Kes 1 – Ingin hamil tapi tiada haid

Kes 1:

Puan A berumur 23 tahun, berjumpa dengan doktor pakar sakit puan ginekologi kerana sudah berkahwin selama 2 tahun tetapi masih belum hamil. Perbincangan dengan doktor mendapati Puan A sebenarnya masih tidak datang haid walaupun umurnya sudah mencecah 23 tahun. Pemeriksaan selanjutnya termasuk pemeriksaan dalaman vagina dan imbasan scan dibuat. Hasil pemeriksaan keseluruhan mendapati yang Puan A menghidapi kondisi yang dikenali sebagai sindrom Mayer-Rokitansky.

childbirth5

Apakah sindrom Mayer-Rokitansky?

Nama penuh sindrom ini adalah Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH). Ianya juga diberikan nama Mullerian agenesis. Ini adalah sejenis sindrom di mana pesakit dilahirkan mempunyai abnormaliti kepada pembentukan reproduktif sistemnya di mana ketiadaan lapisan atas dua-pertiga saluran faraj (vagina), pangkal rahim (cervix) dan kebanyakan pesakit MRKH sama ada tiada rahim atau mempunyai rahim yang sangat kecil.

Setengah-tengah pesakit juga mempunyai abnormaliti lain pada sistem saluran buah pinggang, tulang belakang, alat pendengaran dan jantung.  Pesakit MRKH ini mempunyai kilang telur (ovari) yang normal. Oleh itu mereka dari segi fizikalnya nampak seperti wanita normal.

Adalah dianggarkan sebanyak 1:4,000 – 10,000 wanita mengalami sindrom MRKH ini.

Apakah simptom-simptom yang mungkin dialami oleh pesakit MRKH?

  • Tidak mendapat haid. Akan tetapi masih ada perkembangan sekondari seksual (‘secondary sexual development’) yang lain seperti pembentukan buah dada dan bulu di ari-ari.
  • Kesakitan bahagian perut pada tiap-tiap bulan.
  • Kesukaran semasa melakukan hubungan seksual disebabkan abnormaliti di bahagian faraj atau vagina
  • Sukar untuk hamil
  • Kencing tidak lawas atau sering mengalami infeksi saluran kencing
  • Masalah tulang belakang seperti scoliosis

Apakah yang perlu saya buat sekiranya saya mensyaki saya mempunyai MRKH?

Hendaklah berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memastikan diagnosi tersebut adalah betul agar rawatan selanjutnya dapat diberikan.

Bolehkah individu yang menghidapi Sindrom Mayer-Rokitansky ini mengandung?

Sekiranya individu tersebut disahkan menghidapi MRKH, pesakit tersebut tidak dapat hamil. Dalam kes-kes yang sangat kecil, rawatan IVF boleh dilakukan dimana telur dari pesakit MRKH disedut, dipersenyawakan dengan sperma suaminya di dalam tabung uji dan seterusnya embrio yang terbentuk dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang (‘surrogate mother’) Akan tetapi, ‘ibu tumpang’ (surrogacy) adalah dilarang oleh Islam.

*Dr Tasha nasihatkan agar wanita yang masih lagi tidak datang haid pada umur 16 tahun hendaklah pergi mendapat rawatan dari pakar sakit puan. Bagi pesakit yang diberikan diagnosi MRKH seelok-eloknya berjumpa dengan pakar sakit puan terutamanya yang mempunyai kepakaran bidang gynae-adolescent . Ini adalah kerana doktor ini mempunyai kemahiran khusus untuk merawati pesakit yang mempunyai abnormaliti faraj ini.

MRKH

 

 

 

 

 

  1. salam..

    doc, saya ingin bertanya.. sgt buntu sekarang ni.. saya berumur 25 tahun n dan berumah tangga 2 tahun 3 bulan.. period saya mmg tak teratur dr anak dara lagi. sebelom berkahwin saya pernah uat rawatan di HKL den doc bg pil perancang utk betul kan hormon n lps dah makan tu mmg period every month. den selepas berkahwin mmg saya tak makan da.. den saya check lg di Hospital Putrajaya kenapa masih belum prgnt lg n di sanping tu check mengenai period saya.. den doc sah kan saya mmg xde telor.. ni bacaan utk darah saya.

    FSH : 68.8
    LH : 27.4
    PROLACTIN : 188
    ESTRADIOL : 82
    TSH : 0.19
    T4 : 8.0

    CHROMOSOMAL
    NO OF CELL ANALYZED : 10
    NO OF CELL COUNTED : 45
    KARYORTYPE : 46,X,del(X)(q23)

    den doc putrajaya ckp saya young menopause n xleh prgnt n nak uat ivf pn tak boleh..
    betul ke doc? =(

    • Wsalam Azean,

      Dr Tasha sudah email jawapan kepada Azean ya.

    • Hi Azean,
      saya pun ada masalah yg sama mcm awak. umur saya 30 thn. saya ada masalah Premature ovarian insuffiency (POI) & doc sahkan saya dah menopause. saya x ingat bacaan darah saya tp seingat saya bacaan FSH saya agak tinggi. skrg saya dlm rawatan HRT dan kena consume Femoston every month. doc bgtau saya kena consume ubat tu until saya sampai ke umur yg sepatutnya utk menopause.

      boleh saya tahu skrg awak ada amik apa2 rawatan ke? saya mmg cari sgt org2 yg ada masalah mcm saya utk berkongsi masalah dan sebagai support group.

  2. Salam doktor,
    Sy nk tanya, knp darah haid sy byk tapi haid sy hnya 7 hari seperti wanita biasa. Apa yg perlu sy lakukan?
    Tq.

    • Wsalam Nisya,

      JIkalau risau haid agak banyak, pergilah periksa dengan doktor berhampiran untuk pastikan sekiranya terdapat punca pendarahan sebegitu. Kadang-kala ketumbuhan fibroid boleh menyebabkan pendarahan haid yang lebih banyak.

  3. Doktor, saya nak tanya, mcm mana kita nak tahu ade telur atau tidak?
    Prosedur apa yg harus sy buat? Saya mengalami period yang tidak teratur.
    Saya buat test OPK stiap bulan selepas period sehingga period seterusnya tiba, tapi tidak pernah muncul 2 line. Kalau ada pon, samar samar line nya.
    Adakah tiada proses ovulasi berlaku kerana saya tidak ada telur?
    Saya sudah 2 tahun berkahwin dan still trying to conceive..

    • As salam Yana,

      Jikalau begitu, datanglah berjumpa dengan Dr Tasha di KL Fertility Centre untuk membuat pemeriksaan seterusnya untuk mengenai kenapakah kitaran haid tidak teratur. Ada besar kemungkinan Yana mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur disebabkan telur tidak matang. Jika berminat, sila call KL Fertility Centre di 0320933500.

  4. Assalam Dr Tasha

    Saya berkahwin kali kedua ketika berusia 40 tahun. Mempunyai empat anak hasil perkahwinan pertama dan tidak mengalami apa2 masalah untuk hamil sebelumnya. Namun untuk perkahwinan kedua agak sukar untuk saya mendapatkan zuriat dan kini saya berusia 45 tahun. Saya memang ingin untuk mengandung lagi bersama suami sekarang. Apakah saya masih ada peluang untuk hamil dengan kaedah IUI?

    • Wsalam Pn Naz,

      Peluang untuk kehamilan pada umur yang lebih meningkat memang mencabar disebabkan perubahan biologikal yang semulajadi di dalam semua wanita. Bilangan dan kualiti telur akan turun mendadak pada umur 40an dan lebih ketara pada umur mid to late 40s. Dr Tasha syorkan agar berjumpa dengan doktor kesuburan bagi membincangkan rawatan kesuburan yang bersesuaian dgn Pn Naz. Oleh itu, peluang untuk kehamilan dengan IUI boleh dibuat tetapi kadar kejayaan mungkin adalah rendah disebabkan faktor umur.

      Untuk membaca dengan lebih lanjut:

      Bolehkah wanita 40an membuat rawatan IVF?

      Ketahui umur ovari anda

  5. Salam doc. Sy nk tye. Sy skrg berumur 21tahun. Kitaran haid tidak stabil. Bulan dec 2016 last haid saya. Masuk bulan ni dah 6bulan saya tk dtg haid. Tiap bulan sy akan ada rasa mcm biasa sblum haid. Sakit perut, letih ttp darah haid sy tak keluar. Sy pernah mengalami sebegini tp ketika berumur belasan dan paling lama hanya 4 bulan shj. Akt sharian sy masih lagi mcm biasa. Kdg kdg bersukan berat. Apa sy patut bt ? Adakah ini normal utk umur mcm sy ?

    • Wsalam Nur,

      Ini adalah kitaran haid yang tidak normal. Hendaklah rujuk kepada pakar sakit puan berdekatan untuk melihat sama ada terdapat punca Nur mempunyai masalah sebegini.

      • Assalamualaikum doc , saya berumur 20 tahun, saya pernah datang haid sekali sahaja pada umur 12 tahun , kemudian sehingga sekarang saya tak pernah dtg haid, baru baru ni saya ada jumpa doc di klinik untuk buat ultra sound untuk chek ada cyst atau tidak tapi doc tu kata saya takda cyst atau fibroid tapi dia kata rahim saya kecik, dia kata saya ada pcos, hormon yg tak seimbang, dan suruh kurangkan berat badan saya, adakah saya tergolong mrkh ataupun sebab penyakit pcos? dan hanya perlu turunkan berat badan? adakah haid saya akan berjalan seperti biasa? maaf saya nak bertanya doc kalau rahim saya kecil bolekah saya untuk hamil mcm wanita yg lain?

  6. Assalam doktor,

    Sy nurul daripada melaka… umur 29thn dan telah berkahwin selama 5thn… suami juga maklum berkenaan kes sy..

    Sehingga berumur 16thn… sy tidak pernah dtg haid sehingga sekarang… pd umur tersebut, sy juga telah mendapatkan rawatan & doctr memaklum kn bahawa tiada rahim @ rahim kecil(doctr maklumkn terdapat image yg sukar dilihat & tidak boleh disahkan rahim atau bkn)…

    Selepas berkahwin… sy tidak pernah lg refer mne2 doctr berkenaan hal ini…Mohon nasihat dan pandangan doctr… sy juga ingin dapatkn anggaran kos rawatan jika tidak keberatan.

    Sy ada terbaca berkenaan ‘ovarian drilling’.. proses menebuk ovari adakah rawatan ini benar2 wujud?

    Sekian

  7. Salam dr.natasha..sy brumur 25thn..sy dh brkahwin slma 2thun..sy mngalami mslh period tak ttatur dr awl2 priod dtg ktika umur 12thun..bru2 ni sy ad brjumpa doc utk mngetahui punca2 priod tak tratur trsbut..doc mnyatakan sy ad mslh saiz rahim kecil dr normal..saiz rahim sy hanya 4.8cm..doc ad bekalkn sy ubat progyluton utk 21hari..slpas hbs mkn ubt tsbut sy dtg period slme 6hari..sy nk tnya..saiz rahim yg kecil mmg xkan dpt mengandung ke?ad ape2 rawatan tak utk sy mengandung?

  8. Assalam..

    Doc, saya ingin bertanya. Saya berumur 29 tahun & telah berumahtangga 2 tahun lebih. Berkaitan period pula ia mmg tak teratur dari anak dara lagi. Menginjak usia remaja saya telah buat rawatan di hospital kerajaan. Doc bagi pil perancang utk betulkan hormon. Dah makan tu mmg period every month. Setelah berkahwin mmg saya tak makan ubat hormon. Saya check lagi di hospital kenapa masih belum pregnant & at the same time check mengenai period saya. Doc sahkan saya mmg xde telor.
    Doc ckp saya mengalami primary ovarian failure which is tak blh pregnant & IVF pun tak boleh. Betul ke doc ;(

  9. Salam
    Doc nak tanya..sy berumur 18tahun.. sy hanya datang haid 2 kali sahaja iaitu pada umur 14 dan 17.. apakah sebab nya doc? Saya pernah berjumpa doktor sekali dan bertanya tentang ini dan doktor tersebut memberitahu sy bahawa mungkin masalah hormon saya. Mungkin juga sebab keadaan sy yg obesiti. Apa pendapat doktor?

    • Wsalam Nordiyana,

      Jika mahu, datanglah berjumpa dengan Dr Tasha di KL Fertility Centre untuk membuat pemeriksaan selanjutnya. Jika tidak ujian hormon perlu dilakukan dan imbasan hendaklah dibuat juga untuk memastikan punca sebenar masalah agar rawatan yang betul dapat diberikan.

  10. Assalamualaikum Dr.

    Sy ingin minta pendapat doktor. Saya tidak prnah dtg bulan sejak lahir. Sy berumur 29thn, sudah 2 tahun brkahwin. Semasa sy berumur 18thn, saya ade menerima rawatan di hospital kerajaan, pihak hospital beritahu sy tidak mempunyai rahim setelah membuat MRI. Namun setelah berkahwin, sebulan stlg brkahwin sy membuat rawatan di sebuah hospital swasta. Pihak hospital dpt jmpe rahim sy namun terlalu kecil.

