesuburan dinasihati membuat IVF terus agar hamil pula. Tidak hairanlah sekiranya ini menimbulkan kekeliruan pada pasangan tersebut.

Laparoscopy atau IVF?

Pemilihan antara kedua-dua ini sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan untuk mengambil keputusan yang terbaik:

  • Umur wanita tersebut. 

Ini adalah faktor yang penting kerana ia akan memberikan prognosis untuk kadar kehamilan. Semakin matang umur wanita tersebut ie 35 tahun ke atas adalah penting untuk tidak mengambil masa yang lama agar peluang kehamilan tidak semakin menipis. Berkemungkinan besar adalah lebih elok rawatan IVF dilakukan agar cepat hamil.

  • Simptom yang dialami

Ini bergantung kepada individu masing-masing. Ada wanita mempunyai simptom endometriosis yang agak teruk seperti sengugut, sakit semasa bersama ataupun pendarahan haid yang panjang dan tidak teratur. Manakala ada pula yang mempunyai simptom yang sedikit atau tiada langsung. Jika wanita tersebut mempunyai sakit yang kuat dan juga cyst di dalam ovarinya berkemungkinan besar, pembedahan laparoscopy dan kemudian diikuti oleh rawatan kesuburan IVF adalah lebih baik.

  • ‘Cyst’ di ovari 

Setengah-tengah wanita yang menghidapi endometriosis akan mempunyai ‘cyst’ di dalam ovarinya yang dapat dikesan melalui imbasan scan pelvis. Sekiranya saiz ‘cyst’ tersebut adalah lebih besar dari 5cm, adalah lebih baik untuk melalukan pembedahan terlebih dahulu.

  • ‘Ovarian reserve’ wanita tersebut

Ovarian reserve adalah apakah bekalan telur yang masih tinggal di dalam ovari seseorang wanita. Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai ovarian reserve. Ramai wanita yang mengalami endometriosis menghadapi masalah ‘ovarian reserve’ yang rendah tanpa ketahuinya. Adalah penting untuk wanita tersebut rujuk kepada pakar sakit puan / kesuburan untuk membuat ujian scan atau mengambil darah AMH bagi mengetahui ovarian reserve masing-masing.

  •  Sejarah pembedahan untuk endometriosis

Terdapat wanita yang telahpun membuat pembedahan untuk endometriosis sebelum ini dan diberikan diagnosis mengenai tahap endometriosis dan sama ada saluran peranakan adalah elok ataupun tersumbat ataupun bengkak ie ‘hydrosalphinx’ . Penting bagi wanita yang membuat pembedahan agar mendapatkan report bertulis ie ‘intraop findings’ dari doktor yang telah membedahnya untuk rujukan pada masa hadapan. Kerap kali pesakit tidak mempunyai informasi ini dan juga tidak diterangkan dengan betul oleh pakar bedah mereka serta mungkin terlupa informasi yang telah diberikan. Sekiranya pembedahan pernah dilakukan dan saiz cyst adalah kecil <5cm, berkemungkinan besar pembedahan tidak perlu diulang.

Oleh itu, setiap pasangan bergantung kepada latar belakang mereka akan diberikan konsultasi dan nasihat yang berlainan. Matlamat kita adalah untuk mendapatkan kehamilan secepat mungkin agar kadar kehamilan untuk masa hadapan disebabkan faktor umur wanita tidak terjejas.

Lazimnya Dr Tasha akan memberikan rawatan kesuburan secara agresif untuk pesakit yang telah didiagnoskan dengan endometriosis. Ini ialah kerana pembedahan tidak akan ‘melenyapkan’ endometriosis or ‘cure’ seperti yang mungkin dianggap oleh kebanyakan pesakit-pesakit endometriosis.

