Dr Tasha mendapat banyak soalan dari pembaca-pembaca blog yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Mereka merasa runsing kenapakah ini terjadi dan risau sekiranya ini boleh menjejaskan peluang mereka untuk hamil. Apabila haid tidak teratur, ini mungkin menandakan yang hormon di dalam badannya adalah tidak seimbang dan ovulasi tiap-tiap bulan tidak berlaku seperti sepatutnya. Ini seterusnya boleh menurunkan kesuburan seseorang wanita.

🦋 Jawapan pantas
- Oligomenorrhoea = kitaran haid melebihi 42 hari; secondary amenorrhoea = tiada haid ≥6 bulan.
- Punca utama (55%) ialah PCOS.
- Punca lain: masalah endokrin (thyroid, Cushing, Addison), prolactinoma (~10%), menopaus pramatang (~7%), stres dan penurunan berat badan berlebihan.
- Haid tidak teratur boleh mengganggu ovulasi dan menyukarkan kehamilan.
- Jumpa doktor untuk ujian hormon sekiranya haid tidak teratur berterusan atau anda ingin hamil.
Apakah ‘Secondary Amenorrhoea’?
Ini adalah apabila seseorang wanita yang sudah mendapat haid yang teratur, tiba-tiba tidak didatangi haid sekurang-kurangnya 6 bulan.
Apakah ‘Oligomenorrhoea’?
Ini adalah apabila seseorang wanita yang mempunyai kitaran haid melebihi 42 hari.

Punca Haid tidak teratur
Terdapat beberapa faktor-faktor yang boleh menyebabkan haid tidak tetap. Ini termasuklah:
1. Polycystic ovarian syndrome (PCOS).
Ini adalah salah satu punca utama (55%) yang boleh menyebabkan ‘oligomenorrhoea’. Diagnosis PCOS akan dibuat oleh doktor apabila 2 dari 3 kriteria tersebut dipenuhi:
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang
- Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’
Kebanyakan wanita akan mengalami simptom PCOS terutamanya jika berat badan mereka menaik dengan mendadak. Ini kerap dilihat selepas wanita tersebut baru kahwin atau stress dengan memakan berlebihan. PCOS juga adalah diagnosis yang didapati lebih lagi sekiranya wanita tersebut sudah mengalami ‘oligomenorrhoea’ sejak dari baligh lagi.
2. Masalah Endokrin
Ini termasuklah masalah thyroid, penyakit Cushing dan Addison. Darah untuk paras hormon thyroid perlu diperiksa untuk semua wanita yang mengalami ‘oligoamenorrhoea’.
3. Prolactinoma
Lebih kurang 10% wanita yang mengalami ‘oligomenorrhoea’ berpunca dari masalah tumor pada kelenjar pituitary yang merembeskan keluar hormon prolactin secara berlebihan. Antara simptom yang mungkin dialami termasuklah pening kepala, pengeluaran susu dari puting buah dada dan gangguan penglihatan. Ujian darah wanita tersebut akan menunjukkan kadar paras hormon prolactin yang tinggi. Imbasan otak perlu dilakukan untuk melihat samaada terdapat tumor pada kelenjar pituitary. Tumor tersebut selalunya ialah ‘benign’ in nature.
4. Menopaus pramatang (‘Premature menopause’)
7% kes ‘oligomenorrhoea’ pula disebabkan oleh ‘Premature menopause’. Diagnosis ini ialah apabila seseorang wanita mengalami menopaus sebelum umurnya mencecah 40 tahun. Terdapat beberapa punca termasuk idiopathic, kondisi autoimmune, Turner’s sindrom dan infeksi viral.
5. Lain-Lain
Stress dan kehilangan berat badan yang berlebihan juga boleh menjadi penyebab kitaran haid yang tidak teratur.
Oleh itu, sekiranya anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan ingin hamil, hendaklah berjumpa dengan doktor agar ujian tertentu boleh dijalankan untuk menentukan puncanya. Rawatan yang perlu dilakukan untuk haid yang tidak teratur bergantung kepada keputusan ujian yang telah dijalankan. Akan tetapi majoriti kes, kitaran haid itu boleh dipulihkan atau rawatan kesuburan yang bersesuaian boleh dilakukan.
Soalan lazim
Apakah secondary amenorrhoea?
Keadaan apabila wanita yang sebelum ini mempunyai haid teratur tidak didatangi haid sekurang-kurangnya 6 bulan.
Apakah oligomenorrhoea?
Kitaran haid yang melebihi 42 hari.
Apakah punca haid tidak teratur?
PCOS (55%), masalah endokrin seperti thyroid, penyakit Cushing dan Addison, prolactinoma, menopaus pramatang, stres dan penurunan berat badan yang berlebihan.
Bilakah perlu berjumpa doktor?
Sekiranya haid tidak teratur berterusan, atau anda sedang mencuba untuk hamil — ujian hormon diperlukan untuk mengenal pasti puncanya.
Sumber
Baca juga: PCOS dan kenali kitaran haid anda.
Ikuti media sosial Dr Natasha untuk dapatkan lebih banyak info.


