Selamat Berpuasa!
Tidak lama lagi akan menjelang bulan Ramadhan. Semoga dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini para pembaca blog dapat memanfaatkan ia dengan sepenuhnya. Adalah diharapkan agar pasangan-pasangan yang masih menanti zuriat agar memperbanyakkanlah membaca Quran, berzikir dan berdoa agar dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata.
Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai zikir dan doa yang boleh diamalkan untuk mendapat zuriat, ikutilah post ini:
https://drnatashanorfertility.com/2014/05/14/doa-agar-dikurniakan-zuriat/
Bagi pasangan yang ingin merancang untuk melakukan rawatan kesuburan mereka selepas raya ini, Dr Tasha nasihatkan agar berjumpa dengan doktor yang merawati mereka pada masa yang terdekat dahulu untuk merancang rawatan tersebut. Langkah-langkah untuk meningkatkan kadar kejayaan rawatan tersebut terutamanya bagi yang merancang untuk membuat IVF boleh dibuat. Di samping itu, bagi yang mempunyai berat badan yang berlebihan, bulan puasa adalah peluang yang sangat baik untuk menghilangkan lemak-lemak yang tidak diingini.
Ketahui BMI (Body mass Index) Anda

Kira BMI anda di SINI.
BMI
<18.5 Berat badan sangat rendah
18.5 – 24.9 Berat badan ideal
25.0 – 29.9 Berat badan berlebihan
>30 Obes
>35 Sangat Obes
Berat badan yang berlebihan mengurangkan kesuburan
Mengikut kajian yang telah dijalankan (1) menunjukkan yang wanita yang mempunyai BMI (Body mass index) melebihi 29 boleh mengurangkan kesuburan mereka. Bagi setiap unit BMI yang melebihi 29 kg/m2, ianya akan mengurangkan kesuburan sebanyak 4%. Wanita yang mempunyai BMI BMI 35-40 pula mempunyai 23-49% pengurangan kadar kesuburan mereka.
7 Tips mudah untuk mengurangkan berat badan berlebihan:
- Kurangkan makan dan lebihkan senaman
- Makan buah 2 kali sehari
- Minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
- Tidur 1/2 jam lebih awal dan Bangun 1/2 jam lebih lewat. Ini untuk memastikan yang anda tidak penat. Ini ialah kerana apabila anda penat, anda lebih cenderung untuk memakan berlebihan.
- Pastikan anda memakan sarapan pagi yang seimbang dan sihat.
- Bayangkan bagaimana anda akan kelihatan apabila kurus
Rujukan:
1. Jan Willem van der Steeg, Pieternel Steures, Marinus J.C. Eijkemans, J. Dik F. Habbema, Peter G.A. Hompes, Jan M. Burggraaff, G. Jur E. Oosterhuis, Patrick M.M. Bossuyt, Fulco van der Veen and Ben W.J. Mol. “Obesity affects spontaneous pregnancy chances in subfertile, ovulatory women.” Human Reproduction Advanced Access. December 11, 2007: 324-328
Posted on June 27, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 2 Comments.
Asmlkm, doktor. Saya ingin bertanya apakah pil perancang membawa kesan buruk kepada pasangan baru berkahwin? Contohnya sukar mendapat anak apabila sudah bersedia kelak?
Wsalam Junaidah,
Pil perancang untuk jangka masa yang pendek ie 1-2 tahun sebenarnya tidak akan merendahkan tahap kesuburan seseorang wanita. Akan tetapi, seelok2nya janganlah berlengah untuk hamil terutamanya sekiranya umur adalah lebih lanjut ya.