Program IVFku

Ditulis oleh Siti Zarinah di dalam Harian Metro pada 2 Februari 2015

logo-ivfku

Selepas menemui kegagalan rawatan permanian berhadas (Intra Uterine Insemination atau IUI), pasangan Mazni, 32, dan Amran, 32, yang sudah mendirikan rumah tangga selama lima tahun berhasrat menjalani persenyawaan in vitro (IVF) atau bayi tabung uji kerana berasa ia peluang terakhir untuk mendapatkan zuriat.

Selepas mendengar kos yang perlu dibayar mencecah puluhan ribu ringgit, mereka berasa ia terlalu ting­gi dan memerlukan masa untuk mengumpul duit sebanyak itu.

Ini menyebabkan ramai pasangan tidak mampu dan terpaksa menangguhkan rawatan atau mengetepikannya. Ini sekali gus mengurangkan peluang untuk membina keluarga daripada baka mereka sendiri. Penang­guhan untuk menabung wang juga kerap kali mengambil masa yang lama dan tanpa disedari tahun bersilih ganti, umur pasangan wanita juga meningkat.

Kajian membuktikan umur wanita adalah faktor utama yang akan menentukan kadar kejayaan IVF. Kejayaan IVF akan menurun dengan mendadak selepas wanita berumur 35 tahun.

https://i0.wp.com/mtsinger.com/wp-content/uploads/2014/02/family-law.jpg

Menyedari terdapat kekangan yang menghalang pasangan menjalani rawatan IVF yang bukan saja membabitkan kos yang ting­gi serta usia pasangan, satu program dinamakan IVFku telah dilancarkan bertujuan me­ngurangkan kos yang dihadapi pasangan terutama mereka yang benar-benar memerlukan IVF.

Rawatan ini membabit­kan kos yang berpatutan dengan inovasi saintifik, ringkas tanpa kompromi terhadap kejayaan rawatan IVF itu. Setiap pasangan akan dinilai dan dipilih bagi menerima rawatan mengikut keperluan individu masing-masing.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Fertiliti KL, Dr Natasha Ain Mohd Nor, IVF adalah suatu proses yang boleh mendatangkan tekanan emosi dan fizikal yang tinggi kepada pasa­ngan yang terpaksa melaluinya. Ini disebabkan beberapa faktor termasuk harga kos IVF yang agak mahal, prosedur rawatan yang invasif seperti suntikan ubat-ubatan pada setiap hari untuk merangsang telur, imbasan melalui faraj bagi memantau perkembangan folikel di dalam ovari dan suntikan jarum bagi mengambilan darah untuk memeriksa paras hormon di dalam badan.

Selepas melalui rawatan IVF yang agak invasif dan sangat intensif ini, kadar kejayaan IVF hanya dalam lingkungan 30 hingga 50 peratus bergantung kepada beberapa faktor seperti umur pasangan wanita, kualiti telur atau sperma dan kaedah rawatan.

Ini menyebabkan keba­nyakan pasangan terutama wanita tidak sanggup untuk melalui rawatan IVF buat kali kedua atau berikutnya apabila rawatan pertama mereka gagal. Oleh itu, satu daripada cara mengurang­kan kos IVF adalah dengan mengurangkan jumlah peng­gunaan ubat suntikan untuk rangsangan ovari yang membabitkan kos tinggi semasa IVF yang dikenali sebagai program IVFku.

“Di luar negara khususnya Jepun program seperti IVFku sudah lama digunakan dan mendapat kejayaan serta maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada pesakit. Ini kerana prosesnya membabitkan rejimen yang unik, praktikal dan mesra pelanggan. Secara keseluruhannya, ia me­ngikut proses yang sama namun dengan kos yang lebih rendah,” katanya.

Untuk membaca dengan lebih lanjut:

http://www.hmetro.com.my/node/27961?m=1

https://drnatashanorfertility.com/2014/09/20/ivfku-ivf-pada-kos-yang-berpatutan/

**Disebabkan oleh sambutan dan feedback yang bagus dari para pembaca, pihak IVFku akan mengadakan seminar Percuma khusus untuk pasangan yang berminat untuk mengetahui serta mengikuti program IVFku.

  1. Amirah Bt Ahmad

    Hai..saya Amirah.Umur 29 tahun.saya ada masalah period yang tak tetap.saya dah berkahwin selama 1 tahun lebih.saya mempunyai fizikal yg besar.adakah saya berpeluang untuk mengandung.Adakah kaedah ivf ini sesuai untuk saya mencuba.

    • As salam Amirah,

      Tujuan kriteria2 tertentu dilakukan bagi program IVFku ialah untuk memastikan setiap wanita yang melakukannya akan mendapat kejayaan yang tinggi. Bagi wanita yang fizikal besar, walaupun Amirah melakukan program IVF konvensional sekalipun kejayaan yang lebih rendah dan penggunaan dos ubat untuk merangsang telur adalah lebih tinggi. Ini menyebabkan kos IVF turut naik. Oleh itu, adalah lebih baik jika Amirah mencuba sedaya upaya bagi menurunkan berat badan sebanyak mungkin ya. Jika ingin mendapatkan pemeriksaan dan nasihat selanjutnya adalah bagus jika Amirah berjumpa dengan Dr Tasha di klinik ya.

  2. Assalamualaikum wbt Dr Natasha
    Saya mempunyai 3 orang anak perempuan.
    10 Y / 8 Y / 3 Y
    Umur saya 29 tahun
    Tahun 2015 saya pernah menjalani Laparoscopic Surgery sebab Ectopic Pregnancy dan sebelah tiub saya dibuang.
    Say ingin hamil lagi tanpa risiko kehamilan luar rahim berulang.
    Boleh kah saya menjalani kaedah IVF ini?
    Bantu saya Doktor..
    Terima kasih.

  3. Salam Dr,
    Saya wani , sy sudah berkahwin 3tahun +++ berumur 29tahun mengalami masalah tiub tersumbat, atas nasihat doc sy perlu membuay rawatan IVF. Sy bersedia utk membuat oktober 2017.sy mencari tempat terbaik untuk buat rawatan ini.setakat ini sy hanya tau di LPPKN.Mohon pandangan DR.Terima Kasih.

  4. farhana ahmad nor

    assalam doc.. sy buat et pd sabtu lepas.. msuk arini dh ari ke 9.. tp arini turun tnda wrna coklat.. adakah et sy x berjaya..

  5. assalam Dr,
    saya ibu 36thn 3 orang anak lahir secara caeser. saya telah buat BTL pd tahun 2014(menyesal selepas itu). Tapi keinginan untuk mengandung lagi sangat menebal. Saya baca baca info dari dr tentang IVF dan saya percaya ini lah jalan terbaik untuk saya .Ada ke kes serupa dengan saya yang ingin mengandung selepas BTLBrapa kos secara keseluruhan untuk IVF
    terima kasih Dr.

  6. assalam Dr,
    saya ibu 37thn 4 orang anak lahir secara caeser. saya telah buat BTL pd tahun 2016, ketika itu Doktor cakap Rahim saya masih elok, boleh pregnant l a gi seorang. Tetapi ketika itu, saya tidak berfikir pjg bt keputusan BTL (menyesal selepas itu). Tapi keinginan untuk mengandung lagi sangat menebal. Saya baca baca info dari dr tentang IVF dan IUI, apa beza iVF Dan IUI? saya percaya ini lah jalan terbaik untuk saya . Brapa kos secara keseluruhan untuk IVF? Dan macamana caranya?
    terima kasih Dr.

Leave a Reply