Masalah kesuburan

Kemandulan ditakrifkan sebagai tidak boleh hamil walaupun telah melakukan hubungan kelamin tanpa penggunaan sebarang kontraseptif selepas 1 tahun. Dalam masa setahun, biasanya 84% daripada pasangan akan hamil, manakala dalam masa 2 tahun, lebih kurang 90% daripada pasangan akan hamil setelah melakukan hubungan kelamin.

Apakah antara jenis-jenis masalah kesuburan?

a) ‘Primary’ subfertiliti:

Keadaan apabila seseorang wanita tidak pernah hamil langsung.

b) ‘Secondary’ subfertiliti:

Keadaan apabila seseorang wanita pernah hamil sebelumnya walaupun berakhir dengan keguguran.

 

Apakah punca-punca masalah kesuburan?

35% daripadanya berpunca daripada masalah yang dialami oleh kaum lelaki

35% daripadanya berpunca daripada masalah yang dialami oleh kaum perempuan

20% daripadanya berpunca daripada masalah yang dialami oleh kaum lelaki dan perempuan juga

10% daripadanya tiada punca yang diketahui, iaitu kemandulan tanpa sebab yang dapat dijelaskan

Bagaimana penghamilan berlaku?

Setiap bulan, wanita akan mengeluarkan telur dari mana-mana belah ovarinya hasil daripada perubahan hormon yang berlaku di dalam tubuhnya. Telur ini akan bergerak ke bahagian bawah tiub falopio. Jika hubungan kelamin dilakukan semasa tempoh subur ini, sperma akan bergerak ke bahagian atas tiub falopio dan hanya satu sperma akan menembusi telur tersebut. Telur tersebut akan disenyawakan dan bergerak turun ke rahim wanita lalu melekat (‘implantasi’). Apabila telur yang disenyawakan itu membesar dan membahagi, telur tersebut akan menjadi janin yang akan mula melepaskan hormon yang dipanggil b HCG. Hormon ini dapat dikesan semasa ujian darah atau air kencing untuk mengesan kehamilan.

Bilakah saya harus mendapatkan bantuan daripada doktor?

Ini bergantung pada diri anda dan pasangan anda, usia anda dan sebarang faktor risiko yang diketahui yang boleh menjejaskan kesuburan anda. Contohnya, jika anda agak sihat dan usia anda belum mencapai 35 tahun, anda boleh menunggu setahun lagi. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami faktor risiko seperti penyakit yang diketahui memerlukan rawatan, haid yang tidak teratur, pernah mengalami jangkitan pelvis atau usia anda melebihi 35 tahun, sila dapatkan bantuan selepas 6 bulan. Lebih baik mendapatkan bantuan lebih awal kerana jika anda menunggu lebih lama sedangkan usia anda makin meningkat, kualiti dan bilangan telur anda akan terjejas. Selain itu, sebaik-baiknya anda dan pasangan anda berjumpa doktor bersama-sama untuk mendapatkan rawatan kerana kadangkala masalah tersebut mungkin melibatkan anda berdua. Oleh itu, perbincangan tersebut memerlukan anda berdua hadir.

inspirationalquote1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: