Category Archives: IUI

Intrauterine Insemination (IUI)

 

IUI adalah salah satu prosedur rawatan untuk infertiliti yang melibatkan sperma dimasukkan ke dalam rahim dengan menggunakan tiub plastik. Ini adalah untuk memastikan sebanyak mungkin sperma yang aktif dapat sampai ke dalam saluran peranakan untuk mempersenyawakan telur (ovum).

Rawatan IUI ini adalah sesuai untuk pasangan berikut:

  1. Pasangan wanita yang mempunyai salah satu dari saluran peranakannya yang tidak tersumbat.
  2. Pasangan lelaki mempunyai pergerakan atau nombor sperma yang kurang.
  3. Pasangan yang mempunyai masalah hubungan seksual.
  4. Pasangan yang masih tidak berjaya hamil walaupun telah diberikan ubat rangsangan telur seperti Clomid
  5. Pasangan yang menghidapi ‘unexplained infertility’

Prosedur IUI biasanya melibatkan pasangan wanita diberikan ubat atau hormon untuk merangsangkan telur. Imbasan scan akan dilakukan untuk ‘monitor’ saiz perkembangan folikel. Apabila saiz folikel melebihi 17-18mm ke atas , ubat HCG akan diberikan untuk mematangkan folikel yang akan pecah. 36 jam selepas suntikan HCG diberikan, prosedur IUI akan dibuat as ‘out-patient’ basis. Pada hari IUI, pasangan lelaki diminta memberikan sampel sperma yang akan ‘diproses’ di dalam makmal di mana setelah sel-sel, plasma dan sperma yang mati diasingkan, sperma yang aktif akan diperolehi di dalam larutan terakhir. Sperma ini akan dimasukkan ke dalam rahim isteri melalui tiub plastik halus. Prosedur IUI adalah mudah dan selalunya mengambil masa hanya 5 minit untuk kebanyakan pesakit.

Pesakit boleh pulang ke rumah dan ujian kehamilan boleh dibuat sekurang-kurang 2 minggu selepas IUI. Imbasan scan hanya akan dibuat 1 bulan selepas IUI untuk mengesahkan kehamilan.  Peratus kejayaan kehamilan dengan IUI adalah 10-15%. IUI boleh dilakukan sebanyak 3-6 kali. Harga untuk IUI berbeza dari satu klinik ke klinik lain. Sekiranya setelah 6 kali IUI dilakukan dan masih tidak mengandung, pesakit selalunya akan disyorkan untuk menjalani rawatan IVF.

Risiko membuat IUI ini termasuklah kandungan kembar dan kandungan luar rahim.

Untuk maklumat seterusnya, bacalah post blog berikut:

Adakah saya calon yang sesuai untuk IUI atau pun IVF?

 

 

 

Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.

Instagram
https://www.instagram.com/drnatashanor/?hl=en

Facebook
https://www.facebook.com/drnatashanor