It is life long, sehingga menopaus. Tidak menjadi masalah sekiranya pembedahan dilakukan terlebih dahulu kerana ianya ada benefitnya, akan tetapi pembedahan tersebut perlu dilakukan berhati-hati dan lengkap ie meleraikan pelekatan-pelekatan ‘scar tissue’, meletakkan kedudukan ovari di tempat yang betul, membuang ‘hydrosalphinx’. Ini semua adalah sebagai persiapan sekiranya wanita tersebut tidak hamil dan terpaksa melalui rawatan IVF pada masa hadapan.

Mungkin adalah lebih baik sekiranya pasangan yang mempunyai masalah fertiliti berjumpa dahulu pakar fertiliti sebelum melakukan operasi tersebut agar berbincang apakah yang perlu dibuat khusus semasa pembedahan dan selepas pembedahan tersebut untuk merancang langkah-langkah agar cepat hamil. Tidak semestinya selepas operasi wanita tersebut akan hamil spontan. Kadang-kala rawatan kesuburan masih perlu dilakukan untuk hamil. Di samping itu, sekiranya didiagnos stage 3-4 endometriosis, sebaiknya pakar sakit puan terus rujuk kepada pakar kesuburan untuk rawatan kehamilan bersesuaian dan bukannya menyuruh pasangan tersebut terus menerus mencuba sendiri untuk hamil. Sekiranya rawatan IUI bersesuaian untuk dilakukan tetapi masih tidak berjaya, rawatan IVF mungkin perlu dilakukan. 

Ini berdasarkan pengalaman Dr Tasha yang kini terpaksa berhadapan dengan ramai pesakit endometriosis yang berhempas pulas untuk hamil. Bagi yang bernasib baik kerana mungkin telah diberikan pencerahan dan mencari rawatan kesuburan awal, mereka Alhamdulillah telahpun hamil ‘against all odds’.

Usahlah berlengah waktu kerana ‘ovarian reserve’ atau bacaan ujian AMH bagi pesakit endometriosis walaupun berusia agak muda boleh menjadi sangat rendah disebabkan masalah endometriosis dan berulangkali melakukan pembedahan untuk endometriosis. And sometimes the cyst boleh berulang kembali within 6 months dari previous operation.  The woman’s age and ovarian reserve is very important to have a baby. Don’t wait too long just because of ignorance and procrastination as it may be then too late to have your baby.  

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Bagaimanakah rawatan kesuburan IVF dapat mengatasi masalah endometriosis anda?

“Dr Tasha, saya sudahpun berkahwin 7 tahun. Tahun lepas saya sudahpun mengalami pembedahan dan telah disahkan menghidapi masalah endometriosis stage 3-4. Patutkah saya melakukan IVF agar dapat hamil secepat mungkin” 

Masalah Endometriosis 

Endometriosis adalah salah satu penyakit lazim yang boleh menyebabkan ketidaksuburan di kalangan wanita. Ia disebabkan oleh ketumbuhan selaput dinding rahim (endometrium) di luar rahim seperti di kilang telur, dinding pelvis, saluran peranakan, usus, faraj dan pundi kencing. Selaput endometrium yang ektopic ini juga akan menebal dan berdarah semasa kitaran haid akan tetapi ia tidak dapat mengalir keluar dari tubuh. Ini boleh mengakibatkan inflamasi tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu parut (‘adhesion’ atau ‘scar tissue’). Apabila ini terjadi kilang telur boleh terlibat dan membengkak dan darah kotor berkumpul di dalamnya (‘endometrioma’), manakala saluran peranakan juga boleh rosak dan tersumbat.

Kenapakah pesakit endometriosis sukar hamil?

Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah saluran peranakan rosak / tersumbat, kekurangan bilangan telur di dalam ovari, telur yang berkualiti rendah, masalah implantasi disebabkan adenomyosis dan kurang melakukan hubungan intim disebabkan kesakitan yang mungkin dialami semasa melakukan hubungan seksual bersama pasangan.

Apakah kadar kejayaan IVF buat pesakit IVF?

