Kes Infertiliti

  1. Assalamualaikum Dr.
    Saya berkahwin bln 10 thn lps. Skrg dah masuk bulan ke 6 tapi belum mengandung.
    Saya buat opk test, ada 2 line.
    Tapi lps tu period semula..
    Normal ke cycle period 40- 42 hari bukan 28-35??
    Sejak kahwin, saya tak minum kopi, saya makan folic acid.
    Saya harap sgt Dr. boleh tolong saya.
    Saya sertakan tarikh period saya.
    Terima kasih

  2. Assalamualaikum Dr.
    Sy Nadia telah berkahwin bln 8 last year. tapi belum pregnant lagi.. cuma ada bulan 9 last year sy lewat period selama 3 miggu. n tiba2 period. tp lately period sy asik lewat seminggu ke 2 minggu. boleh sy dapatkan nasihat Dr?

  3. Salam dr, saya telah berkahwin lebih 6 thn , suami hepatitis b. alhamdulillah dari segi masalah kesuburan suami isteri tiada. saya mempunyai cycle priod yg ok 27-30 .haid 6-7 hari dah bersih. test opk alhamdulillah tiap bulan bila test jumpa positif kdg sampai 3hari berturut positif tetapi masih belum ada rezeki. telah menjalani 4x iui di lppkn, 1x iui di hospital pantai dan ivf di hukm (hkl tidak menerima pesakit hepatitis b untuk buat ivf) semua gagal.. sebelum buat ivf telah membuat laparoscopy di klinik dr hamid arshat .. alhamdulillah ok.. kadang saya dah buntu nak usaha anak kadang saya terpikir dengan penyakit yg dialami suami memandangkan hepaptitis b mudah berjangkit dan tiada ubat untuk merawat jika dijangkiti.. ingat lagi dulu siap kena marah ngn dr buat seks tidak menggunakan kondom.. hanya allah je tau perasaan saya .. nak jimatkan kos buat hospital kerajaan tetapi tidak diterima.. saya dah suntik vaksin hepatitis b.. tp vaksin akan menurun dan kena pantau tahap vaksin.. bila vaksin nak kena rancang jgn hamil.. dan saya dah lama x cek tahap vaksin hepatitis b.. sebab sibuk untuk usaha anak walau ada masa otak terpikir usaha anak dan risiko hepatitis b..umur makin meningkat.. harap dr boleh beri pandangan dan nasihat

  4. assalamualaikum dr tasha,
    sy sudah berkahwin selama 7thn tp blm pernah hamil.sy ade amalkn makan asid folik dlm 3 bln tetapi period akn lewat 5 ke 10hr dan dlm mase yg same sy terasa sakit dbhgn peranakan seperti dicucuk2..tidak seperti sengugut..slps dr tu sy tdk mkn lg asid folik..period ok dan tiada sakit seperti itu..mohon pendapat dr berkenaan isu ini..terima kasih..

    • Wsalam Wani,

      Oleh kerana wani sudahpun berkahwin selama 7 tahun, Dr Tasha berharap agar Wani tidak berlengah waktu untuk mendapatkan pemeriksaan dan rwatan kesuburan bersesuaian dari pakar kesuburan. Pada pendapat Dr Tasha, sepatutnya folic acid tersebut tidak memberikan kesan sampingan seperti yang telah dialami. Memandangkan folic acid adalah penting untuk diambil bagi wanita yang ingin hamil, 2 langkah penting ialah pergi rujuk doktor untuk pastikan tiada cyst / permasalahan peranakan dan cuba tukar brand folic acid tersebut mungkin folic acid tersebut tidak bersesuaian buat wani.

  5. Noor Fadzillah binti Mohd Rosli

    salam doktor..,saya ingin bertanya ..saya telah mengikat peranakan saya setelah melahirkan ank seramai 3 org melalui pembedahan.dan ini merupakan perkahwinan pertama saya..selepas beberapa tahun bercerai,saya berkahwin lagi dan saya trpaksa terima hakikat saya tidak boleh hamil dgn kaedah semulajadi. adakah saya berpeluang memiliki anak dengan suami kedua sy jika melakukan kaedah ivf?? adakah peluang tesebut tinggi..saya betul-betul mahukan zuriat utk suami ke2 sy..

    • Wsalam Noor,

      Ya, peluang untuk hamil melalui kaedah IVF boleh dilakukan PROVIDED ianya adalah selamat untuk Noor hamil buat kali keempat memandangkan sudahpun 3x kali melalui pembedahan Caesarean. Hendaklah mendapatkan maklumat dan persetujuan dari doktor yang melakukan operasi kali terakhir sama ada ianya adalah selamat untuk hamil sekali lagi. Kadar kejayaan adalah mengikut umur Noor Sekarang dan status sperma suami.

  6. Niro senanayake

    Hi Dr.
    I am 28 years old, I am expecting a baby since two years I did one IUI but it wasn’t success. I am not a citizen of malaysia, but I wanna have baby trough IVF. Please help me, how can I meet you.

  7. NOR AZRIEN MUHAMAD YUNOS

    Salam Dr. Saya berumur 33 tahun, suami 31 tahun dah telah berkahwin selama 4 tahun. Saya pernah hamil dan mengalami keguguran pada tahun pertama perkahwinan. Masa gugur baru 7 weeks. Sehingga kini masih belum ada tanda-tanda untuk hamil kembali. Berat badan saya kini adalah 68 kg dengan tinggi 157 cm. Untuk makluman Dr juga saya mempunyai masalah haid iaitu tempoh untuk datang haid yang terlalu panjang. Yang terbaru adalah 162 hari baru datang haid. Setakat ini saya masih belum bertemu mana-mana pakar untuk rawatan. Mohon cadangan dan pandangan dari Dr berhubung perkara ini. Harap 2019 dapat memberi sinar dan senyuman kepada saya dan suami.

    Thanks in advance.

  8. Assalamualaikum Dr.
    Semoga sihat selalu.
    Saya sha. ada satu keraguan. Saya 26tahun. Saya period kerap. Maksudnya, setiap hari ke18 (period cycle) saya akan period dan tempoh haid sy 6/7hari. Adakah itu normal? Dalam setahun ada 2-3 bulan period cycle sy jadi 38-40. Saya risau dr, saya akan nikah lagi 2 bulan. Susah untuk sy merancang untuk mengandung. Atau saya ada masalah dalaman?
    Untuk pengetahuan dr, sy ada jumpa dr pakar dan beliau hanya beritahu saya stress.
    Darah saya pada permulaan period, warna coklat dan berketul.
    Harap dr dapat balas saya ye.
    Terima kasih.

Leave a Reply