    Sy mmpunyai kromosom normal sbg seorang perempuan. Setelah 2 tahun diberi ubat untuk membolehkan period, sy period. Kitaran period sy juga okay. Cuma yg menjadi perhatian sy blh kah sy mengandung? Adakah sy hny period disebabkan ubat?Jika sy brhnti mengambil adakah sy tidak akan period lg? Calcium yg sy ambil perlu ke hingga ke akhir hayat kerana tulang sy dh capai osteoporosis.

    Sy trsangat menginginkn zuriat sndiri tp sy takut untuk meletakkn harapan yg tinggi.

    Sy dahulukan dgn ucapan terima kasih

  11. Assalamualaikum doc , saya berumur 20 tahun, saya pernah datang haid sekali sahaja pada umur 12 tahun , kemudian sehingga sekarang saya tak pernah dtg haid, baru baru ni saya ada jumpa doc di klinik untuk buat ultra sound untuk cheq ada cyst atau tidak tapi doc tu kata saya tiada cyst atau fibroid tapi dia kata rahim saya kecil , dia kata saya ada pcos, hormon yg tak seimbang, dan suruh kurangkan berat badan saya, adakah saya tergolong mrkh ataupun sebab penyakit pcos? dan hanya perlu turunkan berat badan? adakah haid saya akan berjalan seperti biasa? maaf saya nak bertanya doc kalau rahim saya kecil bolekah saya untuk hamil mcm wanita yg lain?

    • salam doc dan yayah,
      situasi sy sama juga seperti yayah.. kali pertama haid umur 15tahun dan setelah itu tiada lagi datang haid sehingga umur sy sekarang 27tahun..sy susah menjalani rawatan di hospital kerajaan dan didapati sy mengalami pcos..doc hanya beri pil hormon buat masa ni utk sy period..sy sudah berkahwin selama 2 tahun dan dlm tempoh itu tiada tanda2 kahamilan.. sy juga ingin bertanyakan hal yg sama, adakah sy berpotensi utk hamil?

  12. nur nadia kiyah

    asalam dr natasha ,

    saya berumur 36 tahun dan mempunyai anak berumur 13 tahun , saya baru berkahwin perkahwinan yang kedua , haid saya tak keluar sejak lahirkan anak pertama , teteapi sakit perut setiap bulan dan symptom haid still ada , saya dalam temujani di hospital sg buloh bahagian O&G untuk masalah saya ni, tetapi dr selalu bagi ubat untuk haid, bila xmakan ubat haid xakan keluar. boleh bagi nasihat tak dr mcm mana saya hendak hamil. dr O&G selalu bagi feedback yg hormon saya tidak teratur, bolehka saya hamil dalam keadaan tiada haid dr ?

    • Wsalam Nadia,

      Agak sukar untuk Dr Tasha pastikan apakah faktor yang menyebabkan permasalah kitaran haid tersebut. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ianya berlaku. Dr Tasha sudah email agar kita boleh berbincang dengan lebih mendalam dan menyelesaikan masalah tersebut agar Nadia boleh hamil secepat mungkin. Mungkin masalah Nadia berpunca dari masalah PCOS tetapi baik kita selidik lebih dahulu. Dapatkan report / ujian yang telah dilakukan di Hospital Sg buloh untuk rujukan Dr Tasha jika kita berjumpa di KL Fertility nanti ya.

      Kenapakah kitaran haid tidak teratur?

  13. Assalamualaikum doc , saya berumur 20 tahun, saya pernah datang haid sekali sahaja pada umur 12 tahun , kemudian sehingga sekarang saya tak pernah dtg haid, baru baru ni saya ada jumpa doc di klinik untuk buat ultra sound untuk cheq ada cyst atau tidak tapi doc tu kata saya tiada cyst atau fibroid tapi dia kata rahim saya kecil , dia kata saya ada pcos, hormon yg tak seimbang, dan suruh kurangkan berat badan saya, adakah saya tergolong mrkh ataupun sebab penyakit pcos? dan hanya perlu turunkan berat badan? adakah haid saya akan berjalan seperti biasa? maaf saya nak bertanya doc kalau rahim saya kecil bolekah saya untuk hamil mcm wanita yg lain

  14. Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh
    Sye adalah salah seorg yg mengalami MRKH

  15. Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh… Sye dr shah alam ingin tahu klinik mana sye boleh pegi utk jumpa dgn doktor pakar sakit puan?

  16. Assalamualaikum doc saya nak tanya last period saya awal bulan 2 lepas tu saya xdatang period da smpai buln 7. Saya ad buat upt test tiap bulan result dia negatif tpi saya test bulan ni result positif. Macam mn tu doc?

Leave a Reply