Ini bergantung juga kepada beberapa faktor seperti umur pasangan wanita, ‘ovarian reserve’ wanita tersebut,  saluran peranakan bengkak ie ‘hydrosalphinx‘ dan samada terdapat masalah adenomyosis yang boleh menurunkan kadar implantasi embrio yang telah dipindahkan. Di samping itu, masalah sperma juga boleh menurunkan kadar kejayaan IVF buat pasangan tersebut. Oleh kerana semasa rawatan IVF, penyedutan telur dan persenyawaan telur tersebut serta pemindahan embrio yang berkualiti paling baik boleh mengatasi beberapa masalah yang boleh menurunkan kadar kehamilan buat seseorang wanita yang mengalami endometriosis, tidak hairan kenapa ramai wanita yang mempunyai tahap endometriosis yang lebih serius iaitu ‘stage 3 or 4’ akan dicadangkan untuk melakukan rawatan kesuburan IVF.

Seminar PERCUMA di KL Fertility Centre pada 27 Julai 2019 

flyerforumjuly19

Antara Topik menarik yang akan dikupas dengan lebih mendalam mengenai topik endometriosis:

  1. Bagaimana IVF boleh membantu pesakit endometriosis and PCOS
  2. Apakah persediaan yang perlu dibuat buat pesakit endometriosis and PCOS khususnya sebelum rawatan IVF tersebut
  3. Apakah faktor-faktor yang boleh mengurangkan kadar kejayaan rawatan IVF
  4. Perlukan membuang ‘cyst’ sebelum melakukan rawatan IVF?
  5. Apakah permasalahan yang boleh dihadapi semasa menjalani rawatan IVF buat pesakit endometriosis?

Di samping itu, isu menarik mengenai kepentingan pakar bius juga akan dikupas.

Oleh kerana tempat terduduk terhad, bagi pasangan TTC yang berminat untuk menghadiri ceramah tersebut, sila hubungi pihak kami ataupun email di drnatashanor@gmail.com.

Nasihat Dr Tasha bagi wanita yang menghidapi masalah endometriosis terutamanya bagi yang telahpun didiagnoskan dengan ‘stage 3 or 4’, mempunyai ‘ovarian reserve’yang rendah, telahpun mencuba untuk hamil lebih dari 5 tahun, berumur lebih dari 35 tahun usahlah menunggu terlalu lama. Walaupun sudahpun dibedah untuk ‘cyst’ endometriosis ianya boleh berulang kembali. Seelok-eloknya dapatkan nasihat dari pakar fertiliti yang boleh memberikan rawatan IVF SEBELUM melakukan pembedahan untuk ‘cyst’ endometriosis. Sekiranya sudahpun melakukan pembedahan tersebut, pergilah rujuk kepada pakar fertiliti untuk membincang langkah seterusnya agar cepat hamil.  Janganlah membuang waktu. Faktor usia yang lebih matang untuk wanita tersebut boleh merendahkan kadar kehamilan buatnya.

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Apakah Resolusi Anda untuk Tahun 2019?

Tahun bersilih ganti, dan masa akan terus berdetik dan menginjak kita ke Tahun Baru 2019. Alhamdulillah tahun 2018 sudahpun berlalu dan memberikan kenangan memori yang indah dan tidak juga mencabar buat Dr Tasha. Begitu juga Dr Tasha pasti buat pasangan TTC, ada yang bersyukur sudahpun hamil ataupun sudah melahirkan anak yang ditunggui. Tetapi Dr Tasha pasti masih ada juga ramai pasangan diluar sana ternanti-nanti akan giliran mereka pula untuk menikmati kegembiraan bergelar seorang ibu dan ayah pula.

Tahun Baru Resolusi Lama tetapi dengan Azam yang Baru ?

Dr Tasha ada mengusik kawan-kawan yang rapat mengenai resolusi mereka untuk tahun 2019 yang bakal tiba. Ada yang enggan memberikan resolusi mereka dan bertanyakan perlukah membuat resolusi jika ianya tidak akan dijalani dan resolusi hanya tinggal resolusi?

Pada pendapatan Dr Tasha, resolusi adalah janji kita kepada diri kita sendiri untuk sentiasa berusaha ke arah ‘being a better person for ourselves and also those who we will love’. Ianya perlu ‘in detail’ and paling penting realistik agar ianya boleh dicapai Sebenarnya ‘it is an ongoing process starting with smaller baby steps’.

Apakah Resolusi untuk Pasangan TTC?

Terdapat beberapa resolusi yang mungkin boleh dibuat buat pasangan TTC. Kebanyakan pasangan TTC yang Dr Tasha jumpa mempunyai life style yang tidak sihat. Oleh itu antara resolusi buat pasangan tersebut yang bersesuaian:

  1. Tahu berat badan anda. Adakah ianya bersesuaian dengan ketinggian anda? Tahukah anda apakah BMI anda?

http://www.klfertility.com/body-mass-index-bmi-calculator/

2. Adakah anda melakukan senaman? Bolehkah anda peruntukkan hanya 15-30 minit sekurang-kurangnya 3x untuk melakukan aktiviti yang anda gemari sama ada ianya pergi ke gym, hiking, berbasikal atau berenang.

3. Adakah anda mempunyai diet yang sihat? Jika tidak, apakah yang perlu dibuat untuk pastikan ianya adalah seimbang dan bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi.

https://drnatashanorfertility.com/2014/07/15/tips-pemakanan-untuk-meningkatkan-fertiliti-anda/

https://drnatashanorfertility.com/2015/01/25/diet-untuk-pesakit-endometriosis/

https://drnatashanorfertility.com/2014/09/14/diet-untuk-pesakit-pcos/

4. Di samping itu, kesihatan emosi adalah amat penting. Lakukan sekurang-kurangnya dalam masa 3x seminggu aktiviti mudah yang membuat anda gembira. Anda boleh mulakan dengan ‘listing down’ what makes you happier.

Ingin Hamil? Apakah perlu dilakukan 

  1. Ramai pasangan TTC sebenarnya masih belum lakukan ujian kesuburan yang lengkap tetapi masih menunggu dan berharap agar bernasib baik dan hamil secara spontan. Hendaklah berikhtiar juga. Jika masih belum berjumpa doktor untuk kesuburan, pergilah rujuk atau mungkin mengikuti seminar bagi mendapatkan pencerahan bagi permasalahan tersebut.

https://www.facebook.com/events/350353459112157/

fertility seminar 2019

2. Ada segelintir yang sudahpun melakukan rawatan kesuburan tetapi masih belum berjaya. Penting untuk berjumpa dan berbincang apakah rawatan yang bersesuaian dan yang akan memberikan kadar kejayaan yang elok.

https://drnatashanorfertility.com/info-asas/kuiz-rawatan-kesuburan-adakah-saya-calon-untuk-iui-ataupun-ivf/

3. Perlu juga membuat persiapan mental untuk mengharungi ups dan downs of TTC journey ini. Hendaklah sentiasa bersikap positif, tabah dan cekal serta ‘be strong for each other’. Usahlah berputus asa terlalu cepat ‘because you might never know that your baby is just around the corner’

new year resolution

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Ujian Sperma – Persediaan untuk melakukan ujian sperma.

“Doktor, suami saya perlu menjalani ujian sperma, bagaimanakah ujian sperma tersebut perlu dilakukan?” 

Bagi setiap pasangan yang menghadapi masalah kesuburan. Ujian-ujian kesuburan akan dilakukan bagi mengenalpasti masalah yang sedang dihadapi. Salah satu ujian kesuburan yang akan dilakukan adalah semen analisis (SA) di mana sperma suami akan diperiksa di bawah mikroskopi di dalam makmal untuk melihat bilangan, pergerakan (motiliti) dan kualitinya (morphologi).

Persediaan sebelum melakukan ujian Semen Analisis

Sebelum melakukan ujian Semen Analisis tersebut, pasangan lelaki tersebut hendaklah membuat beberapa langkah persediaan sebelumnya. Ini adalah untuk memastikan keputusan ujian sperma tersebut adalah tepat.

1.Pasangan lelaki tersebut di minta untuk sama ada melakukan hubungan seks dengan pasangannya ataupun masturbasi seelok-eloknya 2 sehingga 3 hari sebelum melakukan ujian semen analisis tersebut ataupun tidak lebih dari 7 hari.

2.Cuci tangan dan keringkannya sebelum melakukan masturbasi untuk menghasilkan air mani untuk dianalisa di dalam makmal.

3.Masturbasi selalunya akan dilakukan di dalam satu bilik khas di dalam klinik IVF. Dilarang menggunakan sabun, krim, air liur atau sebarang pelincir kerana dikhuatiri akan menyebabkan sperma yang telah dikumpulkan mati atau rosak. Air mani yang terhasil perlu dimasukkan ke dalam bekas steril yang telah diberikan. Sekiranya suami mendapati masalah untuk berbuat demikian pasangan isteri boleh membantu ataupun pelincir yang ‘sperm friendly’ boleh digunakan.

4. Setelah pengumpulan sperma dilakukan bekas sperma tersebut perlu diserahkan kepada Makmal IVF di mana semen tersebut akan dianalisa di bawah mikroscopi.

5. Sekiranya sperma tersebut dilakukan di rumah atau di luar kawasan klinik, bekas sperma hendaklah disimpan pada suhu badan. (e.g dalam kocek seluar, bag tangan) Pastikan ianya tidak terdedah kepada suhu yang terlalu rendah (e.g peti sejuk atau penyejuk udara)

6.Di samping itu setelah air mani dihasilkan untuk ujian sperma dilakukan, bekas air mani tersebut hendaklah diserahkan makmal dalam masa sekurang-kurangnya 1 jam agar sperma tersebut tidak terjejas dan bacaan ujian semen analisis tersebut adalah tepat.

Keputusan ujian semen analisis tersebut bergantung kepada klinik fertiliti / makmal tersebut. Lazimnya di Klinik KL Fertility Centre, keputusannya akan didapati dalam masa 1-2 jam.

Bagaimanakah sekiranya suami tidak dapat melakukan ujian sperma tersebut tanpa melakukan hubungan seks? 

Jikalau begitu, hendaklah berbincang dengan doktor anda. Salah satu opsyen ialah dengan menggunakan kondom yang khusus untuk pengumpulan air mani bagi tujuan untuk semen analisis. kondom tersebut boleh didapati dari klinik fertiliti anda lazimnya. Usah menggunakan kondom biasa yang digunakan untuk mencegah kehamilan. Ini adalah kerana kondom tersebut mengandungi ‘spermicide’ yang boleh mematikan sperma.

Baca post seterusnya, Bagaimanakah membaca keputusan ujian sperma anda? 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor

Seminar Fertiliti PERCUMA di KL Fertility Centre pada 22 Sept 2018

Masih ramai pasangan yang menginginkan zuriat tercari-cari informasi mengenai tips agar dapat hamil tidak lama lagi. Oleh itu, pihak kami di KL Fertility Centre akan mengadakan Seminar Fertiliti PERCUMA pada minggu hadapan. Buat pasangan yang menghadiri seminar tersebut, first konsultasi akan diberikan PERCUMA dengan Dr Natasha Nor.

Tempat:

KL Fertility Centre

LOT LG 30, DC Mall, No 6, Jln Damanlela, Bukit Damansara, 50490, KL

Tarikh:

22 September 2018

Waktu 2 – 430pm

Topik seminar yang diberikan oleh Dr Tasha ialah mengenai TOP TIPS UNTUK BOOST PREGNANCY RATES

Antara isu-isu yang akan dibincangkan:

  • What are the factors that will increase pregnancy rates in general
  • How to increase the chances of having a successful IVF

Seminar akan diberikan oleh Dr Natasha Nor dalam dwi bahasa Bahasa Melayu & Inggeris

Ianya adalah percuma, tetapi tempat duduk adalah terhad. Anda perlu membuat tempahan tempat duduk di facebook KL Fertility sini:

https://www.facebook.com/klfertilitycentre/app/271628046314755/

Diharapkan kita akan berjumpa di sana! Sekiranya terdapat sebarang persoalan sila email kepada drnatashanor@gmail.com

 

Happy Mother’s Day bagi wanita yang mengimpikan menjadi seorang ibu

13 May 2018

Happy Mother’s Day! Satu tahun berulang lagi dan ucapan tersebut diucapkan oleh anda kepada ibu yang tersayang dan teman-teman lain yang telah mempunyai anak. Hanya ucapan ‘Terima Kasih’ dan bukannya ‘Happy Mother’s Day to you too!’ ucapan balas yang dapat diberikan kepada anda. Ramai wanita dalam situasi begini hanya akan tersenyum pahit atau cuba menyembunyikan perasaan kesedihan dan masalah kesuburan yang dihadapi. Rasa menyesal pula mengucapkan ‘Happy Mother’s day’ pula mungkin timbul dalam sanubari.

Sebagai seorang wanita yang juga terpaksa melalui hari ini selama bertahun-tahun lamanya, memang agak sukar dinafikan yang perasaan dan hati kecil Dr Tasha akan agak terguris sedikit apabila terbaca ucapan tersebut di sosial media dan iklan-iklan yang terpampar di seluruh tempat untuk membelikan sesuatu istimewa buat seseorang bernama ibu.

Apakah yang boleh dilakukan oleh wanita yang ingin menjadi seorang ibu pada Hari Ibu?

Ini bergantung kepada individu masing-masing cara terbaik untuk menanganinya kerana masing-masing mempunyai reaksi yang berlainan. Setengah-tengah bersikap bersahaja sahaja dan mempunyai sikap ‘couldn’t careless’. Manakala ada pula wanita pula yang akan menjadi murung dan sensitif pada hari tersebut.

Pada pendapat Dr Tasha, sebenarnya ‘acceptance’ is a better attitude. Apabila seseorang wanita melalui perjalananan TTC mereka mereka akan melalui pelbagai emosi yang kerapkali berubah-ubah dari ‘denial’, kesedihan, kemurungan, ‘blaming’, ‘grieving’ dan pada suatu ketika mungkin perasaan ‘acceptance’. Acceptance di sini bukanlah menyerah kalah untuk tidak berusaha lagi untuk menjadi seorang ibu, tetapi ‘acknowledgement’ terdapat masalah kesuburan yang dihadapi dan mungkin ianya akan mengambil masa untuk hamil tetapi tiada siapa yang dapat memberikan kepastian atau jangka masa bila anda akhirnya dapat menjadi seorang ibu. Penungguan dan ketidakpastian tersebut memang agak menyeksakan bagi wanita tersebut. Apa yang pasti, ini semua sukar dijangkakan dan in some ways ‘out of your control’.

Oleh itu, bagi wanita yang melalui perjalanan fertiliti mereka, nasihat Dr Tasha ‘always take care of yourself, do remember to always be kind to yourself and love yourself. Also do not forget to share the abundance of love that you have inside you with others around you’.

Antara cadangan untuk melalui Mother’s Day. (Ini hanyalah cadangan ya):

1. Abaikan dan just Ignore it. Its just one day. But it so happens this year it is a Sunday! 😦 Jadi tidak boleh berpura-pura sibuk kerja.

2. Keluar and enjoy yourself dengan suami. Ataupun boleh berjumpa dan berborak-borak dengan teman-teman TTC anda. Buatlah apa yang anda senang lakukan.

3. Share the love. Tell your mother and wanita yang anda dianggap sebagai seorang ‘ibu’ ie aunties, cikgu how much you love them. Minta mereka juga mendoakan agar anda juga tak lama lagi dapat menjadi seorang ibu. Mungkin doa-doa mereka mustajab. Amin..

Doa Dr Tasha buat semua wanita yang ingin menjadi seorang ibu, diharapkan impian anda akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Blowing some baby dust over to you… 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor